Aku bersama Mellina baru saja keluar dari kelas. Selepas ini kami tiada kelas dan bercadang untuk terus pulang saja. Harini Diana tak datang kelas sebab dia demam. Demam rindu katanya. Nak aje aku pelangkup kepala minah sengal tu. Biar berfungsi sikit. Sebab bangun bangun je tak ingat nama aku. Yang dia ingat Iqbal! Iqbal! Iqbal! Hish, menyampah!
"Weyh Aisyah!" Mellina melaung kuat nama aku. Aku mengusap telinga ku disebalik tudung kerana bingit dengar si Mellina ni melaung kuat sangat.
"Hah apa?!" Aku terus sergah. Malas nak cakap leklok. Sakit siut telinga aku ni!
"Weyh kau balik naik apa harini?" Soal Mellina kepadaku. Aku membetulkan tudung ku yang sedikit senget lalu melabuhkan punggung ditempat duduk yang sediakan di hadapan bangunan kolej ini. Kiranya macam tempat menunggu lah.
"Grab" Aku hanya menjawab sepatah. Mellina mengangguk kepalanya berkali kali. Dia turut melabuhkan punggung nya bersebelahan ku.
"Asal?" Aku menyoal dengan nada yang ingin tahu. Tetiba tanya. Tak pernah pernah nak menanya. Tulah rasa curiga.
"Jom shopping!" Mellina mengajak Ku.
"Hey tadi kata nak balik ni nak shopping pulak." Aku membalas.
"Alah Tu tadi. Alang alang abang Aku nak ambil ni jom lah gi shopping. Boleh aku bodek abang Aku sikit..hahaha" Mellina ketawa jahat. Apa ke hal minah ni pulak? Meroyan?
"Hah yelah" akhirnya Aku mengalah. Kalau tolak Aku rugi. Hek!
Lupa pulak nak kenal kan siapa minah sebelah aku ni. Okay nama dia Mellina Qaisara bt Dato'Fadli. Anak Dato' tau ni. Mula mula aku memang segan gila nak kawan dengan minah ni. Yelah dia orang kaya. Aku ni orang biasa je. Kan jauh beza Tu!. Haha. Tapi lama lama kenal dia ni baik. Dia tak kesah kawan dengan siapa siapa asalkan orang Tu ikhlas dengan dia. Dah 4 tahun aku kawan dengan dia sehingga lah sekarang. Kami memang rapat. Termasuk juga minah sengal yang tengah demam kat rumah tu. Siapa lagi kalau bukan Diana.
"Haduh mana abang aku ni?!" Mellina merungut. Aku hanya diam. Malas nak masuk campur.
Tiba tiba sebuah kereta mewah berhenti dihadapan bangunan kolej kami ini. Aku terpegun melihat kemewahan kereta ini. Wah canggih! Hahaha. Jakun kejap! Hahaha
Lelaki itu keluar dari perut kereta lalu berdiri tegak disitu.
"Hey mika! Why you late?" Soal Mellina kepada lelaki yang memakai sunglasses itu. Wajah nya tak berapa kelihatan sebab dia menunduk. Dan langsung tak pandang muka kitaorang.
"Sorry Mel. Abang ada meeting penting tadi. So Tu lah lambat sikit." Jawab lelaki itu lalu memandang adiknya itu. Ouh.. abang Mellina rupanya. Okay okay.
"Ya. It's okay!"
"Ouh ya this is my best friend, Aisyah Nadrah" Aku tersenyum pada abang Mellina apabila Mellina memperkenalkan diriku pada abang nya. Abang nya mengangkat kening lalu membuka sunglasses nya itu.
Alangkah terkejut Aku pada saat itu. Lelaki ini macam pernah jumpa. Tapi kat mana erk?! Eh eh kau ni terkejut pastu kata pernah jumpa. Pastu boleh sedap kau duk tanya jumpa kat mana ye?
Baru aku teringat, mamat ni lah yang ajak Aku gaduh kat restoran haritu! Hish asal lah aku boleh jumpa dia harini?! Menyesal nya ikut Mellina!
Lelaki itu tersenyum sinis. Aku mula gerun. Mellina pula memandang pelik kepada kami.
"Hai, I Mikael Zafran." Ucap Mikael memperkenalkan dirinya kepadaku. Aku membalas senyuman manisnya itu. Tapi aku tak rasa senyuman ni manis!
Aku diam. Tak tahu nak kata apa dah.
"Sya! Kau okay?" Aku tersentak apabila Mellina menegurku.
"Err... okay!" Aku menjawab tidak jujur.
"Kalau macam tu masuk lah!" Arah Mellina sebelum dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Aku turut mengikuti Mellina masuk ke dalam perut kereta tapi aku duduk di seat belakang manakala Mellina duduk di seat sebelah pemandu.
Mikael memulakan perjalanan. Sempat lagi dia menjeling ke arahku pada cermin pandang belakang sambil tersenyum sinis. Argh gila!
*****
Aku sedari tadi hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Aku betul betul tak ada mood sekarang ni. Lagi lagi ada lelaki bengis ni. Lagi lah buat aku tak selesa!
Aku menyua makanan Ku ke dalam mulut. Kalau ikut kan hati sekarang jugak Aku nak cabut lari. Tapi apakan daya nanti Mellina merajuk pulak. Terus Aku batalkan niat tu.
Mikael terus merenung aku tanpa rasa bersalah. Ialah, suka hati dia je tenung aku macam nak terkam. Uhuk uhuk.
"Erm guys! I nak ke ladies sekejap" pamit Mellina.
"Okay you can go" mikael membalas. Aku mengangguk saja. Malas nak bercakap. Bercakap pun malas ke? Hahaha. Entah lah.
*****
Mikael POV
Setelah mellina pergi mata ku terus melorot pada wajah putih bersih milik Aisyah. Aku merenung wajah gadis ini sedalam dalamnya. Cantik tapi... Perempuan ini lah yang memalukan aku di khalayak ramai pada haritu. Sakit hati masih bersisa! Tunggulah nanti! Permainan bakal bermula. We'll see later!
Aku tersenyum sinis. Senyuman ku semakin sinis apabila Aisyah memandang ku seolah olah takuti pada aku. Makin seronoklah permainan kalau macam ni. Muahahahaha! (Gelak jahat😂😈)
"Kenapa kau pandang aku macamtu hah? Aku korek biji mata kau karang! " Tegur Aisyah yang mula rasa tidak selesa. Aku tersenyum mengejek. Dengan lagak yang tenang aku mendekatkan wajahku pada gegendang telinganya lalu membisikkan sesuatu.
"Misi balas dendam bermula! " aku mengeraskan suara. Aku lihat perempuan celupar ni sudah kecut perut dan peluh mula merintik di dahi nya. Aku tersenyum sinis buat sekian kalinya. Aku terus menjarakkan kedudukan kami apabila terlihat Mellina ingin menghampiri ke sini.
*****
"Mak Bedah!! " putri Natasha melaung nama mak bedah sekuat nya. Sakit hati nya pada orang tua itu.
"Ya Putri. Kenapa? " soal mak bedah terketar ketar. Terkejut dia tiba tiba Putri Natasha memanggilnya dengan nada yang terlalu tinggi. Pasti angin gadis itu sudah tidak boleh tahan lagi. (Aku pun tk fhm ayt aku ni)
"Kenapa mak bedah tak kemas bilik Putri?! " jerkah Putri Natasha. Kalau Mikael tengok ni mesti terkejut habis. Ialah perempuan yang gedik nak mampus ini rupanya perangai macam puting beliung.
"Mak Bedah minta maaf. Sebab mak bedah banyak kerja kat bawah tadi Putri. " balas Mak Bedah.
Putri Natasha merengus kasar. Dah lah sakit hati dengan Mikael. Lelaki itu langsung tak mengendahkannya. (Memang ptut pun😝) Ada ke patut lelaki itu meninggalkan sebegitu saja. Alasan ingin mengambil adik nya di Kolej. Entah entah keluar dengan perempuan lain! (Eh2 kau mmg btul lh dia ambil adik dia. Ce baca atas balik 😂😂)
Mak Bedah sedang mengemas bilik nya yang disepahkan semalam. Putri Natasha mencapai handbag nya dan kunci kereta lalu terus keluar. Dia ingin tenang kan diri sebentar.