Chereads / Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 13 - hari gembira menyambut bakal menantu tidak lama lagi.

Chapter 13 - hari gembira menyambut bakal menantu tidak lama lagi.

Selepas sekian lama mereka mengembara hampir sepurnama akhirnya sampai juga mereka dikampung durian kembar.

Terlihat dari jauh bahawa kampung Durian Kembar kini tampak lebih maju, dan penduduk bertambah ramai dari yang sebelumnya.

Hang Nadim tersenyum girang apabila melihat kampungnya aman dari anasir-anasir luar.

Pengawal yang berjaga dipintu utama Kampung Durian Kembar, terkejut apabila melihat kumpulan tentera bersama tandu beroda menghampiri perkampungan mereka dan bertindak menahan kumpulan rombongan Hang Nadim, tetapi tidak lama selepas itu keadaan tegang tadi berubah kerana salah seorang pengawal mengenali Hang Nadim," eh! bukankah kau ini Hang Nadim anak kepada Pak Busu ketua kampung durian kembar"?, Hang Nadim menoleh pada pengawal yang bertanya dan akhirnya dia tersenyum gembira," wah, kau ini damak bukan? anak pak mail senget? wah, sejak bila kau jadi pengawal kampung sekarang, tampak segak bagai pahlawan".

"Ah, kau nadim kau bercanda pula dengan aku, kau apa kurangnya, sudah jadi dato' panglima, kau kini menjadi kebanggaan kami kerana anak kampung kita ada yang berjaya menjadi dato' panglima".

" Hahahahaha...eh! aku terlupa pula, seronok berbual sehingga terlupa mahu menjemput kau masuk", damak berpaling ke arah pintu gerbang kampung lalu berteriak," bukakan pintu, Dato' Panglima Hang Nadim anak Dato' Penghulu Pak Busu pulang ke kampung".

Setelah mendengar khabar kepulangan Hang Nadim ke kampungnya, beritanya bergema ke pelusuk kampung, apabila mereka berpusu-pusu ke pintu masuk utama ingin melihat anak jati kampung mereka yang kini berjaya menjadi Dato'Panglima.

Terlihat dikejauhan Pak Busu dan Mak Piah berlari-lari bersama-sama orang kuat kampung durian kembar, Mak Piah lantas lari kearah Hang Nadim lalu terus memeluk dan mencium pipi anak kesayangannya,"Ya tuhan, Nadim kau balik nak, mak rindu sama kau nak, akhirnya kau pulang juga nak", kata Mak Piah.

"Ya, Mak, Nadim dah pulang mak, mak apa khabar? Mak sihat? bapak sihat? tanya Hang Nadim pada kedua-dua orang tuanya, dikala Hang Nadim melepaskan rasa rindu tidak terkata pada kedua orang tuanya, pintu tandu dibuka dari dalam, lalu Puteri Faridah keluar dan turun dari tandu dan melangkah dengan lemah dan lembut, sopan dan santun ke arah Mak Piah, Mak Piah tergamam melihat keayuan gadis dihadapannya, membuat Puteri Faridah tersenyum malu dihadapan Hang Nadim, Hang Nadim pula memberi reaksi seperti tidak perasan dengan reaksi yang diberikan oleh tuan puteri sampai Mak Piah bertanya pada Nadim, " Siapa, ni Nadim? mak tidak mengenalinya? dalam hati Mak Piah sebenarnya gembira apabila Nadim pulang membawa seseorang yang istimewa tetapi belum sempat Mak Piah membina angan menimang cucu, angannya runtuh apabila Nadim memperkenalkan siapa gadis molek ini, "Mak, "perkenalkan inilah Tuanku Puteri Sulung, "Sultan Sariffuddin Shah", "Puteri tengku Faridah Sariffuddin Shah".

Apabila mendengar status pengenalan gadis dihadapan mereka, Mak Piah dengan rasa gugup dan terkejut dengan pantasnya terus melutut dan bersujud pada Tuanku Puteri Faridah diikuti oleh kesemua orang kampung, membuat Tuanku Puteri Faridah terkejut dengan reaksi mereka lantas menahan Mak Piah dari bersujud padanya.

Mak Piah berdegil tidak mahu bangun dari sujudnya, tetapi Tuanku Puteri Faridah tetap mencuba untuk menahan Mak Piah dari bersujud padanya, dan akhirnya Tuanku Puteri Faridah terpaksa memberi arahan tegas pada mereka semua," sudah jangan bersujud padaku, kerna aku juga manusia seperti kamu semua, bukannya tuhan, bangunlah kamu dari sujud kamu itu bukankah lagi bagus kalau sujud itu dituju pada yang lebih baik dariku iaitu tuhan yang mencipta sekalian alam", jawab Puteri Faridah dengan lantang.

Terdengar suara lantang Tengku puteri Faridah membuat orang kampung terpinga-pinga termasuklah Mak Piah, lalu Mak Piah berkata, " Ampun tuan puteri beribu-ribu ampun, sembah hamba mohon diampun, tidaklah kami mahu berlaku biadap pada anak sultan yang mulia darjatnya dari kami orang kebanyakkan, hamba berharap Tuanku Tengku Puteri jangan merasa marah pada kami orang kebanyakkan yang tidak tahu adat istiadat istana ini", jawab Mak Piah.

"Tidak mengapa, Mak Piah, Idah(idah wow tiba-tiba pakai nama manja ) sudah lali dengan perkara sebegini lagi-lagi ini juga kampung halaman Dato'Panglima Hang Nadim, tidak mungkin Idah mahu memperlakukan penduduk kampung halaman Nadim sebegini, jawab Tengku Puteri Faridah sambil menamakan kata panggilan dirinya kepada Idah dengan bersahaja.

Melihat perlakuan dan tutur bicara Tengku Faridah membuat Mak Piah tersenyum simpul tidak tahu bagaimana untuk melayani kehendak Puteri Raja ini.

Hang Nadim tahu apa yang ada dibenak fikiran ibunya, lalu dia menjadi orang tengah untuk mengamankan keadaaan, Mak, ayuh kita pulang dahulu, Nadim letih mak, setelah sepurnama berjalan kemari, Tengku Puteri silakan, teratak patik tidaklah sebesar dan seselesa seperti diistana tapi cukup untuk melindungi diri dari hujan dan panas terik matahari, silakan Tuan Puteri, jemput Hang Nadim.

Pak Busu hanya mampu tersenyum simpul, tidak tahu apa mahu dikata apabila berada dalam situasi janggal sebegini.

Hanya sekumpulan ahli utama yang berkhidmat dengan penghulu sahaja yang mengiringi rombongan Tengku Puteri ke teratak Dato' Penghulu. Yang lain kesemuanya sudah beredar pulang ke rumah masing-masing walaupun mereka terkejut dengan kehadiran puteri diraja dikampung mereka.

Tengku Puteri Faridah bertindak berani dengan duduk disebelah Mak Piah sambil mengenggam erat tangan Mak Piah membuat Mak Piah terpinga-pinga tidak tahu apa mahu dibualkan dengan tuan puteri, tetapi Tengku Faridah lebih berani bertanyakan pelbagai soalan tentang Hang Nadim pada Mak Piah membuatkan Mak Piah gembira dengan pertanyaan tersebut, lalu Mak Piah memimpin tangan Tengku Puteri lalu membawa Tengku Puteri ke kamar tetamu dan memulakan " sesi soal jawab" , antara Mak Piah dan Tengku Puteri.

Hang Nadim berpura-pura seperti tidak nampak dengan apa yang berlaku, sambil menggelengkan kepalanya, Pak Busu hanya mampu tersenyum simpul melihat gelagat Tengku Puteri dengan isterinya Mak Piah.

"Lama ke kamu menyinggah ke sini Nadim"? tanya Pak Busu. Nadim menjawab," tidak tahulah bapak, ini semua bergantung pada Tengku Puteri sendiri, Nadim hanya mengikut perintah sahaja".

"Tidak disangka anak bapak kini segak dengan busana Panglima diraja, bapa sangat berbangga dengan pencapaian kamu nak, kata Pak Busu.

Disaat sedang rancaknya Nadim dan bapanya berbual, tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan datang dan menyorok dibelakang Pak Busu sambil mengintai Hang Nadim dari belakang badan Pak Busu, membuat Hang Nadim tertanya-tanya siapa budak perempuan yang umurnya dalam lingkungan 5 tahun.

" Bapak, siapa budak perempuan dibelakang bapak tu"? tanya Hang Nadim.

Pak Busu lekas menarik lembut tangan kecil budak perempuan itu lalu berbisik, seri, itulah abang kamu yang sudah lama merantau ke kota diraja, kini dia sudah pulang, lekas salam tangan abang kamu itu".

Hang Nadim terkejut apabila mendengar suara bisikan bapanya, ini....adinda Nadim? apakah namanya bapak"? tanya Nadim.

"Nama adinda kamu ialah Seri Teratai... nama manja panggilan yang mak kamu panggil seri".

"Ayuh, seri, salam tangan abang kamu".

Dalam segan dan malu, seri menghampiri Hang Nadim perlahan-lahan sambil menghulurkan tangan kecilnya, Nadim menyambut adindanya yang baru dia kenali lalu memeluknya dengan kasih sayang sambil mencium-cium pipinya. Terlihat kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang mana (sofian) tidak pernah merasa adanya kehadiran adik-beradik dalam sejarah hidupnya sebagai yatim piatu.

Tidak sampai 100 hela nafas selepas pertemuan dua beradik yang terpisah hampir 5 tahun setengah, kini Seri tidak lagi janggal dengan kehadiran Hang Nadim ternyata kasih sayang seorang abang itu membuatnya cepat rapat dengan Hang Nadim.

Lain pula ceritanya dengan Mak Piah dan Tengku Puteri, kini mereka lebih rapat apabila Tengku Faridah kini panggil Mak Piah, Mak.

Pelbagai cerita dikongsikan mereka, sehingga satu ketika Mak Piah bertanyakan soalan cepu emas pada Tengku Faridah," Apa, perasaan Idah terhadap Nadim"? katakan secara jujur dengan Mak, kata Mak Piah.

Tengku Faridah terkejut dengan soalan spontan dari Mak Piah, dia tergamam dan tidak menjawab persoalan Mak Piah itu, dia hanya mampu terseyum manis dan tersipu-sipu malu dihadapan Mak Piah, dan kini angan mak piah yang runtuh sebelum itu kini terbina semula...Kini dalam hati Mak Piah tidak sabar mahu menyambut menantu.