Mata Xiao Yan berkelip dan mengangguk selepas mendengar suara di dalam kepalanya.
Xiao Yan tidak mengambil kepingan logam hitam itu dengan segera, sebaliknya dia mengambil teras raksasa hijau yang masih menitik darah itu dan memandang ke arah penjaga kedai yang sedang berdiri di belakang kaunter kedai tersebut, dia pun bertanya dengan riang, "Teras raksasa ini datang daripada raksasa mana?"
"Haha, mata tuan muda sangat bagus! Ini adalah teras raksasa daripada raksasa bermagik tahap 1 bernama Rubah Swallow Wood. Ini adalah satu teras berkualiti tinggi! Kumpulan Gigi Tajam kami telah menunggu 3 hari sebelum menyerang hendap 5 ekor Rubah Swallow Wood dan akhirnya berjaya mendapatkan teras magik ini…" Melihat pakaian mewah Xiao Yan, pekedai itu cepat-cepat mengiklankan barang-barangnya.
"Kalau tuan muda suka objek ini, saya rasa 500 syiling emas adalah satu harga yang berpatutan. Haha, untuk memperolehi teras ini, ada beberapa saudara kumpulan saya tercedera…"
Xiao Yan dengan perlahan mengelap darah di atas teras magik tersebut, dia perasan bahawa darah itu belum kering lagi. Dia mengangguk perlahan dan memandang ke arah dada pekedai itu dan ternampak dua bintang emas seraya menegur, "Terlalu mahal! Biasanya, harga teras magik tahap 1 hanyalah di antara 400 hingga 450 syiling emas, lagipun, walaupun Rubah Swallow Wood adalah seekor raksasa bermagik, kuasa serangannya tidaklah tinggi sangat. Orang-orang bawahan awak bukan Dou Zhe ke?"
Sudut bibirnya tersentak, pekedai itu ketawa. Dia tidak jangka bahawa remaja yang berdiri di depannya itu sangat berilmu terhadap pasaran teras raksasa dan menjawab, "470 syiling emas, tak lebih tak kurang, itu saja yang saya boleh bagi…"
"Hahh…" Mengeluh di depan mata pekedai yang panik itu, Xiao Yan membongkok dan secara rawak mengambil barang-barang dalam kedai itu, termasuk kepingan logam misteri itu. Lalu dia berkata, "470 syiling emas untuk semua ini…"
Melihat barang-barang di tangan Xiao Yan, pekedai itu menghembus nafas lega apabila barang-barang di tangan Xiao Yan tidaklah begitu mahal…
"Baik!"
Mengeluarkan syiling emas dengan gembira, Xiao Yan tidak membazirkan masa dan terus meninggalkan kedai itu dengan segera…
"Haha! Budak, beli barang pun awak begitu berkira!" Suara orang tua di dalam cincin mengejek Xiao Yan di dalam kepalanya apabila dia berpusing untuk meninggalkan kedai tersebut.
"Mereka semua itu adalah penipu, mereka akan menaikkan harga kalau awak menunjukkan minat terhadap barang-barang mereka. Saya tak nak membazirkan duit untuk benda bodoh sebegitu…" Selepas menjawab, Xiao Yan berhenti memberikan perhatian kepada orang tua di dalam cincinnya lalu meninggalkan pasar dan kembali ke puaknya dengan Xun Er.
Selepas berpisah dengan Xun Er, Xiao Yan berlari ke bilik dan mengunci pintu dengan berhati-hati…
Memusing kepalanya dan melihat Tokoh yang telah keluar dari cincinnya sejak entah bila, Xiao Yan mengeluarkan herba dan teras magik yang dibeli. Dia berkata, "Semua bahan dah ada di sini, apa yang kita kena buat?"
Tokoh itu ketawa riang dan pandangannya meneliti bahan di meja tersebut sebelum bertanya, "Awak tak nak tahu apa benda kepingan logam hitam itu?"
"Eh?" Xiao Yan berhenti seketika sebelum menyedari dia sedang merujuk kepada belian "tidak sengaja" itu. Dia mengambil keluar Kepingan Logam Hitam dan meneliti dari atas ke bawah. Tetapi selepas meneliti benda itu untuk seketika, keningnya mengerut dan bertanya, "Ini, untuk apa?"
Yao Lao mengambil Kepingan Logam Hitam itu dan ketawa. "Benda ini macam ada Teknik Dou di dalamnya. Dan, pencipta kepingan logam ini mungkin seorang ahli alkimia juga sebab hanya orang yang mempunyai pengertian roh yang kuat dapat merasai kuasa di dalam kepingan logam ini."
"Teknik Dou?" Mata Xiao Yan terbeliak dan bertanya dengan segera, "Tahap apa?"
Di Tanah Besar Dou Qi, kepentingan Teknik Dou tidaklah kurang daripada Kaedah Qi. Satu Teknik Dou yang bagus boleh membantu seseorang menjadi lebih kuat daripada tahap kemampuannya. Sebagai contoh, seorang Dou Zhe boleh berlawan dengan seorang Dou Shi sungguhpun Dou Qinya kurang.
Teknik Dou dan Kaedah Qi boleh dibahagikan kepada 4 tahap kuasa iaitu Huang, Xuan, Di dan Tian. Biasanya, Teknik Dou yang boleh didapati dengan mudah adalah paling tinggi Tahap Huang Tinggi dan untuk mendapatkan Teknik Dou yang lebih tinggi, seseorang itu perlu pergi ke puak atau kaum yang lebih besar.
Sudah tentu, Tanah Besar Dou Qi sangat luas dan terdapat beberapa keadaan istimewa di mana Teknik Dou tinggi yang hilang akan dijumpai oleh individu yang bernasib baik. Keping logam hitam yang di dalam simpanan Xiao Yan sekarang mungkin dicipta oleh seseorang yang telah menghilangkannya…
Yao Lao memusingkan kepingan logam itu dan tersenyum. "Tangan Vakum: Tahap Xuan Rendah!"
"Tahap Xuan Rendah?" Muka Xiao Yan kelihatan gembira; dia tidak sangka "sampah" yang dia beli itu mempunyai Teknik Dou Tahap Xuan. Di Puak Xiao, Teknik Dou tertinggi adalah di Tahap Xuan Sederhana dan hanya ketua puak dan beberapa tokoh kanan boleh mempelajarinya."
"Tangan Vakum: Kalau dilatih sehingga maksima, ia boleh menyedut batu tongkol yang beratnya berpuluh-puluh ribu paun. Berdepan dengan musuh, ia boleh menyedut keluar darah daripada badan seseorang secara paksaan."
"Menyedut darah dengan paksaan?" Mukanya penuh dengan kejutan, Xiao Yan menelan air liurnya dan berkata, "Ini…Ini hebat sangat!" Apabila darah itu meninggalkan tubuh seseorang, mereka akan mati, kan?"
"Jangan terlalu gembira. Ini hanya boleh berjaya kalau tahap awak lebih tinggi daripada lawan awak. Kalau awak berjumpa dengan seseorang yang lebih hebat, mereka boleh menggunakan peluang ini untuk mendekati awak dan orang yang tidak bernasib baik ialah awak…" Yao Lao dengan bersahaja membuang kepingan logam itu ke tepi, dia tidak rasa Teknik Dou itu hebat sangat.
Yao Lao merupakan seseorang yang berstatus tinggi dan secara semula jadi dia mempunyai standard tersendiri untuk sesetengah benda, tetapi bagi Xiao Yan, ini adalah satu tahap Teknik Dou yang tinggi! Dia mengangkat logam itu dan ketawa. "Ia tetap lebih baik daripada Teknik Dou di puak saya. Saya akan belajar teknik ini dari sekarang…"
"Haha, dengan 3 Duan Qi awak, ia sudah sangat bagus kalau awak boleh menyedut dahan pokok dengan Tangan Vakum awak dan awak pula nak menyedut darah seseorang…" Menggeleng kepalanya, Yao Lao mengkritik Xiao Yan.
Menggerakkan matanya dengan perasaan meluat, Xiao Yan tidak menghiraukan komen Yao Lao dan tersenyum sambil memeluk kepingan logam tersebut.
"Tengoklah, satu Teknik Dou yang Rendah sudah membuatkan awak gembira. Awak ini sangat memalukan saya…" Menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya, Yao Lao mengambil teras raksasa di atas meja dan mengarahkan Xiao Yan, "Pergi dapatkan satu tong besar berisi air."
Melihat Yao Lao sudah memulakan penapisan pil, Xiao Yan meletakkan Kepingan Logam Hitam itu dan memulakan persediaannya…
…..
Di bilik yang tenang itu, Yao Lao mengangkat Bluegrass Berdaun Ungu dengan tangan kiri. Selepas beberapa waktu, dia menghembus nafasnya dan satu api putih muncul di tangannya…
Apabila api itu muncul, suhu di bilik itu naik dengan mendadak.
Tanpa mengelip, Xiao Yan memandang tajam pada bebola api putih itu. Walaupun dia tidak mempunyai tahu memproses penapisan pil oleh Alkimia, untuk memampatkan Dou Qi adalah satu tugas yang mustahil walaupun bagi ayahnya…
Dengan wajah yang tenang, api putih di tangan Yao Lao mengembang dan menelan Bluegrass Berdaun Ungu itu… Di dalam api tersebut, Bluegrass Berdaun Ungu itu menjadi bebola cecair hijau…
Tangan kanan Yao Lao mengambil lagi satu Bluegrass Berdaun Ungu dan membuangnya ke dalam api hijau itu…
Selepas melontar ketiga-tiga Bluegrass ke dalam api, bola cecair hijau itu menjadi lebih besar dan nyata.
Cecair hijau itu mengerekot di dalam api dengan perlahan; suhu yang tinggi itu sedang membakar cemaran di dalam cecair hijau…
Di dalam api, isi padu cecair hijau menjadi lebih kecil dan kecil. Selepas beberapa saat, ia hanyalah bersaiz ibu jejari…
Selepas itu, Yao Lao membuang dua tangkai Bunga Cucian Tulang ke dalam api dan selepas habis membakar, cecair yang tinggal itu dicampur dengan cecair hijau yang asal…
Selepas itu ialah penapisan teras raksasa.
Langkah ketiga mengambil masa satu jam dan Yao Lao masih bertenaga dan tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan.
Selepas satu jam, teras raksasa yang tahan lasak itu menjadi satu bebola cecair hijau. Tenaga buas di dalam teras raksasa itu dilembutkan oleh rumusan magik Yao Lao…
Di tangannya, api putih itu hilang dengan perlahan.
Melihat bebola hijau yang sedang terapung di atas tangan Yao Lao, Xiao Yan menggosok kedua-dua tangannya. Dengan Pengertian Rohnya yang tinggi, dia boleh merasai tenaga yang dikeluarkan oleh bebola itu…
"Tok guru, adakah perlu saya memakannya?" Bertanya Xiao Yan dengan tidak sabar.
"Kalau awak nak mati, makanlah. Dengan aliran Qi awak, awak akan menjadi seorang si cacat yang betul kali ini." Memberi Xiao Yan satu pandangan yang tajam, Yao Lao menjentik bola itu dan masuk ke dalam tong berisi air. Air jernih di dalam mangkuk itu menjadi hijau tua.
"Dari sekarang, awak kena berlatih di sini. Dengan bakat awak dan jika tiada masalah, awak patut boleh mendapatkan 7 Duan Qi dalam masa satu tahun." Yao Lao menepuk habuk di tangannya dan tersenyum sedikit melihat Xiao Yan.
Dengan kegembiraan, Xiao Yan mengangguk kepalanya.
"Oh, saya hampir terlupa. Ubat ini hanya boleh bertahan untuk dua bulan. Maknanya, awak mesti membeli bahan-bahan ini setiap dua bulan sekali." Yao Lao menunjukkan satu senyuman yang nakal.
Kegembiraan Xiao Yan terus terpadam dan dia mengangguk lesu..
'Celaka, benda ini hanya untuk orang berada sahaja…'