Tidak menghiraukan renungan dingin di belakangnya, Xiao Yan memegang erat dan mendaftar keluar skrol tersebut dengan pengurus Dewan Teknik Dou. Selepas itu, dia bersama Xun Er berjalan keluar dari dewan sambil berbual.
"Budak, kau tunggu. Apabila kau ditendang keluar dari puak, aku ada banyak masa untuk membalas dendam! Tanpa perlindungan dari ketua puak, kau ini sampah!" Melihat Xiao Yan yang hilang dari pandangannya, dada Xiao Ning terasa panas dek marah. Melepaskan geram, dia memukul rak buku di sebelahnya sehingga meninggalkan kesan tapak tangan.
Selepas meninggalkan Dewan Teknik Dou, Xiao Yan menemani Xun Er bersiar-siar di gunung berdekatan sepanjang hari sebelum kembali ke biliknya apabila menjelang malam.
Ketika berada di dalam biliknya, bahu Xiao Yan melentur ke bawah. Setelah meletak skrolnya di meja berdekatan dan meminum secawan teh, dia berkata bersendirian dengan letih, "Perempuan ini sajalah."
"Sejarah gadis itu juga bukan normal." Satu suara tua kedengaran di dalam bilik tersebut.
Mengangkat kepalanya dengan letih dan melihat Yao Lao yang kelihatan seperti hantu, Xiao Yan bertanya, "Tok guru tahu sejarah dia?"
"Hehe, saya rasa saya mungkin tahu serba sedikit…" Senyum Yao Lao tetapi melihat renungan ingin tahu Xiao Yan, dia berkata, "Jangan tanya. Tidak berguna untuk awak sekarang. Jadi, lebih baik jangan membazirkan usaha awak. Apa yang saya boleh katakan dia agak berpengaruh."
Xiao Yan menunjukkan perasaan jelik, dia mengangkat jari tengahnya ke arah Yao Lao.
…..
"Mana awak dapat sampah ini? Awak ingat awak ada banyak masa?" Yao Lao menuju ke meja dan melihat skrol itu, kemudian meletakkannya semula ke atas meja.
"Sampah?" Kata Xiao Yan, "Selain Tangan Vakum, saya tidak tahu Teknik Dou yang lain. Sebelum ini, saya hanya tahu berlatih dengan bersungguh-sungguh dan tidak pernah belajar sebarang Teknik Dou dan hanya Teknik Dou Tahap Huang saja yang boleh dipelajari oleh puak saya. Kalau saya tak belajar ini, apa yang saya nak guna untuk menewaskan orang di Upacara Kedewasaan nanti?".
"Ohh, jadi awak nak menipu satu Teknik Dou dari saya, kan…" Yao Lao yang licik itu memahami niat Xiao Yan dengan segera.
Sungguhpun rancangan Xiao Yan terbongkar, dia tidak berpura-pura dan sebaliknya dia melihat Yao Lao dengan mata yang kesian.
"Apa yang hebat sangat dengan Teknik Dou? Selepas awak mempelajari Alkimia, orang akan berebut untuk menghantar awak Teknik Dou yang tinggi sebagai hadiah!" Yao Lao tersenyum sedikit dan tidak menghiraukan muka Xiao Yan yang menjadi gelap.
"Tetapi saya perlu ada Teknik Dou tahap tinggi, Sekarang!" Kata Xiao Yan dengan sedih.
Melihat Xiao Yan yang sedih itu, Yao Lao ketawa dengan riang. "Lantaklah. Nasib baik awak anak murid saya, walaupun sangat menyedihkan. Untuk mengelakkan dari menjadi "si lumpuh", saya akan ajar awak sesuatu!"
Mendengar kata-kata Yao Lao, Xiao Yan menjadi gembira. Dia sungguh hairan apa jenis Teknik Dou yang tok guru misteri ini akan berikan.
"Sungguhpun tangan vakum awak di Tahap Xuan, ia satu teknik yang lemah di tahap itu. Dou Qi awak tidak begitu kuat sekarang, jadi saya akan ajar awak Teknik Dou yang berada di Tahap Xuan tetapi ia perlukan awak berada di 5 Duan Qi untuk menjadi satu teknik berguna."
Peringkat mana Tahap Dou itu?" Mendengar teknik yang akan diajar itu adalah Teknik Dou Tahap Xuan yang lain, mata Xiao Yan menjadi terang dan dia bertanya sambil menjilat bibirnya.
"Saya rasa ia di Tahap Xuan Tinggi. Kalau tak silap, pencipta Teknik Dou itu merayu saya untuk menerimanya. Sungguhpun saya tidak berminat dengan benda-benda ini, dia sangat berazam jadi saya terima dan membuatnya satu pil." Yao Lao berkata dengan senang. Perbualan bersahaja Yao Lao membuatkan Teknik Dou Tahap Xuan itu nampak seperti sampah!
"Tahap Xuan Tinggi? Merayu awak mengambilnya?" Beberapa garisan hitam mula muncul di dahi Xiao Yan. Teknik yang berada di peringkat yang lebih tinggi daripada semua Teknik-Teknik Dou di Puak Xiao, tetapi Yao Lao membuatkannya seperti sesuatu yang tidak berguna! Xiao Yan tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Dia tidak tahu sama ada dia hendak menangis atau ketawa dengan jawapan Yao Lao.
"Tutup mata awak dan tumpukan perhatian, saya akan ajar awak." Selepas mengarah Xiao Yan, Yao Lao menghala jarinya ke dahi Xiao Yan dan menepuknya dengan ringan.
Dengan sakit kepala yang ringan, Xiao Yan merasai informasi yang banyak mengisi otaknya.
"Letupan Oktana : Teknik Dou Tahap Xuan Tinggi, Teknik Dou pertempuran jarak dekat. Apabila dimahiri, serangannya mempunyai 8 kuasa yang berlainan yang boleh ditimbun dan kuasanya bersamaan dengan Teknik Dou Tahap Di Rendah!
Kesedarannya kembali dengan perlahan dan cepat-cepat membaca informasi yang diperolehinya, Xiao Yan menghembus nafas dengan kuat. 'Serangan yang bersamaan dengan Teknik Dou Tahap Di Rendah?'
Di Tanah Besar Dou Qi, tidak kira ia adalah Teknik Dou atau Kaedah Qi, perbezaan di antara teknik tahap Xuan dan tahap Di sangat besar. Teknik tahap Di di tahap berlainan namun Letupan Oktana ini mendakwa ia boleh mengatasi teknik tahap Di dengan serangannya!
Menelan air liurnya, mata Xiao Yan menjadi kosong. Kalau saya betul-betul mempelajari Teknik Dou ini, saya mungkin boleh menewaskan Xiao Ning dengan 4 Duan Qi saya…
"Jangan terlalu tamak. Sungguhpun Letupan Oktana tidak mempunyai keperluan Dou Qi yang tinggi, ia masih akan menjejaskan tubuh awak. Teknik ini adalah Teknik Dou tempur jarak dekat dan dengan tangan dan kaki awak yang lemah, kalau awak menggunakannya, awak mungkin akan berakhir dengan kaki dan tangan patah sebelum awak sempat menyentuh lawan awak." Suara Yao Lao ibarat air sejuk yang tumpah sekaligus melenyapkan keseronokan Xiao Yan.
"Bagaimanakah saya hendak tingkatkan kekuatan tubuh saya?" Selepas berhenti seketika, Xiao Yan berkata dengan pantas.
"Meningkatkan Dou Qi ialah cara paling baik untuk meningkatkan kekuatan tubuh seorang. Dengan Dou Qi yang lebih tinggi, tubuh awak akan menjadi lebih kuat. Sudah tentu, kalau awak hendak cepat, awak perlu pendorong luaran." Mata Yao Lao berkelip-kelip dengan kenakalan.
"Pendorong luaran apa?" Melihat senyuman Yao Lao, Xiao Yan merasakan satu perasaan yang bahaya.
"Kena pukul! Lagi banyak awak dipukul, lagi bagus!" Yao Lao ketawa dingin sedangkan wajah Xiao Yan menjadi kaku.