Chereads / My Reflection of You(Malay) / Chapter 1 - Prologue

My Reflection of You(Malay)

🇲🇾max_murni
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 143.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prologue

"Kita masih ada dalam beberapa minit lagi sebelum penggambaran bermula." Penolong pengarah; Hairy Othman, mengeluarkan arahan selari mendekati bintang mereka untuk penggambaran kali ini.

"Nampaknya Encik Amry, kita masih ada masa dalam beberapa minit lagi sebelum penggambaran. Kalau Encik Amry mahu, Encik boleh melihat dulu prop penggambaran yang kami sediakan untuk penggambaran kita nanti." Lelaki tinggi lampai itu hanya mendiamkan diri dengan headphone masih dikepalanya. Pengurusnya; Mazlan yang nampak agak kaget dengan suasana itu, merapati mereka dengan segera.

"Ah, Terima kasih Encik Hairy. Amry akan segera ke set penggambaran sekejap saja nanti."

"Baiklah kalau macam tu; saya minta diri dulu." Lelaki itu pun meninggalkan ruangan itu dengan tergesa-gesa; Mazlan memberi pandangan tak puas hati kepada modelnya selari mula membuka mulut.

"Kau tak payah nak membebel disini; Lan. Aku dengar apa yang dia cakap tadi; aku cuma malas nak layan saja." Lelaki itu menanggalkan headphonenya selari meneguk sebotol air mineral yang telah tersedia disitu.

"Am, berapa kali aku nak beritahu kau? Cuba beradab sikit dengan orang lain; susah sangatkah?"

"Dia cuma penolong saja… lagipun, bukan dia tak tahu dah berapa lama aku jadi model. Jadi, dia sepatutnya dah tahu cara kerja aku."

"Am! Cuba jaga sikit cara kau bercakap tu; janganlah bongkak sangat! Kau kena ingat, disebabkan orang-orang bawahan, penolong, dan pekerja biasa tulah event sebesar-besar alam tu boleh berjaya, tahu? Kalau diorang tak buat kerja diorang dengan bersungguh-sungguh dan cuma harapkan orang atasan saja; kau ingat bolehkah semua tu berjaya?" Mazlan memulakan bebelannya selari Amry memasang semula headphone di kepala; tidak menghiraukannya.

Amry Syah Redza merupakan seorang model muda yang baru sahaja meningkat nama menerusi program mencungkil bakat; Jejaka Malaya yang disertainya tak lama dulu. Walaupun tidak merangkul juara; namun aura yang di pamerkan Amry dalam program itu sudah cukup untuk membuatkannya menjadi antara model yang paling banyak permintaan dalam industri peragaan.

Memang tak dapat dinafikan bahawa ia boleh dikatakan batu lonjakan yang sempurna untuk namanya dikenali ramai tapi secara tak sengaja juga, perkara ini juga telah menjadi satu titik negatif dalam hidupnya apabila dia mulai sombong dan bongkak dengan populariti yang dimilikinya secara mendadak.

Sementara itu;

"Abang!!!!!" Suara Mia sekali lagi bergema didalam rumah teres dua tingkat mereka apabila dia ditugaskan ibunya untuk mengejutkan abangnya untuk bangun; buat sekelian kalinya.

"Abang!! Bangunlah! Macam ni, bila nak maju ni? Hari-hari bangun tengahari; kalau kak Qiera tahu ni…" Seperti yang di jangkakan Mia; Abangnya Amir terus bangun terduduk apabila nama gadis pujaannya disebut.

"Bisinglah kau ni! Perlukah kau sebut nama sayang aku tu? Kasihan dia kalau dia tersedak sebab kau!" dia melontarkan suara yang garau tapi tenang, sambil menggesek-gesekkan matanya yang masih terasa berat.

"Perasan lebih! Macamlah kak Qiera tu pandang pada abang."

"Mana kau tahu? Pandai-pandai saja kau ni; kau ingat dia tu macam kau? Asyik pandang rupa dan harta saja; itu yang masih tak laku sampai sekarang!" dari menjawab, Mia hanya terdiam dengan gurauan abangnya itu; ternyata dia terasa.

"Dah lah… Mia nak keluar; malas nak layan abang ni. Mak panggil turun; makan sarapan." Nadanya mendatar sebelum dia keluar dari kamar Amir; menutup pintu dibelakangnya dan berjalan menuju ke arah ruang makan ditingkat bawah.

'Sentap ke?' Lelaki yang hampir memasuki usia 30'an itu duduk termenung di atas katilnya sebelum mula bergerak ke kamar mandi untuk bersiap.