Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 20 - F.A.D.E

Chapter 20 - F.A.D.E

Beberapa bulan yang lalu…

"Menarik! Memang menarik!" Maria menutup fail yang bertajuk F.A.D.E yang baru dibacanya itu. Dia tidak menyangka akan dapat menghabiskannya dalam masa yang begitu singkat. Ianya sangat menarik dan membuatkan sifat ingin tahu Maria membuak-buak. Dia kurang pasti sama ada apa yang baru dibacanya merupakan sesuatu yang pernah terjadi atau pun ia hanyalah khayalan si penulis, iaitu Profesor Alex. Jika ia sesuatu yang benar, kenapa isi kandungan dan fakta-faktanya itu jauh berbeza sekali dengan apa yang dipelajarinya selama ini? Pelbagai persoalan berputar di dalam fikirannya.

Dia melihat ke arah jam yang terletak di atas meja soleknya. Sinaran lampu kalimantang yang menyinari biliknya menyilaukan matanya. Dia membangunkan sedikit tubuh kecilnya. Jam sudah menunjuk pukul 11.35 malam. Sudah tiba masa untuknya beradu di kamarnya yang empuk. Ada bermacam perkara yang perlu diselesaikan esok. Dia ingin bertemu dengan Profesor Alex. Fail yang bertajuk F.A.D.E itu juga perlu dipulangkan beserta dengan buku-buku yang dipinjam daripada Profesor Alex tempohari. Dia juga sudah bersiap-siap dengan soalan-soalan yang ingin ditanyakan kepada Profesor.