Chereads / Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 12 - Bunker bergerak versi pedati eropah kurun ke 18.

Chapter 12 - Bunker bergerak versi pedati eropah kurun ke 18.

Hang Nadim sudah mengagak bahawasanya mereka telah diekori oleh beberapa kumpulan orang yang tidak dikenali.

Hang Nadim memandang kepada pembantunya dan juga juru pandu pedati sambil menunjukkan isyarat tangan untuk persediaan pertahanan dari diserang musuh, sudah masanya untuk menguji pedati yang membawa tuan puteri Faridah ini. Pembantunya dengan segera mengangkat tangan dan menunjukkan 5 isyarat yang difahami oleh kesemua anggota pasukan iringan diraja. Dari keadaan gerakan sambil merusuk senjata mereka menukar kepada menjunjung senjata.

Jurupandu pedati tadi sudah menyediakan butang dan tali untuk menukarkan bentuk pedati itu tadi.

Tidak sampai 4 minit selepas Hang Nadim memberi arahan terdengar susupan bunyi lepasan anak panah yang terpesong sedikit dari kepala Hang Nadim,"(fuh! sniper siot, nasib baik aku elak)", bisik Hang Nadim, lalu dia berteriak," Sekarang!!".

Jurupandu tadi sudah memulakan operasi penukaran bentuk pedati yang membawa Tuan Puteri Faridah, dan kesemua anggota iringan berlari kearah pedati tersebut dan berdiri menghadap kearah luar sambil pedati itu tadi secara tiba-tiba melindungi mereka dari atas ke bawah cuma meninggalkan ruang kosong di sebahagian kawasan paras muka, lalu kesemua anggota iringan membuka kunci senjata mereka dan menghunus senjata mereka keluar dari kawasan berlubang pada dinding pertahanan itu tadi, kini mereka sudah bersiap siaga.

Dari pedati kini bertukar menjadi "bunker", Hang Nadim sudah pun duduk disebelah jurupandu yang mana dia mengawal mini balista dengan kapasiti kelopak drum 30 anak panah( drum magazine ) sambil berpusing perlahan seperti turret kereta kebal sambil memeriksa sekeliling.

" Cis, tak guna kau Hang Nadim, setelah berkali-kali cobaan aku kau gagalkan, hari ni aku pasti dapat apa yang aku mahu, Tuan Puteri Faridah adalah milikku bukan kau, ayuh semua serang mereka, jikalau kita berjaya menculik tuan puteri Faridah banyaklah ganjarannya pada tuan-tuan semua, ayuh!! Serang!!! bentak Tengku Sadiq.

Saat itu kelihatan musuh datang dengan kekuatan 300 lanun dan penyamun.

"Tembak!!" arah Hang Nadim, pada saat itu bunyinya cukup meriah seperti malam tahun baru, bunyi mercun meletup disekeliling meriah sekali suasananya.

Satu persatu penjenayah gugur kebumi hasil dibedil oleh senjata api binaan semula oleh Hang Nadim dan juga mini balistanya. Dan akhirnya tinggal tengku sadiq dan juga 5 orang penyamun dan lanun...mereka terpinga-pinga apabila melihat pasukan mereka gugur seperti kertas mudah saja tewas dengan bedilan senjata mereka, kini dalam hati mereka lahir sifat tamak mahukan senjata yang dibina oleh Hang Nadim itu yang mungkin akan membuat mereka penjenayah paling ditakuti oleh semua melihatkan dari keupayaan senjata itu sendiri.

5 orang lanun ini bukan sebarang orang, mereka ialah ketua-ketua lanun dan juga penyamun paling dikehendaki oleh hampir 4 negeri termasuk Melaka. Masing-masing mempunyai kelebihan mereka sendiri, dengan ilmu hitamnya, ilmu persilatannya, macam-macam lagilah..

Hang Nadim sudah dapat mengagak apa yang difikirkan dalam benak fikiran mereka, Hang Nadim mula memberi arahan pada pasukan iringan, pertahankan posisi mereka semua jangan bergerak dari posisi asal walau apa pun yang berlaku, mereka mengangguk tanda faham.

Hang Nadim keluar dari "bunker" dan maju 6 tapak kehadapan. Dia sedia untuk berhadapan dengan musuh terakhir bersama dengan lanun durjana ini.

Yang peliknya pula, Puteri Faridah, tidak merasa apa-apa perkara yang pelik berlaku diluar kenderaannya, kerana Hang Nadim sudah lama mereka dan membina "bunker" dengan beberapa tujuan iaitu yang pertama, melindungi keselamatan Tuanku Puteri Faridah, kedua memastikan tuanku faridah tidak akan merasa terganggu dengan apa jua kekacauan yang bakal berlaku, ketiga "bunker" ini mampu melindungi pasukan iringannya tanpa mengorbankan nyawa mereka mahupun tercedera, keempat Hang Nadim sudah dapat cara bagaimana membuat sistem solar buatan sendiri dan juga penghawa dingin buatan sendiri (d.i.y) dan telah memasangkannya didalam bunker tersebut yang mana tuanku puteri faridah dan dayang-dayangnya terlelap dek kerana keselesaan selepas ditiup angin lembut penghawa dingin buatan tangan Hang Nadim.

Mereka sungguh tidak pernah sangka bahawasanya wujudnya teknologi seperti ini yang mampu membuat kenderaan tuan puteri sesejuk seperti didalam gua.

Didalam kenderaan tuan puteri dan dayang-dayangnya tertidur lena, tetapi diluar keadaan menjadi agak kacau dengan kehadiran tengku sadiq dan kuncu-kuncu lanun durjananya.

"Permainan kau sampai disini sahaja Tengku Sadiq", " lama sudah aku tau perbuatan terkutuk kau dari mula hal lembu mengamok sehingga yang sekarang ini, kini tiba masanya untuk aku menamatkan riwayat kau".

"Hahahahaha....kau, kau mahu menamatkan riwayat aku"? " kau tidak layak, apa hak kau untuk menarik nyawa aku", "kau bukanmya malaikat maut", " mahu jatuh hukum dan habisi nyawa aku", "baiklah! jikalau kau mahu menamatkan riwayat aku, kalahkan mereka berlima dan aku akan serah diri aku pada kau", " Nadim", jikalau kau tak mampu kalahkan mereka sebaiknya kau lupa sahaja niat kau itu".

"Kamu berlima!, " tamatkan riwayat panglima sialan ini, matinya dia maka tiada siapa dapat menghalang aku mendapatkan tuan puteri", "hahahahaha".

" Aku, tidak punya masa mahu melayani kamu berlima, sedia akan ku hapuskan kamu berlima serta merta tanpa perlu aku membazir tenaga aku", "Amaterasu!", tempik Hang Nadim.

( hang nadim mendapat teknik mata kepunyaan puak uchiha dari cerita naruto disaat dia menyelesaikan misi tersembunyi dalam menghalau penjajah luar dari menakhluki negeri melaka), kelima-lima lanun itu secara tidak semena-mena terkejut apabila keseluruhan tubuh mereka dimamah api berwarna hitam yang juga tidak mampu dipadamkan dengan apa jua caranya walaupun mereka menggunakan ilmu hitam yang dibantu oleh jin mahupun syaiton tidak satupun berhasil memadamkan api hitam itu dan akhirnya tidak sampai 20 nafas tubuh mereka sudahpun menjadi abu, membuat Tengku Sadiq menjadi gugup melihat hasil keupayaan teknik mata kepunyaan Hang Nadim.

Hang Nadim kini merubah sasaran pandangannya yang kini tertumpu pada Tengku Sadiq. Tengku Sadiq menjadi kaku secara tiba-tiba kini dia merasa menyesal kerana memulakan langkah tanpa berfikir panjang dan sekarang dia terkaku ditempat dia berdiri tidak berani bergerak mahupun bernafas seperti biasa apabila matanya tidak sengaja melirik dan tertumpu pada pandangan mata Hang Nadim yang kini secara tiba-tiba bertukar kepada warna merah dan juga ada 3 tomoe berputar sambil memandang tepat kearat matanya. Tengku Sadiq tidak sedar bagaimana dia mati ditangan Hang Nadim apabila secara tiba-tiba dia dapat melihat tubuhnya yang kini tanpa kepala gugur dihadapan mata kepalanya sendiri sehingga la saat mata tertutup dia masih tidak tahu bagaimana dia mati.

Selesai sahaja Hang Nadim menyelesaikan

" lalat" durjana dia mengarahkan anggota bergerak dalam posisi biasa dan memulakan semula perjalanan pulang ke kampung durian kembar. Didalam hatinya gugup dan berdoa semoga kampungnya aman dan juga orang tuanya selamat dari gangguan mana-mana penyamun dan penyangak, jikalau apa-apa terjadi pada mereka, Hang Nadim pasti akan menuntut bela dan mengamok diseluruh nusantara bagi memburu keseluruhan penjenayah durjana dari wujud dalam dunia ini lagi hanya itu cara untuk menyejukkan hatinya yang berkecamuk apabila orang tersayang diancam oleh puak manusia tidak berguna itu.