Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 18 - Zuria 1970+

Chapter 18 - Zuria 1970+

Empat dekad yang lalu…..

"Ke mana kau pergi Fendi? Hampir senja baru kau pulang" tanya Adam kepada Fendi yang sudah seharian tidak ada di rumah.

"Aku pusing-pusing taman." Jawab Fendi bersahaja. Kedua-dua belah tangannya sedang memegang sebuah kotak bersaiz besar.

"Seorang diri sahaja? Bahaya Fendi. Ini Zuria, bukan Pasadianka."

"Kau risau yang bukan-bukanlah Adam. Aku bukannya keluar seorang diri. Aku keluar dengan Sarah"

"Pelajar baru yang kau cakapkan itu?"

"Ya. Dia kirim salam pada kau. Dan dia juga kirimkan hadiah ini" Fendi menghulurkan kotak itu kepada Adam.

"Wah! Besarnya. Apa yang diberinya?" Adam sedikit terkejut.

"Bukalah! Tengok apa yang dia beri" kata Fendi kepada Adam. Adam segera membuka sampul hadiah itu.

"Teddy bear?" Adam kehairanan sejurus sahaja melihat hadiah yang diterimanya itu.

"Dia beri kau Teddy bear?" Fendi kelihatan sedikit hairan dengan pemberian Sarah.

"Ya. Untuk apa dia beri aku semua ini? tanya Adam.

"Kau sudah lupa Adam? Hari ini hari jadi kaulah"

"Hari ini hari jadi aku?! Macam manalah aku boleh terlupa!" Adam menepuk dahi. "Tidak sangka. Sudah dua puluh satu tahun umur aku."

"Betul. Bulan depan, hari jadi aku pula. Pantas sungguh masa berlalu bukan?"

"Terlalu pantas sehinggakan penat aku dibuatnya."

"Kenapa kau kata begitu?"

"Bukankah kita berdua selalu ingin melawan dan mengejar masa. Tetapi yang jelas, kita selalunya kalah."

"Ada-ada sahaja kau ini Adam"

"Fendi, bila kau nak bawa aku berjumpa dengar Sarah? Asyik dengar tentang dia sahaja. Aku hendak tahu juga bagaimana rupanya orang yang begitu berbesar hati menghadiahkan teddy bear sebesar ini kepada aku"

"Baiklah Fendi. Aku akan perkenalkan kau dengan Sarah. Aku pasti kau akan terpegun melihatnya. Kau pasti akan terpegun!"