Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 41 - Kekecohan Di Bandar

Chapter 41 - Kekecohan Di Bandar

Bandar Daun Merah, Plaza Air Pancut.

Seluruh plaza diwarnai kemerahan matahari terbit. Ramai pemain Gaya Hidup sedang membuka gerai makanan dan menjual kunyah-kunyah yang unik dari Kawasan Tuhan.

Kunyah-kunyah ini sedap, dan jauh lebih bermutu daripada hidangan dalam kehidupan sebenar. Selain itu, harga jualan hanyalah 2 atau 3 Tembaga. Memang berbaloi.

Ramai pemain datang ke sini untuk berehat dan merasa hidangan Kawasan Tuhan selepas berlawan sepanjang hari. Manakan tidak, mereka boleh meraih puluhan Tembaga dalam sehari, dan setelah menolak kos perbelanjaan, lebih sepuluh Tembaga akan tertinggal. Jadi, tiada masalah untuk membelanja mereka.

Terdapat beberapa pasangan yang sedang duduk atas bangku batu, berborak. Mereka makan sambil menikmati masa bersama.

Tiba-tiba, setiap pemain di Bandar Daun Merah menerima Pengumuman Sistem.

Sistem: Seorang pemain telah mencetuskan jalan cerita istimewa. 'Pemberontakan Fishmen Kecil' telah diaktifkan. Sebuah Misi Pengembaraan telah diaktifkan di Bandar Daun Merah. Para pemain kini boleh menerima Misi Pengembaraan daripada Kesatuan Pengembara. Penyelesaian Misi Pengembaraan akan dihadiahkan pelbagai ganjaran lumayan dan Reputasi Kesatuan.

Semua pemain terkejut. Di Bandar Daun Merah, sebuah tempat di mana Misi-Misi jarang boleh didapatkan, sekarang betul-betul ada Misi Pengembaraan. Lebih-lebih lagi, hadiahnya hebat. Memang tidak boleh dibayangkan.

"Siapa orang hebat yang sudah betul-betul cetuskan jalan cerita istimewa?"

Pemain yang telah mendapat pencapaian tersebut menarik perhatian setiap pemain di Bandar Daun Merah. Semua orang tertanya-tanya apa hadiah hebat yang telah pemain ini terima kerana mengaktifkan jalan cerita ini. Manakan tidak, pengaktifan jalan cerita memang sesuatu peristiwa yang jarang berlaku. Mana mungkin hadiahnya kecil?

Ramai juga pemain yang berhasad dengki. Mereka ingin membunuh terus pemain yang telah mengaktifkan Misi jalan cerita tersebut. Malangnya, Pengumuman Sistem tidak membongkarkan nama pemain tersebut. Berbanding pemain-pemain sederhana, Kesatuan-Kesatuan besar berada dalam keadaan huru-hara. Pada peringkat kini permainan, selain melepasi Dungeon, tiada sebarang Misi yang boleh meningkatkan Reputasi Kesatuan.

Sebuah Kesatuan memerlukan Reputasi Kesatuan untuk menaik tahap. Selagi Kesatuan mereka boleh sampai ke Tahap 2 satu peringkat lebih awal, mereka akan mampu memperoleh manfaat-manfaat sepadan, lantas memberi mereka kelebihan besar berbanding Kesatuan-Kesatuan lain.

Kini, Bandar-Bandar di keliling Sungai Merah juga menerima Pengumuman Sistem yang sama; bukan Bandar Daun Merah sahaja. Semua Kesatuan besar mula mengatur strategi untuk berjuang menentang Fishmen Kecil.

Manakala Shi Feng, yang merupakan penyebab segala kekecohan ini, kini sedang duduk di dalam Rumah Lelong.

Rumah Lelong merupakan sebuah tempat di mana terdapat pelbagai kemudahan. Barang-barang yang dilelong para pemain bukannya hanya terhad kepada Bandar Daun Merah; malah boleh dilihat dan dibeli dalam ratusan Bandar dan Bandaraya kecil bawah naungan Bandar Sungai Putih. Walau bagaimanapun, Rumah Lelong sangat licik. Mereka mengenakan bayaran pengendalian 5% untuk segala barangan yang dilelong, jadi barang-barang di sana biasanya sangat mahal.

Namun, Rumah Lelong ternyata merupakan tempat terbaik untuk pemain menjual sesetengah jenis barang tanpa harus mendedahkan nama. Selain itu, sudah lama juga sejak pembukaan Kawasan Tuhan. Pemain-pemain telah mengumpul jumlah Syiling yang agak banyak, dan Kesatuan-Kesatuan besar sepatutnya sudah menarik sejumlah besar dana. Jika Shi Feng ingin membuka gerai di Bandar Daun Merah, bukan sahaja dia bakal menarik perhatian, dia mungkin juga disasarkan orang seperti Harimau Terbakar.

Sebab yang lebih mustahak mengapa Shi Feng memilih Rumah Lelong adalah kerana terlampau sedikit pemain di Bandar Daun Merah yang mampu membeli barangan yang dia ingin jual. Namun, ceritanya pasti berbeza jika terdapat beratus Bandar bersaing demi memiliki barang-barang tersebut.

Justeru, Shi Feng mendaftarkan sebuah Perisai Plat Besi-Misteri kepada Rumah Lelong, dan meletakkan harga 25 Syiling Perak sebagai harga pokok, dan 2 Syiling Perak bagi yang lain. Bagi Pedang Besar Emas-Tua Tahap 10, hasil lelongannya pasti terlalu menakutkan untuk dibayangkan. Senjata ini bernilai sekurang-kurangnya 2 Syiling Emas, bersamaan 200 Syiling Perak. Kini, 1 Syiling Perak pun teramat sangat bernilai; jadi siapa sahaja yang mampu memilikinya?

Seterusnya, Shi Feng menggeledah begnya melalui skrin separa-lutsinar. Pada awalnya, pemain-pemain telah diberi sebuah beg yang mempunyai 100 slot. Namun, ia jauh daripada apa yang Shi Feng perlukan. Setiap pemain boleh memasang maksimum tujuh beg. Jadi, Shi Feng serta-merta membeli enam beg yang paling besar. Setiap beg mempunyai 25 slot, dan setiap beg membawa harga 40 Syiling Tembaga. Enam beg bermaksud 240 Syiling Tembaga. Jumlah sebegini pasti tidak mampu ditampung oleh kebanyakan pemain, tetapi ia kecil bagi Shi Feng.

Ruang penyimpanan Shi Feng meningkat dengan banyak setelah melengkapi enam beg tersebut. Kemudian, Shi Feng beredar dari Rumah Lelong dan membuka sebuah gerai tidak jauh darinya. Dia tidak sedikit pun berminat terhadap Misi Jalan Cerita yang telah dia cetus.

Dia tidak akan bergaduh dengan pemain lain demi hadiah tersebut. Dia sudah puas; jadi eloklah beri yang lain pula mengutip saki-baki.

"Membeli Intipati Ajaib dan Batu secara pukal. Setimbun Intipati Ajaib untuk 6 Tembaga; setimbun batu untuk 10 Tembaga." jerit Shi Feng dengan kuat.

Pada peringkat kini permainan, Intipati Ajaib antara bahan yang diperlukan untuk melakukan Enchanting, sementara Batu-Batu merupakan salah satu bahan binaan keperluan bagi para Jurutera. Namun, ramai makhluk Tahap 0 hingga 3 akan mencicirkan bahan-bahan tersebut apabila dibunuh, jadi harganya tidak sebanyak mana. Bahan-bahan yang diperoleh pelbagai Kesatuan juga mencukupi untuk membekal pemain-pemain Gaya Hidup mereka masing-masing, jadi mereka tidak mungkin membeli mana-mana. Bagi pemain biasa pula, mereka hanya akan membeli bahan-bahan ini sekali-sekala.

Akan tetapi, masih terdapat ribuan pemain yang tidak tahu mengendali bahan-bahan tersebut. Mereka biasanya akan menjual bahan-bahan tersebut kepada NPC pada harga yang rendah. Setimbun 20 botol Intipati Ajaib boleh dibeli pada 5 Tembaga, dan setimbun 100 Batu dijual pada harga 9 Tembaga. Shi Feng membeli pada harga 1 Syiling Tembaga lebih, jadi ramai juga pemain yang sanggup menjual bahan-bahan mereka kepadanya. Sekeping Tembaga lebih bagi setiap timbunan masih merupakan hasil yang ketara.

Intipati Ajaib merupakan salah satu bahan keperluan untuk membikin Perisai Garison. Selain itu jumlah besar Bijih Tembaga dan Bijih Gangsa juga diperlukan. Bijih-bijih ini amat terhad, dan semua Kesatuan besar membelinya secara pukal. Malangnya, amat sukar untuk mendapatkannya.

Shi Feng juga pada asalnya merancang untuk mencari Bijih. Namun, oleh sebab kini dia memiliki Batu Ahli Falsafah, bijih tidak lagi menjadi masalah. Batu Ahli Falsafah boleh menjalankan Perbaikan Elemental. Maksudnya, ia boleh memperbaiki Batu. Terdapat peluang besar untuk mendapatkan bijih, bijih jarang juga. Memang tiada sebab untuk Shi Feng berlatih sendiri untuk mendapatkannya. Hanya dia boleh membelikannya pada harga yang sangat rendah. Oleh sebab itu, berpuluh ribu pemain telah menjadi seolah-olah pekerja Shi Feng.

Dalam sekelip mata, segerombolan besar pemain telah berkumpul di hadapan Shi Feng.

"Abang Besar, saya ada 6 timbun Intipati Ajaib di sini. Belilah."

"Saya ada 3 timbun Batu; mahukah?"

Ramai pemain mula bertanya kepada Shi Feng, risau akan begnya yang bakal penuh. Manakan tidak, terlampau banyak Intipati Ajaib dan Batu. Tiada sesiapa yang sanggup membeli bahan-bahan tersebut. Namun, sayang jika hanya jual pada NPC, jadi bahan-bahan tersebut terus duduk dalam begnya.

"Saya ambil semua. Tukar sahaja," kata Shi Feng.

Sebelum ini, Shi Feng telah mengumpul kekayaan yang agak besar. Termasuk urus niaganya dengan Salji Sunyi, dia memiliki sejumlah besar Syiling. Shi Feng pasti mampu membeli bilangan Intipati Ajaib dan Batu yang banyak.

Seorang pemain sedang menjual tiga timbun Intipati Ajaib di sini… Seorang pemain menjual lima timbun batu di sana… Dalam beberapa detik, Shi Feng telah memperoleh 60 timbun Intipati Ajaib dan 85 timbun Batu. Wang yang tertinggal dalam poketnya kurang daripada 10 Tembaga sekarang.

"Maaf, saya sudah penuh," Shi Feng mengemaskan gerainya selepas memberi penjelasan.

Tiba-tiba, baki pemain-pemain yang datang untuk menjual Intipati Ajaib dan Batu mereka hancur hati.

"Abang Besar, adakah awak masih akan beli kelak?" tanya seorang pemain.

"Ya. Tapi, saya akan ambil masa sedikit sebelum saya beli. Awak semua boleh kumpulkan dulu." Shi Feng berkata dengan tegas. Jumlah Intipati Ajaib dan Batu yang baru Shi Feng beli jauh dari mencukupi untuknya menjadi seorang Pembantu Penempa Maju.

Setelah meninggalkan jalan urus niaga, Shi Feng tiba di Persatuan Penempaan. Dia membayar 5 Tembaga untuk menyewa sebuah Bilik Penempaan Asas selama sejam.

Di dalam bilik tersebut, segala peralatan yang diperlukan untuk menempa telah disediakan. Pemain-pemain tidak perlu membeli peralatan sendiri. Bilik Penempaan Berpangkat Pertengahan jauh lebih baik. Ia mampu meningkatkan kadar kejayaan Penempaan sebanyak 3%. Namun, kosnya 1 Perak untuk menggunakan bilik tersebut. Bagi Bilik Menempa Maju pula, ia tidak wujud di Bandar-Bandar kecil. Ia hanya terdapat di Bandar. Akan tetapi, harga-harganya amat melumpuhkan.

  1. Pemain yang fokus pada Pekerjaan Tambahan, misalnya Penempa, Ahli Alkimia/Pembikin Ubat, dll.
  2. Terma permainan yang merujuk kepada segolongan peralatan seiras yang hanya mengisi satu ruang/slot dalam beg pemain. Timbunan peralatan mempunyai had maksimum bagi jumlah peralatan yang ia boleh simpan dalam satu slot, misalnya setimbun penuh Intipati Ajaib terdapat 20 botol peralatan tersebut. Jika seorang pemain ada 21 botol Intipati Ajaib, timbun kedua akan diwujudkan dalam beg pemain.
  3. Pakar Besi boleh diklasifikasikan kepada beberapa peringkat, iaitu Pembantu Penempa - > Penempa - > Tuan Penempa - > Tok Guru Penempa. Peringkat-peringkat ini kemudian dipecah kepada tiga pangkat berlainan, Asas - > Pertengahan - > Maju.