Kehangatan cahaya matahari memercik melalui tingkap bilik yang kemas itu.
Di dalam bilik itu, seorang pemuda yang tidak berbaju sedang duduk bersila di dalam tong kayu. Kedua-dua tangannya dikait dengan simbol yang aneh. Kedua-dua matanya ditutup dengan rapat dan nafasnya amat tenang tetapi kuat.
Di dalam tong air di bawahnya, satu cecair hijau misteri bersinar dengan pelik.
Cecair hijau itu disejat kering sedikit demi sedikit apabila sedang berlatih, sambil memgeluarkan udara yang kehijauan. Aliran udara itu naik ke atas dengan perlahan dan memasuki hidung pemuda itu tatkala beliau menarik nafas.
Apabila aliran itu memasuki tubuhnya, wajah pemuda itu menjadi kilat dan lembut seperti Jed Putih.
Pemuda itu tersenyum senang apabila dia merasai Dou Qi di dalam tubuhnya semakin meningkat.
Selepas memastikan semua berjalan lancar, lelaki muda itu tidak berhenti di sana. Dia masih menutup rapat matanya dan mengekalkan tangannya di posisi yang sama. Dia tidak bergerak langsung dan mengekalkan posisi efisien lalu menyedut tenaga di dalam cecair hijau itu dengan perasaan tamak.
Cecair hijau yang melekat di tubuhnya diserap oleh kulit badannya, sambil menguatkan tulang dan membersihkan aliran Qi dia…
Di bawah serapan pemuda itu, udara hijau semakin banyak terkeluar daripada tong air secara perlahan, ia menjadi pekat dan menutupi tubuhnya dengan kabus yang tebal.
Tanpa menghentikan latihannya, cahaya matahari yang terang itu menjadi lemah dan biliknya menjadi semakin sejuk.
….
Pemuda itu menarik nafas yang kuat ketika dilitupi kabus dan bulu keningnya mengetap sebelum membuka mata untuk menunjukkan satu pasang mata yang hitam dan gelap.
Di dalam kegelapan itu, ternampak satu pancaran putih dengan kiasan hijau.
Menghembus nafasnya dengan perlahan, pemuda itu berdiri dan air sejuk di tubuhnya mula mengalir. Meregangkan badannya dan merasai Dou Qi, pemuda itu berkata dengan yakin, "Dengan kepantasan ini, saya akan sampai ke 5 Duan Qi dalam masa dua bulan…"
Selepas menyediakan semua benda yang dikehendaki, Xiao Yan berada di dalam biliknya untuk setengah bulan. Ketika di dalam biliknya, selain makan dan mandi, dia tidak berhenti berlatih Qi-nya.
Sungguhpun latihan ini adalah amat bosan dan letih, ia tidak dapat dibandingkan dengan ejekan dan sindiran yang Xiao Yan perlu bertahan selama 3 tahun ini.
Tiga tahun penuh dengan sindiran telah mengajarnya kepentingan untuk mempunyai kekuatan di dunia ini…
Sungguhpun masa telah berlalu dengan keletihan, keputusannya memuaskan..
Kesan daripada ubat penawar Yao Lao adalah lebih kuat daripada jangkaan Xiao Yan dan Yao Lao juga berfikir sebegitu. Yao Lao telah meramalkan bahawa ia akan mengambil masa satu bulan untuk Xiao Yan mendapatkan 4 Duan Qi, tetapi Xiao Yan hanya mengambil separuh masa yang diramalkan…
Dengan ini, Yao Lao juga terkejut dengan kepantasan dan kecekapan Xiao Yan melatih Qi-nya. Sungguhpun Xiao Yan pernah melakukannya sebelum ini, kepantasan yang sedang dilalui sekarang, bukankah ia amat sukar dipercayai?
Bahagian yang paling penting dan sukar tentang latihan Dou Qi ialah keasasannya. Berlatih ke tahap 10 Duan Qi akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun… Sudah tentu, apabila seseorang menjadi seorang Dou Zhe, kepantasan latihan mereka akan meningkat dengan mendadak. Jika seseorang boleh menaikkan Duan Qi mereka sebelum mereka menjadi Dou Zhe, orang tersebut akan mendapat beberapa bintang dalam masa satu tahun selepas menjadi seorang Dou Zhe…
Justeru itu, peningkatan Xiao Yan dalam setengah bulan ini adalah mengejutkan.
….
Melangkah keluar daripada tong mandi itu, Xiao Yan melihat balik ke dalam tong yang mempunyai cecair hijau muda itu. Warna itu menjadi hijau muda disebabkan oleh latihannya dan dengan tidak bermaya dia menggelengkan kepalanya lalu berbisik, "Bolehkah aku bertahan untuk satu setengah bulan lagi?"
Mengelap air di tubuhnya, Xiao Yan memakai pakaian bersih dan merangkak naik ke katil dan tilam empuknya. Selepas berbuat demikian, dia mencapai di belakang bantalnya dan mengeluarkan satu kepingan logam hitam.
Karat di kepingan logam itu sudah dibersihkan oleh Xiao Yan itu menunjukkan satu permukaan yang bersinar. Ia sangat bermisteri.
Untuk setengah bulan yang lepas, Xiao Yan mengkaji kepingan logam itu yang mempunyai Teknik Dou Tahap Xuan Rendah setiap kali dia berehat daripada latihan Qi-nya.
Dalam setengah bulan ini, di bawah arahan Yao Lao, Xiao Yan akhirnya mendapat sedikit pemahaman tentang teknik itu. Tetapi disebabkan kekurangan Dou Qi, dia tidak dapat menggunakannya dan ini menyebabkan Xiao Yan sedikit kesal.
…..
Meletakkan kepingan logam itu di antara tapak tangan, Xiao Yan menutup matanya dan menggunakan pengertian roh dia untuk mengkaji kepingan logam hitam itu.
Dengan ketenangan nafas Xiao Yan, bilik itu menjadi tenang.
Kesunyian yang panjang berlalu sebelum Xiao Yan membuka matanya dan mengangkat tinggi tangan kanannya. Tangan kanannya dibentukkan menjadi satu bentuk kuku binatang dan dengan Dou Qi yang ringan, dalam paksaan Xiao Yan, segera melalui beberapa Qi dan titik tekanan pada tapak tangan untuk menjadi satu kuasa tarikan.
"Pang…!!"
Bekas bunga seramik yang dihala oleh Xiao Yan itu terjatuh daripada mejanya. Bekas bunga itu pecah.
"Hah, sungguhpun Teknik Dou ini hanyalah di tahap Xuan, Dou Qi saya adalah terlalu rendah dan saya tidak boleh menggunakan teknik ini." Melihat bekas bunga yang pecah itu, Xiao Yan berbisik sendirian, 'Melihat kuasa yang ada sekarang, jika saya ingin mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menyedut seseorang ke arah saya, saya mesti berada di 7 Duan Qi."
"Lantaklah, mari kita pergi ke dewan puak untuk mencari Teknik Dou yang bertahap rendah. Tangan vakum ini, ia tidak berguna untuk masa sekarang. Tetapi sejak saya boleh melatih Dou Qi saya, saya tidak perlu menggunakan kaedah bodoh saya yang dulu lagi…" Mengeluh sekali lagi, Xiao Yan turun dari katilnya dan merenung ke arah cincin hitam yang tidak bergerak itu sebelum meninggalkan rumahnya.
Sambil menyesuaikan matanya dengan pancaran matahari, Xiao Yan menutup pintu dan berjalan ke arah lorong batu di belakang bilik puaknya dengan longlai.
Di tepi lorong batu itu adalah pokok willow hijau zamrud. Kehijauan yang indah itu melegakan berbanding dengan kepanasan daripada matahari.
Berjalan ke lorong yang lain, Xiao Yan ditegur dengan satu deraian ketawa seorang gadis muda.
Disebabkan ketenangannya terjejas, Xiao Yan mengerut keningnya dan mengikut sumber suara itu, dia ternampak dua gadis muda sedang berjalan ke arahnya dari lorong yang berlainan.
Dikerumuni oleh ramai gadis, seorang darinya, iaitu yang tercantik sedang ketawa. Wajahnya yang cantik itu telah menutupi gadis-gadis lain di dalam kumpulan.
Gadis itu ialah Xiao Mei, yang berada di posisi kedua selepas Xun Er di ujian Dou Qi.
Melihat gadis yang pernah memanggilnya abang, wajah Xiao Yan segera bertukar. Menggeleng kepalanya, Xiao Yan mengalihkan pandangannya.
Apabila Xiao Mei sampai ke lorong Xiao Yan, tawanya terhenti apabila dia ternampak Xiao Yan.
Pancaran matahari telah menjadikan pemuda yang tangannya terletak di belakang kepala itu menjadi bertambah kacak.
Sepasang mata bundar memandang ke arah pemuda yang sedang mendekatinya. Dia cuba untuk membezakan jika senyuman di bibir pemuda itu adalah senyuman senang atau sindiran. Tiba-tiba, dia terasa bahawa dia telah kehilangan sesuatu benda…
Tiga tahun yang lepas, di sudut bibir pemuda itu turut mempunyai lingkungan senyuman yang sama.