Chereads / NERAKA(wattpad) / Chapter 4 - BAB 4

Chapter 4 - BAB 4

Kedengaran suara garau seorang pensyarah tua berumur di antara lingkungan 40 an sedang memberi lectures memecah suasana sunyi di dalam bilik kuliah yang dipenuhi pelajar. Masing - masing sibuk menyalin key word yang di sebut oleh pensyarah. Terutamanya Ita. Bersungguh - sungguh dia menyalin di dalam buku nota miliknya. Habis penuh permukaan kertas dengan pelbagai key word berwarna - warni. Rajin betul! Tetapi Anne tidak begitu. Dia hanya termenung melihat mejanya sendiri. Kata - kata yang disebut pensyarah bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bahkan muka pensyarah itu tidak pun dilihatnya. Sibuk memikirkan kes lah tuh!

' Lambat lagi kelas nak habis. Aku nak teruskan soal siasat aku macam mana? ' kata Anne di dalam hati. Jari jemarinya mula mengetuk meja perlahan tanda memikir sesuatu.

" Bhaaa "

Anne terkejut apabila Ita menjerkahnya secara tiba - tiba dari tepinya.

" Kau nih dah kenapa Ita. Terkejut aku dibuatnya! " Anne mencubit geram paha Ita yang berada di sebelahnya.

" Kau tuh yang dah kenapa. Asyik termenung macam orang mati anak. Kau tak salin ke key word yang pensyarah nih bagi. Ternganga kau nanti kalau exam tak boleh jawab. " berleter panjang Ita. Namun Anne hanya berdengus perlahan.

" Rilex... Lambat lagi tuh. Aku tengah fikir nacam mana nak tangkap dia. " Anne terlepas cakap.

" Tangkap? Tangkap apa? " Ita mengerutkan dahi. Mati la Anne!

' Apa aku nak jawab. Kau nih la Anne. Leka betul! ' Anne menyumpah serana dirinya sendiri di dalam hati. " Tangkap..ta..ng.. " Anne tergagap - gagap sambil memikirkan jawapan.

" Tangkap apa?! " sedikit tinggi nada suara Ita menjerkahnya kali ini.

" Ayam! Ha ayam. " perkataan ayam yang terkeluar daripada mulut Anne. Entahla apa yang difikirkannya. Ita tergelak sakan. " Kau tak makan ubat lagi ka? Atau kau teringin nak makan ayam? " tergelak besar Ita dibuatnya. ' Selamat! ' Anne menarik nafas lega. Dia hanya tersenyum bagaikan ' kerang busuk ' .

" Bising - bising apa tu? Any problem? " pensyarah lelaki itu pula yang menjerkah mereka berdua. Terdiam sepi di buatnya mereka berdua. Semua mata mula melihat ke arah mereka berdua. Malu mereka dibuatnya.

SUASANA dingin pagi mula terasa kehangatannya apabila matahari pagi mula terbit. Mak Ijah sibuk membelai dan bermanja dengan pokok bunga rose yang ditanamnya sendiri di belakang bungalow usang itu sambil menyiramnya. Melihat akan keindahan dan kecantikkan bunga rose yang mempunyai pelbagai warna menenangkan dia daripada masalah yang di hadapinya. Hampir 12 tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya sendiri di Jakarta. Pelbagai alasan telah diberikan kepada majikannya untuk pulang, tetapi tidak di benarkan. Pasportnya juga di rampas oleh dukun muda itu. Entah mengapa. Mak Ijah tidak berani untuk mengambil apa - apa tindakan mengenai hal ini, di buatnya majikannya itu naik angin.. Habis tertutup periuk nasinya buat selama - lamanya! Mana kan tidak, dia sudah berusia. Tiada sesiapa lagi yang bakal mengajinya lagi. Kesunyian suasana di belakang rumah bungalow yang dipagari ladang tebu itu ditenungnya. Sungguh luas terbentang ladang tebu milik majikannya itu. Tetapi tidak pernah walau sekali pun dia menjejakkan kakinya ke situ. Mata Mak Ijah mula melilau melihat persekitaran di situ. Dia sempat menyedari ketiadaan kambing betina yang di tambatnya di pokok mempelam itu.

' Mana perginya kambing itu? Tak silap aku, hampir ketat aku ikat talinya. Terlepaskah? ' hati Mak Ijah mula berbicara. Pelbagai spesikulasi mula difikirkannya. Mak Ijah masih tidak tahu kambing itu sudah di pancung oleh majikan gilanya! ' Tuan pula ke mana? Dari semalam aku tak nampak. Makin pelik! ' Mak Ijah mengeleng - geleng kepalanya. Manakan tidaknya, makanan malam yang disediakannya tidak terusik. Bahkan batang hidung dukun muda itu juga tak kelihatan. Entah - entah, dukun muda itu masih di tingkat bawah tanah itu lagi! 30 tahun mak Ijah berkerja di situ, kewujudan tingkat rahsia bawah tanah itu masih tidak diketahuinya. Sedih!

ANNE sibuk membelek handphonenya di cafe universiti itu. Entah apa yang dilihatnya. Ita dan Geetha pula masing - masing menikmati hot latte yang dibeli mereka tadi.

" Anne awak tak nak minum ke? " Geetha menghirup sedikit hot latte yang dibelinya. " Tak mahu la. Saya tak minum caffeine. " Anne mengeleng - geleng kepalanya tanda tak mahu. " Patut la kulit kau berseri - seri. Dah macam orang korea. Glowing gitu. " Ita memuji sambil mengusap perlahan tangan Anne menggunakan jari telunjuknnya. Suka betul dia mengusik Anne. Anne hanya tergeleng - geleng kepala melihat telatah Ita yang asyik mengusiknya.

LAJU betul Iman melangkah ke arah cafe sejurus tamat sesi kuliah pertamanya. Entah apa niat di hati. Nak jumpa Anne lah tuh! Faris dan Amer pula terkejar - kejar melangkah mengikutnya dari arah belakang.

" Laju betul kau jalan! Ingat pertandingan lumba berjalan kaki ke? " Amer bersuara sambil berlari anak ke arah Iman. Faris juga turut mengikut jejak langkah Amer yang berlari anak ke arahnya.

" Nak kemana kau laju - laju nih? " Faris bertanya. Dia berdengus panjang. Penat ligan Iman yang bagaikan lipas kudung itu. Apa lah yang dikejarnya itu. " Nak ke cafe, jumpa buah hati. " panjang lebar Iman tersenyum. Faris tergelak sakan! " Kau memang kuat berangan eh? " Amer juga mengetawakan kesungguhan Iman yang tak tentu pasal. " Sejak aku kenal kau. Kau tak pernah terkejar-kejar perempuan macam nih. Kau kena santau agaknya. Entah-entah... "

" Ahh sudah jangan nak mengarut. Aku memang suka kat dia. I don't know why! " terhenti kata - kata Faris apabila Iman mencelah. Faris terpaku seketika. " Habis tuh Farah, tunang kau tuh kau nak letak kat mana? " terhenti langkah Iman sejurus soalan yang di ajukan Faris menembusi gegendang telinganya. Iman ada tunang?

" Ahh ambik kat kau laa! " mudah betul jawapan Iman dengan muka selamba. Dia ingat wanita barang mainan, suka - suka nak tukar milik! Ialah, dia bertunang dengan Farah, anak rakan kongsi ayahnya bukan atas kehendak dia. Malah dia juga tidak pernah mencintai Farah. Farah aje yang beria - ria ke dengan dia. Maklumlah jejaka malaya kegilaan wanita. Langkahnya kembali diaturkan. " Kau nih biar betul. Habis kalau ayah kau tahu?! " Faris mula risau akan cara Iman. Namun soalan yang di ajukannya di biarkan sunyi tanpa sebarang respond. Amer hanya terdiam tanpa sebarang kata. Tidak mahu menyampuk perbincangan dua rakan baik yang bagaikan ' isi dengan kuku ' itu, sentiasa bersama.

ANNE kembali termenung. Jarinya yang sibuk menekan screen handphonenya kini telah berhenti. Geetha dan Ita dibiarkan berbual berduaan. Fikirannya sibuk melayang mencari langkah seterusnya bagi menghidu pembunuh yang sedang bermaharaja lela itu.

" Kau orang ada nampak Ana? Dari tadi aku cari tak jumpa. Kelas pon tak masuk! " Soalan di ajukan Sya sejurus melabuhkan punggung di sebuah kerusi kosong pada meja yang sama. Terkejut mereka bertiga dibuatnya. Salam pun tak diberi! " Tak nampak pun. " Ita bersuara sementara Anne dan Geetha mengeleng - geleng kepala.

' Ke mana pula dia? Baru malam semalam aku nampak dia. Nak bagitahu Sya tak boleh pula. Nanti sibuk pula dia tanya dari mana aku malam - malam begitu. ' hati Anne berbicara. Anne memilih untuk mendiamkan diri. Tumpuannya kembali mencari idea seterusnya. Secara tiba - tiba dia mendapat idea. Handphone di slide dan dibuka lock screen nya lalu tangannya mula menaip pada screen phone bagi menghantar text ke orang suruhannya.

" Dua pensyarah City University terlibat dalam kemalangan maut " Jari Anne berhenti menaip sejurus mendengar Sya membaca tajuk utama berita terkini yang di paparkan. Matanya membulat. Dua keping gambar terpapar di kaca televisyen. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengatur langkah mendekati televisyen. Lalu handphonenya dikeluarkan. Di ' snap ' kedua gambar itu. Anne seperti pernah melihat kedua gambar tersebut. Tiga orang gadis yang masih berbual di meja itu kehairanan dengan tindakan Anne.

Terlintas seketika bayangan gambar lagi dua orang pensyarah yang masih belum di soal siasatnya. Tanpa berfikir panjang, Anne berlari anak ke arah hostelnya bagi memastikan gambar yang di paparkan di kaca televisyen bukan lah dua orang pensyarah yang disyakinya.

"Anne!" masing - masing terpaku apabila Anne tidak menghiraukan mereka. " Dia nih pun pelik juga. " Sya bersuara. " entahlah" jawapan ringkas Geetha. Mereka kembali berbual semula.

Apakah yang sedang berlaku? Adakah gambar yang dipaparkan di kaca televisyen itu merupakan pensyarah yang sama di mana merupakan orang yang hendak disoal siasat oleh Anne?

SUNGGUH laju Anne mengatur langkahnya ke arah hostel bagi memastikan kedua pensyarah yang terlibat dalam kemalangan itu bukan lah pensyarah yang disyakinya. Sesekali dia berlari anak supaya lebih cepat. Setiap pasang mata yang melihat ke arahnya tidak dihiraukan. Dia teruskan melangkah. Pelbagai persoalan mula menerjah benak fikirannya.

' Habis musnah semua rancangan aku kalau mereka mati. ' desis hati Anne. Secara tiba - tiba dia terlanggar dengan sorang jejaka berbadan sasa yang juga kelihatan sedang rushing ke sesuatu tempat. Iman! Terlopong Anne memandang ke arah Iman.

" Sorry. " perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Anne. Melihat tepat ke arah Iman, lelaki yang mengusiknya di cafe. Membulat mata Anne. Terkejut!

Iman hanya tersenyum. Tak sangka pula dia akan terserempak dengan gadis yang dicarinya di situ. Tak payah ke cafe dah lah! Iman menghulurkan tangan untuk membantu gadis yang masih terlopong memandang ke arahnya diatas lantai itu supaya berdiri semula.

" Its okey. Kalau langgar hari - hari pun aku tak kisah! " Iman tersenyum nakal sejurus tangan lembut gadis itu ditariknya. Anne yang masih terkedu,  menepuk - nepuk habuk yang terlekat pada seluar jeans yang dikenakannya. Membulat mata dia! Faris dan Amir pula terpaku mendengar kata - kata daripada Iman.

" Nur Anneriana. What a nice name. " Iman sempat membaca nama Anne yang tertera jelas di tag nama kad pelajar. Anne hanya menghadiahkan jelingan tajam ke arah Iman yang masih menghalang laluannya. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Fikirannya hanya melayang memikirkan tentang kesnya. ' Aku dah la tengah rush,  kau boleh pula nak mengedik. Ikutkan hati nak aje aku tembak kau. Sebelum miang kau lebih menjadi - jadi baik aku beredar. ' Anne menyumpah serana lelaki itu di dalam hatinya.

" Actually i have some important work to do. Thank you. " tanpa berfikir panjang Anne meminta diri. Dada bidang Iman yang masih menghalang laluannya itu di tolaknya sedikit, lalu kakinya memulakan langkah.

Belum sempat dia menyusun tapak,  terasa pergelangan tanganya ditarik. Iman menarik pergelangan tangan Anne yang beransur pergi supaya berhadapan dengannya semula. Pinggang Anne ditarik sedikit munggunakan sebelah lagi tanganya supaya rapat dengan tubuh sasanya itu. ' Dia mula dah perangai buaya dia. Aduh!' Faris berdengus panjang. Dia hanya mampu mencekak pinggang dan hanya melihat sahaja tanda tidak mahu masuk campur di antara mereka berdua. Tindakan tidak terkawal Iman yang mengucup perlahan tangan Anne menyebabkan mata - mata di situ mula memerhatikan sandiwara mereka. Terpaku Anne seketika. Kini mereka bertentangan mata. Iman cuba mengoda Anne dengan memandang tepat ke anak mata Anne.

Tindakan Iman yang juga memalukan  Anne di kalayak ramai menggundang kemarahan Anne. Pantang Anne diperlakukan sebegitu. ex-boyfriend dia juga tidak terlalu over begitu.

' Pang! ' satu tamparan hebat hinggap tepat di pipi Iman. Anne menarik kasar tangannya yang masih dalam dakapan Iman lalu ditolaknya lagi sebelah tangan Iman yang merangkul pinggangnya. " Behave your self! " kata Anne lalu menolak lelaki biadap yang sasa itu ke belakang dengan kuat. Terkeluar tenaga dan kudrat seorang polis. Lalu Anne mengaturkan langkah untuk meneruskan tugasnya yang tergendala seketika akibat lelaki miang itu. Semua pasang mata memerhati tepat ke arah Iman yang ditamparinya. Faris dan Amir hanya terdiam sepi.

' Padan muka kau! Aku dah lah tengah serabut. Kau boleh mengusik. Kalau kau tahu siapa aku mesti kau tak berani dekat! ' desis hati Anne sambil melangkah.

Iman terpaku seketika. Kali pertama dia di tampar oleh seorang wanita. Datin Aina, ibunya juga tidak pernah melayangkan tangan ke atasnya. Malu  Iman di buatnya. Tuh laa sapa suruh miang sangat! Iman mengalihkan pandangannya ke arah Anne yang sedang melangkah pergi. Susuk tubuh ramping gadis itu sudah pun hilang daripada pandangan matanya. Faris dan Amir masih terkaku dengan perkara yang dilihat dengan mata mereka kepala mereka sendiri.

" Berlagak! Satu hari nanti kau akan jatuh cinta juga dengan aku. Tak pernah sesiapa pun yang terlepas daripada mencintai aku. " Iman mengeleng - geleng kepalanya. Sesekali dia tersenyum dengan perkara yang terjadi. Dia menjadi lebih tertarik dengan rupa comel Anne ketika marah. Lebih kuat semangat dia untuk dapatkan gadis manis itu. Tak akan berputus asa!

AM yang sedang merehatkan diri sambil menghirup coffee di starbuck cafe berdekatan rumahnya setelah penat menghadiri kelas, sibuk membelek handphone di tangannya. Senyuman manis mula kelihatan di bibirnya setelah melihat gambar Adriana yang baru sahaja di post oleh gadis tinggi lampai itu di laman instagram milik gadis pujaan hatinya itu. Hampir belasan gambar di update Adriana di instagramnya sehari. Nama pun berkerja sebagai model. Memang banyak la koleksi gambar.

Am termenung panjang mengenangkan kembali saat pertama kali dia bertemu dengan gadis yang berjaya bertakhta di hatinya itu. Kali pertama dia bertentang mata dengan gadis itu tepat di cabang lampu isyarat di hadapan tamannya. Dia menumpangkan Adriana yang  kebetulan sedang tertunggu - tunggu menantikan kehadiran teksi di situ untuk ke universiti. Tak sangka pula Adriana juga merupakan mahasisiwi di universiti yang sama. Di situlah mereka mula berkenalan. Mereka sering menghabiskan masa bersama dan akhirnya menjalinkan hubungan cinta sehingga kini. Pelbagai rintangan dihadapi bersama.

KUNCI pintu dibuka segera. Pintu kayu itu ditolak lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci kembali dari arah dalam. Photo frame yang menyembunyikan gambar lagi dua orang pensyarah yang masih tidak di soal siasatnya di angkat. Tangan Anne mencapai kedua gambar itu. Lalu dicabut gambar yang ditampalnya sendiri. Gambar itu di bawa ke meja belajar. Lalu dia meletakkan kepingan gambar itu di atas meja. I-phonenya dikeluarkan, tangan Anne laju menekan gambar yang ditangkapnya di  kaca televisyen di cafe sebentar tadi. Di zoom sedikit gambar itu.

Betapa terkejutnya Anne apabila mendapati gambar di handphonenya sama dengan gambar di atas meja belajar.

" Maknanya kedua mangsa kemalangan itu adalah pensyarah yang aku tunggu turn untuk disoal siasat? " Anne kebinggungan. Diperhatikan gambar itu dengan lebih teliti. Memang tidak lain,  tidak bukan gambar itu adalah gambar orang yang sama.

" Mereka dah mati! " Anne berdengus panjang.  Anne melabuhkan punggungnya di birai katil lalu tanganya menumbuk sedikit tilam lembut di katil itu.

" Musnah harapan aku. Shit! " Gambar yang masih di tangannya dilemparkan ke lantai. Pantang dia jika rancangan dia tak menjadi. Jari - jemarinya diurut perlahan tanda kepalanya sedang kusut memikirkan bebanan baru yang bakal di hadapinya.

" Macam mana aku nak tahu apa yang terjadi kepada Masyitah dan Rahim sebelum di bunuh. Siapa lagi aku nak tanya. Semuanya dah mati! " Anne berdengus panjang.

" Kemana dua orang pensyarah nih pergi bersama sebelum kemalangan? Mengapa perlu berdua? Something fisy! " Anne kebingungan. Dia berjalan kehulu - kehilir bagi memikirkan sebabnya.

Terlintas seketika bayangan wajah ketiga pensyarah yang telah meninggal dunia. Anne kebinggungan.

" Macam ada motif aje di sebalik kematian ketiga pensyarah ini? Kenapa baru sekarang nak mati. Serentak pula tu. Semuanya pensyarah yang disyaki oleh aku. Semua nih mesti ada kaitan dengan pembunuh! " Anne mencapai handbagnya lalu bingkas keluar daripada bilik lalu bergegas ke Hospital Ampang bagi mendapatkan laporan pousmoterm kedua mangsa nahas itu.

Adakah kematian ketiga pensyarah itu bermotif dan berkaitan dengan pembunuh seperti yang Anne sangkakan? Apakah tindakan Anne seterusnya? Berjayakah dia membongkar apa yang telah melanda Masyitah dan Rahim?

FARIS sibuk mengeringkan kepalanya dengan menggunakan pengering rambut seusai selesai mandi. Suasana hangat petang serta bunyi binggit pengering rambut itu menemani mereka di dalam bilik . Amir pula tidak habis - habis menghadap laptop bagi mengedit gambar sementara Iman bertungkus lumus menaip sesuatu di handphonenya.

" Kau cari apa dalam handphone kau tuh? " soal Faris sejurus melabuhkan punggung di birai katil Iman. Dahinya dikerutkan.

" Cari instagram dia. Nak stalk. " Selamba aje Iman menjawab. Dia tidak memandang langsung wajah Faris yang berada di sisinya. Faris berdengus kasar.

" Tak cukup ke kena tampar tadi " perli Faris. Faris dan Amir tergelak sakan

" Diam! " nada suara Iman sedikit tinggi. Faris terdiam seketika. Amir dan Faris berpandangan antara satu sama lain. Tak pernah lagi mereka dimarahi Iman.

" Kau dah kenapa nak marah - marah. Nak bergurau pun tak boleh dah sekarang. " perli Faris lagi. Dia menggeleng - geleng kepalanya lalu bingkas berdiri. Sikat di atas meja lampu diambil lalu dikemaskan sedikit rambutnya yang berserabai.

" Awek pertama yang aku kejar tak dapat. Susah betul nak ayat dia. " Iman menarik nafas panjang.

" Dia tak nak kat kau. Pandang pun tidak. Siap bagi hadiah penampar lagi. Kau ingat sikit dekat si Farah tu. Dah dua tahun dia tunggu cinta dia supaya kau balas. Farah pun baik orangnya. Bersopan santun, bertudung labuh pula tuh. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! " panjang lebar Faris berleter. Kesian juga dia pada Farah yang beria - ria ingin mempersuamikan Iman. Iman terdiam seketika. Tak tahu hendak kata apa.

" Kau aje lah yang balas cinta dia! " senang betul Iman berkata - kata. Masih tidak sedar agaknya perbuatannya itu umpama mempermainkan hati Farah. Bersalah besar dia menyakiti hati wanita kerana seorang wanita itu lebih kuat berbanding dengan lelaki. Besar sungguh pengorbanan seorang wanita. Manakan tidak! Sakit melahirkan! Penat membesarkan! Hargailah seorang wanita!

" Senang..... " terhenti kata - kata Faris apabila Amir yang dari tadi diam menyampuk pula. " Kau biarkan aje dia Faris, aku tengok dia sedikit pun tidak rasa bersalah. Sesuka hati nak cium tangan perempuan tadi. Dia ingat semua perempuan sama macam yang terlebih mesra dengan dia kat kelab dulu! " Amir memerli kasar. Faris hanya terangguk - angguk tanda setuju.

Terpaku Iman mendengar kata - kata Amir yang masih giat mengedit gambar. Terlintas bayangan wajah Anne di dalam fikirannya. ' Betul jugak. Aku tak patut buat macam tuh. Macam mana aku boleh hilang kawalan macam tuh. ' Iman menyumpah serana dirinya di dalam hati. Baru nak rasa bersalah? Tangan Iman mencapai tualanya lalu melangkah keluar dari bilik. Malas dia nak bertekak dengan mereka berdua. Lagi pun kata - kata Faris dan Amir betul juga, tak patut dia berkelakuan sebegitu.

" Biarkan aje dia. Pandai - pandai lah dia berubah sendiri. Dah besar boleh fikir sendiri! " nasihat Amir kepada Faris yang terlalu mengambil berat terhadap Iman. Ialah Faris telah diarahkan oleh Dato kamil, ayah kepada Iman supaya mengubah sifat tidak matang dalam diri Iman. Faris terangguk - angguk tanda setuju.

PINTU bilik doktor yang dilebelkan dengan nama Aiman ditolak lalu Anne menerjah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Dilihatnya Doktor Aiman yang berusia  dalam lingkungan 30 - an itu sibuk menaip sesuatu di dalam laptopnya.

" Hi, i am Anneriana. May i..? " Terhenti jari doktor Aiman yang sedang menari di atas laptop setelah mendengar suara lembut gadis cantik yang berdiri tepat dihadapannya. Terpukau!

" Yes. Please. You ada buat sebarang temujanji? " doktor Aiman menyoal gadis yang selamba melabuhkan punggung di kerusi hadapannya.

" Tidak. Saya datang nak minta laporan pousmortem mangsa kemalangan yang doktor buat bedah siasat tadi. Can i have it? " Anne mengemukakan tujuan dia ke situ tanpa sebarang temujanji. Doktor Aiman mengangkat keningnya tanda ragu - ragu. Dia sempat mengerling bibir mungil gadis itu. Gatal!

" Saya tidak dibenarkan memberikan sebarang makulmat kepada orang asing..... " terhenti kata - kata doktor Aiman sejurus Anne mengeluarkan kad pengenalan polisnya lalu ditunjukan kepada doktor itu. " Can i have it now? "senyuman penuh bermakna diukirkan dibibirnya. Tanpa melengahkan masa, doktor Aiman membuka laci mejanya dan mengeluarkan dua buah file yang mengandungi laporan pousmortem kedua pensyarah yang terlibat dalam kemalangan maut. Takut agaknya!

" Kedua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala." sebaris maklumat keluar dari mulut doktor Aiman. Pada masa yang sama dia tersenyum sendiri melihat muka comel Anne yang fokus menyemak laporan tersebut. Anne hanya terangguk - angguk.

" Jenazah kedua mangsa sedang dalam proses untuk di serahkan kepada waris. Saya..." kata - kata doktor Aiman disekat Anne. " Tidak. Jangan sesekali. Jenazah tidak boleh dibawa balik selagi kes tidak selesai! " Anne menghulurkan laporan itu kembali kepada doktor Aiman.

" but why Anneriana? "

" Cik Anneriana! " Anne manyampuk lagi.

" ok cik Anneriana. Jenazah perlu dikebumikan dengan segera akibat luka - luka yang masih terdedah " Doktor Aiman melangkah setapak dekat dengan Anne.

" Kes diklasifikasikan sebagai kes langgar lari! Pihak hospital tidak dibenarkan bertindak tanpa arahan polis! Doktor Aiman , yang awak banyak sangat soal ni kenapa? Saya polis atau awak polis? " Anne mandang tepat ke arah doktor Aiman. Terpaku seketika doktor Aiman melihat Anne yang dari tadi tenang mula naik angin.

" Baiklah cik Anneriana, saya akan uruskan. Maafkan pihak hospital. Kami tak tahu pula kes ini kes langgar lari. " Doktor Aiman melangkah satu tapak lagi ke arah Anne. Kebinggungan Anne dengan tindakan doktor Aiman yang merapat - rapatkan diri dengannya. Tak selesa!

" Baik. Terima kasih kerana bekerjasama doktor. Saya minta diri. " Anne meminta diri setelah kerjanya ke situ selesai. Doktor Aiman menghulurkan tangan untuk berjabat tetapi tidak disambut oleh Anne. Dia terus melihat Anne yang melangkah keluar dari biliknya sehingga hilang dari pandangan matanya. ' Alahai cantik betul dia ' doktor Aiman tersenyum sendiri lalu kembali meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

PINTU pacuan empat roda itu ditutup sejurus Anne melabuhkan punggungnya di kerusi lembut kereta Honda City itu. Jam di dashbhord kereta dikerling. Jam menunjukan pukul 8 malam. Anne mengeluh panjang. Tempat parkir kereta hospital kelihatan sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti manusia.

" Arghhhh " Anne menjerit sekuat hati lalu memukul - mukul stereng kereta itu. Anne bengang rancanganya tidak menjadi. Serabut kepala otaknya memikirkan bebanan yang bakal ditanggungnya akibat gagalnya rancangan ini. Penat memikir jejak langkah seterusnya bagi menghidu pembunuh yang masih bebas tanpa hukuman di luar sana. Penat berfikir bagaimana mahu mencari siapa yang melanggar lari kereta yang dipandu pensyarah. Mungkin juga dia pembunuh itu, pembunuh yang sedang diburunya. Atau mungkin juga orang lain yang lari takut akan hukuman yang bakal diterima kerana memandu sehingga menyebabkan kematian. Susah betul jadi CID!

" Satu aje cara aku nak jejak orang yang langgar! Cari bukti di tempat kejadian esok. Pasti ada sesuatu! Kau ingat kau boleh lari daripada aku. Jangan harap! " Anne terangguk - angguk. Aplikasi waze di handphone pintarnya dibuka lalu dia memasukkan alamat City University untuk pulang ke hostel. Walaupun ini kali kedua dia ke hospital Ampang, jalan ke universiti masih tidak dingatinya.

Adakah Anne berjaya menangkap penjenayah yang melangar kedua pensyarah? Atau sebaliknya?

KERETA di pandu dengan penuh berhemah. Setiap penjuru jalan dilihat Anne setiap kali melintas atau menukar jalan. Aplikasi waze yang digunakan di kerling selalu bagi memastikan jalan yang betul digunakan. Lagu - lagu yang didendangkan oleh stesyen radio menemani perjalanannya ke hostel. Keadaan jalan yang agak sibuk memaksa Anne lebih berhati - hati dalam memandu. Waze dikerling lagi. Waze mengarahkannya masuk ke simpang kiri.

' Bukankah perlu ke kanan kalau nak balik hostel?' Anne mengerutkan dahinya. Signal ke kiri diberikan lalu stereng kereta dipusing perlahan memasuki simpang gelap itu. ' Jalan lama nih, lampu jalan pun tak ada!  jalan short cut agaknya. ' desis hati Anne. Lampu tinggi digunakan memandangkan jalan lama itu agak gelap. Hanya kenderaan dipandu Anne sahaja yang berada di atas sebatang jalan raya lama yang di kelilinggi oleh hutan. Seram!

Secara tiba - tiba, kenderaan Anne tersekat - sekat dan semput tidak selancar sebelumnya. ' Dah kenapa pulak nih? Jangan buat hal! 'desis hati Anne. Pacuan empat roda itu diberhentikan di bahu jalan,  lalu butang double signal dipicit menandakan kenderaannya tidak berfungsi. Anne keluar daripada keretanya. Kedengaran bunyi cengkerik malam memecahkan suasana yang sunyi di jalan gelap itu.

Kaki Anne melangkah ke arah depan keretanya bagi melakukan pemeriksaan asas. Lampu suluh yang di ambil daripada dashbhord kereta digunakan sebagai sumber cahaya. Langkahnya terhenti secara tiba - tiba apabila kakinya terlanggar serpihan kaca. Lampuh suluh di arahkan disitu. Kelihatan banyak serpihan kaca tingkap kereta yang telah pecah.  Anne berasa hairan lalu menghalakan pula lampu suluh ke arah tengah jalan itu. Kelihatan tompokan darah yang masih basah di atas jalan lama itu. ' Inikan tempat kedua pensyarah terlibat dalam kemalangan ' hati Anne berbisik.        " Kenapa waze bawa aku ke sini? Kereta aku pulak rosak " Anne berkata - kata. Dia berasa sedikit cemas. Apa yang perlu di lakukannya. Mahu mintak tolong orang, tiada siapa yang menggunakan jalan itu. Kenalan juga tiada disitu untuk dihubunginya! Anne menepuk perlahan dahinya lalu bersandar sedikit dikereta sambil memikirkan jalan penyelesaian.

Suasana menjadi seram sejuk. Anne berasa tidak selesa lama - lama disitu. Bulu romanya mula meremang sedikit - demi sedikit. Seperti ada saja yang memerhatinya dari tadi. Hendak saja dia tinggalkan tempat itu. Tapi bagaimana? Matanya melilau melihat sekeliling. Seram! Secara tiba - tiba dia terdegar suara tangisan nyaring dari arah bahu jalan yang bertentangan denganya. Kedengaran seperti suara wanita. Makin lama, makin teresak - esak suara itu menangis. Anne melangkah perlahan melintasi jalan lebar itu bagi melihat siapa pemilik suara itu. ' Siapa yang berada di semak itu pada waktu begini? ' pelbagai persoalan mula menerjah benak fikirannya. Suara tangisan itu terhenti seketika. Langkahnya juga terhenti. Kini Anne berada tepat di tengah - tengah jalan gelap itu.

Kakinya di angkat untuk meneruskan langkah. Dia tidak akan berpuas hati selagi tidak mengenal pasti dari mana datangnya  suara tangisan itu. Berani betul! Secara tiba - tiba kedengaran bunyi hon kenderaan. Dia sempat melihat ke arah datangnya bunyi itu. Sebuah lori besar bergerak laju ke arahnya. Serentak dengan itu,  Anne terasa pergelangan tanganya ditarik. Kelihatan seorang jejaka memeluknya erat mengelak daripada lori besar itu. Dari mana datangnya lelaki itu? Mereka berdua rebah di atas bahu jalan. Fuhh! Selamat tak kena langgar.

" Nak bunuh diri pun agak - agak laa! " lelaki itu berkata lalu mengangkat tangannya yang masih melingkari pinggang Anne. " Terima kasih! Kalau tak entah apa yang terjadi. " kata Anne cemas lalu dia berdiri. Lelaki yang masih tidak dikenalinya itu juga ditarik supaya berdiri. " Apa kau buat di tengah-tengah jalan tuh ha? " soal lelaki itu. Terlintas kembali bayangan suara tangisan itu. Mata Anne melilau kembali ke arah datanganya bunyi suara tadi. Lalu dia terdiam seketika memikirkan siapa pemilik suara itu. Soalan yang di ajukan lelaki yang menyelamatkanya daripada gelombang maut itu dibiarkan tidak berjawab.

" Kau tengok apa? " soal lelaki itu lagi. Lalu matanya juga melilau di kawasan yang dilihat Anne. Tiada kelibat disitu!

" Tak ada apa! " Anne menjawab ringkas. Dilihatnya anak mata lelaki berkulit putih dan merah padam itu. Hendak saja dia memeluk erat lelaki itu kerana menyelamatkannya. Manakan tidaknya, jika lambat sesaat sudah tentu dia dilanggar. Nauzubillah!

" Kereta kau dah kenapa? " lelaki itu memandang tepat ke arah kereta Anne.

" Tak tahu lah. Tiba - tiba aje nak rosak. Sebelum nih elok aje. Boleh tolong tengokkan? "

" Tunggu biar aku tengok. " mereka berdua melangkah dekat ke arah kereta itu.

" Awak buat apa dekat sini? " soal Anne kepada lelaki yang sedang sibuk membelek keretanya itu. Sungguh pantas dan cekap lelaki itu cuba membaiki kereta itu.

" Tadi aku nampak kereta ni bagi double signal.  Kereta kau rosak la tuh. So aku datang la nak tolong kau. Kau pula sibuk melangkah ke tengah jalan. Selamat aku ada! " panjang penerangan lelaki itu. ' Maksudnya dia ada dekat sini waktu aku dengar suara tuh!  Dia tak dengar ka? Tak akan aku sorang dengar. Dah la kuat bunyinya' desis hati Anne.

" Awak ada dengar something tak tadi?" soal Anne. Lalu matanya mula melilau kembali melihat sekitarnya.

" Aku rasa kereta kau rosak. Biar aku hantar kau balik dulu. Tak elok lama - lama disini. Esok kau ambil kereta kau" kata lelaki itu. Soalan Anne dia biarkan tak berjawab. Anne hanya terangguk - angguk. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta BMW milik lelaki itu. Kereta Anne dibiarkan dibahu jalan.

" Kau nak aku hantar kau kemana?" lelaki itu bertanya sambil mengangkat- angkat sebelah keningnya.

" Hantar aje saya di hostel city university. Saya menetap di hostel itu "

" kau belajar situ. Aku pun. Aku senior kau la. " kata lelaki itu. Lalu mengukirkan senyuman manis kepada Anne. Buat pertama kali dia senyum melihat Anne. Dari tadi asyik serious aje. Terpaku Anne mengetahui lelaki itu juga pelajar disitu. Anne hanya terdiam sepi. Takut jika lelaki itu banyak soal. Apa di nak jawabnya pulak nanti.

" By the way,  Nama aku Arsalan. kau? " lelaki itu memperkenalkan dirinya pula.  " Anne " jawab Anne.

" Thanks " Anne tersenyum melihat Arsalan.

" Its okey. Kau tak sepatutnya guna jalan tuh. Mana ada orang lalu malam begini di jalan lama itu. Lagipun kau perempuan! " sedikit lembut nada suara Arsalan kali ini. Caring betul!

' Kalau tak ade sesiapa yang menggunakan jalan tuh. Apa dia buat kat situ? Nak tanya atau tidak? Kalau kejap lagi aku tanya dia, dia kata  aku sibuk pula. Diam aje lah ' Anne berkira - kira di dalam hati. Pelbagai persoalan bermain di dalam fikirannya. Maklumlah seorang penyiasat. Tetapi  dia memilih untuk mendiamkan diri.

Dari mana datangnya suara tangisan itu? Mengapakah kereta Anne rosak tepat di kawasan kemalangan yang membabitkan kedua pensyarah itu? Pasti ada sesuatu disebaliknya!