Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 22 - Srezon-122

Chapter 22 - Srezon-122

Pihak forensik sedang sibuk melakukan penyiasatan ke atas mayat berkenaan. Mereka mengambil gambar dan memeriksa seluruh tandas itu. Mayat wanita berkenaan tidak luka walau sedikit pun. Wanita itu lengkap berpakaian sut pejabat dan kasut tumit tinggi. Rambutnya berwarna coklat gelap dan kulitnya cerah. Dia tidak kelihatan seperti seorang yang baru sahaja dicederakan oleh sesiapa. Namun yang pasti jantungnya tidak berdegup.

Inspektor David memasuki tandas dan cepat-cepat menghampiri mayat wanita berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati wajah wanita tersebut serupa benar dengan wajah Marina. Cuma warna dan gaya rambutnya sahaja yang berbeza. Dia meneliti mayat itu, terutama sekali baju dan gaya rambutnya. Inspektor David yakin dialah sebenarnya wanita yang berada di dalam pita rakaman tadi. Baju dan gaya rambutnya juga sama seperti wanita dalam rakaman kamera litar tertutup itu. Dia yakin inilah dia pembunuh yang sebenar.

"Jika dilihat daripada pakaian dan raut mukanya, saya rasa inilah pembunuhnya." Kata Inspektor David kepada Imran.

"Tuan pasti?" soal Imran.

"Ya. Dialah yang berada di sini semalam seperti mana yang ditunjukkan dalam rakaman kamera litar tertutup. Dia yang menembak Doktor Adam malam tadi." Jelas Inspektor David. Imran mengelap dahinya dengan tuala kecil yang diletakkannya di dalam poket baju.

"Have you finished the investigation on the dead body?" soal Inspektor David.

"Yes we have. Kita akan bawa dia ke makmal kami tuan. Kami mahu lakukan post mortem".

"Bagus" Inspektor David menepuk-nepuk bahu Imran. Kemudian, dia mula memeriksa bilik air itu. Dari satu sudut ke sudut yang lain. Beberapa ahli forensik pula berusaha mengangkat mayat wanita itu untuk dikeluarkan.

"Tuan! Tuan! Tengok mayat ni!" tiba-tiba sahaja Imran bersuara. Dia cuba mengalih perhatian Inspektor David. Semua yang ada di situ juga menumpukan perhatian kepada Imran. Apa yang ditunjukkan Imran membuatkan semua orang menjadi panik.

Mata mayat itu terbuka. Ianya berwarna merah dan bercahaya menerangi bilik itu. Bibirnya bergerak-gerak. Dia seperti ingin mengatakan sesuatu.

"I'm Srezon-122 ready to destruct. 600…599…598…597…596…595…" ayat itu terpacul keluar daripada mulutnya. Imran mendengarnya dengan teliti. 'Destruct?' fikir Imran. Wanita itu memulakan kiraan daripada angka enam ratus dan menurun.

"Tuan! Saya rasa. Dia … dia … dia adalah bom tuan." Tergagap-gagap Imran member pendapatnya.

"Apa?!" Inspektor David terkejut. Dia mendekati wanita yang mati hidup semula itu.

"Tidak kurang dari sepuluh minit dia akan meletup. Angka-angka yang disebut itu adalah kiraan saat yang tinggal untuk dia meletup." Imran memberi penjelasan lanjut. Dia benar-benar yakin dengan andaiannya itu. Mendengar kata-kata Imran itu, Inspektor David terus menghubungi Sarjan Lim. Rakan sepasukannya yang bertugas di tingkat bawah.

"Sarjan Lim! Arahkan semua orang keluar dari banggunan ini sekarang. Kita perlu kosongkan banggunan ini segera. Ada bom dalam banggunan ini!" Inspektor David member arahan.

Inspektor David dengan segera berlari ke bilik Incognito di tingkat 2 di mana dia meninggalkan Marina dan dua lagi pegawainya di situ.

"Kecemasan! Ada bom dalam banggunan ini!" kata Inspektor David sejurus membuka pintu bilik Incognito.

"What!" Marina terkejut. Dia menjadi tidak tentu arah.

"Cepat! Kita hanya ada sepuluh minit sahaja lagi." Gesa Inspektor David.

Mereka bergegas keluar dari bilik itu dan mempercepatkan langkah mereka menuju ke perkarangan pusat sains. Begitu juga dengan semua yang berada dalam banggunan. Masing-masing kelihatan begitu cemas sekali. Mereka bertempiaran lari sebaik sahaja diberitahu tentang adanya bom yang akan meletup di dalam bangunan itu.

Ahli-ahli forensik juga bertungkus-lumus membawa mayat Doktor Adam Raufal keluar dari banggunan itu dan dimasukkan ke dalam ambulans yang sedang menunggu di perkarangan pusat itu.

Inspektor David, Marina dan dua orang pegawai tadi adalah antara orang yang terakhir keluar dari bangunan itu. Keberadaan Marina disitu membuatkan semua orang berasa pelik terutama pegawai-pegawai forensik yang melakukan penyiasatan sebentar tadi. Wajahnya serupa benar dengan wajah wanita aneh yang tertiarap di dalam pusat sains itu.

"Ada sesiapa lagi yang tinggal di dalam banggunan?" soal Inspektor David kepada Inspektor Ravi.

"Tiada. Kami telah melakukan pemeriksaan segera di semua tempat."

"Awak pasti?"

"Ya. Saya benar-benar pasti!"

"Baiklah berapa lama lagi ianya akan meletup?"

"Lebih kurang 1 minit 10 saat. Mungkin kurang tuan"

"Nampaknya masa terlalu singkat. Skuad bom pun tidak akan sempat sampai." Kata Inspektor David. Namun, jauh di sudut hatinya, dia benar-benar berharap yang skuad bom dapat tiba sebelum bom itu meledak. Tetapi....

Boom!!!! Satu ledakan kuat menggegarkan seluruh kawasan yang berdekatan. Ianya memusnahkan seluruh tingkat lima banggunan itu. Asap keluar berkepul-kepul hasil dari letupan itu. Semua yang berada di situ tergamam dengan apa yang berlaku.