Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 39 - Batu Falsafah

Chapter 39 - Batu Falsafah

Selepas meninggalkan Lembah Bulan Gelap, Shi Feng bergegas ke arah Tasik Merah Terang. Dia turut mengaktifkan Pembebasan Graviti bagi menjimatkan lebih masa.

Pemain lain yang dalam perjalanan menuju ke Lembah Bulan Gelap melihat Shi Feng yang berkelajuan tinggi itu melepasi mereka seperti tiupan angin. Kelajuannya sangat laju, dan susuk tubuhnya samar-samar.

"Siapakah orang itu? Penyerang Hendap manakah dia itu? Kelajuannya sangat laju!"

"Tidak, lihat di pinggangnya. Ada sebilah pedang tergantung di situ, bukannya pisau belati. Dia sepatutnya Pemain Pedang."

"Tidak guna. Adakah semua Pemain Pedang begitu kuat? Khabar angin yang tersebar menyatakan seorang Pemain Pedang misteri membunuh Datuk Bandar Daun Merah. Dan juga seorang Pemain Pedang yang berkuasa di Hutan Maut yang menerima jemputan daripada Dewi Salji. Aku patut bermain sebagai Pemain Pedang jika tahu perkara ini awal-awal dahulu!"

"Katakanlah, adakah mustahil mereka orang yang sama?"

"Sememangnya lain. Aku nampak Pemain Pedang yang membunuh Datuk Bandar. Pemain Pedang itu seorang lelaki yang badannya sebesar beruang hitam. Lengannya sahaja lebih besar berbanding peha kita. Dia telah membunuh dengan rakus Datuk Bandar Tahap 15 itu."

Pemain yang melintas itu mula berbincang selepas melihat Shi Feng berangkat pergi. Mereka tergamam dengan kerjaya seorang Pemain Pedang. Mereka sepatutnya bermain sebagai Pemain Pedang jika ada kerjaya yang kuat seperti itu. Namun, semuanya sudah terlambat. Shi Feng mungkin akan ketawa sekiranya dapat mendengar apa yang mereka fikirkan. Tiada kerjaya terkuat dalam Kawasan Tuhan, cuma pemain terkuat.

Shi Feng berlari selama lebih dua jam menerusi dataran yang luas terbentang. Dia menggunakan Pembebasan Graviti lebih sepuluh kali, melepaskan diri daripada raksasa bertahap tinggi. Dia melepasi peta Tahap 6, Runtuhan Wolfman, dan peta Tahap 8, Pelabuhan Oro, sebelum tiba di kawasan Tahap 10, Tasik Merah Terang.

Tasik Merah Terang merupakan taman permainan bagi Elemen dan Fishmen Kecil. Melihat dari tempat yang tinggi, Shi Feng dapat melihat sekumpulan Fishmen Kecil memantau kawasan. Semakin dekat dengan Tasik Merah Terang, semakin banyak Fishmen Kecil. Di bahagian tengah Tasik Merah Terang merupakan sarang Fishmen Kecil, manakala Elemen Air yang menjengkelkan memenuhi air tasik itu.

Disebabkan terdapat populasi raksasa yang padat dan bilangan yang ramai pada Tasik Merah Terang, kemahiran sumpahan Fishmen Kecil sangat menggerunkan. Dia mampu menyedut Atribut pemain dan menjadikannya kepunyaan sendiri. Semakin lama mereka bertarung, semakin kuat mereka. Mereka sangat sukar untuk dibunuh. Termasuklah fakta yang menyatakan tiada sebarang Misi di sini, jarang sekali pemain sanggup datang ke sini untuk menaikkan tahap.

Kotak besi yang dijatuhkan Arkus Maddox sangatlah berharga. Jika Arkus Maddox tahu dia tercicir kotak ini dan jatuh ke tangan Shi Feng, dia pasti akan mengamuk. Terdapat peta harta karun di dalam kotak ini, dan harta karun itu tersembunyi di Tasik Merah Terang.

Shi Feng sudah bermain Kawasan Tuhan untuk sepuluh tahun sekarang. Dia telah melakukan kajian yang mendalam berkenaan sejarah Kawasan Tuhan.

Dia langsung tidak memikirkan Arkus Maddox memiliki peta harta karun. Ia rekod rahsia yang mampu menggegarkan syurga.

Sembilan ratus tahun dahulu, Pakar Alkimia Molotov telah mencipta satu barang dengan sedaya upayanya. Perang telah meletus antara kerajaan besar di Kawasan Tuhan untuk barang ini. Terdapat lebih sepuluh orang hero yang bertarung mendapatkannya. Akan tetapi, barang ini hilang akhirnya, lokasinya langsung tidak diketahui. Ia menjadi satu misteri yang tidak dapat diselesaikan dalam Kawasan Tuhan.

Sementara itu, peta harta karun di tangan Shi Feng, berpeluang merekodkan lokasi barang ini. Barang ini merupakan Batu Falsafah.

Ia merupakan barang yang suci buat Alkimia. Jika Ahli Kimia mendapatkan Batu Falsafah, mereka mempunyai kebolehan menukarkan batu kepada emas, mengumpul kekayaan yang besar. Mereka juga dapat menghidupkan yang mati, melanggar peraturan alkimia.

Siapa akan sangka batu suci itu akan ditempatkan pada lokasi yang luar biasa seperti Tasik Merah Terang.

Namun, Tasik Merah Terang tetap bahaya untuk Shi Feng. Selepas semua yang diperkatakan, terdapat jurang 8 Tahap antara Shi Feng dan raksasa-raksasa di sini. Dengan kekangan tahap, Shi Feng bukan lawan bagi raksasa Tahap 10, belum lagi kebolehan mencuri Atribut Fishmen Kecil itu.

Namun, Shi Feng hanya mampu mengambil risiko. Lebih awal dia mendapat Batu Falsafah; lebih awal hatinya senang. Jika dia tunggu untuk capai Tahap 7 atau 8, orang lain mungkin sudah mendapatkan batu tersebut. Tidak guna lagi untuk menyesal ketika itu.

Shi Feng mengeluarkan kotak besi dari dalam begnya, dengan berhati-hati mengeluarkan peta harta karun dari dalam. Dia mula mengkaji dengan lebih dalam.

Penanda pada peta harta karun itu sangat jelas. Harta karun itu terletak terus di bawah sarang Fishmen Kecil. Namun, bagaimana Shi Feng mampu mengelilingi Fishmen Kecil ini? Masalah berkenaan Elemen Air juga perlu dititikberatkan. Walaupun Elemen Air mempunyai HP yang rendah, mereka imun terhadap serangan fizikal. Mereka juga mempunyai kemahiran penurun Kelajuan Gerakan, jadi mereka membuatkan pemain jarak dekat pening kepala.

Selepas memerhati untuk setengah jam, Shi Feng menemui Fishmen Kecil tidak selalu meronda. Mereka akan berhenti berehat sekali sekala. Dan juga, Fishmen Kecil ini aktif di pesisiran tasik sahaja. Mereka jarang sekali memasuki kawasan air, kerana sebaik sahaja masuk ke dalam air, Kelajuan gerakannya berkurang dengan mendadak sebanyak 60%. Shi Feng boleh menggunakan masa rehat yang singkat ini untuk bergegas masuk ke dalam tasik, dan sebaik sahaja dia masuk, Fishmen Kecil tidak mampu mengejarnya lagi.

Bagi Elemen Air yang berada dalam air pula, Shi Feng boleh menggunakan diri penduanya daripada Serangan Bayangan untuk mengumpan mereka. Selepas itu, dia boleh berenang ke gua di bawah sarang Fishmen Kecil.

Jika Shi Feng gagal mengikut rancangannya, dia pasti akan mati. Jika dia mati, kehilangan yang dihadapi tidak kecil. Kehilangan pengalaman tidak menjadi masalah. Dengan kelebihannya sebagai orang yang dijelmakan semula, Shi Feng dengan pantas mampu mendapatkan semula pengalaman yang telah hilang. Cumanya, dia akan dihantar pulang ke bandar selepas mati, dan masa yang telah dibazirkan untuk datang balik ke sini adalah terlampau banyak.

"Sepuluh saat sahaja lagi." Shi Feng melihat Fishmen Kecil yang sedang meronda itu, jantungnya mengira masa untuk dia memecut.

Masa berlalu sesaat demi sesaat. Sekumpulan Fishmen yang sedang meronda melihat kawasan sekeliling mereka. Selepas mengenalpasti tiada apa yang ganjil, mereka masuk ke dalam pondok kayu yang kecil di tepi tasik untuk berehat, mengosongkan kawasan tanah.

Dengan semua keupayaannya, Shi Feng memecut ke arah pesisir tasik.

Semasa Shi Feng hanya 30 ela jauh daripada tasik, sekumpulan lagi peronda Fishmen menemui Shi Feng. mereka dengan segera membunyikan penggera, tangan mereka menghunus pedang kontot lalu meluru ke arah Shi Feng.

Apabila berhadapan dengan empat Fishmen Kecil Tahap 10, sekuat mana sekalipun Shi Feng, dia bukan tandingan buat mereka. Harapan Shi Feng cuma satu iaitu melompat ke dalam air.

Akan tetapi, Fishmen Kecil sangatlah laju, sekejap sahaja mereka sudahpun dapat mendekati Shi Feng. mereka menghunus pedang kontot mereka, lalu menetak belakang Shi Feng.

Shi Feng tahu dia tidak mampu lari dari Fishmen. Dia berpaling dan menggunakan Pengikat Neraka pada salah satu daripada mereka, dan terus menggunakan Tangkis untuk menahan satu lagi penyerang. Keputusannya, Shi Feng menghentikan Fishmen Kecil lagi satu daripada bergerak ke hadapan.

Menggunakan kuasa disebalik serangan Fishmen, Shi Feng berjaya menjarakkan dirinya melebihi tiga ela. Dia menggunakan Pembebasan Graviti lalu melompat ke dalam tasik.

Namun, Fishmen Kecil yang lain sangat pantas mengejar, melompat ke dalam tasik mengekori Shi Feng.

Plop.

Empat Fishmen Kecil masuk ke dalam air. Namun, Shi Feng dengan sekuat hati berlari ke permukaan tasik

[Jalan Atas Air] merupakan kemahiran yang boleh diaktifkan sebaik sahaja Ketangkasan mencecah 80 mata. Akan tetapi, Shi Feng mempunyai Cincin Graviti. Akhirnya, badannya mencapai tahap hampir tiada berat selepas menggunakan Pembebasan Graviti. Termasuk Ketangkasannya yang lebih 30 mata, dia, juga, mampu bergerak atas permukaan air. Kelajuannya tidak akan berkurangan disebabkan air.

Beberapa ketika, Shi Feng digemparkan oleh Fishmen Kecil yang tidak tahu mengalah. Dia berlari ke lokasi tidak jauh daripada sarang Fishmen Kecil, lalu menyelam ke dalam air.

Baru sahaja masuk ke dalam air, Shi Feng menemui gua yang dikelilingi banyak Elemen Air. Elemen Air itu mengelilingi gua seperti mereka melindungi sesuatu.

[Elemen Air] (Raksasa Biasa)

Tahap 10

HP 750/750

Shi Feng menggunakan Serangan Bayangan. Penduanya berenang mengumpan Elemen Air.

Seperti yang dirancangkan, sekumpulan Elemen Air menemui Pendua itu. Satu demi satu, mengejar pendua itu. Sementara itu, pendua Shi Feng berenang ke atas. Walaupun Elemen Air mempunyai Kelajuan Gerakan yang tinggi dalam air, situasi berubah apabila berada di permukaan. Mereka berlawanan dengan Fishmen Kecil, menjadi sangat perlahan apabila sampai ke pesisir tasik.

Dengan Elemen Air yang diumpan pergi oleh penduanya, Shi Feng mengambil peluang ini dengan cepat berenang ke arah gua.

Sebelum Shi Feng tiba di gua itu, sistem memberitahu tentang kematian penduanya. Pendua itu hanya memberi Shi Feng masa selama 20 saat.

Selepas membunuh pendua itu, Elemen Air menemui penceroboh telah dikesan berhampiran gua. Mereka semua dengan pantas berenang kembali ke pintu masuk gua.

Selepas menemui Shi Feng, kelajuan Elemen Air itu bertambah dua kali ganda semasa memecut ke arah Shi Feng.