Chereads / Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 7 - Majlis keramaian menyambut pertabalan Dato' Panglima Hang Nadim

Chapter 7 - Majlis keramaian menyambut pertabalan Dato' Panglima Hang Nadim

"Dato Panglima tahniah!" hampir kesemua para pembesar menghampiri Hang Nadim dan mengucapkan tahniah setelah Sultan berangkat untuk beradu.

Temenggung Ibrahim mengiringi Hang Nadim pulang kerumahnya sambil diikuti sekumpulan para pembesar yang lain. Hang Nadim keliru sebentar tetapi hanya mengikuti sahaja kehendak Temenggung tanpa banyak bunyi. Setibanya dia di perkarangan teratak Temenggung, Temenggung Ibrahim mula memberi pengumuman bahawasanya dia akan membuat majlis keramaian pada esok hari bagi menyambut pertabalan Hang Nadim sebagai Dato' Panglima kelas kedua dan dia juga mengumumkan akan menjemput duli yang maha mulia Sultan Sariffuddin Shah sebagai tetamu kehormat, hasil dari pengumuman itu kesemua para pembesar istana menyambut baik cadangan Temenggung Ibrahim cuma ada seorang yang tidak merasa gembira malah berhasad dengki terhadap Hang Nadim, dia ialah anak bongsu kepada memanda bendahara, Tengku Sadiq.

---------------------------------------------------

Pagi esoknya

Di teratak Temenggung Ibrahim sudah mula dipenuhi para tetamu khususnya dari golongan bangsawan dan juga para pembesar istana, Sultan Sariffuddin Shah tidak dapat menghadirkan diri dan menghantar wakilnya iaitu Puteri Faridah bagi mewakili dirinya.

Hari itu Hang Nadim merasa amat bosan sekali, majlis keramaiannya hanya dipenuhi dengan persembahan tarian, walaupun yang menari itu dayang dayang istana yang cantik satu pun tidak dapat memikat hatinya, mahu melihat wajah puteri Faridah tetapi tidak berani walaupun dia dapat merasakan yang puteri itu memandang tajam kearahnya tetapi dia membuat sikap tidak peduli ibarat tidak mengetahui. Sampai pada satu ketika, Tengku sadiq mencari helah untuk memalukan Hang Nadim, " Dato' Panglima, kelihatanya Dato' Panglima bosan dengan majlis keramaian ini, apa kata Dato' Panglima persembahkan bakat Dato' Panglima samaada Dato' mahu menari, bersilat mahupun menyanyi terserah pada Dato' ".

Hang Nadim hanya menjelingkan matanya kearah wajah Tengku Sadiq terlihat dia menujukkan senyum sinis terhadap Hang Nadim, dia hanya menggelengkan kepala, " sungguh aku tak sangka, aku tak mengganggu hidup sesiapa pun setelah tiba disini tapi tetap masalah datang pada aku, tapi tidak mengapa jikalau begitu cara permainan kau akan ku ajar kau", bisik Hang Nadim dalam hatinya.

Lepas itu hampir kesemua pembesar istana bersetuju dengan cadangan Tengku Sadiq, Hang Nadim hanya mampu tersenyum dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah, " baiklah jikalau itu kehendaknya Dato'-Dato' sekalian akan patik turutkan.

Temenggung Ibrahim izinkan patik menyampaikan sebuah lagu hasil nukilan patik sendiri ( "padahal orang lain punya, hahaha nasib la korang tengok je mcm mana aku ajar mamat ni", bentak hati Hang Nadim)

...

Dengar

Oh! Jeritan batinku

Memekik-mekik

Memanggil-manggil

Namamu selalu

Sehari kurasa sebulan

Hatiku tiada tertahan

Ku pandang kiri

Ku pandang kanan

Di kau tiada…

Risau

Batinku menangis risau

Makin kau jauh

Makin hatiku bertambah kacau

Mengapa kita berpisah

Tak sanggup menahan asmara

Oh! Dengarlah

Jeritan batinku

( Disaat Hang Nadim menyanyi lagu ini hanya intro pertama Puteri Faridah sudah mula tidak keruan lalu dia melihat kearah wajah Hang Nadim dengan wajah sayu apabila mendengar bait-bait kata lagu yang dinyanyikannya)

Tapi Hang Nadim masih tidak habis lagi menyanyi lagu lalu dia menyambung...

.....Hendak kunangis

Tiada berair mata

Hendak kusenyum

Tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib

Sudah tersurat

Begini hebat

Apa nak buat

Di mana kan kucari ganti

Serupa denganmu

Tak sanggup ku berpisah

Dan berhati patah - hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi

Tinggalkan sendirian

Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada bergema

Keluhan hati membawa derita

Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan kucari ganti

Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka

Menangis bersama - selama-lamanya

setelah selesai menyanyi terlihat dihujung mata Hang Nadim titisan air mata, tapi pada pandangan mata Puteri Faridah bahawasanya Hang Nadim adalah seorang yang ( romantik gitu membuat hati tuan puteri terpaut, tapi pada Hang Nadim masa air matanya menitis dia mengingati tentang kisah hidup sedih allahyarham tan sri p.ramlee al-fatihah kepada arwah) (dan dia juga baru teringat bahawa masa dia berada didunia asalnya dia ada menyertai karaoke dan telah menerima cabaran dari kawannya jika dia dapat menyanyi lagu ini dengan baik dia akan membayarnya sebanyak rm150 tetapi baru dia teringat bahawa kawannya telah berjaya melarikan diri dari membayar hutangnya itu yang membuatkan dia menitiskan air mata)

Apabila Hang Nadim selesai menyanyi dia melihat sekelilingnya rata-rata hampir kesemua para pembesar dan isteri mereka menitiskan air mata, lalu Hang Nadim menoleh kearah Tengku Sadiq ternyata wajahnya sudah mula menjadi merah padam menahan kemarahannya.

Belum sempat Hang Nadim untuk mengenakan Tengku Sadiq secukupnya tiba-tiba terdengar suara merdu dari arah tempat duduknya tuan Puteri Faridah, " sungguh tidak beta sangka bahawa Dato' Panglima mempunyai suara yang amat merdu dan juga sayu sekali, makna bait-bait kata dalam lagu dato' cukup sayu apabila beta mendengarnya", " untuk siapakan lagu ini tuan panglima tujukan"? tanya tuan puteri Faridah.

"Patik tidak tujukan lagu ini pada siapa-siapa pun , patik hanya membuat lagu ini hanya untuk mengisi masa lapang patik dikala jika patik tiada apa-apa perkara yang perlu dilakukan".

Para pembesar dan golongan bangsawan semua bertepuk tangan cukup kagum dengan persembahan Dato' Panglima Seri Alam Hang Nadim.

Majlis itu berterusan sehingga sebelum waktu solat zohor barulah tamat majlis itu. Hang Nadim betul-betul penat dengan melayan kerenah golongan bangsawan dan para pembesar.

Disaat kesemua para pembesar sibuk mengiringi tuan puteri Tengku Faridah pulang ke istana tiba-tiba berlaku perkara yang tidak disangka-sangka semasa berangkatnya Tuan Puteri Tengku Faridah, seekor lembu jantan tiba-tiba terlepas yang saiznya mengjangkau ketinggian seorang lelaki dewasa, Hang Nadim sudah mula mendapat intuasi yang tidak baik lalu dia mengorak langkahnya sepantas angin lalu berdiri dihadapan kenderaan Tuan Puteri lalu berdiri dan dilaluan dimana lembu mengamuk itu akan menyondol dengan tanduk tajamnya.

Hang Nadim mengeluarkan "rider belt", kamen rider OOO, hadiah yang dia dapat dari kotak hadiah naik level, dia mengeluarkan tiga medal berwarna kuning lutsinar lalu memasukkan kedalam tali pinggangnya, Lalu dia menggesel suatu alat pada tali pinggangnya dan menyebut,

"Henshin!"

"LION TORA CHEETAH"

"LATORARTAR" ( niat hang nadim untuk menunjukkan kekuatannya pada Tengku sadiq agar tidak mengganggu hidupnya lagi selepas ini )

Kesemua pembesar istana dan juga gologan bangsawan akhirnya dapat melihat kekuatan sebenar Dato' Panglima Seri Alam iaitu Hang Nadim yang kini sudah berubah menjadi perwira bertopeng tampil dengan helmet yang kelihatan seperti kepala singa, suatu corak ditubuhnya yang menunjukkan tiga jenis binatang iaitu singa, harimau belang dan harimau bintang.

"Tuan Puteri tunggu disini, biar patik selesaikannya".

Hang Nadim beridiri dalam jarak 500 meter dari laluan sondolan lembu jantan itu, secara tiba-tiba Hang Nadim mengaktifkan ngauman dengan gabungan tiga jenis haiwan iaitu harimau, singa dan cheetah secara serentak, hasil ngaumannya itu menggegarkan keseluruh kampung dan pekan yang berada disitu,

*ROARRRRRRRRRR....*

Hasil ngaumannya itu akhirnya berjaya mencecah akal lembu jantan yang mengamuk itu dan akhirnya berjaya membuat lembu itu jatuh dan berguling menanggung kesakitan yang amat sangat, Hang Nadim menghampiri lembu jantan tersebut dan memeriksa tubuh binatang itu, rupanya ada beberapa bahagian tubuhnya dibenam dengan paku yang membuatnya mengamuk dalam kesakitan.

Hang Nadim menarik paku yang terbenam didalam peha, rusuk dan tengkuk binatang tersebut akhirnya lembu jantan itu bingkas bangun dari gulingannya dan melututkan kaki hadapannya terhadap Hang Nadim ibarat ia memberi hormat kepada Raja Segala Binatang, Hang Nadim dengan bersahaja mengusap kepala lembu itu yang kini menjadi jinak seperti sedia kala.

Hang Nadim menghampiri gerabak kenderaan Puteri Tengku Faridah dia juga memanggil timbalan ketua pengawal dan juga beberapa pembesar penting dan mula membuat perbincangan dengan mereka dengan kehadiran tuan puteri," patik sudah memeriksa tubuh binatang tersebut ternyata telahan patik itu benar bahwasanya ada perbuatan unsur khianat terhadap binatang tersebut dan sasarannya ialah tuan Puteri sendiri.

Hang Nadim mengeluarkan tiga paku yang dia keluarkan dari tubuh lembu tersebut dan menunjukkannya kepada pembesar yang dipanggil tadi dengan disaksikan oleh timbalan ketua pengawal istana dan juga Tuan Puteri Faridah. Tuan punya lembu ini tidak bersalah dalam perkara ini, yang paling utama sekarang ialah kita semua perlu mencari siapa dalang yang membuat angkara.

Hang Nadim mengnyahaktifkan suit kamen ridernya, tetapi apabila dia secara tidak sengaja terpandang mata tuan puteri terlihat suatu tanda ibarat didalam mata tuan puteri timbulnya bintang-bintang dan juga hati, pada saat itu belakang Hang Nadim sudah mula berpeluh dingin,"oh, "shit" habislah aku kalau tuan puteri betul-betul jatuh cinta dengan aku", aku nak jawab apa dengan Sultan Sariffuddin".