Chereads / Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 9 - (Onde-Onde) khas dari melaka sebagai ucapan "Selamat Datang" kepada penceroboh.

Chapter 9 - (Onde-Onde) khas dari melaka sebagai ucapan "Selamat Datang" kepada penceroboh.

Hang Nadim cuma tersenyum sinis sahaja sambil memerhati dari balik teropongnya itu, dia menyimpan teropongnya itu kedalam bag khas dibelakang pakaian perisainya, lalu dia mengeluarkan isyarat tangan menandakan mereka sudah boleh bersiap sedia, pegawai-pegawai rendah angkatan tentera melaka mula berteriak memberi arahan kepada anggota bawahannya mengikut apa yang telah mereka bincangkan dalam strategi peperangan berpusat, setengah jam yang lalu.

"Oh, lupa nak beritahu, selepas sultan beri kuasa penuh kepada Hang Nadim, menjadi ketua panglima utama, Hang Nadim merombak kembali kedudukan pangkat dan gelaran dalam pasukan angkatan tentera melaka

( PATM - pa.alif.ta.mim ) .

Termasuk gelaran ketua pengawal mahupun pemangku ketua pengawal kesemuanya dirombak dan ditukar menggunakan kaedah panggilan dan gelaran dari unit tentera abad ke 21, kini ketua pengawal akan mengambil gelaran sebagai Leftenan manakala pemangku ketua pengawal akan mengambil gelaran sarjan, satu pasukan bersamaan dengan kekuatan 30 orang sepatutnya akan dipanggil skod/skuad tetapi Hang Nadim menukarkannya kepada seksyen, seperti Hang Nadim ketua panglima akan kekalkan gelaran panglima cuma merubah pakaian rasmi tentera dari pakaian sutera berwarna warni kepada pakaian istiadat melayu berwarna putih, sebagaimana pakaian istiadat rejimen askar melayu diraja diguna pakai, iaitu songkok hitam dengan 2 jahitan sulam berwarna keemasan bersama lambang, pakaian baju melayu berwarna putih bersama pangkat diatas bahu untuk pegawai dan di tepi bahu untuk pangkat rendah pasukan, tali lengyat berkembar keemasan, butang besi, samping hijau bercorak keemasan, seluar putih panjang ke pergelangan kaki, sepatu kulit asli berwarna hitam. Dia juga menyediakan pakaian rasmi Sultan sebagai ketua tertinggi pasukan tentera, iaitu beret hitam bersulam benang emas dijahit menunjukkan kekuatannya sebagai sultan, pakaian rasmi baju melayu dengan lambang 5 bintang bersamaan dengan maksud ketua tertinggi pasukan tentera membawa panggilan kepada general marshal (Panglima Tertinggi), yang mana Hang Nadim pula memegang gelaran General/panglima.

Hang Nadim hanya berdiri sambil tersenyum, bayangan kapal yang bergerak dalam kabus tebal tadi kini menunjukkan dirinya selepas berjaya bebas dari kepungan kabus tadi dan kini meluncur laju ke arah persisiran pantai Negeri melaka. Di saat kapal itu semakin dekat menghampiri, para tentera yang bersedia diatas tembok pertahanan bersama meriam kembar 3 semakin gementar menunggu isyarat dari Hang Nadim, tapi tak kunjung tiba, membuat mereka bertambah gugup, semakin ditunggu semakin berdebar dada mereka, sampai satu waktu mereka terdengar Hang Nadim ketawa, " usah la kamu semua khuatir, aku sudah sediakan "onde-onde" untuk mereka, kamu semua pernah lihat pertunjukkan bunga api"? tanya Hang Nadim.

Semua tentera yang berada ditembok menggelengkan kepala mereka, bersabarlah, sebentar lagi kamu akan melihat apakah *pertunjukan bunga api* itu sebenarnya, sudah jangan kamu memaksa tubuh kamu itu, "relax"kan diri kamu tu. Perkataan relax memang tak ada dalam kamus mereka, tetapi dalam kursus asas perajurit banyak ayat kurun ke21 Hang Nadim terapkan pada mereka sampai mereka terbiasa dengan perkataan tersebut sampai kadang-kadang mereka tersasul kepada ahli keluarga mereka, sampai mereka jadi bingung, jadi untuk membebaskan diri dari sebarang pertanyaan, mereka hanya menjawab ianya adalah isyarat bahasa dalam bidang ketenteraan yang harus mereka pelajari.

Dalam debaran menanti saat perang bermula, tiba-tiba mereka mendengar kiraan detik dari mulut Hang Nadim, " 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1.."

"BOOOOM"

Terlihat, beberapa buah kapal perang milik tentera penjajah secara tiba-tiba meletup sehingga berkecai menjadi beberapa cebisan kecil hasil dari ledakan di persisiran pantai, dalam amatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan jeti utama negeri melaka, mereka dapat lihat beberapa " bunga api" meletus menghasilkan satu pesta cahaya letupan besar-besaran, anggota tentera yang bertugas ditembok pertahanan yang tadinya gugup, tiba-tiba menjerit dengan penuh semangat, " Aha..ha..ha..ha..heii..heiii..heii..aaaa...hoo...aaa...ho..aaa...hooo...aa...heii..aa...

( pada awal minit sehingga 1.10 , dan dari minit ke 2.13 hingga minit ke 2.57 lagu ni kau orang boleh periksa di youtube tajuknya, "Angkatan Tentera Malaysia 2019 (HD) [Full Version] Rising Of The Tiger)

Suara nyanyian semangat mereka bergema dari atas tembok tadi sehingga didengari oleh pasukan penjajah yang sedang kebingungan dikala letupan berlaku memecahkan formasi taktik kapal perang mereka, dan juga lagu semangat yang mereka nyanyikan itu didengari oleh Sultan Sariffuddin sendiri membuat semangat baginda membuak-buak termasuk dikalangan pengawal istana itu sendiri.

Tetapi tidak disangka nyanyian mereka disahut dan diikuti oleh seluruh rakyat negeri melaka, terutama sekali dari kalangan ahli keluarga pasukan angkatan darat negeri melaka sendiri, kerana mereka sendiri yang menyaksikan latihan berat yang mereka tempuhi dalam sehari-hari kehidupan mereka didalam kursus asas perajurit, ibarat mereka sendiri yang merasa keperitan mengikuti latihan seperti itu, bayangkanlah suara mereka membanjiri seluruh pelusuk buana dengan suara nyanyian semangat mereka disahut dan disambung oleh rakyat melaka sendiri.

Hang Nadim cuma tersenyum melihat mereka bersemangat sebegitu, *Onde-onde* yang dia taburkan disetiap pelusuk perairan negeri melaka membuahkan hasil, hampir 18 buah kapal perang milik tentera portugis tumbang, bersepai kena *sea mine* ( onde-onde ) kan serupa tu. Sekarang jumlah dari 100 buah kapal perang menjadi 82 buah, niat Hang Nadim untuk menjatuhkan semangat pasukan tentera musuh itu sendiri, sekarang sudah tiba masanya untuk dia " merasmikan" meriam kembar 3.

Terlihat pasukan tentera musuh mula menyusun semula formasi peperangan mereka menjadi satu barisan kapal perang yang sedang menutupi kuala atau teluk perairan negeri melaka tetapi tidak ada seorang pun anggota tentera yang bertugas ditembok pertahanan mahu berhenti dari nyanyian semangat sehingga Hang Nadim mengangkat isyarat tangan menandakan persediaan untuk pertempuran sebenar bermula, Kesemua mereka berdiri tegak, mata memandang tepat ke arah barisan kapal musuh, semangat juang semakin membuak-buak, tangan mereka menggenggam erat meriam kembar 3, tidak sabar melepaskan tembakan.

Setelah selesai berbaris kapal perang penjajah, mereka mula melepaskan tembakan rambang bagi mengira jarak berkesan tembakan meriam mereka, hasil tembakan mereka hanya beberapa ratus meter dari tembok pertahanan jatuhnya peluru meriam mereka, sehingga Hang Nadim memberi arahan tembakan balas dalam jarak berkesan, dengan mengubah aras meriam untuk membuatkan peluru meriam mengenai tepat ke kapal perang tersebut, Hang Nadim memberi isyarat tembakan, sehingga pembantunya menjerit, " Tembak!"

Tembok pertahanan itu sepanjang 1 kilometer lebih dan di sepanjang tembok itu mempunyai meriam dalam jarak setiap 1.5 meter melepaskan tembakan mengikut turutan, setelah beberapa nafas setiap peluru meriam mengenai ke sasaran dengan tepat.

Sebaris kapal perang tentera penjajah berjumlah hampir 25 buah musnah berkecai menjadi serpihan dan akhirnya karam dilautan.

*Ding*

Tahniah kepada host kerana berjaya dalam menyelesaikan misi tersembunyi.

Host mendapat ganjaran

iaitu:-

Avatar the last air bender full five element.

kini host boleh menggunakan kuasa ke lima-lima element sebagai kuasa kekal host.

Hang Nadim tergamam apabila mendengar ganjarannya dan akhirnya dia menjerit didalam hatinya, " kenapa kau bagi aku kuasa avatar, kenapa kau tak bagi aku kuasa super saiya ataupun one punchman ke, kenapa, kenapa"?

Dikala dia sedang merintih, timbul seperti satu tatu jernih di permukaan kulit Hang Nadim dibahagian kepalanya, kedua-dua lengan hingga ke pergelangan tangannya, dari peha hingga ke pergelangan kakinya, dan secara tiba-tiba ia merubah menjadi cahaya kebiruan terang, sehingga mata Hang Nadim ikut bercahaya sekali disaat itu Hang Nadim terapung dari tembok pertahanan, tubuhnya terapung 100 meter ke udara secara tiba-tiba Hang Nadim mendepakan tangan dan kakinya dan akhirnya dia mengeluarkan api lancip kebiruan menerangi setiap pelusuk kawasan tembok pertahanan membuat kesemua angkatan darat tentera melaka tergamam dan merasa kagum dengan keupayaan panglima mereka, tetapi pada penjajah portugis mereka memanggil Hang Nadim, " Demonio, e um rei demonio", ( Demon, it's is a demon king".)

Setiap kapal yang ada disitu hampir kesemua mereka menjerit perkataan yang sama dan akhirnya ketua dalam formasi kapal itu menjerit, " Retiro (retreat)" kesemua kapal perang besar memusingkan kapal mereka sepantas angin melarikan diri dari medan perang apabila mereka melihat kekuatan sebenar panglima perang negeri melaka, sehingga suatu masa nama Hang Nadim terkenal dipelusuk negara portugis sebagai, " Deus Da Guerra ( god of war ) , Rei Demonio Oriental ( eastern demon king ), Imperador Demonio ( demon emperor ) dan akhir sekali Ultimo demonio em chamas ( blazing demon lord ). Tetapi apakan daya Hang Nadim ketika perkara itu berlaku, ianya berada diluar batasan kawalan tubuhnya kerana pada saat itu sistem dan tubuhnya sedang dalam proses untuk pengawalan penuh asimilasi tubuh dan kuasa 5 element untuk membuat tubuhnya mampu bertahan dalam menjana kuasa 5 elemen tersebut.