************************************" Anne!.." Puan Mariana memanggil anaknya dari arah ruang tamu. Anaknya yang seorang itu baru sahaja pulang dari Sarawak bumi kenyalang setelah menyelesaikan tugas penyiasatan, asyik terperap dalam bilik tidur sahaja. Sudah hampir tiga hari tidak berbual dengan ibunya itu kerana berada di Sarawak. Satu - persatu langkah dihayun menuruni tangga beralaskan permaidani bercorak bunga itu. Maklumlah, bungalow mewah hasil daripada harta pusaka keluarga Puan Mariana memang berhias cantiklah. " Ya ibu. Ibu panggil Anne ye? " Anne berdiri di sisi sofa sambil melihat tepat ke arah Puan Mariana. Tangan Anne di pegang lalu di tarik sedikit supaya Anne terduduk di sebelahnya. " Sejak kebelakangan ini, ibu perhatikan Anne kelihatan selalu resah dan gelisah sahaja seperti Anne ada masalah yang begitu besar. Dengar sini sayang, ibu yang melahirkan kamu jadi ibu tahu jika kamu hadapi masalah. Tak mahu kongsi dengan ibu? " soal Puan mariana sambil mengusap - usap tangan Anne dengan lembut dan penuh kasih sayang serta prihatin. Gundah sungguh hatinya melihat anak kesayangan belahan jiwanya itu seperti itu. " Kes Anne belum ada penyelesaiannya lagi ibu. Anne perlu ke Sarawak ini." Anne terdiam seketika lalu menyambung lagi. "Tetapi kali ini bersama dua orang lagi penyiasat. Ameena dan seorang penyiasat lelaki. Tapi...." belum sempat Anne menghabiskan kata - katanya , Puan Mariana mencelah.
" Sayang.. Anak ibu, pergi aja lah. Jangan risau tentang ibu. Asalkan anak ibu berteman di sana nanti. " Puan Mariana tersenyum lebar. Faham benar dirinya bahawa anak perempuannya itu risau untuk meninggalkan dia seorang diri di sini. Tapi apakan daya, kerja tetap harus berjalan. Dia tidak risau jika Anne di temani oleh Ameena, rakan sekerja Anne yang sangat rapat dengannya. Ke mana sekali pun hampir 40 peratus masa Anne diluangkan bersama Ameena. Mereka mula berkenalan ketika di universiti. Tak sangka pula kerja di tempat yang sama. Mendengar akan penjelasan ibunya itu, sedikit sebanyak melegakan perasaan Anne dan mengurangkan kadar kerisauan Anne kepada ibunya. Dia percaya, ibunya itu sangat memahami akan dirinya. Anne tersenyum lebar lalu memeluk Puan Mariana dengan erat.
" Baiklah ibu. Anne nak pergi bersiap. Anne dah tak sabar dan tak akan berdiam diri sebelum menangkap pembunuh yang berjaya melarikan diri daripada Anne hari itu, dan menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin sebelum ada orang lain yang menjadi mangsa kerakusan penjenayah kejam seperti ini." Anne terus melangkah ke arah bilik. Puan Mariana tergamam seketika melihat semangat Anne yang begitu berkobar - kobar. Terlintas bayangan wajah seseorang yang sangat dekat dengan dirinya. Bergenang air mata di kedua kelopak matanya apabila mengenang akan masa lalu yang begitu pahit dan ingin di padam terus dari ingatannya itu! Puan Mariana menyekah air matanya secepat mungkin dan tersenyum kecil melihat akan minat anak tunggalnya yang mendalam dalam bidang penyiasatan itu. Minat dan semangatnya itu dapat di lihat apabila Anne selalu sahaja berjaya menyelesaikan kes dengan begitu cekap dan bijak.
Memandangkan pembunuh yang diburu oleh mereka itu bagaikan ' harimau yang memburu pemangsanya ' Anne dan yang lain harus berhati - hati dalam mengatur langkah - langkah seterusnya. Di syaki, penjenayah tersebut menginap di Grand Mangherita Hotel Sarawak. Oleh itu mereka juga terpaksa menginap di situ bagi memudahkan tugas mereka untuk menghidu jejak langkah pembunuh. Kunci bilik bernombor 16 yang berada di tingkat tiga hotel itu diberikan kepada mereka oleh pelayan di counter pendaftaran hotel besar itu. " Kita nih kalau ada jaa kes nak di selesaikan, mesti kena menginap di tingkat yang tinggi. Sabar aja lah " Ameena bersuara sambil menekan butang
' naik ' di lift hotel itu. Selamat bag bagasi yang di bawa mereka tidak terlalu besar! " Itulah.. Nih semua mesti Encik Salleh yang punya kerja ini. " Anne menepuk perlahan dahinya. Encik Salleh merupakan polis penyiasatan yang umurnya dalam lingkungan 40 an. Dia merupakan ketua kepada mereka. Encik Salleh bertanggungjawab dalam menentukan lokasi dan mengarahkan tugas yang perlu di selesaikan oleh mereka bertiga termasuk lah seorang penyiasat lelaki yang baru sahaja menyertai tugasan itu. Kunci bilik hotel dibuka lalu mereka meletakan bag masing - masing di penjuru bilik. " Jom kita ke cafe di bawah nak? Perut aku dah lapar dah nih. " Ameena memperlawa Anne yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di katil lembut hotel tersebut. " Kau pergi la. I feel tired. I want to fresh up my body. " Anne mengeleng - geleng kepalanya. Tersenyum Anne dengan perangai Ameena yang tak pernah puas makan. " Ok lah kalau macam tu. I will get you some fresh coffee. " langkah di atur keluar. " Thank you " senyuman manisnya diukir. Pintu bilik dikunci Anne.
************************************
' Tring.....Tringg ' handphone Anne berbunyi secara langsung menyedarkan dia daripada terus mengelamun terkenang akan kenangan lalunya. ' Anne kau ni bahaya betul! Mengelamun sambil bawa kereta. Aduh. Kalau jadi apa - apa nanti.' hati Anne berbisik memarahi diri sendiri yang leka itu. ' By the way, i miss you Ameena! ' desis hati Anne lagi. Pada masa yang sama, dia berasa hairan kenapa Encik Salleh tidak menjadikan Ameena sebagai partner tugasnya itu seperti kes - kes sebelum ini. Mungkin Ameena di tugaskan di dalam kes lain. Panggilan di jawabnya. " Ok baik. Kau tinggal sahaja dia kat situ. Nanti aku datang. Kau boleh pergi. Duit kau sudah aku bank in " Anne menjawab panggilan daripada orang suruhanya itu. Sudah tiba masanya untuk menyoal siasat pensyarah seterusnya!
Kereta diparkir seperti biasa di belakang sebuah bangunan kedai. Anne sempat melihat cermin hadapan keretanya itu untuk membetulkan ikatan rambutnya supaya pensyarah itu tidak dapat mengecamnya. Secara tiba - tiba, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang memerhatikan keretanya dari arah belakang. Pandangannya diarahkan ke arah belakang tetapi lelaki itu tidak lagi kelihatan. Dia pandang semula cermin hadapan keretanya. Susuk tubuh lelaki itu tidak lagi kelihatan disitu. Ke mana hilangnya dia. Sebagai langkah berjaga - jaga, ' pistol ' yang di sorokkan di dalam dashbhord keretanya di keluarkan lalu di selitkan di bekakangnya. Risau jika dia diekori oleh orang asing! Pistol yang sentiasa bersamanya jika menyelesaikan kes kali ini disorokkan di dalam dashbhord kereta. Takut jika di bawa masuk ke universiti nanti dijumpai oleh pelajar lain. Di salah gunakan nanti, jenuh dia nak memberi alasan kepada Encik Salleh! Satu - persatu langkah di aturkan ke arah rumah kosong bagi menjalankan sesi soal siasat. Mata Anne sentiasa mengerling ke arah belakang risau jika ada yang cuba mengekorinya. Anne mula rasa tidak sedap hati lalu langkahnya dipercepatkan. Jika ada orang mengetahui siapa sebenarnya dirinya, habis musnah segala perancangannya! " Kau dah datang? " pensyarah yang diculik itu bersuara sejurus Anne melangkah masuk ke dalam rumah kosong itu. Terpaku Anne seketika! ' Macam mana dia boleh sedarkan diri dulu sebelum aku sampai. ' desis hati Anne. Lalu cepat - cepat dia sarungkan topeng ke mukanya. " Aku tahu kau akan datang mrs police" pensyarah itu bersuara lagi. Bagaimana pensyarah itu boleh mengenalinya? Banyak persoalan mula terhitung di dalam fikirannya. Anne berhadapan dengan pensyarah itu. Rasa tidak sedap hati mula timbul lagi. Seperti biasa dia mengeluarkan dua keping gambar. Iaitu gambar mangsa pembunuhan kejam setahun lalu. " Encik kenal siapa mereka? " soal Anne seperti biasa. Pensyarah itu hanya tertawa jahat. Penuh bermakna ketawa yang dilemparkan itu. Muka pensyarah itu kelihatan sedikit pucat. Tindakan pensyarah itu menaikan angin Anne! " Kau nak jawab atau nak aku tembak aja kau! " sedikit kasar bahasa Anne kali ini. Pistol dikeluarkan dan picunya ditarik lalu pistol itu di dekatkan jarak seinci dengan dahi pensyarah itu. Pensyarah itu hanya mendiamkan diri. Tiada perasaan takut ditunjukkan. " Kau jangan cabar aku! Jangan sam.... " belum sempat Anne menghabiskan kata - katanya, 'sesuatu' melintas di belakangnya. Kelajuan 'sesuatu' yang tidak dikenal pasti identitinya itu menyebabkan Anne tercari - cari. Pistol di halakan ke arah itu.
" Baik kau serah diri sebelum aku tembak kau! " Anne bersuara. Langkahnya disusun perlahan ke hadapan. Picu pistol di arahkan ke kiri, kanan, depan dan belakangnya untuk mencari 'sesuatu' tersebut. Satu - persatu titik peluhnya membasahi muka. Secara tiba - tiba, lampu mentol oren itu terpadam. Keadaan menjadi lebih tidak terkawal. Satu - satunya lampu disitu terpadam menyebabkan seluruh suasana rumah kosong itu gelap bagaikan kelopak mata menutupi mata. Tiada apa yang kelihatan! Keadaan ini memaksa Anne membuka torchlight daripada handphonenya. Sedikit demi sedikit bulu roma Anne meremang. Torchlight di arahkan ke seluruh kawasan. Namun tiada apa yang kelihatan. Jadi siapa yang melintas tadi? Langkahnya di susun kembali ke arah pensyarah itu, lalu torchlight di arahkan ke mukanya. Kedengaran nafas pensyarah itu sedikit kencang dan tidak teratur. Tersemput - semput dia menarik nafas. Anne menepuk bahu pensyarah itu. Muka pensyarah itu kelihatan kebiruan dan darah mula membasahi hidungnya. Mulutnya pula dipenuhi dengan darah yang terpercik keluar! Pensyarah itu kelihatan seperti baru lepas dirasuk! " Shit!" Anne terkejut dan mengundur beberapa tapak ke belakang. Lampu kembali menyala! Walaupun tangan Anne terasa sedikit mengeletar kerana terkejut akan apa yang berlaku tanpa disedarinya, di tetap mengarahkan jari telunjuknya ke hidung pensyarah itu untuk merasa dan memastikan pensyarah itu masih bernafas. Namun sebaliknya! Pensyarah itu meninggal dunia!' What the hell was going on?!' desis hati Anne. Dia kebingungan. Handphonenya dikeluarkan lalu dia menghubungi ambulance.
Apakah yang berlaku di rumah kosong itu? Siapakah yang melintas di belakang Anne tadi? Adakah semua yang berlaku ini angkara pembunuh? Mesti pensyarah itu mengetahui sesuatu tentang pembunuh! Apakah tindakan Anne seterusnya?
HAMPIR dua jam Anne menunggu di jabatan forensics Hospital Ampang Selangor bagi mendapatkan laporan posmouterm mengenai kematian mengejut pensyarah itu. Perasaan ingin tahu punca kematian itu sangat mendalam ketika itu. Manakan tidak, dia dan pensyarah itu sahaja berada di situ. Siapa yang melakukan semua ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebenaran disebalik apa yang berlaku. Jam di handphonenya dikerling seketika. Jam menunjukkan angka 9 malam. 'Lambat dah nih. Esok dah lah aku terpaksa masuk kelas walaupun bukan itu tujuan aku! ' bicara hati Anne. Pintu bilik forensics dibuka. Kelihatan susuk tubuh seorang doktor wanita melangkah ke arahnya. Laporan forensics dihulurkan kepada Anne. " Ms Anneriana, kami menjumpai sebatang paku besar di dalam perut mangsa. Kemungkinan pendarahan yang berlaku adalah disebabkan paku tersebut. Mangsa meninggal dunia disebabkan luka sampingan daripada paku tersebut. " doktor wanita itu berkata. Anne mengerutkan dahinya. ' Macam mana pulak paku boleh ada dalam perut dia? Apa punca semua kejadian ini? ' persoalan demi persoalan bermain di dalam benak fikiran Anne. Pelik! " Doktor, macam mana boleh ada paku dalam perut mangsa?Tak akan dia telan. Jika dia telan atau dipaksa telan sudah tentu ada kesan luka di kerongkongnya. Tetapi dalam laporan ni tidak dinyatakan pun? " Anne ragu - ragu dengan jawapan doktor tersebut. " Ms Anne, Saya tiada jawapan untuk soalan cik tu. Saya telah mencuba sedaya upaya saya mencari dari mana datangnya paku itu. Sudah saya cuba tapi tak saya temui. " doktor itu mengatur langkah. Anne turut mengekori langkah doktor wanita itu. Selagi dia tidak berpuas hati dengan jawapan doktor itu. Selagi itulah pelbagai soalan di akan ajukan. Maklumlah seorang penyiasat yang sudah banyak 'makan garam' mengenai aktiviti menyoal siasat ini pasti akan tahu jika doktor itu cuba - cuba untuk menipunya! Doktor wanita itu kelihatan seperti menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan gadis Sabah itu.
" How possible? Mana mungkin. Tak akan paku itu masuk sendiri? " soalan Anne memaksa doktor itu memberhentikan langkahnya. " Itu lah saya pelik. Bagaimana? " Doktor itu mengeleng - geleng kepalanya tanda tidak tahu. Sementelah itu, doktor wanita itu mendekatkan bibirnya ke arah cuping telinga Anne lalu dia berbisik " santau! awak tahu apa itu santau? Dua jam saya di dalam bilik itu pelbagai perkara misteri terjadi. Ini kali pertama saya hadapi kes yang sebegini. " doktor itu sempat mengerling ke arah kiri dan kanan. Anne hanya terdiam sepi. Namun pelbagai persoalan mula menerpa kepalanya. Bagi Anne perkara mistik begini hanya lah rekaan orang dahulu kala. Dia tidak percaya akan perkara begini. Anne tersenyum sendiri apabila melihat doktor itu beredar dari situ dengan tergesa - gesa. Jangan di buat main perkara begini Anne!
KAMBING yang di tambat di pokok belakang rumah bungalow usang itu ditenung seketika oleh dukun muda yang asyik menghilangkan diri dari pagi sehingga ke petang. Kebelakangan ini aktiviti harian dukun muda itu mula berubah. By the way, apa yang sedang dia lakukan pada malam yang sebegitu sunyi dan sepi ini? Di kawasan belakang rumahnya yang agak menyeramkan itu pulak. Maklumlah seorang dukun, mesti ada perkara syirik mahu dilakukannya! Kepala kambing itu diusapnya dengan penuh bermakna. Dia tersenyum sendiri sambil mengeleng - geleng akan kepalanya. Apa dia nak lakukan nih? Tali yang diikat rapi di pokok mempelam separa matang itu dibuka perlahan. Lalu kambing itu diheret bersamanya ke arah sebuah store kecil di belakang bungalow usang itu. Kambing betina yang malang itu kelihatan agak liat dalam pergerakkannya. Ia bagaikan sudah tahu perkara yang bakal menimpanya nanti. Namun begitu, dipaksa juga kambing itu bergerak dengan heretan yang lebih kuat. Kejam! Apa pula dukun muda ini mahu lakukan kepada kambing yang malang itu di dalam store kecil belakang rumahnya? Kunci store dikeluarkan daripada poket jubah hitam yang dikenakan oleh dukun muda itu. Pantas di masukkan anak kunci itu ke tombol pintu dan dibukanya pintu secara berhati - hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Tiada sebarang perabot atau peralatan yang kelihatan di dalam store itu. Hanya sebuah pintu kayu kelihatan timbul sedikit di atas permukaan lantai. Pintu di dalam store? Pintu kemana tu? Pelik!
" NERAKA " perkataan yang dilebelkan di pintu kayu itu dibaca lalu dukun muda itu tertawa jahat sendiri. Penuh bermakna ketawa dukun muda itu.
Permukaan pintu kayu yang timbul itu ditariknya sedikit ke atas dan di alihkan ke tepi. Kelihatan sebuah tangga buruk yang mencerun ke bawah tanah. Tingkat bawah tanah? Rumah bungalow ini mempunyai tingkat bawah tanah? Satu - persatu langkahnya di susun menuruni tangga itu sambil mengheret kambing betina itu. Kambing betina yang sangat malang itu mula mengembek kerana diheret secara kuat dan mengejut. Suasana di tingkat bawah tanah itu sama seperti suasana di dalam sebuah gua gelap. Pelita api besar yang sedia terpacak di bakar satu - persatu di setiap penjuru tingkat bawah tanah itu. Kini suasana tingkat yang dinamakan ' NERAKA ' itu hanya dihiasi dengan cahaya api sebenar. Kambing itu diheret dan ditambatkan di sudut utama tingkat dimana lantainya di penuhi dengan bekas karat akibat kesan darah yang pernah ada di situ. Dinding sudut itu di hiasi dengan tengkorak - tengkorak yang agak berbau busuk. Ngeri! Terdapat pelbagai alatan tajam dan alatan penyeksaan di situ. Ya ampun!Tempat apakah itu? Apakah aktiviti yang di lakukan oleh dukun itu disitu sebelum ini?
Sebuah unggun api di bakar oleh pemuda itu tepat di atas sudut yang ditandakan dengan tanda pangkah 'X'. Kemenyan mula dibakar lalu dicampakkan di seluruh kawasan itu. Kini suasana di tingkat bawah tanah itu dipenuhi dengan bau kemenyan. Jubahnya dibuka. Terdedah luas susuk tubuh berotot dukun yang munafik ini. Hanya sehelai seluar hitam disarung oleh dukun itu. Dukun muda itu melabuhkan pungungnya di atas permukaan lantai lalu dia bersila menghadap unggun api yang dibakarnya. Mata yang dipenuhi dengan celak di pejamkan lalu dia memulakan bacaan - bacaan menteranya. Syirik sungguh! Pelbagai serbuk berwarna serta garam dicampakkan ke dalam api tersebut diikuti dengan bacaan mentera yang lebih laju. Dukun muda itu menguris ibu jarinya sendiri menggunakan paku tajam lalu dititiskan beberapa titis darah ke dalam unggun api tersebut. Secara tiba - tiba, dia memberhentikan bacaan menteranya lalu dukun muda itu tersenyum sendir!
" Kau dah datang? " soal dukun muda itu sambil mendongak kepalanya ke arah atas. Dengan siapa dukun gila ini berbual kat permukaan atas tingkat bawah tanah itu? Gila! " Aku akan bagi kau makan besar malam nih. Dengan satu syarat! Apa kunci untuk menambahkan kuasa aku? " soal pemuda itu lagi. Kepalanya masih mendongak ke arah atas. ' Setiap bunyi raungan kesakitan daripada mangsa kau dapat menambah sedikit demi sedikit kuasa kau.' kedengaran suara yang sangat garau dan menyeramkan sama seperti tempoh hari itu, tepat dari arah dongakkan dukun muda itu. Siapa pemilik suara pelik ini? Siapa yang berada di atas itu? Menyeramkan! Dukun muda itu tertawa jahat bagaikan sudah mendapat jawapan yang di nanti - nantikannya selama ini. Tanpa melengahkan masa dia terus mengeluarkan sebuah parang tajam yang sedikit panjang lalu memancung kepala kambing betina itu. Terperecik darah kambing itu kemukanya. Kejam! " Dengan percikkan darah ini. Bermulalah pemujaan aku yang dinanti - nantikan " dukun muda yang sunguh sadis itu tergelak jahat.
KERETA Honda City miliknya di parking kemas di kotak parkirnya. " Kenapa aku rasa banyak sangat perkara pelik yang terjadi hari ini. Bila kes aku nak selesai. " Anne menarik nafas panjang. Rambutnya yang sedikit serabai di kemaskan. Jam di dashbhord kereta dilihat. Jam menunjukkan tepat angka 12 malam. Agak jauh perjalanannya dari Hospital Ampang ke City University. " Hmm " Anne mengeluh keletihan. Pistol kembali di sorokan di tempat asalnya. Pintu kereta dibuka lalu dikunci semula kereta putih bersih itu. Anne menyusun langkahnya ke arah hostel. Keheningan malam dapat dirasakan. Angin sepoi - sepoi malam menampar pipinya perlahan - lahan di sepanjang laluanya ke koridor tingkat tiga itu. Secara tiba - tiba kedengaran pintu bilik yang berada jauh lima tapak di hadapannya terbuka. Bunyi pintu bilik yang berlaga kuat dengan dinding itu memecahkan kesunyian suasana malam sepanjang laluan koridor itu. Anne mula mengangkat kakinya untuk meneruskan langkahnya yang terhenti seketika. Tanpa dijangka, kelihatan susuk tubuh seorang gadis yang mengenakan tudung sarung labuh tergesa - gesa keluar dari arah pintu bilik itu.
' Nak ke tandas la tuh' Anne meneka sambil memerhati tepat ke arah gadis itu.
Secara tiba - tiba langkah gadis itu terhenti. Anne seperti mengenali gadis itu. Anne terkejut melihat gadis bertudung labuh itu mendongakkan kepalanya ke atas lalu mulutnya terkuak dengan sendirinya sambil matanya tepat memandang ke arah syiling koridor itu secara tiba - tiba. Apa yang dia lihat atas syiling tu? Air mata gadis itu mulai berderai jatuh. Gadis itu tidak terkawal! Anne terkejut lalu berlari laju ke arah gadis itu. Bahu gadis itu detepuk lalu digoyangkan sedikit supaya gadis itu tersedar.
" Awak okey? " soal Anne sambil melangkah beberapa tapak kecil untuk berhadapan dengan gadis yang dari tadi membelakanginya itu. Gadis itu tersedar! Anne terkejut setelah mendapati gadis itu ialah gadis yang diekorinya di dewan ketika sesi pengenalan tempoh hari. Gadis yang dari tadi menangis dan mendiamkan diri mula bersuara " Ya. Ana okey! " lalu menepis tangan Anne yang masih di bahunya. Suaranya yang lemah lembut itu kedengaran agak serak. Gadis itu kelihatan pucat! " Saya rasa awak sakit! Jom ke hospital boleh awak dapatkan rawata..... " belum sempat Anne menghabiskan kata - katanya. Gadis itu menekup mulut Anne supaya Anne terdiam. Terkejut Anne dengan tindakan gadis itu. " Jangan bising! Nanti 'dia' datang! Ana takut! " gadis yang mengelar dirinya sebagai Ana itu berbisik perlahan sambil melihat sekelilingnya dengan matanya yang melilau. Anne hanya mengerutkan dahinya. ' Dia ni dah kenapa? Mengigau ka? ' Desis hati kecil Anne lalu tangan gadis itu diangkat. " Saya rasa awak penat! You have to take some rest. Esok.... " kata - kata Anne terhenti apabila gadis itu beredar dengan tergesa - gesa ke arah biliknya semula. Anne menepuk perlahan dahinya! ' Peliknya penduduk kat selangor ni! ' desis hati Anne. Baru dia hendak mula mengatur langkahnya, lampu koridor terpadam lalu terbuka semula. Berkelip - kelip lampu koridor! Secara tiba - tiba 'sesuatu' melintas dibelakangnya. Anne terkejut! Pandangannya di arahkan di kawasan itu. Tiada apa yang kelihatan! Seram! Tanpa berlengah lagi, Anne meneruskan langkahnya ke bilik yang tidak jauh dari pandangan matanya. Berani betul si Anne ni! Manakan tidaknya, semua perkara mistik yang berlaku terhadap dirinya tidak dihiraukannya!
Apakah yang melintas di belakang Anne? Apakah yang sedang di lalui oleh Ana? Gadis yang bertudung labuh itu!
BUNYI jam loceng yang menunjukkan angka tepat 6 pagi itu secara langsung menyedarkan Anne dari tidurnya. Dia tidur dengan lena malam tadi kerana kepenatan seharian melakukan tugasnya.
' Aduh kenapa laa kena masuk kelas. Penatnya! ' Anne mengeluh sejurus membangkitkan diri dari katil empuknya. Dipaksa juga dirinya yang sedikit penat itu untuk melangkah ke bilik air bagi membersihkan diri. Kedinginan suasana pagi dapat dirasakan. Satu - persatu langkahnya di atur ke bilik air. Dia sempat mengerling ke arah bilik Ana yang terbuka luas pintunya. Terkenang seketika peristiwa yang terjadi malam tadi. Anne tersenyum sendiri.
" Mana si Ana nih. Dari aku bangun tak nampak rupa. Bukan rupa aje, batang hidung pun tak kelihatan. Ke mana pulak dia? " Sya, roommate Ana terjenguk - jenguk sekitar koridor dari arah pintu bilik yang terbuka luas itu. Dia mengerutkan dahi setelah mendapati susuk tubuh Ana tiada di sekitar koridor. Manakan tidak dia tercari - cari, selalunya pada waktu begini Ana akan melakukan rutin peliknya iaitu berjalan kehulu - kehilir di koridor sambil memikirkan sesuatu." Cari siapa tuh Sya? " Ita mengeleng - geleng kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Sya. " Cari budak pelik tu laa. Selalu dia ada ja kat sini." Sya melabuhkan punggungnya di birai katil beralaskan cadar biru miliknya itu. " Nasib badan laa dapat roommate gila. " Ita memerli gadis yang baru dikenalinya itu. " Tak baik awak kata macam tuh Ita! Nanti masalah yang Ana hadapi kena dekat awak pula baru tahu!" Geetha yang sudah siap berpakaian kemas untuk menghadiri kelas pertamanya menampar perlahan bahu Ita. Memandangkan kelas dia mula lebih awal, Geetha meminta diri. Sya dan Ita hanya tersenyum bagaikan ' kerang busuk '. Boleh tahan 'makan hati ' teguran daripada Geetha tadi!
" KAU dah kenapa doh termenung sorang? " Faris menegur sahabatnya yang dari tadi asyik termenung sendiri. Terkejut Iman dengan sapaan secara tiba - tiba daripada Faris yang masih berbalutkan tuala setelah selesai mandi. " Kau tuh dah kenapa tak siap lagi? Kelas pertama kot tak akan nak masuk lambat! " Iman cuba mengubah topik. Tangannya mencapai jam tangan yang berada di sisi katil lalu dikerling jam itu seketika. " Dah pukul 8 pagi kot! " Iman mencapai bag sandangnya. "Iya aku tahu jam dah pukul 8. Kau jangan nak ubah - ubah topik. Kau teringatkan perempuan kat cafe semalam kan? " Faris sudah dapat membaca perkara yang difikirkan Iman. Iman hanya tersenyum. Tiada perkara yang dapat disorokkan daripada rakannya itu. Dia terangguk - angguk. " I fall in love with her! " Iman tersenyum malu. Lalu meneruskan anggaunya lagi. Terpaku Faris seketika. Jarang - jaran Iman nak jatuh cinta. " Jangan berangan laa kau nak dapat dia. Dia pun tak pandang kau. " Faris menyarungkan baju kemeja berwarna hitam ke tubuh sasanya. Iman tercabar dengan kata - kata Faris yang merendah - rendah akan dirinya. " Ok. Aku akan buktikan dekat kau. Aku boleh dapatkan dia!. " Iman tersenyum sendiri. Faris hanya terdiam sepi melihat rakanya yang bersungguh - sungguh mahu dapatkan Anne. Ialah, tidak pernah pula rakannya itu terkejar - kejar belakang wanita. Sebaliknya wanita yang terkejar - kejar akan Iman setelah melihat kekacakkan dia. Nampak serious Iman kali ini!
************************************
Daney melangkah masuk ke Hotel Grand Mangherita, Sarawak dengan penuh harapan dapat menyelesaikan tugasan penyiasatan pertamanya setelah melibatkan diri dalam tugas itu. Kunci bilik bernombor 16 diberikan kepadanya oleh receptionist di counter hotel itu. Daney sempat melontarkan senyuman mengoda ke arah pelayan itu. Dia nih datang nak selesaikan kes atau nak mengorat orang! Daney seorang yang nakal dalam semua perkara yang dilakukannya. Tidak pernah serious hadapi sesuatu. Nak kata tak matang, umur dah mencapai 23 tahun.
Dia menyusun langkah ke arah lift hotel untuk chek-in ke bilik yang telah di booking oleh ketuanya, Encik Salleh. Sesudah sampai di hadapan pintu bilik, dia membuka kunci pintu tersebut. Bag pakaiannya di masukkan lalu pintu itu dikunci semula. Mata melilau melihat suasana sekitar bilik mewah itu. Dia menarik nafas panjang lalu tersenyum. Mata Daney sempat mengerling dua buah bag pakaian kecil yang sudah siap tersusun cantik di penjuru bilik itu. Bukan ke bilik bernombor 16 bilik nih di booking untuk Anne dan Ameena? Tersalah masuk bilik lah nih! ' Bag Siapa? ' dahinya dikerutkan. ' Ahh lantak lah. Sekarang aku nak rehat dulu! ' desis hati Daney. Tak pernah nak ambil serious! Baju t-shirt berkolar yang di pakainya ditanggal. Terpampang luas badan sado lelaki sabah itu. Lalu dia membaringkan dirinya dikatil empuk hotel itu. Cuping telinga Daney sempat menangkap bunyi limpahan air dari arah tandas hotel namun tidak dihiraukannya langsung!
Belum sempat dia memejamkan mata, pintu tandas di buka dari dalam. Kelihatan susuk tubuh seorang gadis yang hanya berbalutkan tuala di tubuhnya keluar dari tandas. Anne! Terkejut beruk mereka berdua. Masing - masing menjerit. Anne tersandar di meja tepi tandas itu. Daney pula terpinga - pinga menyarungkan semula bajunya. Daney asyik melihat gadis yang tidak dikenalinya itu. Namun serta merta dia mengalihkan pandangannya semula ke arah lantai apabila gadis itu menutup bahagian tengkuknya yang agak seksi terdedah ketika itu menggunakan kedua belah tanganya. Malu! " Siapa kau. Keluar sekarang! Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku? " Tengking Anne menggunakan oktaf suaranya yang paling maksimum kerana masih terkejut melihat lelaki asing yang tidak dikenalinya itu berada di situ. " Relex... Aku tersalah bilik! Macam mana boleh sama kunci bilik dengan kau. Mesti receptionist tuh punya pasal! " Daney juga masih dalam keadaan terkejut. Itulah siapa suruh tak peka dengan keadaan sekeliling tadi. Dia cuba menghampiri Anne untuk menenangkannya. Anne yang tidak tahu untuk melakukan apa, terus mengeluarkan pistol yang di simpan di dalam laci meja yang di sandarinya. Lalu picu pistol itu ditarik dan dihalakan ke arah lelaki itu. Terlintas bayangan pembunuh yang dicari mereka. Mati la kau Daney! Daney terpaksa mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah diri. Takut jika ditembak oleh gadis cantik itu.
Pintu bilik hotel dibuka. Ameena melopong besar dan juga terkejut melihat susuk tubuh lelaki itu di situ. Terjatuh terus fresh coffee yang dibelinya untuk Anne ke lantai. Pistol yang diselit dibelakangnya dikeluarkan lalu di acukan kepada lelaki itu. Dia turut menganggap lelaki itu pembunuh yang dicari. Ameena mengari lelaki itu dari belakang. Lalu di tolaknya lelaki itu supaya terbaring disitu. Anne menarik nafas lega lalu tergesa - gesa dia ke tandas untuk menukar pakainnya. Kesian Daney! Di anggap penjenayah! Mana tidaknya, tiba - tiba muncul dalam bilik kepunyaan orang lain! Anne dan Ameena masih tidak mengetahui bahawa dia adalah rakan sekerja mereka yang baru. Tetapi Daney sudah dapat baca bahawa mereka berdua juga penyiasat yang akan bertugas dengannya melalui tindakan mereka ke atasnya.
" Aku... " belum sempat Daney memperkenalkan dirinya Ameena mengikat mulutnya menggunakan tuala yang di sediakan pihak hotel. Lalu ditarik rambut lelaki itu sedikit bagi melepaskan geram. ' aduhh. Garangnya! ' desis hati Daney. Anne yang baru sahaja siap berpakaian sempat menghadiahkan jelingan maut kepada lelaki yang dianggap penjenayah itu sejurus keluar daripada tandas. Rasa malunya belum menghilang. Manakan tidak dia malu, hanya tuala sahaja dikenakannya ketika itu. Rambut Anne yang masih basah dikibas - kibas sedikit. Tergoda Daney melihat gadis Sabah yang secantik itu. Sempat lagi kau Daney!
Ikatan tuala yang di ikat di mulut Daney dibuka. " Siapa mangsa kau hari ini? " soalan diajukan oleh Anne kepada Daney sejurus ikatan dibuka. Daney hanya tersenyum sinis sambil melihat kecantikkan gadis yang berada tepat dihadapannya itu. ' Mesti terkejut dia nih kalau tahu aku ni siapa. ' desis hati Daney.
" Aku tanya kau jawab cepat sebelum aku tembak kau! " soal Anne lagi dengan nada suara yang tinggi. Muncung pistol di dekatkan seinchi lagi ke arah dahi Daney. Daney masih tersenyum tanpa sedikit pun rasa takut.
Secara tiba - tiba handphone Anne berdering. Dijawabnya panggilan daripada Encik Salleh. Terpaku seketika Anne setelah mengetahui lekaki itu ialah seorang penyiasat yang akan turut berkerjasama dengan mereka. Ameena dan Anne berpandangan antara satu sama lain. Anne cuba membuka semula gari di tangan Daney.
' Malunya aku!. Tadi dah malu. Sekarang dimalukan lagi' desis hati Anne. Ameena hanya terdiam sepi seribu bahasa kerana tidak tahu untuk berkata apa. Ialah, agak kuat juga dia tarik rambut si Daney. Daney berdiri semula lalu dibetulkan semula rambutnya yang berselerak. Sempat dia meleparkan senyuman kepada Anne sebelum meminta diri. Anne dan Ameena hanya terdiam tidak tahu untuk kata apa." Encik Salleh nih nak kena. Yang pergi booking bilik yang sama kenapa. Macam mana kita nak hadap dia nanti. " Ameena merungut.
************************************
Bunyi pintu bilik yang diketuk terus menyedarkan Anne daripada termenung. Pintu biliknya itu dibuka lalu kelihatan Ita berdiri di situ. " Jom lah kita ke kelas. Aku kan sama course dengan kau " pelawa ita sambil membetulkan tudung satin yang dikenakannya. Anne hanya terangguk - angguk. ' Kenapa aku nak teringat kat lelaki yang tak berguna itu pulak. Buang masa aku ja! ' desis hati Anne sambil mencapai tag nama pelajarnya. ' Patutnya aku fikir pasal kes aku. Bukan dia ' . Anne menepuk dahinya perlahan. Disarungnya tag nama itu ketengkuknya. Itulah kali pertama pertemuan Anne bersama Daney, ex-boyfriendnya. Hampir dua minggu mereka dilamun cinta. Walaupun masanya singkat, pelbagai rintangan telah diharungi Anne bersama Daney yang muda dua tahun daripadanya. Namun angkara salah faham yang wujud diantara mereka semuanya telah berakhir dengan sekelip mata. ' Cinta yang berputik di hotel itu, juga berakhir di hotel '.
Apakah yang terjadi di antara Anne dan Daney? Adakah cinta itu masih boleh diselamatkan?