Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 34 - Berubah Dari Kesombongan Kepada Penghinaan (2)

Chapter 34 - Berubah Dari Kesombongan Kepada Penghinaan (2)

Mata Salji Lembut bersinar semasa Shi Feng mahu memberinya hadiah. Dia berasa terpegun dan beranggapan Shi Feng seorang yang menarik. Shi Feng mengorak langkah dengan baik, dan dia bukanlah seorang yang jual mahal seperti yang disangkakannya.

"Kau? Memberi Salji hadiah? Kau ingat Salji mahukannya?" Zhao Yueru tidak tahan untuk memalingkan mukanya. Bibirnya yang merah diukir dengan senyuman yang menggoda, dan matanya menonjolkan ejekan dari dalam. Dia ketawakan Shi Feng dalam diam melihat jangkaan Shi Feng yang berlebihan. Alat jenis apa lagi yang belum dilihat Salji Lembut? Sedangkan kereta mewah harga puluhan juta tidak mampu menarik perhatiannya, inikan pula barang dalam permainan ini.

Pada masa itu, Shi Feng mengeluarkan sekeping kertas dari dalam begnya. Lukisan ini telah saya dapati semasa berlawan dengan Bos. Shi Feng dengan bersungguh-sungguh memberikan Salji Lembut barang itu.

Apabila Zhao Yueru melihat Shi Feng mengeluarkan sekeping kertas catatan dan memberikannya sebagai hadiah kepada Salji Lembut, dia tidak tahan lagi lalu berkata dengan kejam, "Kamu cuba mempermainkan kami ke?

"Tidak!" Shi Feng berkata dengan nada yang serius.

"Salji beri kepada kau Kelengkapan Gangsa, dan kau? Kau mengeluarkan sekeping kertas catatan untuk memperdayakan dia. Kau ingat sekeping kertas catatan boleh dibandingkan dengan Kelengkapan Gangsa? Jika bukan kau cuba untuk memperbodohkan kami, apa yang cuba kau lakukan?" Mendengar jawapan Shi Feng, Zhao Yueru menjadi semakin berang. Di belakang Shi Feng, Si Hitam dan yang lain masing-masing dibasahi peluh sejuk.

Walaupun kau tidak berhajat untuk berbual dengan Dewi, kamu masih tidak boleh memperbodohkan dia! Bukankah ini menempah maut namanya?

Mereka dengan jelas mendapat jumlah kelengkapan yang banyak dari dalam Dungeon, dan dengan memberikan kelengkapan-kelengkapan itu sudah pasti dapat selesaikan perkara ini. Jika tindakan Shi Feng membuatkan Dewi mengamuk, walaupun Dewi itu sendiri tidak mengambil tindakan, para pemain di sekeliling mereka akan membunuhnya bagi pihak Dewi.

Melihat malapetaka yang bakal terjadi, Si Hitam terfikir untuk menyerahkan Tongkat Gangsa yang sedang dipegangnya. Akan tetapi, Salji Lembut menerima kertas catatan yang diberi oleh Shi Feng dengan gembira. Tiba-tiba, mulut Si Hitam dan pemain lain ternganga membentuk satu 'oh'.

Dewi itu menerimanya? Situasi jenis apakah ini?

"Terima kasih untuk hadiah ini; saya sangat sukakannya. Sekarang, boleh tak kita pergi ke satu tempat yang lebih senyap untuk berbual?" Salji Lembut tersenyum tanda penghargaan darinya.

Shi Feng juga tersenyum dan mengangguk bersetuju. Melihat pada senyuman lembut Salji Lembut boleh diibaratkan melihat sinaran matahari yang menghangatkan hati seseorang. Sangat sukar untuk melupakan satu senyuman, walaupun setelah mati.

"Salji, awak akan memaafkan tindakan kurang ajarnya macam itu sahaja?" Zhao Yueru dengan keliru bertanya.

"Tidak mengapa Yueru. Saya sangat sukakan barang ini," Salji Lembut berpaling selepas membalas pertanyaan itu, membiarkan Shi Feng menunjukkan jalan.

Zhao Yueru terkejut. Dia langsung tidak faham dadah jenis apa yang Shi Feng telah beri kepada Salji Lembut. Sekeping kertas sudah memadai? Kertas jenis apakah ini?

"Salji, apa yang lelaki ini telah beri kepada awak? Zhao Yueru berbisik. Hanya melihat kepada pisau di pinggang Shi Feng, dia boleh tahu Shi Feng tidak mampu memberikan apa-apa yang berharga. Namun, Salji Lembut tetap gembira menerimanya. Tindakannya itu membuatkan Zhao Yueru bertambah bingung.

"Resipi Ubat untuk Ubat Kekuatan Asas. Apabila diminum, kekuatan pemain akan bertambah sebanyak 6 mata selama setengah jam," Salji Lembut dengan tenang membalas. "Apa?" Zhao Yueru melompat terkejut. "Bagaimana dia mempunyai ramuan yang sangat berharga itu?"

Pembuat Ubat sangat sukar untuk dipelajari. Resepi-resepi yang diperlukan sangat terkenal dengan kadar jatuhan yang rendah, sedangkan Ouroboros hanya mempunyai beberapa resepi biasa, inikan pula resepi jarang. Satu resepi yang mampu menambah Kekuatan pemain sebanyak 6 mata tidak pernah didengari sehingga ke saat ini.

Jika pemain Tahap 2 sekarang mempunyai lebihan 6 mata dalam Kekuatan, ini sudah menyamai tambahan 12 Kuasa Serangan. Ubat seperti ini akan memberikan kesan yang menakjubkan apabila menerokai Dungeon. Berkenaan Persatuan yang sering menakluki Dungeon, nilai resipi ini jauh mengatasi puluhan Peralatan Gangsa. Selagi Ubat Kekuatan Asas masih dalam jualan, bekalan langsung tidak mencukupi permintaan. Namun, Shi Feng memberikan hadiah resepi itu.

Adakah Shi Feng tahu nilai resepi ini? Akan tetapi, Zhao Yueru menggelengkan kepalanya, menafikan andaian ini. Sebelumnya, dia telah melihat ekspresi wajah Shi Feng yang penuh keyakinan. Dia tahu betapa berharganya ubat ini kepada Persatuan mereka.

Kini, Zhao Yueru memalingkan wajahnya sekali lagi kepada Shi Feng. Sedikit kemerahan muncul di pipinya kerana memikirkan apa yang telah dikatakannya sebelum ini. Dia berasa hina. Dia memanggil resepi ini sekeping kertas catatan. Apabila memikirkan senyuman Shi Feng, dia pasti mentertawakan kekurangan ilmunya. Keparat betul dia! "Sekarang kau tahu. Aku sudah katakan dia bukanlah biasa-biasa," Salji Lembut senyum kepada Zhao Yueru. Walaupun selepas Salji Lembut dan Shi Feng meninggalkan tempat itu, pemain di sekeliling belum dapat menyedari situasi yang sedang berlaku.

Situasi apakah ini?

Seorang noob mendapat perhatian daripada Dewi. Betulkah dia ini noob?

"Bos Lambaian Gemalai, noob itu pergi bersama Dewi." Malam Musim Panas sangat sedih. Selepas melihat Dewi berkelakuan baik terhadap Shi Feng, orang bodoh pun tahu yang Shi Feng bukanlah biasa-biasa.

"Pedulikan. Aku dengar daripada yang lain noob itu masuk ke dalam Hutan Maut Mod Neraka. Dewi Salji itu pasti sengaja menjemput dia untuk mengetahui dengan lebih lanjut kepayahan Mod Neraka," Lambaian Gemalai tidak percaya dia akan tersalah menilai seseorang. Shi Feng sememangnya noob. Dia cuma bernasib baik. Sebelum ini, dia mampu mendapatkan pertolongan daripada pakar. Kini, dia juga mampu mendapatkan pertolongan Dewi pula. Di kawasan lubang berbatu yang berada arah selatan 200 ela daripada Hutan Maut itu, Shi Feng dan Salji Lembut duduk berhadapan satu sama lain. Di sekeliling mereka terdapat pemandangan yang cantik dan anak sungai yang mengalir. Manakala yang lain pula, mereka berdiri di sebelah. Tiada siapa yang mencuba untuk memasang telinga mendengar perbualan antara Shi Feng dan Salji Lembut. Mereka duduk dengan selesa dan mula berbual antara mereka.

"Saya tertanya-tanya apa urusan Cik Salji dengan saya?"

"Hutan Maut." Salji Lembut berkata dengan terang, "Saya mahukan strategi untuk meneroka Hutan Maut. Berikan sahaja harga yang kamu pinta."

"Hihi, saya rasa Cik Salji terlampau jauh memikirkannya. Bagaimanakah saya mempunyai strategi untuk Hutan Maut? Saya baru masuk ke dalam Dungeon buat kali pertama," Shi Feng tidak mahu mengaku dia mempunyai strategi. Hal ini akan memberi syak wasangka daripada yang lain. Lagipun, Kawasan Tuhan merupakan permainan yang dibina oleh Sistem Utama Tuhan. Walau Penguji Beta sekali pun tidak dapat tahu strategi dengan lebih teliti untuk Dungeon. Mungkin boleh menipu amatur seperti Si Hitam, tetapi amat mustahil untuk menipu Salji Lembut. Kesusahan akan menimpa jika Shi Feng bermurah hati memberikan strateginya.

Salji Lembut tersenyum dengan manis; matanya menjeling sekejap ahli kumpulan Shi Feng sebelum berkata dengan tenang, "Jika tidak salah saya, semua alatan ahli kumpulan awak datangnya dari dalam Hutan Maut Mod Neraka. Walaupun kumpulan awak mempunyai satu atau dua pemain dengan teknik yang baik, semua orang tahu kamu menjemput tiga noob Tahap 1 sebagai ahli sementara. Kumpulan seperti ini mampu masuk ke dalam Mod Neraka, dan keluar dengan alat yang banyak. Awak ingat saya akan percaya jika awak katakan awak tidak mempunyai sebarang maklumat?""Jangan menipu saya. Saya tahu awak seorang Penguji Beta. Awak mesti sudah membuat kajian yang mendalam berkenaan Hutan Maut. Jika tidak, awak tidak akan mampu menakluk keseluruhan Dungeon langsung. Resepi Ubat Kekuatan Asas ini bukti yang jelas kenapa saya kata awak ada rahsia. Walau bagaimanapun, awak jangan risau saya tidak akan membocorkan rahsia awak." Salji Lembut membetulkan pandangannya terhadap Shi Feng seperti mana dia telah melihat menerusi seluruh tubuh badan Shi Feng.

"Baiklah, apa yang kamu katakan itu betul." Shi Feng mengangkat bahunya, dengan perlahan melepaskan nafas. Dia tidak terfikir Salji Lembut akan melengkapkan jurang yang penuh dengan tanda tanya itu. Tiada faedahnya untuk Shi Feng jika Salji Lembut berfikiran sedemikian.

"Berikan harga awak," Salji Lembut senyum pada Shi Feng. Perbuatannya sama macam dia berkata, "Kamu fikir saya tidak mampu mengawal orang seperti kamu? Wanita ini tahu semua perkara."