"Hah", apa lagi kau termangu-mangu disitu, ayuh kita bertarung habis-habisan akanku hapuskan segala kejahatan dari muka dunia ini".
Hang Nadim terus menerpa ke arah sekumpulan penyamun dan melancarkan serangan putaran pedang beliung seperti angin beliung berpusar menyerang kesemua penyamun durjana hancur menjadi debu. Tergamam 4 ketua penyamun kerana kekuatan senjata yang ada pada Hang Nadim membuat mereka mula menjadi tamak apabila melihat bilah pedang emas besar dan sangat berkuasa, didalam hati mereka membentak-bentak mahukan pedang itu sebagai senjata mereka.
Lalu mereka meneriak pada Hang Nadim," sungguh kau bersikap kurang adil kerana kami tidak mempunyai senjata sakti seperti kau, jikalau kau benar-benar seorang pendekar kau perlu bertarung tanpa senjata dengan kami, barulah kami dapat memperlihatkan kekuatan kami yang sebenar", kata salah seorang ketua penyamun tersebut.
Hang Nadim sudah dapat mengagak apa sebenarnya niat mereka lalu dia cuma tersenyum sinis disebalik topeng garo lalu dia berkata,"Hah", jikalau kau punya keupayaan? "Nah!, cubalah kau genggam erat senjata sakti ini". Mereka tidak tahu bahawasanya sesiapa yang tidak ditentukan sebagai pengguna asal senjats tersebut tidak akan mampu memegang mahupun menyentuh senjata tersebut kerana apabila ia jatuh ketangan orang lain selain tuan empunya berat senjata akan menjadi seberat gunung.
Ketika Hang Nadim mencampakkan senjata kearah mereka sambil memeluk tubuhnya dan memandang mereka dengan sinis, 4 ketua penyamun mula merebut senjata yang dibaling oleh Hang Nadim membuat mereka bergerombolan berpaut antara satu sama lain cuba untuk menyambut pedang besar yang dilemparkan oleh Nadim, tapi ternyata petanda buruk yang mereka terima, disaat tangan mereka mula menggenggam senjata tersebut ternyata mereka tidak mempunyai kekuatan seperti dia, terlihat mereka berhempas pulas untuk tidak dihempap oleh senjata sakti tersebut tapi ternyata tiada seorang pun yang selamat dari hempapan pedang sakti yang menghempap keseluruhan tubuh mereka sehingga meletup menjadi kabus darah tanpa secalit daging pun yang tertinggal kesemuanya mati dihempap pedang emas garo.
" Curiosity kill the cat", memang kena dengan korang ni, kan dah mendapat.
Hang Nadim kembali ke rupanya yang sediakala tapi belum sempat dia melintasi pintu gerbang utama kampung durian di dikejutkan dengan terjunan menjunam adiknya seri kearahnya dari atas tembok utama maka tergopoh-gapah Hang Nadim cuba menyambút terjunan adiknya.
"Kau dah gila ke Seri, kenapa kau terjun sebegitu, nanti kalau apa-àpa terjadi pada kau nanti apa abang mampu jawab dengan persoalan mak nanti!, tempik Hang Nadim pada adiknya seri. Seri hanya mampu senyum tersipu-sipu kerana sifat " excited" melampaunya membuat abangnya terkejut.
"Bang Nadim, Seri nak minta sesuatu dari bang Nadim, Seri minta maaf akan perbuatan Seri, Seri janji tak akan buat begitu lagi". " Oh! bila kau mahu sesuatu baharu kau mahu berlembut kata dengan abang ya, katakan apa yang kau mahu, akan abang cuba kotakan permintaan adik Seri jikalau ianya berada dalam bidang kuasa abang".
"Hehehe...abang, Seri nak jadi macam abang juga, Seri mahu perisai emas seperti abang", pinta Seri dengan wajah manja, cuba memujuk abangnya".
" Abang bukan tidak mahu beri kuasa ini pada adik tapi kuasa ini sendiri yang akan pilih tuannya sendiri, lalu Hang Nadim berbisik didalam hatinya, Sistem sila scan adik kesayangan aku ini, kuasa apa yang mampu dia gunakan? dan berikanlah dia kuasa itu padanya jikalau dia memang layak menggunakan kuasa tersebut".
*Sedang mengScan individu*
****
****
****
****
Pada saat itu cuaca mula berubah mendung, awan hitam mula berkumpul betul-betul dimana Seri sedang berdiri disaksikan sendiri oleh seluruh pengawal-pengawal kampung durian berkembar dimana satu cahaya seperti kilat putih menyambar puteri sulung Pak Busu disaat itu bebola cahaya sebesar tayar 21 inci terapung diudara 2 meter dari kepala Seri lalu terdengar suara seperti suara ghaib dari langit,
*" Wahai Seri Teratai anak gadis sulung Busu bin Buang, Kau terpilih menjadi Srikandi pilihan yang akan sama berjuang bersama-sama dengan abang kamu menentang kejahatan dari muka dunia ini, sudikah kau menerima tanggungjawab yang besar ini wahai Seri Teratai "* Tanya suara ghaib dari bebola cahaya tersebut yang bergema diseluruh kampung durian berkembar kesemuanya didengari oleh setiap penduduk kampung termasuk bapanya pak Busu dan maknya Mak Piah.
" Hamba Seri Teratai dengan berbesar hati menerima tanggungjawap besar ini memikul kurniaan darjat sebagai SriKandi terpilih dari Guru Sakti ", jawab Seri.
* " BAGUSLAH KALAU BEGITU " *
* " DENGAN INI AKU LANTIK KAU SEBAGAI SRIKANDI KESATRIA SERIGALA PERAK " *
( GARO SILVER )
SENJATA UTAMA : DUAL SILVER DAMASCUS
SENJATA SUB : KERAMBIT BERKEMBAR
PERISAI : PAKAIAN PERISAI SERIGALA PERAK
TUNGGANGAN : KUDA PERAK
*"TAHNIAH KAU KINI ADALAH PERWIRA SAKTI TERPILIH OLEH AKU GURU SAKTI LANGIT KETUJUH"*
Dalam hati Hang Nadim berbisik," wah! pandai kau berlakon sistem, kalah aku.
*"See the leg la bossku"*
"Fuh!, dah pandai menjawab sekarang, "power"!, Nadim memberikan "two thumbs up kepada sistem".
" Abang, adik berjaya menjadi perwira sakti terpilih seperti abang!, teriak Seri pada Nadim dengan wajah sukacita. Berita tentang kemunculan perwira sakti kedua sudahpun sampai ketelinga sultan setelah 15 purnama perkara itu berlaku membuat baginda merasa sangat sukacita kerana mendapat seorang lagi perwira sakti seperti Nadim. Lagenda 6 perwira sakti lagenda akan mula melangkah ke era yang baharu, dengan titah sultan perwira sakti ini bukan lagi dibawah kuasa sultan yang tidak mungkin berkeupayaan untuk menjatuhkan hukum keatas mereka kerana mereka perwira sakti terpilih. Baginda juga menitahkan perlantikan SriKandi Seri Teratai sebagai ketua dayang pengawal puteri berkuatkuasa serta merta. Maka tidak adalah para menteri menidakkan titah tuanku sultan Sariffudin Shah.
Kini Pak Busu dan Mak Piah tersenyum gembira mendengar titah sultan atas pertabalan anak perempuannya sebagai ketua dayang pengawal puteri Faridah, namun begitu dalam gembira Mak Piah berduka cita kerana akan berjauhan kelak dengan puteri kesayangannya iaitu Seri Teratai.
Tidak lupa pada Pak Busu yang kini telah dinaikkan darjatnya menjadi Dato' Temenggung Paduka diraja dan kampung durian berkembar kini digelar sebagai Bandar Temenggung durian berkembar. Dengan kekuatan pengawal bandar temenggung seramai 15,000 orang lengkap dengan berpakaian perisai bersenjatakan parang panjang dan perisai bulat menjadikan bandar kedua paling selamat diduduki selepas bandar melaka dengan penduduk yang kini mencecah seramai 120,000 orang membuatkan ianya juga sebagai bandar kedua terbesar selepas negeri melaka, tugas pak Busu kini menjadi dato' bandar pertama dilantik oleh sultan dengan serta merta menaikkan darjatnya dari seorang pemburu menjadi orang bangsawan kelas kedua dibawah para pembesar istana.
Hang Nadim pula sudah pun berangkat pulang keistana bersama-sama dengan adiknya Seri Teratai menggunakan kapal perang diraja tanpa ditahan oleh mana mana lanun laut dengan kemegahan saiznya yang sangat besar setinggi bukit dan diperbuat dari besi pejalanan menjadi lancar tanpa gangguan.