Chereads / NERAKA(wattpad) / Chapter 2 - BAB 2

Chapter 2 - BAB 2

Iman, lelaki berbadan tegap yang mengenakan baju kemeja berwarna blue black yang tanpa tie itu menggeleng - geleng kepalanya apabila melihat handphone miliknya terjatuh ketika berlaga dengan gadis cantik itu. Punggungnya dilabuhkan di sebelah rakan karibnya yang di kenali sejak dari usia kecil lagi juga, merupakan roommate nya. Faris yang dari tadi asyik melihat gelagat gadis - gadis cantik di dewan itu terkejut melihat handphone milik rakannya itu retak teruk pada screen nya.

"Handphone kau dah kenapa ni Iman?! Retak nih. Mahal nak repair. " soal Faris sambil mengambil handphone Iman yang diletakkan di atas meja. Tangannya mula membelek handphone itu.

"Jatuh. Ada awek cantik langgar aku tadi. " kata Iman sambil tersenyum sendiri. Anggaunya masih belum hilang rasanya!

" Kau nih. Dalam dewan semuanya cantik - cantik. Yang mana satu yang langgar kau? " Soal Faris sambil tersenyum. Secara tiba - tiba bahu Faris di tepuk dari arah belakang.

" Beb!. Mana? Kau kata nak pinjamkan aku laptop kau? " seorang lagi rakan mereka berdua yang rajin mengedit gambar. Amer. Mereka bertiga merupakan pelajar baru yang mengikuti course photograpy. Kebijaksanaan yang dikurniakan oleh tuhan digunakan mereka dalam bidang photograpy. Minat yang mendalam juga memaksa mereka melibatkan diri dalam bidang ini. Iman dan Faris dari usia kecil lagi mempunyai minat yang sama. Dari usia kecil lagi mereka telah melatih diri mereka berjinak - jinak dengan camera moden yang dapat mengambil gambar apa sahaja.

" Petang nanti kau datang ambil di bilik aku. "kata Faris kepada Amer. Memandangkan Amer lebih minat dalam bidang editing, Amer memerlukan laptop yang bersesuaian untuk memastikan hasil kerjanya menyerlah.

" Ehh jap. Kau nak edit gambar apa? Kelas pon belum mula. Kau dah sibuk dengan kerja - kerja edit. " Iman menyoal rakannya yang kelihatan kelam kabut itu. Ialah kelas belum lagi bermula dia sudah menyibukkan diri dengan kerja - kerja editing.

"Bukan lah. Kakak aku kawin bulan lepas. Dia minta aku tolong edit kan gambar kahwin dia dengan suami dia." Jawab Amer dengan spontan sambil membetulkan ikatan tie di kolar baju yang sedikit sengget. Hebat betul si Amer! Sebelum menggenggam segulung izajah dalam bidang photograpy, dia sudah di percayai dalam editing gambar. Mesti hasilnya mengagumkan!

ANNE menolak pintu tandas dengan perlahan. Lalu matanya mula memandang keadaan sekitar tandas. Dia terkejut apabila gadis yang diekorinya tadi tidak lagi kelihatan di situ. Kemana gadis bertudung labuh itu pergi? Bukankah dia menuju ke arah tandas ini tadi?

" Mana perginya gadis tadi. Hilang! " Hati Anne berbisik. Mana tidaknya dia tak terkejut! Dia mula mengekori gadis itu dari awal lagi si gadis itu melangkah. Tetapi bagaimana pula dia boleh menghilang dalam sekelip mata? Aneh sungguh. Dalam pada masa yang sama mata Anne sempat melihat ke arah seorang lagi gadis yang sedang touch up make up nya yang hampir pudar akibat berpeluh. Inilah salah satu rutin harian wanita. Bersolek dan touch up solekkan yang makan masa begitu lama. Anne melangkah ke arah gadis tersebut untuk mendapatkan bantuan.

"Hi ! Awak ada nampak tak gadis bertudung labuh ke sini tadi? "soal Anne spontan sejurus tiba di belakang gadis itu. Tindakan Anne telah menyebabkan gadis itu terkejut sehingga tercacat solekkannya.

" Tak ada pon. Dari tadi saya di sini. Tak ada pon perempuan bertudung labuh masuk. " kata gadis itu sambil membetulkan sedikit solekkannya yang terhenti tadi akibat terkejut.

"Ouhh. Baik lah terima kasih. " Anne berkata lalu spontan melangkah keluar. Belum sempat dia melangkah pergi, gadis itu memanggilnya pula. Langkahnya turut terhenti seiring dengan suara si pemanggil.

"Boleh awak tolong saya?" Soal gadis itu sambil memandang tepat ke arah Anne.

"Ya of course!" kata Anne sambil melangkah kembali ke arah gadis itu. Terus gadis itu meminta Anne membantunya membetulkan ikatan rambutnya yang sedikit berselerak di bahagian belakang. Pada masa yang sama, mereka sempat berkenalan di antara satu sama lain. Gadis itu di namakan Erdina oleh ibu bapanya. Memandangkan gadis itu mengikuti course solekkan, dia lebih menjaga penampilannya. Patutlah cerewet sangat nak touch up bagai!

Anne yang dari tadi kehairanan memikirkan kemana gadis bertudung labuh itu menghilangkan diri. Tiba - tiba teringat akan bahawa handphone miliknya itu kehabisan batery. Anne mempercepatkan langkah ke arah hostel yang menempatkan biliknya itu. Sejurus sampai di bilik, charger dikeluarkan dari handbag miliknya lalu phone nya di charge seketika. Langkah disusun kembali ke arah pintu bilik. Di kuncinya pintu bilik tersebut. Bag penyiasatan di keluarkan lalu di buka. Sebatang marker pen di keluarkan. Photo frame yang menyorokkan kepingan gambar yang digunakan untuk penyiasatan diangkat. Lalu satu daripada empat gambar pensyarah itu dibulatkan. Ini bermaksud, pemilik gambar yang dibulatkan Anne akan menjadi target seterusnya untuk di soal siasat. Sepatutnya Anne perlu menyoal siasat anak kedua mangsa dahulu bagi memperoleh maklumat mangsa dengan lebih mendalam. Memandangkan anak mangsa, Azmeer menetap di Amerika bersama keluarga angkatnya sejurus kematian kedua ibu bapanya itu, Anne bercadang untuk mencari jalan lain dalam melakukan soal siasat. Tidak logic kalau dia ke Amerika semata - mata untuk menyoal siasat!

" Hambal, 47 tahun. Pensyarah course economy. " Nama, umur dan course yang diajar pensyarah yang gambarnya dibulatkan itu di sebut. Lalu Anne tersenyum bersendirian.

"Here my next target! "Anne berkata sambil membuka tingkap biliknya yang masih tertutup. Udara segar pagi itu dihirupnya. Hampir meletup kepalanya mencari idea bagaimana hendak menyoal siasat pensyarah itu tanpa identiti sebenarnya terbongkar. Ialah, Anne kan menyamar sebagai mahasiswi di situ. Mana boleh didedahkan identiti sebenarnya! Handphone miliknya yang di charge di ambilnya lalu aplikasi whatsapp di buka. Kenalan yang dinamakan 'ibu' ditekan. Lalu dia menghantar SMS kepada ibunya bahawa battery handphone miliknya itu kehabisan ketika ibunya menghubunginya. Lalu di charge kembali handphone itu.

" Fikir cepat Anne. Masa berlalu. Bagaimana aku nak soal siasat pensyarah itu!" Otak Anne berhempas pulas berfikir. Punggungnya dilabuhkan kembali bersebelahan bag penyiasatan itu. Secara langsung matanya ternampak sebuah topeng yang dapat menutup mata dan dihiasi corak rama - rama yang digunakan untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir.

"Yes i get what i have to do!" kata Anne lalu tersenyum sendiri. Photo frame kembali diletakkan di tempat asalnya. Bag penyiasatan itu disimpan kembali. Handbag miliknya dicapai. Lalu diletakan handphone miliknya berserta topeng itu kedalam handbag. Dia beredar keluar daripada biliknya untuk meneruskan tugasnya. Bagaimana Anne nak bawa pensyarah itu untuk melakukan penyiasatan?

Sejurus sampai di tempat Anne parkir keretanya. Dia membuka kunci kereta Honda City itu lalu masuk ke dalam. Engine kereta di start. Handphone dari dalam handbag dikeluarkan. Lalu dia menghubungi orang suruhannya. Ada orang suruhan?

"Hello. Pastikan kau orang bawa dia ke rumah kosong tuh segera!" kata Anne dengan nada suara yang sedikit garang lalu bergerak keluar dari universiti. Rumah Kosong? Sebenarnya Anne telah pun sediakan rumah kosong yang sudah bertahun ditinggalkan awal - awal lagi sebelum berdaftar masuk ke universiti itu untuk menyamar. Orang suruhannya juga tidak pernah melihatnya dan mengenalinya. Lebih mudah kerjanya. Bijak betul Anne!

HAMBAL, 47 tahun merupakan pensyarah yang telah 20 tahun mengajar di City University. Dia melangkah ke arah tempat parkir kereta pensyarah untuk pulang ke rumahnya setelah 3 jam mengikuti meeting yang di adakan di bangunan pejabat Universiti itu. Sampai sahaja di pintu keretanya dia mengeluarkan kunci kereta BMW miliknya daripada poket seluar slack blue black nya itu. Secara tiba - tiba, mulut dan hidungnya ditekup oleh seseorang menggunakan kain putih yang dituangkan cecair yang boleh memengsankan. Lalu pensyarah itu dibawa menaiki sebuah van yang dinaiki sekumpulan lelaki. Lelaki - lelaki itu mesti orang suruhan Anne! Apakah tindakan Anne seterusnya? Adakah melalui soal siasat ini pensyarah itu akan membongkarkan dalang di sebalik pembunuhan bersiri ini?

PENGEMBALA kambing itu menurunkan kambing betina yang di beli oleh pemuda itu di hadapan pagar rumah bungalow usang itu. Lalu ditambatnya di tiang pagar berhampiran. Loceng pagar ditekan beberapa kali lalu dia beredar meninggalkan kawasan itu. Mak Ijah yang sibuk mencuci lantai dapur yang ditumpahi minyak, terdengar bunyi loceng rumah di tekan. Dia mengaturkan langkahnya ke arah pintu. Pintu besar berukiran corak bunga dibuka. Kelihatan seekor kambing betina ditambatkan di tiang berhampiran pagar rumah itu.

"Yang ini mesti kambing yang dibeli tuan!" Kata mak Ijah. Kambing betina itu dibawa masuk. Walaupun usia mak Ijah tidak membenarkan, dia tetap memaksa dirinya untuk membawa masuk kambing yang liat bergerak itu untuk ditambatkan di pokok belakang rumah. Ialah nak harapkan orang sekeliling membantunya, tiada siapa yang berani. Sejak penemuan dua mayat yang di bunuh kejam oleh pembunuh yang masih tersembunyi identitinya di ladang tebu belakang rumah itu, penduduk sekitar mula takut untuk berlegar - legar dikawasan rumah itu. Malah pengembala kambing itu sendiri takut untuk memasuki ruang rumah bungalow usang itu. Ada juga penduduk yang mendakwa pembunuhnya masih berlegar - legar di kawasan itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebenaran di sebalik apa yang berlaku!

" Apa sebenarnya tuan nak lakukan agaknya?" Persoalan yang bermaian dalam fikiran mak Ijah ketika itu. Dia mengeleng - geleng kepalanya lalu terus memasuki rumah. Tanda dia sudah tidak mahu memikirkan perkara pelik yang berlaku dalam rumah itu. Terutamanya tindakan majikannya yang mengenakan pakaian begitu. Pelik! seorang dukun berpakaian bagaikan hendak berkerja di office. Mungkin juga kerana umur majikanya masih muda, tidak salah untuk berkerja.

PENSYARAH yang di culik dengan tujuan untuk di soal siasat oleh Anne mengenai kes kekejaman itu di ikat ke sebuah kerusi kayu di sebuah rumah kosong. Rumah kosong yang sudah pun sebahagiannya terbakar dan sudah lama tidak berpenghuni itu hanya dipenuhi dengan sawang - sawang serta kerusi dan meja yang ingin digunakan oleh Anne ketika soal siasat. Mentol lampu berwarna oren yang sedikit malap digunakan untuk menerangi suasana. Anne memilih rumah kosong itu kerana suasananya yang sunyi dan tidak di kunjungi penduduk sekitar. Contengan - contengan yang menggunakan kata - kata kesat menandakan aktiviti menagih dadah atau bahan larangan lain pernah dilakukan di situ.

Anne yang dari tadi berdiri di arah belakang pensyarah yang masih tidak menyedarkan diri itu meletakkan handbag miliknya ke atas meja beralaskan kain hitam itu. Rambut panjangnya yang dibiarkan berterbangan di ikat lalu topeng yang dibawa bersamanya di pakai supaya pensyarah yang akan di soal siasat tidak mengecam akan dirinya nanti. Hebat betul persediaan yang dilakukan oleh Anne! Secara tiba - tiba pensyarah itu menyedarkan diri.

" Kat mana!. Kat mana aku!. Lepaskan aku!. " pensyarah itu bertanya dengan nada suara yang sedikit tinggi. Matanya mula memandang persekitaran rumah itu.

" Kalau kau orang nak duit! Aku boleh bagi! Berapa kau orang nak?" pensyarah itu bersuara lagi sambil berhempas pulas untuk meloloskan dirinya dari ikatan yang sangat tegang dan kuat itu.

" Muhammad Hambal bin Rasyidin! Encik tahu kenapa encik di sini!" Anne bersuara dari arah belakang pensyarah berkacukan Pakistan itu. Tangan pensyarah yang di ikat ketat menyukarkan dia menoleh ke belakang bagi melihat siapa si gadis yang bersuara itu.

" Aku tak tahu. Siapa kau! Apa kau mahu? Jangan jadi pengecut di belakang tu!" Pensyarah itu bersuara lagi. Tetapi kali ini agak kasar bahasanya . Anne terus melangkah menghadap pensyarah itu. Anne berpeluk tubuh sambil memerhati tepat ke arah mangsa soal siasatnya kali ini.

" Saya, Mariana, polis penyiasat 'CID' " Anne memperkenalkan dirinya dengan menggunakan nama ibunya supaya pensyarah itu tidak dapat mengecam identiti sebenarnya. Terdiam seketika pensyarah itu apabila mengetahui gadis bertopeng yang berdiri tepat dihadapannya itu ialah seorang pegawai polis.

" Saya di sini. Hadapan encik! Untuk menyoal siasat encik tentang kes yang sudah terdiam sepi dalam ingatan encik. Tapi bukan ingatan saya! Kalau encik dapat beri kerjasama dengan saya sekarang, Cepat encik keluar dari sini! Boleh? " Anne menerangkan tujuannya membawa pensyarah itu ke situ. Namun pensyarah itu hanya terangguk - angguk. Tidak berani melawan seorang polis berpangkat tinggi agaknya! Dua buah kepingan gambar dikeluarkan dari handbag miliknya. Lalu diletakkan di atas meja. Tangannya menolak gambar itu menghampiri pensyarah itu.

" Awak kenal kedua pemilik gambar ni?" soal Anne sambil memandang tepat ke arah mata pensyarah itu supaya dapat memastikan ketepatan jawapan pensyarah itu. Mungkin pensyarah itu menipu!

" Kenal. Rahim dan Masyitah. Kedua mereka mengajar di City University bersama saya! Tapi mereka dah meninggal dunia setahun lalu. Mereka di..." belum sempat pensyarah itu menghabiskan penerangannya. Anne mencelah.

" Dibunuh secara kejam!" Anne mencelah sambil mengelilingi pensyarah itu.

" Dalam laporan penyiasatan saya mengatakan Encik kawan paling rapat dengan arwah Rahim. Betul? Boleh saya tahu apa terjadi sehari sebelum kejadian?" Anne berkata lagi.

************************************

Muhammad Rahim. Pensyarah bidang kejuruteraan mechanical yang sangat cekap dalam melakukan tugasnya. Sejurus tamat meeting yang di adakan. Dia berbual bersama Hambal tentang tugas yang diberikannya, iaitu menguruskan majlis pembangunan pelajar City University. Sungguh banyak tangungjawab yang sering diberikan kepadanya kerana dedikasinya yang cekap ketika menjalankan tugas. Secara tiba - tiba, isterinya Masyitah melangkah ke arahnya lalu secara sepontan menarik tanganya keluar dari pejabat. Lalu mereka berbual berduan di kaki lima pejabat. Muka Masyitah kelihatan resah bagaikan sesuatu bakal menimpa mereka.

Hambal kehairanan dengan tindakan masyitah, yang juga merupakan pensyarah kejuruteraan mechanical yang kelihatan sedikit pucat itu. Sejurus selepas mereka habis berbual. Masyitah meninggalkan suaminya itu lalu beredar dari situ. Rahim pula mula menyusun langkah meninggalkan tempat itu tetapi ke arah berlainan dengan Masyitah.

************************************

" Itu yang terjadi sebenarnya. Kali pertama saya melihat tindakan arwah Rahim dan arwah Masyitah tidak tentu hala dan itu juga merupakan kali terakhir saya melihat mereka. " panjang penerangan pensyarah itu.

" Encik rasa apa masalah yang mereka hadapi? Apa bentuk masalah yang mereka hadapi. Pergaduhan rumah tangga?" soal Anne lagi. Namun pensyarah itu hanya menggeleng - geleng kepalanya.

" Saya tak pernah melihat mereka begitu sebelum ini. Hubungan mereka sentiasa erat dan bahagia. " kata pensyarah itu.

" Baiklah kalau begitu. Untuk harini, saya akan lepaskan Encik. Encik di larang untuk keluar dari kawasan ini sehingga kes selesai. Mungkin saya masih memerlukan bantuan Encik. Tapi, kalau Encik keluar dari kawasan Selangor ini juga. Saya akan mengesyaki Encik cuba melarikan diri! Terima kasih kerana memberi kerja sama" Panjang penerangan Anne. Walaupun dia masih mengesyaki pensyarah itu. Dia tetap melepaskannya dengan alasan, ada lagi tiga pensyarah yang perlu di soal siasatnya. Mungkin pensyarah yang lain ada jawapannya!

Handphone dari handbag miliknya dikeluarkan. Lalu dia menghubungi orang suruhannya supaya menghantar kembali pensyarah itu ke tempat mereka culik pensyarah itu tadi. Anne mula beredar dari situ. Keluar sahaja dari rumah kosong itu. Dia membuka topengnya lalu disimpan ke dalam handbag. Sambil melepaskan nafas lega, ikatan rambut juga dilepaskan seperti biasa. Satu - persatu langkah disusun ke kereta yang di parkirnya di belakang bangunan kedai berdekatan rumah kosong itu. Suasana sekitarnya di lihat. Anne risau jika ada orang mengekorinya. Habis musnah rancangannya nanti jika diketahui orang. Apakah tindakan Anne seterusnya?

SUNGGUH lama masa yang di ambil oleh tukang pembancuh air yang di pesan oleh Geetha dan Ita untuk menyiapkan pesanan mereka yang masih menunggu di meja makan di sebuah cafe dalam universiti itu. Masing - masing memegang handphone di tangan. Secara tiba - tiba, seorang gadis bernama Suu Jeo berhenti di sebelah mereka.

" Boleh saya duduk di sini? " soal gadis berbangsa cina itu sambil memegang kerusi kosong yang terdapat di sebelah Geetha itu. Keadaan cafe kecil yang merupakan cafe ke tiga di universiti itu di penuhi dengan ramai pelajar. Keadaan ini, memaksa gadis berbangsa cina itu menumpang meja dengan mereka. Geetha dan Ita hanya terangguk - angguk sambil melemparkan senyuman. Handphone mereka yang digunakan dari tadi di simpan. Pandangan mereka masih dilontarkan tepat ke arah gadis cina beramput perang itu. Sejak mereka mendaftar di universiti itu, tiada pula gadis cina yang datang bergaul dengan gadis berbangsa lain. Walaupun senior universiti itu kebanyakkannya orang cina. Cina tak mudah bergaul! Mereka sempat berkenalan.

ANNE memakir keretanya di kawasan parkir seperti sediakala. Jam di tangannya di lihat sekilas pandang. Jam 12 tengah hari! Dahinya ditampar perlahan. Lalu langkah kakinya dipercepatkan ke arah hostel dengan harapan dapat menyoal siasat seorang lagi pensyarah pada hari yang sama. Sebelum memulakan soal siasat. Dia perlu meneliti maklumat tentang pensyarah yang ingin di soal siasat di biliknya. Langkahnya terhenti apabila melihat Geetha sedang melambai tangan ke arahnya. Musnah harapan! Ada sahaja si Geetha menjadi penghalang kepada rancangannya. Walaupun banyak lagi tugasan perlu diselesaikan, dia memaksa kakinya melangkah ke arah Geetha dan Ita serta seorang lagi gadis yang masih tidak dikenalinya.

" Dah dua hari aku kat sini. Tak akan aku tak berjaya kumpul satu pun maklumat tentang pembunuh." hatinya membisik tanda marah akan dirinya sendiri sambil melangkah. Kes - kes yang diterimanya sebelum ini di selesaikannya dengan pantas sehingga terpilih menyelesaiakn kes pembunuhan ini pula. Mungkin Anne masih tidak menyedari bahawa kes ini adalah kes yang berklasifikasi tinggi! Bukan mudah untuk diselesaikan walaupun hampir enam orang penyiasat telah di upah sebelumnya.

" Hi!. " Anne melabuhkan punggungnya di sebuah lagi kerusi kosong di meja itu. Muka Anne yang kusut seperti memikirkan sesuatu ditenung oleh Suu Jeo. Ialah, dia masih belum mengenali gadis Sabah itu.

" Awak dari mana Anne. Sejak awak tinggal kami berdua dalam dewan, awak tidak kelihatan lagi. " soalan maut daripada Geetha yang menyebabkan Anne tidak senang duduk. Kalau ikutkan hati dia dah tinggalkan mereka di situ. Tapi apa pula yang mereka fikirkan nanti. Ita pula hanya terangguk - angguk tanda bersetuju dengan Geetha.

" sa..ya..ke" Anne tergagap - gagap tidak tahu mahu beri alasan apa.

" Bukan apa, kami berdua ada ke bilik kau. Ketuk pintu kau tak buka " belum sempat Anne memberi jawapan, Ita mencelah. Dia sengaja melakukan begitu dengan mengangap Anne mempunyai kerja tersendiri. Anne menghembus nafas lega. Selamat!

" Kenapa awak berdua ke bilik saya?" Anne bertanya. Nasib biliknya sempat dikunci. Bahaya pelajar lain memasuki bilik itu. Banyak maklumat kes pembunuhan yang ingin diselesaikan disembunyikan di situ.

" Sebab nak bagi ni. Awak punya. Tadi petugas dalam dewan itu mengedarkan semua pelajar baru dengan tag pelajar masing - masing. Nama awak di sebut banyak kali. Tapi awak tak kelihatan. Saya tolong simpankan untuk awak. " Geetha mengeluarkan sebuah tag nama pelajar dari bag sandang miliknya. Lalu tag nama pelajar itu dihulurkan kepada Anne.

" Katanya jika tag nama itu tidak di pakai, pelajar tidak di benarkan masuk ke kelas atau berlegar - legar di kawasan universiti. " Suu Joe yang mendiamkan diri dari tadi sejak Anne ke situ mula bersuara.

" Banyak betul peraturan kat sini. " Ita pula bersuara. Anne hanya terangguk - angguk. Tag nama pelajar itu ditenung seketika. Tumpuan Anne tidak diberikan sepenuhnya kepada mereka bertiga , namun dia lebih termenung sendirian memikirkan tindakan seterusnya. Bagi Anne lebih cepat kes ini selesai, lebih tenang rasanya.

" Kalau tiada apa - apa lagi saya beredar dulu!" Anne berkata apabila menyedari masanya berlalu begitu sahaja lalu beredar ke biliknya. Gadis cina yang menetap di block A turut beredar setelah menghabiskan airnya. Memandangkan jalan ke arah hostel sama, Anne dan Suu Jeo melangkah sekali sambil berborak. Mereka sempat berkenalan. Ita dan Geetha yang dari tadi kehairanan dengan tindakan Anne yang tergesa - gesa menyambung semula perbualan mereka.

Apakah tindakan Anne seterusnya dalam membongkar identiti pembunuh?

KEHANGATAN suasana petang dapat dirasakan. Jam di handphone di pandang seketika. Jam menunjukkan angka 2. Hayunan langkahnya di lajukan ketika mendaki anak - anak tangga di block itu. Kunci bilik bernombor 20 dikeluarkan dari poket lalu dibukanya bilik yang menyimpan banyak maklumat yang digunakannya dalam penyiasatan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi meja belajar, lalu tingkap bilik itu dibuka. Udara hangat yang menerebus memasuki ruangan tingkap itu menampar pipinya dengan lembut. Anne termenung seketika.

Photo frame yang menyembunyikan kepingan gambar yang dilekat itu di angkat. Gambar pensyarah seterusnya dibulatkan menggunakan marker pen berwarna merah. " Rosli Abu Hasan , my next target " nama pemilik gambar itu disebut. Senyuman penuh bermakna terukir dibibir gadis Sabah itu. Soal siasat lagi? Bosannya kerja polis! " But now let me fresh up my body first " tuala berwarna hijau dikeluarkan. Lalu kakinya mula melangkah keluar dari bilik itu untuk ke bilik mandi. Maklumlah jika menetap di hostel bilik air di asingkan dari bilik pelajar masing - masing.

AM yang dari tadi terduduk di sebuah bangku yang terletak di koridor universiti itu mengusap sedikit rambut pendek lurusnya lalu mengeluh. " why? Why you misbehave like this. I did everything for you! " rambutnya di usap laju menandakan dia serabut. Ialah, mana tidaknya dia serabut jika girlfriend sendiri tak angkat call. Chat yang dihantarkan juga dibiarkan bluetick tanpa diketahui sebabnya.

" Angkat lah call I Ad " dia mengeluh lagi apabila panggilannya tidak berjawab buat ke sekian kalinya. Am merupakan pelajar senior di universiti itu telah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta bersama Adriana, gadis yang menjadi kegilaan ramai lelaki di situ.

Secara tiba - tiba matanya menangkap kelibat susuk Adriana melangkah ke arah cafe di universiti itu. " Adriana!" Dia memanggil kekasih hatinya itu. Lalu melangkah cepat ke arah Adriana yang juga berkerja sebagai model sambilan. Anak kepada Dato ' Azhar itu tidak pernah berputus asa dalam memujuk hati Adriana yang selalu tercalar akibat tindakannya sendiri. Maklumlah wanita, sukar untuk dipujuk jika merajuk.

" Apa lagi you nak daripada I?" Adriana bersuara dengan nada yang agak tinggi setelah menyedari lelaki berkulit kuning langsat itu mengekorinya dari belakang. " Just wait a moment. I have to discuss with you " Am menarik pergelangan tangan kekasihnya itu sehingga terhenti langkah Adriana. " What you want to discuss?! I know everything about you now. What you did.. " belum sempat Adriana menghabiskan kata - katanya, Am mencelah, " Apa yang I dah buat? Tell me now!" Am menyoal dengan nada suara yang lembut. Jika di biarkan Adriana berkata, macam - macam lagi dituduhnya! Adriana menarik pergelangan tangannya yang di pegang Am. " You liked her photo " Adriana menunjukan gambar seorang gadis di instagram yang menjadi pesaing dalam kariernya. " What?! " terkedu seketika lelaki itu dibuatnya. Like pun boleh jadi masalah? Agak tidak logic tetapi itulah realiti dunia sekarang. Jelous tak tentu pasal!

" Ad, are you jelous? " Soal Am sambil mengusap perlahan tangan girlfriend nya itu. Rambut kerenting perang Adriana dibelainya. " Yes, i'am! Gila ke apa I tak jelous. You gonna be my fiance and after that will be my husband! Dah lah you like gambar musuh I ! " panjang bebelan Adriana. Matanya mula berair. " Alolo cutenya bakal isteri I. Ok I janji , I unfollow perempuan tu " Am memeluk girlfriendnya itu. " Promise? " Adriana bersuara sambil memuncungkan bibir seksinya itu. Tergelak sakan Am dengan celoteh comel Adriana.

ANNE mengunci pintu biliknya setelah siap mandi dan menyegarkan diri. Kakinya melangkah ke arah anak tangga untuk menyelesaikan tugasannya yang tertangguh. Handphonenya dikeluarkan dan lalu di menghubungi orang suruhannya. " Hello, aku ada hantarkan gambar kat kau. Pastikan dia ada kat tempat haritu sekarang! Ya duit kau nanti aku bank in. " Langkahnya di percepatkan ke arah cafe. Perut Anne yang mula bernyanyi kecil sejak tadi memaksa dia ke cafe sebelum ke rumah kosong itu untuk mengisi perut. Sementara menunggu orang suruhannya menculik pensyarah itu, baik dia isi perutnya yang kelaparan. " Give me a cup of green tea and spaghethi bolognise " makanan dan minuman di pesan. Agak lama di menunggu di depan counter untuk mengambil makanan. Maklumlah, cafe itu menggunakan kaedah ' layan diri ' .

IMAN yang dari tadi melepak di cafe itu bersama rakan - rakannya menyedari kehadiran Anne di situ. Gadis cantik yang masih tidak dikenali namanya yang jugak menyebabkan handphonenya retak itu menarik perhatiannya. " Woi Iman, kau dengar tak apa yang aku cakap nih? Mengelamun pulak!" Amer yang dari tadi membebel tentang kelas pertama yang bakal dihadiri mereka esok terpaku apabila kata - katanya tidak dilayan oleh Iman. Sebaliknya dia menumpukan perhatian ke arah seorang gadis. " Kau orang ingat tak awek yang aku kata langgar aku? Itulah dia " Jari telunjuk Iman di arahkan ke arah Anne yang baru sahaja melabuhkan punggung di meja yang tidak jauh dari mereka. " Cantik doh. Dah macam bidadari syurga. " Ternganga Faris melihat kecantikan Anne. " Kan best dia jadi awek aku. Tak larat dah aku nak hidup singel!." Iman mengeluh. " Eleh, kau ja yang berlagak. Ramai ja yang nak kat kau dari sekolah menengah sampai sekarang. " Faris berkata. Ialah mana tidaknya, lelaki berbadan sado dan kulit yang putih diikuti kemerah - merahan umpama artis K-pop itu mesti menjadi rebutan. " Itu biasa. Yang ini luar biasa. Kau orang tengok aku ayat dia. " Iman mengatur langkahnya ke arah Anne. " Itu pun kalau dapat! " sempat lagi Amer mencabarnya.

" Ukhk ukhk " tersedak Anne apabila seorang jejaka yang tidak dikenalinya melabuhkan punggung di hadapannya. Jejaka itu mengeluarkan handphone retak miliknya dari poket seluar jeans yang dipakainya. " Hi, do you know who i'am?. " Iman bersuara sebaik melabuhkan punggung di situ. ' Siapa dia nih. Ingat aku ada masa nak ingat dia. Kerja aku pun belum siap ' bisik hati Anne. Dahinya dikerutkan. Dia tergamam seketika. "By the way , i'm Iman." tangan dihulurkan kepada Anne untuk berjabat. Anne buat endah tak endah sahaja. Ialah entah siapa? Dari mana datangnya. Amer dan Faris tergelak dari jauh melihat akan kawannya itu tidak dilayan. ' Ehwah sombongnya. Tak apa! ' desis hati Iman. " Ok jadi apa tujuan awak perkenalkan diri awak?" Soalan ditujukan kepada Iman dengan begitu sombongnya. Anne dah dapat baca tujuan Iman mengusiknya disitu. " By the way I nak tuntut sesuatu daripada you. " Senyuman mengoda dilemparkan oleh Iman. ' Apa pulak dia nih nak? ' pelbagai persoalan mula bermain dalam minda Anne, tetapi dia tetap mendiamkan diri. " You tengok handphone I yang retak nih, begitulah retaknya hati I apabila you langgar I sampai jatuh handphone I!" Iman cuba menakut - nakutkan Anne. Ialah perempuan sekarang risau jika di minta tuntutan wang. Tapi bukan Anne! Anne memandang sekilas jam di handphonenya. Baru dia sedar dia sudah pun terlambat untuk melakukan tugasnya. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada Iman. Seratus ringgit dikeluarkan Anne daripada handbag nya lalu di hulurkan kepada Iman. " Awak ambil nih. Perbaiki handphone awak. Kalau ada lebih ambil aja angap saya sedekah. Mungkin saya tak sedar ketika langgar awak hari itu. " panjang lebar penerangan Anne lalu dia beredar dari situ. Tak ada masa dia nak layan lelaki itu. Terpaku Iman di situ. Ialah tujuannya bukan untuk meminta duit! . Tetapi mengoda gadis itu. Tindakan Anne memalukan Iman di situ. Belum pernah si gadis berkelakuan sedemikian dengannya. Amer dan Faris teresak - esak ketawakannya. Aduh malu!. ' Berlagak! Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku. ' desis hati Iman. Kesombongan Anne menarik minatnya untuk lebih mendekati gadis itu. Kerana dia tidak seperti gadis - gadis yang pernah di kenalinya sebelum ini.

Apakah tindakan Anne setrusnya? Adakah dengan menyoal siasat pensyarah kedua dapat membongkar perkara sebenar?