Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 33 - Berubah Dari Keangkuhan Kepada Penghinaan (1)

Chapter 33 - Berubah Dari Keangkuhan Kepada Penghinaan (1)

Penampilan Xiao Yue'er memukau sesiapa sahaja yang ada.

Setiap pemain yang hadir tahu siapa gerangannya Xiao Yue'er itu. Lagipun, dia merupakan Dewi kumpulan. Ditambah lagi dengan kecantikan dan kesuciannya, dia bagaikan telah melekat dalam benak fikiran semua orang.

Tetapi, mengapa seorang wanita cantik ini mengajak seorang noob? Tambahan pula, perkara yang sukar dibayangkan ialah.... orang yang mengajaknya itu bukanlah Xiao Yue'er, tetapi Dewi, Salji Lembut.

Siapakah Salji Lembut?

Dia seorang yang sangat dikenali sebagai Dewi Salji di dalam dunia permainan maya. Ada ramai 'Encik Sempurna' yang ingin memikatnya. Ada juga seorang pemberi dana yang menawarkan puluhan juta Kredit hanya untuk mengajak Salji Sepi makan bersama; namun, orang itu tidak menerima sebarang khabar daripadanya.

Sudah tentu! Pemberi dana itu sudah tentu mengamuk. Oleh itu, dia berjanji untuk membalas dendam dan menjadikan Salji Lembut kepunyaannya. Namun, beberapa hari telah berlalu, pemberi dana itu terkesima. Ayahnya, seorang perusahaan sendiri yang kaya, tiba-tiba menjadi papa kedana. Seluruh harta ayahnya, telah diambil orang, dalam masa satu malam sahaja. Apabila ayah pemberi dana itu mendapat tahu punca kejatuhannya, dia hampir memukul anaknya sampai mati. Semenjak itu, semua orang tahu betapa ngerinya Salji Lembut itu. Namun, peminat Salji Lembut kian bertambah selepas insiden ini. Salji Lembut ibarat Dewi sejati dari cerita lagenda, seorang yang mutlak dan tidak boleh dicabuli.

Dewi seperti itu telah mengajak noob seperti itu. Bagaimana perbuatannya itu tidak mengejutkan semua orang?

Pada waktu ini, mereka semua telah hilang rasa untuk ketawa. Yang ada cuma perasaan cemburu dan tidak senang hati. Apa kelebihan dan kemampuan noob ini sehingga diajak bersembang dengan Dewi?

"Tidak guna, noob ini mesti mempunyai tuah yang terlampau baik! Kenapa dia?! Aku yang lagi kacak, namun Dewi tidak berkata sepatah perkataan pun dengan aku."

"Aku, Jade Wintree, pakar dalam Kawasan Tuhan, tetapi kenapa tidak Dewi itu datang dan bersembang denganku? Mungkinkah aku terlalu tampan? Atau Dewi itu berkenan dengan jenis yang ganas?"

"Dewi itu mesti ingin memahami situasi dalam Dungeon Mod Neraka. Sebab itulah dia mencari orang itu. Aku tidak pernah membayangkan seorang noob mendapat kelebihan seperti itu. Jika aku tahu perkara ini dahulu, aku telah masuk ke dalam Mod Neraka sekali."

Semua yang hadir memulakan perbincangan. Mereka merenung kepada Shi Feng, memikirkan sesuatu yang keji dan cemburu terhadapnya. Mereka merasakan mahu membunuhnya sekarang juga.

"Bos Lambaian Gemalai, aku tidak salah dengar, kan? Noob itu benar mendapat jemputan daripada Dewi. Aku pasti telah salah dengar." Malam Musim Panas yang terkesima mencubit pipinya yang tembam, berkata dengan wajah yang mengarut.

"Sememangnya betul. Namun, Dewi itu pasti mempunyai sesuatu yang diingininya. Dia cuma bertuah; itu sahaja," Lambaian Gemalai yang bongkak itu mengandaikan Shi Feng dapat berbual dengan Dewi semata-mata nasib sahaja. Lawan Sampai Mati menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan pendapat Lambaian Gemalai.

Salji Lembut adalah satu kewujudan yang mereka nanti-nantikan selama ini. Terdapat manusia yang datang dari dunia lain. Bukan sahaja berbual dengannya, mereka sudah berasa sangat bertuah hanya berada di Hutan Maut dengan Salji Lembut.

Semasa semua orang menganggap Shi Feng akan bersetuju dengan bangga jemputan itu, Shi Feng telah memberikan jawapan yang berlawanan.

"Tidak berminat. Saya sedang kesuntukan masa," Shi Feng berpaling dan terus beredar selepas memberikan jawapan. Dia tidak kisahkan Xiao Yue'er yang berada di hadapannya itu, dan dia langsung tidak mempedulikan jemputan daripada Salji Lembut itu.

Sekarang Reka Bentuk Menempa sudah berada dalam genggamannya, dia cuma kekurangan bijih. Lagi cepat Perisai Garrison muncul, lebih banyak pendapatan Shi Feng. jika dia terlepas peluang besar ini, dia akan kehilangan syiling yang sangat banyak.

Si Hitam terlampau teruja apabila mendapat tahu dia akan menjadi rapat dengan Dewi. Namun, jawapan dari Shi Feng, hampir-hampir membuatkan dia menjadi gila. Mesti ada satu saraf yang rosak dalam otak Shi Feng sehingga dia menolak jemputan itu.

Bukan sahaja Si Hitam terpaku, malah Xiao Yue'er turut terpegun tidak bergerak langsung. Ini kali pertama dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menolak jemputan Salji Lembut. Ramai lelaki merayu-rayu untuk dijemput, namun mereka ditolak mentah-mentah. Adakah lelaki ini terencat akal?

"Mari pergi. Apa yang kamu semua termenung itu?" dia berpaling dan bertanya kepada ahli kumpulannya yang kaku tidak bergerak selepas dia mendapat tahu tiada siapa yang berjalan mengikutinya.

"Abang Feng, itu jemputan daripada Dewi Salji. Boleh tak abang fikirkannya terlebih dahulu?" Si hitam meminta. Mindanya sedang di ambang kegilaan sekarang. Pada masa yang sama, hatinya terus-menerus berdoa supaya Shi Feng menerima jemputan itu segera. Peluang keemasan itu mustahil akan datang buat kali kedua di masa hadapan.

"Aku sudah pun katakan yang kita kesuntukan masa," Shi Feng memberi respon sambil tersenyum. Shi Feng terdiam ketika melihat mata Si Hitam yang penuh harapan itu. Tidak kira apa pun, angau Si Hitam terhadap Dewi Salji tidak berubah sedikit pun.

Kini, Salji Lembut dan Zhao Yueru mendekati mereka. Sambil dilitupi dengan perisai plat berwarna perak keputihan, Salji Lembut tanpa ragu-ragu menjadi tumpuan utama seluruh Hutan Maut. Mata semua orang melekat pada bentuk badannya yang sempurna, mulut mereka mula berair.

Tiada siapa terbayang Salji Lembut akan datang berjumpa depan-depan.

Perasaan cemburu dan benci membuak-buak terhadap Shi Feng.

"Kamu boleh bertenang. Saya tidak akan bazirkan terlalu banyak masa kamu. Peralatan Gangsa ini boleh menjadi pampasannya," Salji Lembut melihat Shi Feng dengan teliti. Dia mendapat tahu Shi Feng sangat lain daripada orang lain. Walaupun penampilan Shi Feng sama sahaja, tubuh badannya memperlihat perasaan yang tenang dan bersahaja. Juga dapat dirasai sedikit aura pembunuh terpancar dari tubuhnya. Pembawaan seperti ini hanya boleh digilap selepas melalui banyak pertempuran hidup dan mati.

"Salji?" Zhaou Yueru terkejut. Dia tidak pernah membayangkan Salji Lembut memandang tinggi terhadap Shi Feng. matanya yang cantik telah melihat ke arah Shi Feng tanpa dia sedar. Keningnya berkerut sedikit, lalu berkata dalam nada yang merdu, "Saya rasa dia layak mendapat satu Peralatan Gangsa; sebuah Peralatan Kelabu yang terbaik."

Mereka telah dihormati hanya kerana mengajak Shi Feng berbual. Namun, bukan sahaja Shi Feng tidak menghargai kebaikan dari mereka, malah dia menolak mereka mentah-mentah. Jika orang lain menerima jemputan itu, mereka telah lama meluru untuk bermanja dengan mereka. Ini merupakan kali pertama Zhao Yueru terjumpa lelaki yang tiada tarikan langsung terhadap mereka. Dia percaya Shi Feng ada rancangan dalam mindanya dan perkara itu pasti tidak senonoh.

"Tidak perlu untuk memberi Peralatan Gangsa. Saya telah ada barang itu, sendiri," Shi Feng melambaikan tangannya, berkata dengan nada yang tidak peduli. Dia tidak pernah sekali pun cuba memikat ahli sihir itu pada mulanya, tetapi dia tidak terbayang Salji Lembut akan berkata dengannya sebegitu. Namun, dia bukanlah seorang yang miskin; dia tidak perlukan sebarang derma. Mata Zhao Yueru yang cantik melihat Shi Feng dengan teliti. Dia terus melepaskan satu tawa yang kecil, dengan nakal berkata, "Sungguh tegas orangnya. Kau semestinya mahukan, namun kau sengaja untuk menafikan. Salji, lelaki ini sangat tak jujur."

"Yueru," Salji Sepi dengan tidak sabar memberi Zhao Yueru satu renungan yang tajam, memberi petanda supaya tidak melebih-lebih. Pada mulanya, mereka yang mengambil inisiatif menghantar jemputan tersebut. Tidak elok untuk memandang rendah pada orang lain sekarang.

Zhao Yueru memuncungkan mulutnya. Dia menembak satu jelingan yang tajam kepada Shi Feng, menonjolkan kedua-dua puncak dadanya yang dibanggakan semasa memalingkan kepalanya ke tempat lain. Dia tidak terfikir insan miskin seperti Shi Feng mampu memiliki apa yang mereka mahukan.

"Maaf, sila terima kelengkapan ini tanda kemaafan," Salji Lembut mengeluarkan seurat Tali Pinggang Gangsa Tahap 0 untuk Pemain Pedang dan memberikannya kepada Shi Feng. Dia mahu menyelesaikan perkara ini.

Shi Feng tidak menolak pemberian itu selepas melihat keikhlasan Salji Lembut. Jika dia menolaknya, dia akan menunjukkan dirinya yang menjengkelkan. Pada masa yang sama, dia akan membuatkan Salji Lembut fikir dia tidak mahu memaafkan mereka. Dia tidak boleh terus menolak kebaikan orang lain. Lagipun, dia sememangnya memerlukan Tali Pinggang Gangsa. "Hihi, dan saya ingat awak mempunyai kelebihan yang hebat. Akhirnya, kau masih memerlukannya," Zhao Yueru berkata dengan keji. Dalam hatinya berasa malang apabila hilang satu Kelengkapan Gangsa.

Mereka menjumpai kelengkapan ini selepas membunuh Elit Jarang dengan bersusah-payah. Sangat membazir kerana usaha mereka itu hanya memberikan manfaat kepada Shi Feng.

Shi Feng mengerutkan keningnya. Tiada seorang lelaki pun yang akan berdiam apabila diejek dan diperlekehkan sebegitu rupa, lebih-lebih lagi seorang yang dijelmakan semula seperti Shi Feng.

"Disebabkan Salji memberi Kelengkapan Gangsa ini, lebih elok saya membalasnya semula. Biarlah barang ini menjadi hadiah sebagai balasan."