Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 49 - Cahaya Baharu

Chapter 49 - Cahaya Baharu

Melihat Zhou Yuhu kaku di lantai, jelasnya dia telah pengsan. Gurunya kemudian melaporkannya Zhou Yuhu tiada apa-apa kecederaan teruk, dan dia akan sedar tidak lama lagi. Namun, kecederaannya perlu dirawat juga, jadi dia perlu berehat lebih sebulan.

Bagi pertandingan tempur bandar yang bakal diadakan dalam masa tiga minggu, Zhou Yuhu boleh melupakannya sahaja.

Pandangan semua yang hadir beralih ke Shi Feng. Mereka memandang badannya yang kurus kering dan lemah, dan menarik nafas dingin apabila mengingati kekuatan yang meletus dan menakutkan yang ia mampu tunjukkan. Apabila mereka mengingati kata-kata yang diucapkan kepada Shi Feng sebelumnya, peluh dingin mula mengalir pada belakang mereka tanpa henti.

Kini, air muka para pelajar lelaki apabila memandang Shi Feng telah berubah serta-merta. Tiada lagi pandangan mengejek atau hina. Sebaliknya, mereka merasai ketakutan yang mendalam. Pelajar yang dapat nombor ketiga di sekolah telah ditewaskan dalam hanya satu pertembungan. Siapa lagi yang bakal menjadi lawan Shi Feng?

Jika Shi Feng ingin mengerjakan mereka, akibatnya tentu tidak dapat dibayangkan. Sebaliknya, mereka benar-benar telah berani menyerahkan perakuan Shi Feng kepada Ling Feilong.

Sehingga kini, jantung para pahlawan dari sebelum ini mula berdenyut liar.

Dengan Otak Pusat sebagai saksi, Shi Feng menerima kad keahlian untuk Pusat Latihan Big Dipper dan sepuluh ribu Kredit. Berikutan itu, pandangannya mengelilingi orang-orang di bawah gelanggang. Apabila beberapa pelajar yang kurang berani dipandang oleh Shi Feng, kaki mereka tiba-tiba menjadi goyang sebelum mereka pitam, sambil mulut mereka berbuih.

"Cikgu, teruk. Liu Kecil telah pitam."

Sebelum ayat ini habis diungkapkan, seorang lagi pelajar lelaki terlantar di lantai…

Sementara itu, para pelajar lelaki yang masih berdiri mula merasa kecut hati. Shi Feng terlalu menyeramkan. Dia betul-betul telah menyebabkan dua pelajar lelaki pitam hanya dengan pandangannya. Jika mereka hanya pengsan semata-mata, mereka tidak akan perlu membawa tekanan yang begitu hebat sekarang. Kini, suasana di keliling mereka kaku, seolah-olah beku. Bernafas mula menjadi sukar, dan kaki tangan mereka juga mula berasa berat seolah-olah diisi plumbum.

Bagi para pelajar perempuan pula, mereka semua ternganga. Kepala mereka cepat-cepat ditundukkan apabila ternampak Shi Feng memandang mereka. Mereka berasa tidak selesa seluruh badan seolah-olah mereka arnab-arnab yang dipandang serigala kelabu yang besar.

Mulut halus Qin Shuyu melopong. Dia menggosok matanya, sambil cuba mengiktiraf apa yang telah dia lihat. Baru sekarang dia menyedari Zhou Yuhu telah dipukul hingga pengsan oleh Shi Feng. Shi Feng terlampau kuat. Kenapa dia gagal melihatnya sebelum ini?

Jika dia boleh bersama seorang lelaki seperti ini, dirinya akan berada dalam keadaan terlampau selamat. Hanya memikirnya sudah membuatnya gembira. Bagi isu wang pula, itu tidak akan menjadi masalah. Dengan kekuatannya sahaja, Shi Feng tentu boleh memasuki pertandingan tempur bandar. Memasuki tangga kesepuluh teratas pun tidak akan menjadi isu. Apabila tiba masanya, tentu banyak permintaan untuknya menjadi jurucakap selebriti.

Apabila Qin Shuyu melihat Shi Feng memandangnya, dia mengemaskan baju dan rambutnya, dan menunjukkan pergerakan badannya. Dia juga mendedahkan lurah payudaranya sedikit sambil berkata dengan lembut, "Abang Feng, sudah tengah hari. Saya tahu satu restoran bagus yang ada suasana hebat dan makanan lazat. Saya belanja. Jadi marilah kita cuba."

Namun, Shi Feng tidak mempedulikan Qin Shuyu. Sebaliknya, dia mencari Zhao Ruoxi. Apabila dia menjumpai Zhao Ruoxi, dia terus berjalan ke arahnya, dan mengabaikan Qin Shuyu terus.

Melihat mata Shi Feng yang dingin dan tiada berperasaan, Qin Shuyu tiba-tiba berasa seolah-olah dia telah hilang sesuatu yang amat penting. Rasanya seperti sebilah pisau menikam hatinya. Dia menyesali sikapnya yang buta dan bodoh semasa di sekolah tinggi.

"Ketua kelas, ini sepuluh ribu Kredit awak. Saya akan bayar baki sepuluh ribu Kredit secepat mungkin. Shi Feng menyerahkan wang tersebut, sambil berkata dengan senyuman yang tenang.

Namun, Zhao Ruoxi enggan menerimanya. Dia mengelip matanya yang cantik sambil memandang Shi Feng seperti memandang seekor haiwan yang eksotik. Dia terkejut dan gembira pada masa yang sama.

"Betul ke awak Shi Feng?" tanya Zhao Ruoxi dengan nada yang perlahan dan tidak menentu.

Sepanjang empat tahun Zhao Ruoxi di universiti, tanggapannya kepada Shi Feng ialah dia seorang pendiam. Dia sering dibuli orang lain. Dia juga dilihat sangat sombong, kerana tidak pernah menerima bantuan daripada sesiapa. Dia seperti seekor serigala kecil yang tercedera, menjilat lukanya, keseorangan.

Dia tidak pernah menyangka perbuatan Shi Feng hari ini akan begitu berbeza dedahulu. Dia kini melihat Shi Feng dengan cahaya baharu. Shi Feng telah bertukar daripada seekor serigala menjadi seekor naga yang terlelap. Tidak mengancam apabila tidur, tetapi menakjubkan apabila bertindak. Zhao Yuhu pun, sebagai pelajar ketiga terbaik di seluruh universiti, tidak mampu bertanding dengannya. Jika dia telah menyertai pertandingan tempur sekolah, mungkin dia sudah menjadi juara kini.

"Memanglah saya Shi Feng. Ketua kelas, macam mana awak boleh tanya begitu? Kacak dan beza sangatkah saya dari yang dahulu?" Shi Feng berjenaka. Dia memang memahami pemikiran Zhao Ruoxi. Dia telah menarik terlalu banyak perhatian hari ini. Namun, Shi Feng pun tidak menginginkan situasi sebegini berlaku. Perkembangan sehingga kini semuanya tidak dirancang.

"Tch, awak jangan sombong. Saya tengok awak sikit sahaja." Zhao Ruoxi terus merampas wang tersebut daripada Shi Feng, mukanya yang halus dan lembut mendedahkan senyuman yang tenang. Seperti telah memikirkan sesuatu, dia berkata dengan perlahan, "Parti Persahabatan tajaan universiti tinggal sepuluh hari lagi. Orang-orang kuat syarikat besar di Bandar Jin Hai akan hadir. Bukan ke awak tengah cari kerja yang menguntungkan? Ini peluang awak, jadi awak patut datang."

Sebaik sahaja Zhao Ruoxi habis berkata, dia mengingati keadaan kewangan Shi Feng. Dia tentu tiada wang untuk hadir parti tersebut. Jadi, dia berkata dengan perlahan, "Soal yurannya pula, saya boleh bayar."

Shi Feng merenungkan kata-kata Zhao Ruoxi. Parti Persahabatan tahunan tajaan Universiti Jin Hai merupakan peristiwa yang besar, dan--orang itu--mungkin terlibat juga. Justeru, Shi Feng mengangguk setuju, dan berkata, "Terima kasih ketua kelas. Saya akan pergi. Yurannya, saya bayar sendiri."

Zhao Ruoxi sedikit lega apabila Shi Feng setuju untuk pergi. Namun, dia merasa perasaan hampa yang amat apabila mendengar Shi Feng berkata dia akan membayar yuran penyertaannya sendiri.

Perbualan antara mereka didengari semua orang. Akan tetapi, mereka semua tidak percaya apabila ketua kelas mereka, Zhao Ruoxi, mengajak Shi Feng ke Parti Persahabatan. Yuran penyertaannya pun dia sanggup bayar.

Zhao Ruoxi benar-benar seorang gadis yang jelita. Cuma, dia biasanya tidak berusaha menghiasi penampilannya dengan solekan. Pakaiannya juga biasa-biasa sahaja. Namun, itu semua ini tidak dapat menyembunyikan mukanya yang anggun dan halus serta badannya yang cantik. Selagi dia berpakaian cantik sedikit, si cantik terhebat sekolah pun mungkin bukan lawannya.

Justeru, ada beberapa lelaki yang kaya dan berpengaruh yang cuba menawan hati Zhao Ruoxi. Namun, setiap seorang daripada mereka ditolak. Ling Feilong satu-satunya yang berjaya mendekatkan jarak antara mereka setelah berusaha dengan gigih. Namun, hasilnya hanya layanan yang lebih baik daripada Zhao Ruoxi. Kesombongan Zhao Ruoxi jelas dilihat semua. Akan tetapi, kini, Zhao Ruoxi telah mengajak Shi Feng. Mereka hanya mampu terlopong.

Jika seorang jelitawan mengajak mereka, siapa akan menolak?

Namun, Shi Feng telah menolak niat baik Zhao Ruoxi dengan sopan.

Di sisi mereka, api dengki dalam hati Ling Feilong membara dengan liar sambil mendengar perbualan mereka berdua.

"Shi Feng, awak kena tahu tempat awak. Ramai orang besar Bandar Jin Hai yang akan hadir Parti Persahabatan. Dengan baju awak begini, sekuriti mungkin menghalau awak. Kalau itu berlaku, awak pasti memalukan kita semua." sindir Ling Feilong.

"Awak jangan risau, rakanku Ling Feilong." Shi Feng berpusing untuk memandang Ling Feilong. Dia menunjukkan gelanggang, dan matanya bersinar dengan cahaya dingin sambil dia berkata, "Bukannya awak mahu ajar saya menjadi manusia sebenar sebelum ini? Tempat ini gelanggang tempur, jadi apa kata kita bertukar petua. Ajar saya jadi manusia sebenar."

"Shi Feng… kau… jangan melampau. Aku hanya ikut cadangan seluruh kelas," Ling Feilong tergagap sambil memandang Shi Feng dengan teragak-agak. Dia tiba-tiba berasa sejuk satu badan, dan mengundur tanpa berfikir.

Jika dia menukar petua dengan Shi Feng, dia hanyalah akan menggali kubur sendiri. Bagi mereka yang tidak pernah menyertai pertandingan tempur, mereka tidak akan dapat mengetahui maksud dan ketakutan sebenar pertembungan antara Shi Feng dengan Zhou Yuhu. Zhou Yuhu sangat kuat, dan Ling Feilong sendiri sedar dia bukan lawan Zhou Yuhu. Namun, Zhou Yuhu telah digugurkan Shi Feng dalam hanya sekelip mata. Pertemuan ini tidak layak digelar perlawanan pun. Ia hanyalah pertunjukan sebelah pihak sahaja.

"Cadangan seluruh kelas?" Shi Feng menjeling rakan-rakannya di sisi, dan berkata dengan dingin, "Apa cadangan kalian tadi?"

Sudah tentu tiada sesiapa yang berpihak dengan Ling Feilong. Seorang yang dungu pun mampu melihat Ling Feilong takut akan Shi Feng.

"Baiklah. Aku mengaku kalah. Aku yang buta. Awak cakaplah apa awak nak buat." Ling Feilong melihat gelanggang, di mana Zhou Yuhu masih terlantar pengsan, sambil berkata dengan gigi ketat. Jika dia melawan Shi Feng sekarang, dia tidak akan berpeluang bertahan. Dia juga tidak percaya Shi Feng akan menunjukkan belas kasihan jika dia terus menyinggung perasaan Shi Feng, dia tentu akan terlantar di katil hospital selama sekurang-kurangnya sebulan. Tiba masanya, dia mungkin juga melepasi pertandingan tempur bandar, dan dia tidak sanggup menanggung kerugian sebegitu.

"Baucar lima ribu Kredit untuk Pusat Latihan Big Dipper yang sekolah bagi," tuntut Shi Feng. Big Dipper mempunyai pakar pemakanan yang terhebat di Bandar Jin Hai. Dengan baucar ini, Shi Feng boleh mengisi semula zat makanan yang diperlukan badannya dan memperbaiki badannya dengan cepat.

Ling Feilong memang tidak sanggup melepaskan baucar Big Dipper-nya. Ini sesuatu yang tidak mampu dibeli di luar, meskipun dengan sepuluh ribu Kredit…

Setelah mengambil baucar tersebut, Shi Feng beredar.

Shi Feng mula melatih badannya serta-merta setelah balik ke pangsapuri sewaannya. Setelah meletihkan dirinya, dia mencari maklumat berkenaan Kawasan Tuhan dan Bandar Jin Hai di internet. Dia sedang membuat persediaan untuk rancangan pembangunannya pada masa hadapan.

Apatah lagi dengan Parti Persahabatan kali ini. Dia perlu mengumpul maklumat yang mencukupi sebelum mulanya Parti tersebut. Jika tidak, rancangannya tidak mungkin menjadi.

Apabila tengah hari tiba, Shi Feng makan tengah hari dan berbaring atas katilnya. Dia memakai Topi Keledar Permainan Mayanya, dan memulakan hari keduanya di Kawasan Tuhan.