Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 13 - Kepingan Logam Hitam

Chapter 13 - Kepingan Logam Hitam

Melihat Xun Er mengangguk, seperti mempercayai kata-kata Xiao Yan, Jia Lie Ao mengetap bibirnya. Dia menggenggam penumbuknya dan merenung pemuda yang tenang itu.

Melihat tuan muda mereka marah, orang bawahan Jia Lie Ao cepat-cepat melangkah ke hadapan dan mengelilingi kedua-dua Xiao Yan dan Xiao Xun. Renungan mereka menampakkan niat jahat.

Sungguhpun mereka berada di tengah-tengah pasar tersebut, terdapat beberapa orang berlegar dan memandang kumpulan Jia Lie Ao. Xiao Yan dan Jia Lie Ao mempunyai reputasi di Bandar Wu Tan. Xiao Yan merupakan seorang genius yang menjadi si lumpuh dan Jia Lie Ao pula dengan reputasinya sebagai seorang kaki perempuan. Sungguhpun mereka bukan terkenal untuk benda yang betul, mereka tetap dikenali di bandar tersebut.

Melihat pergerakan kumpulan Jia Lie Ao, kening Xiao Yan terangkat dan kiasan keyakinan mula muncul. Memusingkan kepalanya dengan perlahan, dia menyiul ke arah satu lokasi di dalam pasar tersebut.

Melihat aksi Xiao Yan, semua orang berpaling ke arah di mana Xiao Yan menyiul dan ternampak pengawal keselamatan pasar yang diketuai Pei En melangkah laju ke arah Xiao Yan.

Bersama beberapa pengawal, Pei En meluru ke arah Xiao Yan dan pengawal mengelilingi orang bawahan Jia Lie Ao yang mengepung Xiao Yan dan Xiao Xun.

"Tuan muda ketiga, ada masalah?" Berjalan menghadap Xiao Yan, Pei En merenung ke arah Jia Lie Ao dan bertanya Xiao Yan dengan hormat.

Xiao Yan bersenyum senang dan berpusing menghadap muka Jia Lie Ao yang sudah bertukar hijau. Dia berkata dengan selamba, "Tuan muda Jia Lie Ao, pasar ini dikawal oleh Puak Xiao, kau pasti kau nak berlawan di sini?"

Ketakutan Jia Lie Ao tampak nyata di matanya tetapi sempat mengejek Xiao Yan dengan berkata, "Kau cuma tahu bergantung pada puak sendiri? Kalau kau seorang lelaki…"

"Apa yang kau nak katakan ialah, kalau aku seorang lelaki, aku patut berdepan dengan kau satu lawan satu. Betul?" Xiao Yan melambaikan tangannya dan memotong kata-kata Jia Lie Ao.

Jia Lie Ao mengejek Xiao Yan sekali lagi dan mencabarnya. "Ya, kau takut?"

Melihat muka sombong Jia Lie Ao, Xiao Yan mengeluh dan meletak tangannya di atas dahinya. Selepas seketika, dia mengangkat kepala dan bahunya dan dengan perasaan lurus dan mentah, dia bertanya, "Tuan muda Jia Lie Ao, aku nak tanya, kau umur berapa sekarang?"

Bibir Jia Lie Ao mengetap dan tidak memberi respons kepada Xiao Yan.

"Lelaki dewasa, kau sudah berumur 21tahun. Berapakah umur aku? 15! Kau betul-betul nak berlawan dengan seorang budak yang belum melaksanakan upacara kedewasaannya? Kau tak rasa permintaan kau ini sedikit melampau, kau tak malu ke?" Riak wajah Xiao Yan yang tidak berdosa itu sangat realistik sehingga Xun Er yang sedang berdiri di sebelahnya tidak dapat bertahan lalu ketawa lembut.

"Haha…"

Mendengar kata-kata pemuda itu, orang ramai di sekeliling itu juga ketawa. Xiao Yan memang betul, pada usianya sekarang, Xiao Yan dianggap sebagai seorang budak tetapi Jia Lie Ao sudah dikira sebagai lelaki dewasa. Cabaran sebegini akan membuatkan semua orang memandang rendah terhadap Jia Lie Ao.

Derai ketawa orang ramai itu ibarat sebaldi air sejuk yang menenangkan Jia Lie Ao. Kematangan dan ketenangan Xiao Yan dalam menghadapi masalah, membuatkan orang melupakan usia Xiao Yan yang sebenar dan Jia Lie Ao pada masa itu baru tersedar lawannya hanya berumur 15 tahun.

Mengetap giginya, Jia Lie Ao melihat pengawal di belakang Xiao Yan dan sedar bahawa dia tidak mempunyai peluang untuk membalas kata-kata Xiao Yan pada hari ini. Dia hanya boleh menggeleng kepalanya dan berkata, "Satu tahun lagi dan kau akan melaksanakan upacara kedewasaan kau, kan? Hehe, aku rasa si lumpuh macam awak, selepas menghabiskan upacara itu, akan dihantar ke kampung yang terpencil dan miskin. Pada masa itu, kau tak akan ada kuasa untuk memasuki Bandar Wu Tan, sungguh kasihan."

Xiao Yan mengukir senyuman dan mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli.

Kelopak mata Jia Lie Ao berkedip. Dia tidak tahu mengapa tetapi apabila dia melihat wajah tenang pemuda di depannya, satu kemarahan sedang mendidih di dalamnya. Awak hanya seorang si cacat tetapi berlagak macam awak tahu semua benda…

Terpaksa menahan kemarahannya, Jia Lie Ao melepaskan satu keluhan dan dengan satu lambaian, mereka terus meninggalkan tempat tersebut.

"Oh ye…" Langkah dia berhenti, Jia Liao Ao teringat sesuatu dan berpusing balik lalu berkata, "Tuan muda Xiao Yan, aku dengar Puak Xiao telah membatalkan perkahwinan kau dengan Puak Nalan. Hehe, sebenarnya, tidak sangkalah. Tetapi dengan bakat Qi kau, kau memang tak secocok dengan Cik Nalan. Haha…" Selepas mengeluarkan kata-kata tersebut, Jia Lie Ao meninggalkan tempat tersebut sambil ketawa.

Renungan dingin Xiao Yan mengikuti Jia Lie Ao. Memegang erat tangan Xun Er yang ingin mengejar Jia Lie Ao , dia berkata dengan perlahan, "Dia hanyalah seekor anjing gila. Kalau dia gigit awak, kenapa awak nak gigit balik?"

"Tetapi dia… sudah melampau. Kita tak boleh lepaskan dia macam itu" Berkerut bulu kening Xun Er.

"Akan ada peluang yang lain…" Senyuman Xiao Yan seolah-olah menyindir dan suaranya yang dingin itu membuat Pei En gementar dan menggigil. Gigitan seekor singa tidaklah begitu menakutkan tetapi lain ceritanya dengan seekor singa yang sabar….sangat menakutkan…

"Pak Cik Pei En, maaf sebab mengganggu awak." Xiao Yan berpusing balik dan tersenyum lembut terhadap kumpulan Pei En. Suasana tegang sebentar tadi bertukar menjadi lega.

Kagum dengan kawalan emosi Xiao Yan, senyuman Pei En ditambahkan dengan rasa hormat. Sungguhpun Xiao Yan tidak mempunyai bakat baik, kebolehan mentalnya akan membawa dia ke puncak kejayaan.

"Haha, tuan muda ketiga bergurau ye. Ini adalah kawasan Puak Xiao, kami tidak akan membiarkan Puak Jia Lie membuat sesuka hati mereka di sini." Kata Pei En sambil tersenyum dan melihatkan Xiao Yan yang mula memerhati sekeliling, dia dengan segera meninggalkan tempat tersebut dengan orangnya.

Melihat Pei En dan pengawal lain meninggalkan tempat tersebut, Xiao Yan berpusing sambil meramas rambut Xun Er , berkata dengan sedikit tegas, "Satu teras raksasa tahap 1 membuatkan awak hilang moral? Awak kan tahu bagaimana orang seperti si Jia Lie Ao itu. Kalau awak ambil barangnya, dia tentu akan meminta sesuatu nanti."

Meluruskan rambutnya, Xun Er mengangkat tangannya sebagai tanda sumpah. "Dia nak beri kepada saya. Dia kata gelang itu percuma."

Xiao Yan tidak tahu bagaimana hendak menjawab Xun Er. Dia tidak tahu dia hendak ketawa atau menangis. "Itu pun bukan benda yang istimewa, awak perlukah buat sampai sebegitu? Jangan lupa, awak merupakan seorang genius muda Puak Xiao…"

Xun Er mengerutkan hidungnya dan mengangkat gelang di pergelangan tangannya. Dia mencela, "Jadi Abang Xiao Yan juga sedang memerhatikan Xun Er."

Xiao Yan berdiam dan menarik tangan Xun Er, dan berjalan ke dalam kedai-kedai di dalam pasar tersebut…

Selepas berjalan melepasi beberapa buah kedai, pergerakan Xiao Yan akhirnya berhenti. Dia membongkok dan merenung ke arah satu bulatan hijau yang mempunyai kesan darah di dalam kedai itu lalu berkata, "Saya dah jumpa ia."

Menggerakkan tangannya untuk mengambil teras raksasa itu, tiba-tiba tangannya menjadi kaku. Satu firasat yang aneh melanda pemikirannya…

Menjilat bibirnya, Xiao Yan terus mengambil teras raksasa tetapi pandangannya, dengan tidak sengaja, bergerak ke arah seberang kedai tersebut…

Seketika waktu itu, renungannya terhenti kepada satu kepingan logam hitam yang sedang dipamerkan di sebelah teras raksasa.

Kepingan Logam Hitam itu ternampak amat tua, berkarat dan mempunyai habuk yang tebal. Ia nampak macam baru digali.

"Hey, Budak Yan, belilah kepingan logam hitam itu, ia adalah benda yang bagus…"

Semasa Xiao Yan sedang keliru dengan perasaan yang kuat terhadap kepingan yang tidak berguna itu, Yao Lao bersuara di dalam mindanya.