Chereads / Antara benci dan rindu / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

Aku mengeluh berat kerana tiba tiba kereta axia kesayangan ku ini tersadai di bahu jalan. Kereta kesayangan ku ini tak pernah pernah buat hal tetiba buat hal. Haihh!!

Aku melihat bahagian depan enjen. Aku tidak tahu sangat tentang kereta ni. Haih macam mana ni?! Please someone help me!

"Hish kereta ni time ni lah nak buat hal! " aku membebel pada kereta lalu menepuk perlahan bahagian pintu kereta.

"Heee..... Nasib baik sayang! " marah ku sambil sambil itu mengusap lembut kereta ku yang telah aku hempuk tadi. Kereta ni pemberian abah masa aku dapat masuk universiti dulu. Tulah aku sayang gila dengan kereta ni walaupun seratus peratus abah yang bayar. Cash pulak tu! Hahaha. Aku goyang kaki je. Tukang pakai lah katakan.

"Huh! " aku mengeluh perlahan. Dah lah panas. Matahari betul betul tegak atas kepala. Aku nak balik. Penat harini sebab dari pagi sampai lah ke tengahari aku ada kelas saja. Tup tup kereta pula buat hal. Humm.. Inilah yang dikata nasib yang tak menyebelahi! Jadi, redha jelah. Tunggu seseorang datang rescue!

Setelah beberapa minit menunggu dibahu jalan dalam keadaan panas terik, sebuah kereta mewah memberhentikan keretanya dibelakang kereta ku. Aku tak perasan muka orang tu bila dia keluar dari kereta. Yang aku pasti dia seorang lelaki. Lagaknya seperti dari pejabat kerana dia memakai pakaian formal.

Lelaki itu menghampiri aku tapi wajahnya masih lagi tidak kelihatan kerana dia memakai ray ban. Aku tegak berdiri apabila lelaki itu semakin menghampiri.

'Dup, dap, dup, dap' haish asal jantung ni?!

Aku memegang dada belah kiri lalu memejamkan mata dengan rapat. Detak jantung ku benar benar terasa laju seperti memecut di highway.

"Kenapa dengan kereta awak cik? " soal lelaki itu lalu menanggalkan ray ban nya dan menghadap wajahku. Alangkah terkejut nya aku saat itu.

***

Mikael POV

Aku yang baru saja lepas berjumpa dengan client terus aku ingin pulang ke pejabat. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, aku terlihat sebuah kereta tersadai di bahu jalan. Entah apa yang membuatkan aku berhenti dan keluar dari perut kereta untuk membantu wanita itu. Ya, yang aku pasti orang itu ialah perempuan, kerana dia memakai hijab.

Aku turun dari kenderaan lalu menghampiri wanita itu. Apabila aku sudah menghampiri wanita itu, dia memejamkan matanya sambil menyentuh dadanya. Hati aku terdetik. Siapa gadis ini? Macam pernah aku kenali.

Pandangan ku teralih pada bahagian hadapan kereta yang sedikit terasap. Lalu pendangan ku teralih semula pada wanita itu.

"Kenapa dengan kereta awak cik? " aku menanggalkan ray ban lalu anak mata ku memanah tepat ke anak mata wanita itu. Mata wanita itu sudah membulat merenung ke wajahku. Apatah lagi aku, sudah terpaku habis.

Perempuan ni lagi!

End POV

***

"Kau!! " serentak mereka bersuara.

Mencerlung mata aku memandang lelaki ni. Walaupun aku ingat ingat lupa namanya tetapi wajahnya sering terawang awang di ingatanku.

"Cis, kalau aku tahu yang tersadai ni kereta kau tak ada nya aku datang turun untuk tolong! " bentak Mikael dalam nada yang kasar.

"Heleh. Aku tak mengharapkan langsung pun pertolongan dari orang macam kau! " balas ku semula. Ambil kau!

"Kalau aku tahu ni kau punya kereta, memang aku pun tak ingin lah nak tolong" mikael masih lagi ingin berbalah mulut.

"Eh aku lagi lah tak ingin nak kau datang tolong! " aku pun tidak mahu mengalah. Akhirnya setelah lama berperang mulut, kami berdua diam. Penat kot.

Tercungap cungap aku mencari oksigen agar bernafas dengan tenang semula. Mikael pula sudah bercekak pinggang sambil kepalanya ditunduk ke bawah.

"Okay sekarang aku malas nak gaduh!  Kau nak aku tolong kau ke tak? " soal mikael masih mempelawa untuk menolong.

Aku membelakangkan nya lalu berfikir sama ada mahu menerima tawaran itu ataupun tidak. Kalau aku terima nanti apa pula kata nya, kalau aku tak terima aku juga yang akan rugi kerana menolak tuah.

Berkali kali aku berfikir, akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima saja tawaran itu walaupun aku tahu dia ni macam pelawa pelawa ayam je.

Mikael hanya menunggu jawapan dari Aisyah. 'Haih.. Nak buat keputusan pun lembab ke? ' rungut mikael di dalam hati.

Aku berpaling semula menghadap lelaki itu. Aku berdehem sedikit untuk mencuri perhatian lelaki itu kerana kelihatan dia seperti sedang bermain dengan perasaan sendiri.

Mikael tersentak lalu terus anak matanya di fokuskan pada Aisyah semula.

"Aku terima tawaran kau" aku mengucapkan kata kata itu setelah lama aku memikirkannya.

Mikael terangguk angguk sambil tersenyum sinis. Aku mula menjadi hairan.

"Tadi... Bukan ke... Kau cakap yang kau.... "  saja ayat itu dibiarkan tidak bernoktah. Saja lah tu nak biarkan aku tertunggu.

Aku masih menanti. Malas nak menyampuk. Karang aku menyampuk dengan dia sekali aku hempuk. Hah, biar berfungsi sikit otak senget dia tu!

"Bukan ke.. Kau cakap yang kau.. " masih lagi diulangi ayat itu. Aku semakin geram lalu aku bersuara.

"Apa?  Cakap lah cepat! " marah ku.

"Amboi garangnya. Gigit bibir tu baru tahu. " saja mikael ingin mengusik. Dalam masa yang sama,  dia memarahi dirinya kerana berkata sedemikian.

Dahi ku berkerut seribu. Aku salah dengar ke?  Dia nak gigit bibir aku. Oh no!  Gila ke?!

"Gila! " sengaja aku membalas begitu. Nak bagi hati dia terbakar sikit.

"Okay just lupakan apa yang berlaku tadi. " mikael ingin menutup cerita tadi. Malas untuk berbalah buat kali kedua pada hari ini.

Aku hanya diam. Aku dah seperti kaku dan hanya menurut dengan apa yang di suruh.

"Kejap aku call member aku untuk datang angkut kereta kau masuk bengkel" ujar mikael lalu mengeluarkan iPhone nya dari kocek seluar slack nya.

Setelah beberapa minit mikael membuat panggilan dia datang menghampiri Aisyah semula.

Aku duduk di tepi kereta sambil mengibas wajahku dengan surat khabar yang terdapat dalam kereta. Dapatku rasakan betapa bahangnya petang ini. Tapi aku rasa curiga dengan lelaki ni. Yelah, walaupun perkenalan kitaorang taklah nak beberapa nak 'indah' tapi aku rasa pelik kenapa dia tolong aku?

"Kejap lagi member aku tu sampai.  So kena tunggu sekejap lah. " kata mikael sambil menunggu jawapan yang terbit dari bibir Aisyah.

"Terima kasih sebab tolong aku. " ucap ku dalam nada yang tersipu sipu. Asal aku jadi macam ni pun aku tak tahu? Hahaha pelik!

"Humm"

Lama mereka berdiam. Cuma kedengaran kicauan burung dan deruman enjin kereta yang lalu lalang di jalan raya.

"Aisyah Nadrah kan? " soal mikael. Saja ingin memulakan conversation diantara mereka buat kali pertama.

"Aaa.. Ye" balas aku teragak agak. Macam mana dia tahu nama aku?

"Mesti kau tertanya macam mana aku tahu nama kau kan? " soal mikael lagi.

Haik dia ni. Bela saka ke apa?  Semua tahu.

Aku diam. Bukan malas untuk jawab tapi tak ada jawapan untuk soalan tu.

Apabila mikael melihat wanita disebelah nya hanya diam, dia terus menyambung bicara nya. "Nama kau, tentang kau, anything pasal kau... Aku tahu dari Mellina.. " terang mikael. Aku hanya membuat riak yang tenang. Dengan mamat ni aku malas nak buka mulut. Walaupun ini pertemuan kami buat kali ketiga.

"Ouh" hanya itu saja balasan dariku.

"Apa kata kita.... " belum sempat kata kata itu dihabiskan, satu suara garau menyampuk dari arah belakang.

"Mika.. "

"Asyraf" terus kedua dua lelaki itu berpelukan lalu lelaki yang lagi seorang itu menepuk dada mikael dengan perlahan.

"Kereta siapa yang rosak? " soal asyraf. Aku hanya diam. Nak jawab, malas. Berat pula mulut ni nak buka.

"Kereta dia ni.. " balas mikael lalu ditunding jari telunjuk nya ke arah Aisyah.

Aku tersenyum ke arah lelaki itu lalu mengangguk tanda aku mengucapkan 'hai'. Lelaki itu pun turut senyum ke arah ku lalu pandangan lelaki itu dialihkan pada seraut wajah mikael sambil dia senyum meleret.

"Isteri kau ke ni mika?" Soalan asyra membuatkan mikael terkelu lidah. Diusap belakang tengkuk nya lalu matanya memanah tepat ke arah Aisyah.

Aku jadi terkejut. Asal mamat ni pandang aku macam tu?  Aku cuba mentafsir maksud pandangannya. Ouh okay aku faham.

"Ouh sorry.. Bukan isteri, tunang mahupun teman wanita dan seangkatan dengannya. And we're nothing. Kitaorang tak kenal pun. Ni just kebetulan. " tak sangka juga jawapan ni keluar dari mulut ku. Tapi apa apa lah. Janji lelaki dihadapannya ini tidak banyak tanya lagi.

Mikael terdiam seribu bahasa. Tidak menyangka yang bicara yang terbit dari bibir wanita itu akan membuat hatinya rasa dipagut sayu. Haishh!

"Kereta ni aku akan bawak balik bengkel aku. Mungkin dalam dua tiga hari akan ditahan or paling lama seminggu. " ujar asyraf.

Aku sudah menjerit di dalam hati. 'Argh!!!  Seminggu!!!  Macam mana nak gi kolej ni?! '

"Okay" jawab kami serentak. Aku pandang dia, dia pandang aku. Lama. Sehinggalah aku sendiri yang mengalihkan pandangan.