Chereads / Renjer Malam / Chapter 45 - Patung Tanah

Chapter 45 - Patung Tanah

Efek dari dinding api sangat ketara, menahan dari gnoll mara untuk menyerang.

Tetapi ini hanya mampu menangguhkan masa seketika dan tak mencederakan gnoll.

Makin banyak gnoll yang datang dari celah kawasan timur, tekanan yang dialami oleh pengembara dan garison semakin meningkat.

Tetapi dinding api itu terletak di kawasan sempit dan ruang tertutup menyebabkan gnoll sukar untuk menyerang beramai-ramai.

Dalam situasi seperti ini, manusia mempunyai kelebihan.

Gru sebagai kapten pasukan Bramble memang seorang yang berbakat.

Dia menghalang kebanyakan musuh barisan hadapan bersendirian, setiap hayunan pedang besarnya membunuh dua atau lebih gnoll!

Kekuatan dia sangat mengagumkan!

Pengembara yang lain juga menjalankan tanggungjawab mereka.

Mereka semua mempunyai kemahiran tersendiri. Jika bertempur di medan pertempuran agak sukar untuk menunjukkan kelebihan mereka tetapi di kawasan yang sempit ini, mereka mampu menunjukkan kekuatan mereka dengan sepenuhnya.

Ini perkara yang Marvin telah ambil kira.

Pengembara tidak sesuai digunakan sebagai pasukan askar tetapi sangat efisien dalam pertempuran skala kecil.

Sebagai contoh, waktu sekarang mereka tidak perlu bantuan garison. Pasukan Lynx dan Bramble sudah cukup untuk menghalang gnoll.

Tetapi rintangan seperti ini hanya untuk sementara waktu.

Walaupun pengembara agak kuat, tetapi mereka akan kehabisan stamina juga.

Gnoll mempunyai kelebihan dari segi kuantiti.

Jika masih tidak dapat merendahkan moral mereka… Pihak manusia pasti akan tertewas.

"Kau mesti berjaya!"

Anna menikam tepat di jantung gnoll dengan pedangnya dan curi pandang ke arah timur.

Pergerakan Joey sangat perlahan.

Walaupun dari jarak ini, pergerakan yang laju akan menarik perhatian Penyihir itu.

Dia tidak merancang untuk melakukan perkara sia-sia seperti menyerang hendap Penyihir itu.

Lelaki itu mempunyai perintang halus di sekelilingnya. Perintang seperti ini mampu memesong serangan anak panah yang merupakan kelemahan pemanah.

Dan eye of pain dia juga kelemahan pembunuh hendap.

Dua benda ini menyukarkan untuk membunuh Penyihir Gnoll itu.

Untuk berjaya, Marvin dan Joey perlu bekerjasama dengan sempurna!

Joey menarik nafas dengan dalam dan meletakkan anak panah di busur.

Tiupan angin tidak sekata.

Tetapi fokus Penyihir gnoll itu tertumpu kepada medan pertempuran.

Dia langsung tidak perasan kehadiran dua orang yang ingin melakukan serangan hendap.

"Nasib baik…"

Joey mensasar dan melepaskan anak panah.

Woosh!

Kedudukan Joey terbongkar apabila anak panah terbang di udara.

Pengawal Penyihir itu terus perasan sesuatu yang tidak kena tetapi pada masa itu anak panah telah melepasi mereka.

Penyihir yang terkejut itu terus berundur setengah tapak. Tetapi agak mengejutkan, anak panah itu tidak menyasarkan dirinya.

Lagipun, anak panah itu dipanah dari sudut sukar dan terkena kawasan di depan kakinya.

"Adakah manusia itu pemanah yang tak bagus?"

Pengawal penyihir yang terkejut itu mula ketawa dengan sasaran Joey.

Tetapi Penyihir itu tiba-tiba mengeluarkan jeritan pelik!

Dia baru perasan terdapat tali yang terikat di hujung anak panah itu.

Penyihir itu juga mula perasan tidak jauh dari situ dalam jarak 60 meter, terdapat kelibat yang merangkak di tanah.

Marvin mula membaca jampi.

Tali yang nampak biasa itu mula bergerak, memisahkan diri dari anak panah dan terus melilit kaki Penyihir!

Tali Permintaan!

Walaupun ia cuma item luar biasa saja, jika digunakan dengan cerdik ketika dalam pertempuran, ia mampu mengubah keputusan pertempuran.

Penyihir itu pucat kerana ketakutan!

Dia kumat-kamit membaca jampi, sambil cuba untuk membebaskan diri dari ikatan tali.

Walaupun kelajuan jampinya agak laju tetapi Marvin lebih laju lagi!

Dia menarik tali dan kemudian membaca jampi yang lain!

Tali itu terus menjadi semakin ketat.

Penyihir itu terus tersadung jatuh ke tanah dan ditarik dengan kakinya.

Dia sampai di depan marvin tidak sampai dua nafas kemudian.

Pengawal gnoll itu terkedu, dan laungan dapat didengar.

Tetapi semuanya terlambat.

Joey tersenyum tenang.

Dia mula memanah menggunakan busurnya untuk membunuh pengawal gnoll itu.

"Dah selesai."

Dia berfikir.

Marvin tak pernah belas kasihan apabila musuh jatuh di dalam genggamannya.

Walaupun Penyihir gnoll itu bertindak balas cepat, tetapi tidak sepantas kerambit di tangan Marvin!

Penyihir yang ada dekat dengan Renjer ketika bertempur hanya ada satu kesudahan saja, mati.

"Thump! Thump! Thump!"

Tiga hunusan dari kerambit sudah memecahkan perintang Penyihir kepada cebisan. Sekali lagi serangan dari Marvin sudah cukup untuk mengelar leher Penyihir!

"Thud."

Leher gnoll telah dikelar, tetapi bunyi yang keluar agak pelik.

"Tunggu kejap…"

Marvin mula berasa sesuatu tidak kena!

"Tubuh badan Penyihir gnoll ini…"

Beberapa saat kemudian, tubuh badan Penyihir gnoll itu mula bertukar menjadi debu. Dalam sekelip mata, ia bertukar menjadi patung tanah berbentuk gnoll.

"Bangsat!" Marvin mencarut, "Patung tanah rupanya! Penyihir haram jadah! Dia memang sangat licik!"

Marvin belum lagi membunuh Penyihir gnoll tersebut!

Ini rupanya ialah patung tanah dengan muka Penyihir itu.

Penyihir yang sebenar masih menyorok di kalangan gnoll.

Joey melihat perkara ini berlaku dan berasa amat terkejut.

Tetapi pada masa ini, banyak suara yang ingin membunuh datang dari belakang bukit.

Gnoll adjutan yang menaiki dubuk mutasi, datang dengan mengetuai unit gnoll yang agresif bersedia untuk membunuh!

Sasaran mereka ialah Marvin!

"Habislah kita." Ini apa yang bermain di fikiran Joey ketika ini.

"Joey, kau balik dulu!" Jerit Marvin.

Dia membuat keputusan yang pantas pada waktu kritikal dan memberi arahan.

Marvin telah berada di kawasan musuh terlalu dalam. Dia tidak dapat melarikan diri dari gnoll adjutan dan dubuk mutasi yang ia tunggang.

Tetapi Joey berada jauh dari situ, jika dia menggunakan sepenuh tenaga untuk melarikan diri, dia pasti akan dapat lari dan kembali ke kem.

Pemanah itu berfikir untuk berpatah balik dan lari!

Kerana Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng berkata demikian, dia tidak akan tinggal lagi di situ tanpa sebab.

Rancangan telah gagal.

Penyihir gnoll itu sangat licik.

Tetapi sebelum dia melarikan diri, dia menunjuk ke arah tengah bala tentera gnoll!

Satu cahaya muncul dan kemudian satu kelibat besar dengan pedang diletak silang satu sama lain mendarat di badan gnoll yang pendek.

Itu rupanya Penyihir gnoll yang sebenar!

Joey telah tunjukkan kekuatan sebenar dia.

Tanda ini sudah cukup untuk membiarkan Marvin untuk selesaikan misi dia.

Selepas melakukan perbuatan ini, pemanah tersebut melarikan diri tanpa ragu.

Hanya Marvin saja yang tinggal berhadapan dengan lebih enam puluh gnoll!

Bersama dengan tiga dubuk mutasi dan juga Penyihir.

Nampaknya ada masalah di dalam kem.

Dinding api semakin kurang marak menyebabkan tekanan yang dialami oleh kumpulan manusia semakin meningkat.

Sebenarnya, banyak pengembara yang memerhatikan situasi ketika Joey melepaskan anak panah.

Mereka menjerit kegembiraan ketika Marvin berjaya menggunakan tali permintaan untuk menarik Penyihir gnoll itu.

Mereka ingat, mereka sudah menang.

Tetapi mereka tidak menjangka apa yang berlaku kemudian.

Walaupun perkara yang terjadi sangat jauh dan agak sukar untuk dilihat. Tetapi apabila Joey berpatah balik untuk melarikan diri dari askar gnoll yang datang dari bukit memberikan mereka berita buruk.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng gagal!

Ini yang bermain di benak fikiran mereka.

Penyihir gnoll membahagikan askar mereka kepada dua. Dua serangan terburu-buru sebelum ini ialah jerat.

Sasaran dia ialah untuk memaksa manusia menggunakan taktik terakhir mereka.

Dan nampaknya dia berjaya.

Pengembara semua terus lemah semangat.

Mereka melihat Marvin berdiri seorang diri di bawah bukit dikelilingi lebih dari enam puluh gnoll.

Hanya orang berpangkat ke-2 dengan abiliti pertahanan yang menakjubkan mampu terselamat dari kepungan seumpama ini.

Renjer? Walaupun kelas jenis serba boleh, mereka mungkin tak terselamat jika berhadapan situasi seperti ini.

Walaupun Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng juga pasti akan mengalami masalah kali ini.

Mata Verne melihat sekeliling dan cuba untuk melepaskan diri.

Misi telah gagal.

Ia bukan bermaksud pihak manusia lemah tetapi Penyihir gnoll lebih licik.

Walaupun pengembara hampir mengalah tetapi ahli garison Lembah White River belum mengaku kalah lagi!

Mereka perhatikan belakang Marvin dan Andre menjerit secara spontan, "Mara ke depan untuk selamatkan dia!"

Tanpa sangka, kapten pasukan Bramble mengangguk, "Aku setuju."

Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng. Jika anak perempuan dia dijangkiti wabak… Paderi level tinggi juga tidak dapat membantu untuk memulihkan anak perempuannya.

Tetapi pada masa itu, Anna berkata dengan tenang:

"Tak berkaitan!"

"Kamu semua pertahankan tempat ini."

"Seorang tidak boleh keluar dari sini."

Semua orang melihat Anna dengan perasaan terkejut.

Adakah dia merancang untuk melihat Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng mati di tangan gnoll?

"Lihat saja." Suara ada seperti teruja.

"Ini peluang sekali seumur hidup. Jangan terlepas pandang."