Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 47 - Saya Memandang Tinggi kepada Kamu

Chapter 47 - Saya Memandang Tinggi kepada Kamu

Zhou Yuhu berjalan mendekati Shi Feng dengan berlagak. Dia mahu mengerjakan Shi Feng cukup-cukup kali ini.

Di waktu yang lepas, dia menghantar orang lain untuk mengerjakan Shi Feng. Namun, Shi Feng masih tidak mempelajari dengan baik. Hari ini, dia mahu Shi Feng terima ajaran yang dia berikan masuk ke dalam kepala otaknya.

Orang yang hadir di situ tahu nasib yang bakal menimpa Shi Feng.

Dalam masyarakat yang seluruh populasinya giat membina badan, berlawan sesama pelajar bukanlah perkara yang pelik. Malah kecederaan kecil sekali pun tidak dianggap ganjil. Selagi mereka tidak melampaui batas, tidak akan menjadi isu yang besar.

Namun, melihat pada kelakuan Zhou Yuhu sekarang, Shi Feng mungkin akan terlantar di katil hospital sekurang-kurangnya sebulan. Pada masa itu, Shi Feng akan memakai simen semasa menerima sijil graduasinya atas pentas.

"Tunggu sebentar, Zhou Yuhu. Ini kelas kami. Atas dasar apa orang luar seperti kamu ini datang dan membuli pelajar kelas kami?" Badan Zhao Ruoxi yang anjal membelakangi Shi Feng. Dia langsung tidak tergugat dengan aura Zhao Yuhu yang memaksa semasa dia merendah-rendahkannya.

Kelakuan Zhao Ruoxi tanpa disangka-sangka telah membuat semua orang tergamam. Mereka tidak membayangkan Zhao Ruoxi yang lembut dan anggun akan berdiri mempertahankan pelajar yang rendah diri. Malah dia juga mencabar Zhou Yuhu. Dia sememangnya berhati keras untuk menjadi berani seperti itu.

"Zhao Ruoxi, jangan buat masalah. Abang Hu hanya ingin mengajar Shi Feng sedikit pengajaran. Semua ini untuk kebaikan Shi Feng juga. Shi Feng selalu dibuli, tetapi dengan ajaran daripada Abang Hu, dia mungkin akan menjadi kuat dan belajar menjadi seorang yang boleh berdiri dengan kaki sendiri," Ling Feilong menerangkan dengan senyuman. Disebabkan penampilan Zhao Ruoxi yang cantik dan lengkok tubuh yang menawan, dia ingin menjadikan Zhao Ruoxi miliknya seorang. Dia tidak menyangka Zhao Ruoxi akan mempertahankan Shi Feng. Tiba-tiba, kemarahan terhadap Shi Feng mula membara dalam hatinya.

Namun, tidak elok untuk dia menunjukkan kemarahan itu, jadi dia hanya menarik tangan Zhao Ruoxi yang lembut. Dia mahu menariknya, jauhkannya daripada mengacau mereka.

"Rakanku Lin Feilong, untuk menjaga maruah kelas ini, adakah kamu mahu lihat sahaja rakan sekelas kita dibuli?" Zhao Ruoxi menepis tangan Ling Feilong, melihatnya dan berkata dengan marah. Dia menyangka pada mulanya Ling Feilong lelaki yang berhati mulia. Dia juga telah melakukan dengan baik sekali dalam kejohanan tempur. Oleh itu, Zhao Ruoxi berfikir dia mempunyai kelakuan yang baik. Namun, dia tidak tahu pula Ling Feilong hanyalah seorang hipokrit.

"Ruoxi, sampai hati kamu cakap seperti itu kepada saya? Awak salah faham. Bukan salah saya jika Shi Feng tidak tahu bagaimana nak berdikari. Dan sekarang Abang Hu sedia mengajar Shi Feng, pasti berguna buatnya pada masa depan," Ling Feilong berkata dengan muka yang baik seperti semua yang berlaku untuk kebaikan Shi Feng sendiri.

"Kamu!" Zhao Ruoxi sangat geram dengan Ling Feilong. Dia terus berpaling kepada Shi Feng, berkata, "Cepat pergi dari sini. Saya akan tahan dia."

"Budak perempuan ini sangat menarik dan seksi. Aku suka." Mata Zhao Yuhu mula meliar memandang Zhao Ruoxi atas bawah, sangat suka dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak tahan lagi lalu menjilat bibirnya lalu tersengih jahat semasa tangannya mendekati muka Zhao Ruoxi yang anggun. Dia tidak lagi mengambil perhatian kepada Shi Feng.

Namun, sebelum sempat tangan babinya sempat menyentuh Zhao Ruoxi, tangannya ditepis. "Zhao Yuhu, oleh kerana kau ingin saling bertukar nota dengan aku, aku setuju. Namun, bertukar nota tidak akan membuktikan apa-apa. Apa kata kita tambahnya sedikit," Shi Feng mencadangkan dengan senyuman. Dia melangkah ke hadapan, menarik lengan Zhao Ruoxi yang seperti batu jed itu ke sisinya.

Zhao Ruoxi langsung tidak kisah dengan perbuatan Shi Feng itu. Selepas ditarik ke belakang badan Shi Feng, barulah dia melihat pada ketinggian Shi Feng yang sederhana dengan sedikit rasa terpaku. Sejak bila Shi Feng menjadi begitu berani?

Namun, dia juga merasakan Shi Feng sangatlah bodoh. Mengapa dia ingin meminta tunjuk ajar daripada Zhou Yuhu? Sekarang, Zhou Yuhu sudah mempunyai alasan untuk mengerjakan Shi Feng.

Zhou Yuhu mengusap belakang tangannya yang kemerahan, mula naik angin. Dia merenung Shi Feng, tiba-tiba menemui penampilan Shi Feng di hadapannya itu sangat tenang dan stabil. Sepertinya Zhou Yuhu sedang melihat seorang yang berbeza. Sebelum ini, Shi Feng mudah dihasut dan terus bergaduh dengan orang lain. Namun sekarang, bukan sahaja dia tidak termakan hasutan, tetapi boleh tersenyum gembira pula.

Dia dah hilang akal ke?

Ling Feilong terasa amat marah melihat lengan Shi Feng yang menjalar menyentuh Zhao Ruoxi. Dia tidak dapat menahan hasratnya untuk terus bertindak dengan segera. Namun, dia masih menahan hasrat itu. Dia sudah bersedia untuk meletakkan Shi Feng di tempatnya satu hari nanti.

"Budak, kau berani mencabar aku ya. Sangat menarik. Baiklah aku akan pertaruhkan 1000 Kredit. Kalau kau menang, 1000 Kredit akan jadi milik kau. Jikalau kau kalah, kau melutut dan minta maaf kepada aku, dan juga, bayar pampasan 1000 Kredit kepada aku. Bagaimana? Kau berani bertaruh?" Zhou Yuhu senyum sambil memendam kemarahan. Dia tidak terfikir yang otak Shi Feng sudah gila, berani membangkitkan kemarahannya.

"Taruhan yang remeh. Tidak malukah kau berkata dengan kuat?" Shi Feng menggelengkan kepalanya dan mendengus sambil menghina.

"Keberanian kau makin besar selepas beberapa hari tidak berjumpa. Katakan, apa pertaruhan yang kau nak?" Zhou Yuhu ketawa kemarahan. Dia tahu Shi Feng miskin, dan dia tidak mampu membayar 1000 Kredit itu. Namun sekarang, dia berani menambah nilai taruhan. Tidakkah dia menempah mautnya sendiri? Nampaknya seakan otaknya sudah terhantuk pintu.

""Bukankah kau menang kad keahlian untuk Pusat Latihan Big Dipper daripada kejohanan tempur sekolah? Gunakannya sebagai taruhan. Jika aku kalah, aku akan bayar sepuluh ribu Kredit kepada kau bulan depan. Kalau kau tidak cukup berani untuk bertaruh, lupakan sahaja." Shi Feng mengapi-apikan keadaan. Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, Zhou Yuhu menunjuk-nunjuk kad keahlian di hadapan semua orang. Kini, Shi Feng boleh menggunakannya secara kebetulan untuk melatih tubuh badannya. Pusat Latihan Big Dipper sangat terkenal di Bandaraya Jin Hai. Ia mempunyai persekitaran yang hebat, dan fasiliti di dalamnya juga lengkap. Orang kebanyakan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pusat latihan ini langsung, apatah lagi mendapatkan keahlian VIP di situ. Keahlian yang biasa bernilai lebih kurang lapan ke sembilan Kredit.

"Sekiranya aku pertaruhkan kad ini, macam mana pula orang miskin seperti kau akan dapatkan duit sebanyak tu? Aku tidak percaya dengan kata-kata kosong." Zhou Yuhu ketawa dengan kejam sekali.

Memang betul, seperti yang Zhou Yuhu katakan. Shi Feng tidak punya satu syiling pun buat masa ini, apatah lagi sepuluh ribu Kredit. Oleh itu, kenapa dia berkata dia akan bayar bulan depan pula. Namun, Zhou Yuhu langsung tidak mempercayainya. Sebaliknya, Zhou Yuhu berpaling lalu mengejeknya. Nampaknya rancangan Shi Feng tidak berjalan dengan sempurna kali ini.

"Shi Feng, kau ingat aku tidak tahu tentang keadaan kehidupan kau? Kau sangat miskin dan langsung tidak mampu untuk membeli makanan yang elok, namun kau masih berlagak kaya," Qin Shuyu memandang tepat pada Shi Feng, berkata dengan kejam. "Aku akan bayar sepuluh ribu Kredit itu," Zhao Ruoxi berkata dengan lantang.

Mata Ling Feilong bertukar merah sewaktu melihat Zhao Ruoxi mempertahankannya sekali lagi. Dia tidak dapat tahan lagi keinginannya untuk menyingkirkan Shi Feng sekarang juga.

Shi Feng juga terkejut. Dia memandang Zhao Ruoxi, terpegun. Dia tidak faham bagaimana Zhao Ruoxi mempunyai duit sebanyak itu. Dia tidak tahu langsung perihal latar belakang keluarga Zhao Ruoxi. Shi Feng hanya tahu dia datang daripada golongan berada. Namun, Zhao Ruoxi mempercayainya, sehingga sanggup pertaruhkan duit untuknya. Shi Feng tidak faham kenapa dia melakukannya. Pada mulanya, hubungan mereka berdua tidak begitu rapat.

Zhao Ruoxi melihat Shi Feng. Dia tahu kenapa Shi Feng terpaku. Namun, untuk tidak menimbulkan salah sangka, dia menerangkan dalam bisikan, "Saya hanya meminjamkan duit itu kerana saya tidak tahan melihat kesombongan Zhou Yuhu. Aku memandang tinggi terhadap kamu, jadi kalau awak kalah sekali pun, kalah dengan bermaruah."

"Terima kasih. Aku akan bayar balik nilai ini dua kali ganda kepada kau," Shi Feng berkata sambil bersyukur.

Duit ini sangat penting baginya. Kini, Zhou Yuhu pasti akan bersetuju dengan pertaruhan itu. Selepas Shi Feng mendapatkan kad keahlian, dia akan berlatih dengan kerap.

Lebih baik mulakan latihan awal-awal, daripada mula lambat. Makin cepat Shi Feng dapat membina badan, makin besar manfaat yang diterimanya kelak. Zhao Ruoxi telah banyak menolongnya kali ini. Apabila dia mula mendapatkan duit dalam Kawasan Tuhan nanti, membayar Zhao Ruoxi lebih sepuluh ribu mungkin dianggap satu nilai yang kecil.

Namun, Zhao Ruoxi tidak mengambil kata-kata Shi Feng terlalu serius. Dia hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman. Dia tidak terfikir yang Shi Feng mampu mengembalikan duitnya, apatah lagi menggandakan nilai itu.

"Hahahahaha! Menarik! Baiklah mari kita menulis kontrak pada arena perlawanan!" Zhou Yuhu menjilat bibirnya. Dia semakin tertarik dengan Zhao Ruoxi sekarang. Walaupun nasibnya dalam Kawasan Tuhan hari ini tidak terlalu baik, nasibnya di dunia sebenar sangat baik. Bukan sahaja dia terjumpa wanita cantik, bahkan dia bakal menerima sepuluh ribu Kredit dengan hanya mengajar Shi Feng satu pengajaran. Ini merupakan rahmat yang tidak disangka-sangka.

Selepas itu, mereka semua tiba di arena perlawanan yang dibina oleh sekolah. Shi Feng dan Zhou Yuhu menandatangani kontrak di bawah penyeliaan Pusat Akal. Kontrak yang diakui Pusat Akal mematuhi peraturan.

Terdapat juga seorang juri di arena perlawanan. Juri itu kebiasaannya seorang cikgu yang mengajar teknik berlawan kepada para pelajar di universiti. Juri itu juga mempunyai teknik yang baik dan mampu menghentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan yang parah berlaku.

Pelajar lain yang berada dalam kelas berdiri di bahagian bawah gelanggang. Mereka mentertawakan kebodohan Shi Feng. Daripada menjadi halimunan seperti sedia kala, dia telah menjadi terencat akal sekarang. Bukan sahaja dia berhadapan dengan Ling Feilong, tetapi dia juga telah membuat Zhou Yuhu marah, yang mana lebih menggerunkan. Selepas hari ini berlalu, kehidupan Shi Feng mungkin tidak tenteram lagi.

Qin Shuyu memandang ke atas gelanggang, pada Shi Feng yang tenang dan bersahaja. Perasaan yang ditonjolkan sangat berbeza dengan sebelum ini. Dia kini memancarkan satu rasa selamat yang tidak mampu diungkapkan. Malah dia merasakan badan Shi Feng yang keding semakin membesar. Qin Shuyu dengan cepat menganggukkan kepalanya, berkata dengan ejekan, "Sekuat manakah budak lembik itu, yang langsung tidak tahu satu teknik pertarungan langsung? Dia berani mencabar Abang Hu pula. Dia memang cari nahas."