Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 35 - Berubah Dari Kesombongan Kepada Penghinaan (3)

Chapter 35 - Berubah Dari Kesombongan Kepada Penghinaan (3)

Melihat pada Salji Lembut yang tersenyum dengan yakin, Shi Feng menahan ketawa dalam diam.

Bulu kambing datangnya daripada kambing. Jika kau inginkan duit, sudah pasti mendapatkannya daripada orang kaya. Persatuan kelas-pertama seperti Ouroboros tidak dapat disangkal lagi satu sasaran yang betul. Menurut pengetahuan Shi Feng, Persatuan Ouroboros, sudah pun menakluk lebih sepuluh permainan maya. Akan tetapi, kemunculan Kawasan Tuhan membuatkan permainan maya yang lain mula goyah. Ia juga digelar sebagai dunia kedua manusia. Dan juga menyebabkan kejatuhan banyak permainan maya yang lain. Selepas itu, banyak syarikat mula melabur dengan melampau dalam Kawasan Tuhan, membina Persatuan, membesarkan pengaruh, dan mewujudkan tempat dalam dunia kewangan maya. Sudah tentu, Ouroboros juga melabur pada Kawasan Tuhan. Mereka, juga, mahukan sedikit daripada aset yang tidak terhingga itu.

Dan juga, Ouroboros bukan sahaja kaya, tetapi juga mempunyai latar belakang yang mengagumkan. Bilangan pakar yang bekerja di bawah Ouroboros melebihi ribuan pemain. Ribuan pemain ini terkenal dengan Bala Tentera Pembunuhan-Tuhan dalam Kawasan Tuhan. Kewujudan ribuan pakar membuatkan Ouroboros dapat menubuhkan satu kerajaan maya yang besar. Mereka menyatukan lebih lapan puluh Bandaraya dalam Kawasan Tuhan yang setiap satu daripada Bandaraya itu mempunyai populasi melebihi jutaan pemain. Ouroboros merupakan satu kerajaan kuku besi dalam Kawasan Tuhan.

Semasa kemuncak kehebatan Ouroboros, kuasanya setanding dengan Kerajaan Bintang-Bulan. Bagi Bayang-bayang pula, ia hanya mampu menubuhkan sepuluh Bandaraya yang populasinya langsung tidak melebihi sejuta pemain. Dengan itu, Ouroboros telah menjadi satu kerajaan kuku besi yang tiada tandingan dalam dunia realiti. Kedudukan mereka tidak dapat dibayangkan. Ramai orang mengetahui Kerajaan Bintang-Bulan merupakan satu kerajaan yang sangat besar, walaupun di kalangan ratusan kerajaan yang wujud dalam Kawasan Tuhan. Kerajaan ini berada di atas kelas- pertengahan. Sesiapa sahaja boleh melihat kekuasaan Ouroboros apabila membandingkan dua kerajaan ini.

Bagaimana Shi Feng tidak berhajat untuk bekerja di bawah Persatuan yang berkuasa itu? Cuma risiko bekerja dengan Salji Lembut adalah tinggi. Disebabkan identitinya, maklumat yang dipegangnya terlalu besar. Shi Feng terpaksa berhati-hati dengan dia. Itulah sebabnya dia sengaja memberikan sedikit petunjuk, lebih-lebih lagi dengan resepi untuk Ubat Kekuatan Asas. Dia mahu melihat tindak balas daripada Salji Lembut. Jika dia bersikap jahat, sudah tentu Shi Feng akan bersikap sombong dan menolak semua tanggungjawab pergi.

Namun, situasi itu tanpa ragu-ragu lagi merupakan suatu tindak balas yang Shi Feng tertunggu-tunggu.

"Disebabkan kamu telah memberi penjelasan... Harga yang saya pinta tidaklah terlalu tinggi. Dua puluh Syiling Perak." Shi Feng dengan tenang menyatakan.

Untuk Persatuan kecil buat masa ini, 20 Syiling Perak ialah harta keseluruhan yang mereka ada. Sedangkan kumpulan seratus pengumpul-duit memerlukan dua hingga tiga hari untuk mengutip bilangan seperti itu.

Zhao Yueru menyedut nafas sejuk, hampir sahaja melompat semasa dia mendengar Shi Feng dengan bersahaja meminta 20 Syiling Perak. Dia merenung pada Shi Feng, dengan garang berkata, "Kenapa kamu tidak merompak sahaja orang lain? Cara itu lagi cepat."

"Aku akan buat perkara itu jika aku boleh dapatkan duit sebanyak itu.," Shi Feng berkata dengan senyuman. "Kamu patut tahu terdapat banyak buku kemahiran, senjata, dan peralatan untuk pemain dalam Hutan Maut. Semua ini mampu meningkatkan kekuatan pemain. Jika kamu menakluk Hutan Maut selangkah lebih awal, kelebihan yang diberikan membuatkan perkembangan masa hadapan akan berjalan dengan lancar."

"Kamu..... Tidak bolehkah kamu kurangkan jumlah itu? Dua puluh Perak? Sedangkan kami, Ouroboros, tidak mampu memberikan duit sebanyak itu," Zhao Yueru sangat membenci Shi Feng sekarang. Namun, apabila dia memikirkan kepentingan Hutan Maut, dia masih melembutkan nada suaranya apabila bercakap dengan Shi Feng.

"Maaf, tiada tawar-menawar. Jika kamu tidak bersetuju, saya akan memilih untuk bekerja dengan Persatuan lain," Shi Feng bertegas dengan keputusannya. Dia telah menjadi sangat jujur dalam berurusan dengan Salji Lembut. Jika masih tidak mustahil, dia akan pertimbangkan Perikatan Penyerang Hendap. Perikatan Penyerang Hendap sangat kaya dan memaksa. Sebelum ini, mereka menghabiskan 20 Perak untuk membeli Perisai Gangsa Tahap 5 milik Shi Feng.

"Saya faham. Dua puluh Perak. Namun, kami memerlukan masa untuk mengumpulkan duit itu. Lagipun, kawasan pengaruh Ouroboros bukan di Bandar Sungai Putih, tetapi di ibu negara, Bandaraya Bulan-Bintang. Hanya sedikit ahli Ouroboros berhampiran Bandar Sungai Putih. Berikan saya masa sehari, ambil 7 Perak ini sebagai duit pendahuluan. Saya akan bayar 15 Perak selebihnya sehari kemudian." Salji Lembut tidak menyangka permintaan Shi Feng terlalu tinggi. Dua puluh Perak masih banyak buatnya. Namun, kepentingan membersihkan Hutan Maut sangat penting baginya. Mereka perlu dengan segera menaklukinya. Pada masa yang sama, Salji Lembut tahu Syiling Perak sangat berharga semasa peringkat awal permainan. Oleh itu, dia hanya memberi lebih kepada Shi Feng sebagai bunga.

"Baiklah. Ini peta Hutan Maut, dan juga perkara-perkara yang perlu kamu ambil perhatian ketika berlawan menentang Bos."

Shi Feng juga tahu apa yang dikatakan Salji Lembut itu betul. Mahu mengumpul 20 Syiling Perak bukanlah tugasan yang mudah. Ouroboros tidak mempunyai pengaruh yang tinggi dalam Bandaraya Sungai Putih seperti mana Perikatan Penyerang Hendap. Shi Feng menghantar mel pada Salji Lembut yang mengandungi pengenalan secara terperinci Hutan Maut itu. Dengan kebolehan Salji Lembut, mereka mampu melepasi Mod Biasa dengan mudah.

Salji Lembut melihat pada strategi yang diterimanya untuk Hutan Maut; jantungnya sedikit terkejut selepas sekilas pandang.

Dia tidak membayangkan Hutan Maut begitu menggerunkan. Bilangan laluan sahaja berjumlah tiga puluh enam. Tiga puluh tiga darinya ialah jalan mati. Dan juga Renjer Malam yang siap sedia mengambil kesempatan. Terdapat juga maklumat terperinci mengenai Bos dan bila dia akan menggunakan kemahirannya. Salji Lembut sememangnya mendapat informasi bernilai lebih 20 Perak. Jika dia menghantar pasukan lain sekarang, nilai yang mereka peroleh pasti lebih daripada 20 Perak.

Tiba-tiba, satu lagi perubahan berlaku pada persepsi Salji Lembut terhadap Shi Feng. dia merasakan Shi Feng bukanlah seorang yang biasa seperti sangkaan orang lain. Dia memang pakar. Cuma pakar sahaja akan mempunyai pemahaman yang terperinci berkaitan Dungeon. Namun, Salji Lembut belum pernah terjumpa Pemain Pedang yang pakar seperti Shi Feng.

"Dalam tiga hari Ouroboros merancang untuk masuk ke dalam Dungeon yang memerlukan dua puluh pemain Tahap 5, iaitu Kubur Bulan Gelap. Saya tertanya-tanya jika awak sudi sertai kami?" mata Salji Lembut yang menawan melihat ke arah Shi Feng sambil mengajak dia untuk menjadi Pasukan Dungeon. Dia sudah pun akui kekuatan Shi Feng. jika Shi Feng bersama mereka, masuk ke dalam Pasukan Dungeon, mereka akan berasa lebih senang kali ini.

Di sisi, Si Hitam melihat Shi Feng dengan renungan yang bingung. Rasa kagumnya terhadap Shi Feng sudah melebihi tahap memuja. Tidak terlintas di fikirannya Shi Feng akan menjadi seorang yang sangat mengagumkan untuk mendapatkan Salji Lembut dengan hanya beberapa gerakan sahaja. Dewi itu pun ingin mengajaknya meredah Dungeon. Betapa besarnya penghormatan ini? Terdapat ramai lelaki yang ingin bersama-sama meredah Dungeon dengan Salji Lembut.

Namun, Zhaou Yueru semakin dengki selepas mendengar Salji Lembut mengajak dia. Shi Feng adalah Penguji Beta. Tambahan pula, dia sudah merasai permainan Kawasan Tuhan beberapa hari lebih daripada mereka dan mendapat pemahaman yang mendalam berkaitan Hutan Maut. Akan tetapi, Pasukan Dungeon yang terdiri daripada dua puluh pemain hanya dibuka selepas pelancaran rasmi permainan ini. Ia tidak pernah wujud semasa Ujian Beta, oleh itu mustahil Shi Feng tahu apa-apa berkenaan tempat itu. Dan juga, Shi Feng bukanlah pakar yang berkuasa sangat. Apa gunanya jika menjemputnya sekali? Dia cuma akan membazir tempat di dalam Dungeon.

Shi Feng terbenam jauh ke dalam lautan pemikiran. Terdapat banyak barang yang baik dijatuhkan daripada Dungeon dua puluh orang. Hal ini betul kerana Kubur Bulan Gelap menjatuhkan banyak barang yang berguna untuk Pemain Pedang. Atribut peralatan dari dalam Dungeon juga ternyata lebih baik berbanding Bos-Bos liar. Namun, Shi Feng tidak mampu untuk mengatur sekumpulan dua puluh pemain, oleh itu tidak rugi untuk menyertai Salji Lembut sekali dalam misi ini.

"Baiklah, tetapi berikan saya beberapa tempat lagi. Dan juga, semua peralatan dan reka bentuk Menempa untuk Pemain Pedang menjadi milik saya," Shi Feng menjawab dengan anggukan.

"Awak boleh tak jadi lebih pemurah?" Zhao Yueru memandang Shi Feng, merengus. Dia merasakan Shi Feng sudah keterlaluan. Jika Salji Lembut meminta orang lain, mereka sudah lama bersetuju, walaupun tidak mendapat sebarang peralatan. Namun, Shi Feng, mahukan keutamaan terhadap peralatan. Dia tidak akan merendah diri untuk itu.

Salji Lembut tidak membayangkan Shi Feng berbeza daripada pemain yang lain. Dia tidak bermain-main dengan kata-katanya. Akan tetapi, sangat menarik sewaktu dia katakan dia mahukan sesuatu yang diingini. Diikuti pula, Salji Lembut melihat ke arah ahli pasukan di belakang Shi Feng. Walaupun mereka noob, peralatan mereka daripada kualiti yang terbaik. Mereka hampir-hampir sahaja mengatur Dungeon dua puluh orang sepasukan. Oleh itu, Salji Lembut berbicara, "Baiklah. Mari kita semua berkawan. Kita akan berjumpa lagi apabila tiba masanya.""Baik. Kamu boleh membuat panggilan beberapa jam sebelum meredah Dungeon. Kami akan tiba tepat pada masanya." Shi Feng terima permintaan rakan yang diterimanya. Selepas itu, Shi Feng dan kumpulannya beredar dari lubang batu kecil itu, berjalan menuju ke arah Lembah Bulan Gelap.

Apabila kumpulan itu melepasi Dungeon Hutan Maut, Menusuk Jantung daripada Perikatan Penyerang Hendap dengan lantang memanggil Shi Feng. "Abang Ye Feng, aku hampir tidak mengenali kamu. Aku tidak sangka kau seorang yang terkenal seperti Salji Lembut. Kau jangan lupakan adikmu ini di masa hadapan!" Menusuk Jantung bergurau senda sambil berjalan mendekati Shi Feng.

"Mengarut. Aku terjumpa Cik Salji tanpa sengaja," Shi Feng membalas dengan senyuman.

"Abang Ye Fengkau sangat merendah diri. Berdasarkan kekuatanmu, kau sememangnya layak berkawan dengan Salji Lembut. Lebih-lebih lagi, kamu berdua pakar dalam Tahap yang sama," Menusuk Jantung beranggapan Shi Feng sangat merendah diri. Tidak hairanlah dia seorang yang pakar. Cara dia bertindak berbeza daripada yang lain. Menusuk Jantung ingin berkawan rapat dengannya. "Perikatan Penyerang Hendap kami sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam Dungeon. Aku tertanya-tanya jika Abang Ye Feng berminat untuk sertai kami? Sudah tentu, kau boleh pilih peralatan apa yang kau mahukan."

"Kau sungguh baik, Abang Menusuk Jantung. Tetapi, aku ada perkara yang ingin dibuat. Aku akan sertaimu kalau berpeluang nanti," Shi Feng dengan sopan menolak tawaran itu.

Menusuk Jantung berkata dengan lantang. Pemain di sekeliling dapat mendengar suaranya itu.

Pada mulanya, semua orang menyangka Shi Feng seorang noob. Dia dipanggil oleh Salji Lembut kerana nasib sahaja. Namun sekarang, Menusuk Jantung daripada Perikatan Penyerang Hendap mahu berkawan dengan Shi Feng. Situasi apakah ini?

Perikatan Penyerang Hendap merupakan Persatuan gergasi yang sangat terkenal di seluruh Bandaraya Sungai Putih. Selaku naib Ketua kumpulan Persatuan Elit, Menusuk Jantung tidak perlu berinteraksi dengan pemain biasa langsung. Namun, dia ingin berkawan dengan Shi Feng. dan Shi Feng menolak pula. Shi Feng terlalu memilih.

Jika sesiapa memanggil Shi Feng noob, tiada siapa yang percayakan orang itu. Terdapat satu perkara yang aneh dalam situasi ini.

Semua orang beranggapan Shi Feng mesti seorang pakar yang tersembunyi yang mana pemain biasa tidak pernah mendengar mengenainya. Jika tidak, mengapa bintang terkenal selalu sahaja berjumpa dengan Shi Feng satu per satu?

"Bos Lambaian, Menusuk Jantung itu mahu berkawan dengan Shi Feng. Aku tidak mengigau, kan?" Malam Musim Panas terkejut. Adakah Shi Feng yang mereka jumpa ini betul-betul noob?

Lambaian Gemalai Tetapi Pasti sedang menangis dalam hati. Pada mulanya, hatinya masih berharap Shi Feng memang betul-betul noob. Namun, sekarang, harapan itu telah dimusnahkan oleh Menusuk Jantung. Shi Feng bukanlah seorang noob. Dia sememangnya seorang pakar, sama seperti Salji Sepi pernah katakan. Shi Feng mungkin lebih hebat daripada itu lagi. jika Salji Sepi mengikut Shi Feng, masa depannya akan dipenuhi dengan prospek tanpa batasan. Pada masa yang sama, mereka telah menghalau Shi Feng pergi..... mereka telah kehilangan peluang yang besar untuk berkawan dengan seorang pakar.

"Bos, apa kata kita pergi ke sana dan meminta maaf? Pakar seorang yang berhati mulia. Siapa tahu, mungkin dia akan memaafkan kita. Pada masa itu, kita juga, akan mendapat pertolongan daripada seorang pakar," Lawan Sampai Mati mencadangkan.

Malam Musim Panas Tanpa Kata menganggukkan kepala bersetuju sepenuhnya.

Baru sahaja kumpulan Shi Feng ingin beredar pergi daripada Hutan Maut, Lambaian Gemalai Tapi Pasti dan yang lain datang menghampiri.

"Abang long Pakar, kami telah bersangka buruk sebelum ini, jadi kami datang untuk memohon maaf. Semoga kamu dapat memaafkan kesombongan kami. Ambillah ini sebutir Syiling Perak sebagai bukti keikhlasan kami. Kami harap Abang long Pakar akan mengambil kami menjadi anak buah abang," Lambaian Gemalai tersenyum sewaktu memohon maaf. Kesombongan yang ditonjolkan sebelum ini telah hilang.

Malam Musim Panas Tanpa Kata dan Lawan Sampai Mati juga memohon maaf dengan ikhlas tanpa henti. Mereka berharap dapat memburu raksasa bersama Shi Feng.

"Jika kamu semua tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi, sila berambus. Aku masih ada hal untuk diselesaikan, jadi aku tidak ada masa untuk dibazirkan oleh kamu," Shi Feng memusingkan badannya sambll membalas. Dia tidak pedulikan langsung perangai Lambaian Gemalai dan yang lain sebelum ini. Namun, berharap dia untuk membawa mereka? Jangan harap.

Untuk Salji Sepi pula, dia hanya menggelengkan kepalanya berkenaan tindakan Lambaian Gemalai dan yang lain. Jika mereka sedar perbuatan mereka itu boleh menyebabkan hal ini berlaku, mungkin mereka tidak akan bersikap sedemikian pada mulanya.

Melihat Salji Sepi beredar bersama Shi Feng, Musim Panas Tanpa Kata menunjukkan raut wajah yang menghina, berkata dalam nada yang muram, "Ah! Apa yang perlu dibanggakan?! Pada masa depan, aku juga, akan menjadi pakar!"

Namun, hanya Lambaian Gemalai sahaja yang tahu Salji Sepi akan berjaya satu hari nanti. Dia telah berada di dunia yang berbeza dengan mereka.

***

  1. Istilah permainan yang merujuk kepada pemain yang banyak menyumbang kepada kemenangan suatu kumpulan.