Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 19 - Latihan Kejam

Chapter 19 - Latihan Kejam

Di awal pagi, kabus telah menyembunyikan puncak-puncak berhampiran dan sedang bergerak dengan perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu pergi dan tiba-tiba kedengaran suara seseorang mengerang kesakitan.

Di sebalik puncak itu, di satu alur yang tersembunyi , kedua-dua kaki Xiao Yan dimasukkan ke dalam tanah seperti tunggul kayu. Jari kakinya berpaut di dalam tanah sambil mengetap giginya dan peluh sejuk mencurah-curah dari dahinya. Dia hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju menampakkan parut silang-menyilang.

Di belakang Xiao Yan adalah Yao Lao yang berada di mod kerohanian, menyilangkan kakinya di atas batu yang besar. Muka dia serius merenung Xiao Yang yang sedang mengetap giginya melawan kesakitan dan tapak tangannya menghayun ke atas.

Mengikut tapak tangan Yao Lao, satu Dou Qi merah dimampatkan dan ditembak dari tapak tangan Yao Lao. Seperti cemeti, ia memukul bahu Xiao Yan dengan kasar lalu meninggalkan satu lebam yang panjang.

Di sudut bibirnya menggeletar dalam kesakitan, Xiao Yan menarik nafas dingin melalui ruang giginya sebagai respons kepada kesakitan itu. Bahu Xiao Yan menjadi kebas dan satu ombak kesakitan bergerak sampai ke jantungnya. Di bawah kesakitan yang kejam itu, Xiao Yan merasai kakinya menjadi lembik dan hampir hilang imbangan…

Di dalam kesakitan yang amat sangat, Dou Qi lemah di dalam Xiao Yan menjadi lebih rancak dari dulu dan dengan pantas mengalir melalui aliran Qi dan titik tekanan di bahu Xiao Yan. Qi itu meresap ke dalam tulang Xiao Yan dan proses ini menjadikan Xiao Yan lebih kuat.

"Lagi!" Apabila kesakitan di bahunya hilang dengan perlahan, muka muda Xiao Yan yang penuh dengan ketekunan dan kedegilan menjerit sambil mengetap giginya.

Melihat ketekunan Xiao Yan, senyuman puas muncul di muka tua Yao Lao. Mengangguk dengan perlahan, satu Dou Qi merah ditembak keluar dari tapak tangannya sekali lagi.

"Bang, Bang, Bang…" Di dalam hutan kecil itu,setiap tembakan yang mengena Xiao Yan, satu suara kesakitan boleh didengari.

Setiap serangan Yao Lao terkena pada titik badan Xiao Yan secara tepat. Serangan itu tidak mengancam nyawa Xiao Yan secara serius tetapi ia masih menyebabkan kesakitan maksimum.

Kesakitan daripada serangan Dou Qi itu tidak dapat dibayangkan, menampakkan azab di wajah Xiao Yan

Di tubuhnya, dengan hayunan dari Yao Lao, lagi banyak parut silang-menyilang muncul…

"Bang!" Satu lagi Dou Qi yang dimampatkan ditembak dan Xiao Yan akhirnya mencapai tahap maksimumnya. Dengan kakinya yang lemah, dia terjatuh lumpuh.

Menarik nafas dengan kuat, Xiao Yan mengelap peluh sejuk di dahinya dan mengangkat kepalanya untuk menunjukkan satu senyuman kasar, dia bertanya, "Tok guru, apa macam?"

"Bagus, awak mampu menerima 84 pukulan Dou Qi hari ini. Ini sudah lebih baik daripada masa awak bermula setengah bulan yang lalu dan hanya menerima 9 pukulan…" Yao Lao mengukir senyuman di wajahnya dan mengangguk. Matanya menunjukkan perasaan terkejut, dalam setengah bulan ini, ketabahan yang Xiao Yan pamerkan jauh lebih baik daripada yang dijangkakan. Sebagai contoh, Yao Lao pada mulanya menyangka tahap maksimum Xiao Yan hari ini hanya 70 pukulan Dou Qi tetapi dia bertahan sampai 84 pukulan. Yao Lao tidak dapat menahan dirinya mengagumi Xiao Yan.

Selepas mendengar kata-kata Yao Lao, Xiao Yan menghembus nafas kuat dan terjatuh ke tanah. Apabila dia mendapat kembali kekuatannya, dia berdiri dengan perlahan-lahan dan memakai pakaian yang yang diletakkan di batu berhampiran.

Apabila fabrik pakaiannya menyentuh luka Xiao Yan, dia menggigil dan mengetap giginya.

Yao Lao yang lut sinar itu bertukar menjadi pancaran cahaya dan hilang ke dalam cincin hitam. Sebelum menghilang diri, dia meninggalkan kata-kata yang diulang banyak kali, "Cepat balik dan rendamkan diri awak di dalam Penawar Asas supaya darah yang tersekat tidak meninggalkan luka yang tersembunyi!"

Mengangguk, Xiao Yan meninggalkan hutan tersebut.

….

Sebaik sampai ke biliknya sambil menahan kesakitan, dia menanggalkan pakaiannya sekali lagi dan terus masuk ke dalam tong kayu yang diisi cecair hijau.

Cecair hijau sejuk itu mengurangkan kesakitan di kulit badan dan Xiao Yan menutup matanya dengan perlahan, lalu menikmati cecair yang sedang mengalir di kulitnya.

Selepas seketika, nafas Xiao Yan yang pantas menjadi tenang dan perlahan. Dia juga mengambil masa itu untuk berdengkur! Selepas pukulan yang menyakitka, Xiao Yan tidak dapat menahan kelesuan badan dan mental lalu tertidur…

Semasa Xiao Yan sedang tidur, cecair hijau itu mengalir dan satu tenaga aman sedang diserap ke dalam liang roma kulit Xiao Yan. Cecair itu membersihkan darah tersekat dan pada masa yang sama, ia menyegarkan dan menguatkan otot-otot yang sudah mencapai hadnya…

Sambil tertidur, badan Xiao Yan mencapai satu tahap yang baru!

Sambil menguatkan dan membaiki otot-otot Xiao Yan, cecair hijau itu menjadi nipis. Secara jelasnya, tenaga di cecair itu semakin berkurangan.

…..

Tanpa menyedari berapa lama dia tertidur, Xiao Yan hanya tahu pancaran matahari yang terik itu sudah menerangkan biliknya apabila dia bangun dari tidur.

Meregangkan tubuhnya, tulang Xiao Yan tiba-tiba mengeluarkan bunyi gemerincing. Apabila dia mengangkat kepalanya, dia menyedari bahawa seluruh tubuhnya penuh dengan tenaga dan kuasa. Xiao Yan tidak dapat menahan dirinya untuk menjerit, "Bagus!"

Semasa Xiao Yan melangkah keluar dari tong air kayu itu, dia ternampak mangkuk yang mempunyai Penawar Asas itu sudah menjadi air dan bukan lagi berwarna hijau.

"Penawar saya dah habis?" Menggaru hidungnya, Xiao Yan menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya. Tiba-tiba teringat sesuatu benda, dia menutup matanya dengan gembira dan mengesan Dou Qi-nya dengan berwaspada.

Beberapa waktu kemudian, Xiao Yan membuka matanya dan ketawa dengan riang. "Akhirnya, saya berada di 5 Duan Qi!"