Untuk mencapai 4 Duan Qi dalam setengah bulan dan 5 Duan Qi dalam satu setengah bulan kemudian ialah mustahil walaupun untuk Xiao Yan yang dahulu.
Sungguhpun berada di tahap yang lebih tinggi, meningkatkan Duan Qi seseorang akan menjadi lebih sukar. Melihat kelajuan Xiao Yan, untuk mencapai 7 Duan Qi tahun hadapan tidak menjadi masalah.
Sudah tentu, andaian ini dibuat jika Xiao Yan mempunyai Penawar Asas yang mencukupi. Atau, pukulan yang dia perlu hadapi setiap hari sebelum mencapai 7 Duan Qi mungkin membawa maut. Semua ini, tanpa Penawar Asas, badan lemah Xiao Yan tidak dapat bertahan dari kesan bahaya darah yang tersekat dan dia akan mati.
Justeru itu, apa yang Xiao Yan perlu lakukan sekarang ialah terus membeli lebih bahan untuk Penawar Asas. Bunyinya mudah, tetapi Xiao Yan mempunyai sedikit masalah…. dia kehabisan wang.
Sambil duduk di atas katil, Xiao Yan ketawa kelat. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan berada di dalam situasi kekok disebabkan oleh duit. Sambil mengira baki yang dahulu, 'Saya masih ada 900 Syiling Emas tetapi dengan wang ini, tentu sekali tidak cukup untuk membeli bahan gred yang sama.'
Menopang dagunya, mata Xiao Yan bersinar menunjukkan harapan. Tiba-tiba, dia bertanya, "Tok guru, untuk Bluegrass Berdaun Ungu dan Bunga Cucian Tulang, boleh kita guna tangkai yang lebih muda?"
"Boleh, tetapi kesannya tentu lebih lemah dan Penawar Asas yang ditapis oleh saya itu khas untuk awak sahaja."
Mengelip matanya, Xiao Yan tersenyum. "Tiada masalah, kita guna bahan gred paling teruk kali ini."
"Gred paling teruk? Kesannya buruk dan kau kena mengambil masa selama setengah tahun untuk mendapatkan Duan Qi yang seterusnya." Suara kecewa Yao Lao kedengaran.
"Tak cukup duit? Pergi pinjam daripada perempuan itu sekali lagi. Dengan latar belakangnya, berpuluh-puluh ribu Syiling Emas pun tidak menjadi masalah. Jika kau tak nak, kau boleh pinjam daripada ayah kau, kenapa kau mesti menggunakan bahan teruk dan memperlahankan kelajuan latihan kau…"
Mendengar cadangan Yao Lao, Xiao Yan menggeleng kepala. "Kita bercakap pasal isu integriti. Mana boleh saya sentiasa meminjam duit daripada seorang perempuan? Mengenai ayah saya pula, saya sudah mengelaknya selama dua bulan ini dan jika dia nak tahu kenapa saya perlukan duit, saya terpaksa dedahkan kewujudan awak?"
"Tunggu, cikgu, Penawar Asas ini, orang lain boleh menapis atau menciptanya?" Xiao Yan mengangkat keningnya sambil bertanya dengan tergesa-gesa seperti dia terfikir sesuatu benda.
"Hehe, budak, di Tanah Besar Dou Qi ini, terdapat herba yang banyak dan di dalam herba-herba ini, awak mesti mencari kombinasi yang boleh menenangkan tenaga hebat di dalam Teras Raksasa dan menapiskannya supaya seseorang boleh menyerapnya. Jika awak meletak herba secara rawak, kerosakan Relau Bagas Alkimia itu hanya masalah kecil sahaja, tetapi tenaga hebat yang meletup itu akan menjadi masalah besar awak, hehe… Penawar Asas ini dicipta selepas diuji kaji untuk beberapa tahun! Sudah tentu, di luar sana mungkin ada orang yang berjaya menciptanya dengan nasib tetapi peluang itu terlalu kecil."
"Tambahan pula, semasa penapisan, awak mesti memastikan kadar fius, kuantiti yang digunakan dan suhu api mesti sempurna. Awak mesti banyak membuat uji kaji dan mempunyai pengertian roh yang bagus untuk berbuat demikian. Jika tidak, kenapa setiap ahli Alkimia mempunyai seorang guru? Untuk menjadi seorang ahli Alkimia yang kuat ialah mustahil tanpa seorang guru. Masa yang digunakan untuk menguji kaji kombinasi herba akan memakan seluruh hidup awak!"
"Saya tidak boleh bercakap untuk seluruh Tanah Besar Dou Qi tetapi di Empayar Jia Ma, tiada orang yang mempunyai Penawar Asas yang dibuat oleh saya!" Pada masa ini, suara Yao Lao bergema, sedikit bangga.
Terkejut dengan kepayahan untuk mencipta Penawar Asas yang mungkin nampak mudah, Xiao Yan menjilat bibirnya. Apabila dia melihat Yao Lao menapis herba pada masa itu, ia nampak sangat mudah tetapi penjelasan Yao Lao menyedarkan Xiao Yan bahawa Alkimia ini bukanlah satu kerjaya yang senang.
Dunia Alkimia sangat besar dan bermisteri. Patutlah Alkimia dihormati di seluruh Tanah Besar Dou Qi.
Tetapi selepas itu, Xiao Yan mendapat satu idea. "Tok guru, saya tidak akan menggunakan Penawar Asas teruk untuk berlatih. Sebaliknya, saya akan melelongnya. Sungguhpun saya tidak ada banyak sekarang, selepas Penawar Asas itu dijual, saya akan mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli bahan berkualiti tinggi untuk membuat Penawar Asas. Betul tak?"
"Hmm… Boleh. Menjual pil sendiri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan untuk ahli Alkimia tetapi Penawar Asas ini di tahap paling rendah latihan ubatan jadi untuk menjualnya tidak akan menjadi masalah." Selepas berfikir seketika, Yao Lao berkata-kata.
Mendengar persetujuan Yao Lao, Xiao Yan tergesa-gesa keluar dari biliknya dan pergi mendapatkan bahan untuknya.
Disebabkan Xiao Yan tidak mempunyai herba berkualiti tinggi, dia memilih tangkai Bluegrass Berdaun Ungu dan Bunga Cucian Tulang paling muda di kedai farmasi dan untuk teras raksasa pula, dia membeli teras paling murah iaitu Teras Raksasa Tikus Kayu Hijau.
Selepas membeli bahannya, Xiao Yan terjumpa satu lorong tersembunyi dan mendapatkan Yao Lao untuk menapiskan bahan-bahan itu menjadi Penawar Asas.
Penawar Asas sekarang bukan sahaja mempunyai kesan yang teruk daripada yang dulu, ia juga mempunyai warna yang berlainan. Satu penawar yang berwarna jed hijau lut sinar sekarang menjadi hijau berbintik dan buruk…
Selepas meletak pil yang saiznya separuh daripada penumbuk Xiao Yan ke dalam satu botol Jed yang dibeli awal tadi, Xiao Yan menghela nafas lega.
Menyimpan botol Jed itu dengan baik, Xiao Yan meninggalkan lorong tersebut dan berlari ke arah Pusat Lelong terbesar Bandar Wu Tan.