Walaupun magik seperti semburan asid hanyalah Lingkaran Sihir Pertama, ia masih mampu memberikan banyak efek negatif.
Kulit akan melecet yang teruk sehingga menjadi busuk dan bernanah. Jika terkena pada mata, ia akan menyebabkan orang itu buta seumur hidup!
Inilah kekuatan sihir yang menakutkan. Walaupun Lingkaran Sihir Pertama, ia masih mempunyai kekuatan yang sangat menakjubkan!
Tetapi Marvin sudah lama bersedia.
Pada level rendah, semburan asid merupakan jampi kedua kegemaran oleh Penyihir dan Ahli Sihir selain dari yang pertama iaitu Circle of Ice.
Marvin menyengetkan badan dan terus berguling mengelak semburan asid itu.
"Bang!"
Semasa dia mengelak, dia mengetuk dan gnoll yang ada berdekatan dengan bilah kerambitnya dan membuatkan ia pengsan, menyimpan semula kerambit dan memegang gnoll tersebut seperti perisai sambil berlari ke arah Penyihir!
Penyihir gnoll itu menjadi semakin panik kali ini!
Tindakan Marvin sangat jelas, menggunakan gnoll sebagai benteng perisai!
Arcane missile terbang ke arahnya.
"Bang!"
Marvin dengan pantas mencampak gnoll tersebut ke Arcane Missile itu.
Marvin terus berlari sepantas kilat dan akhirnya tiba di depan Penyihir!
Cutthroat!
Walaupun Penyihir gnoll itu memakai level rendah perisai mana, ia akan berkecai di bawah serangan cutthroat yang hebat.
Serangan ini mengelar kepala Penyihir itu kerana nilai kekuatan Marvin sudah mencapai 17 mata.
Seperti mencangkul di kebun sayur-sayuran!
Leher Penyihir gnoll itu telah hilang sebahagian menyebabkan dari memancut ke sekitar. Gnoll yang berada di sekitar tergamam!
Ketua mereka mati dengan cara sebegitu?
Walaupun mereka dapat mengagak ia akan terjadi apabila Marvin meluru ke arah Penyihir.
Tetapi bila ia betul-betul terjadi, mereka masih rasa sangat terkejut.
Walaupun sekumpulan naga tanpa ketua juga akan menjadi huru-hara, inikan pula kumpulan gnoll ini!
Bagi pihak manusia pula, mereka terus bersorak gembira dengan kuat!
Joey si pemanah juga menunjukkan muka bangga. Tanpa tanda yang dia buat, Marvin tidak dapat membunuh Penyihir gnoll itu dengan mudah.
Dia juga membantu dalam proses ini!
…
Tidak lama kemudian, Marvin yang bermandi darah itu menunjukkan kerambit kembarnya.
Dia tidak tunggu dan terus bertempur membunuh saki baki gnoll yang ada!
Mereka mula lari berpecah dari istana penuh ketakutan!
"Masih ada satu minit lagi efek Kekuatan Naga tinggal…"
"Tak boleh lepaskan peluang untuk mendapat exp ini!"
Marvin tidak pernah berlembut hati. Dia terus menjerit dan mula menyerang dengan kerambitnya!
Kali ini gnoll memang kalah sepenuhnya!
…
Gnoll yang berada di kem mula menjadi kelam kabut.
Mereka mula melarikan diri serta mencampak perisai dan helmet sekali!
"Kita kejar!" Anna memberi arahan.
Sekarang waktunya!
Mereka perlu mengambil kesempatan apabila gnoll melarikan diri untuk membunuh sebahagian dari mereka lagi.
Andre menjerit dan semua ahli garison Lembah White River mengetuai serangan untuk mengejar mereka!
Selepas itu pengembara mengikut dari belakang. Mereka tidak kisah untuk mengejar gnoll.
Lagipun mereka ini telah menjadi seperti ayam tidak berkepala. Semangat mereka sudah menjadi terlalu rendah dan mereka hanya menghayun senjata secara rawak dalam keadaan panik untuk memberikan sedikit rintangan.
Walaupun ada perbezaan dari segi kuantiti, pembunuhan sudah bermula.
Betul, walaupun medan pertempuran di sini mula menjadi kawasan penyembelihan, Marvin tidak berada di situ!
Kepantasannya sangat menakutkan dan gnoll berkaki pendek tidak dapat melarikan diri!
Pisau belati di angkat, pisau belati menikam!
Perkara yang sama berulang banyak kali.
Mayat banyak bergelimpangan di bukit selepas beberapa minit!
Tiada seorang yang berjaya melepaskan diri. Mereka semua telah menjadi mayat.
Inilah kehebatan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!
Mereka semua sangat terkejut!
Dia berdiri terkaku seorang diri di atas puncak bukit. Mereka tidak dapat melihat air muka dia dengan jelas.
Tetapi mata semua orang yang memandang penuh dengan perasaan sanjungan!
Ini disebabkan kekuatan dia yang berjaya mengubah keputusan pertarungan.
Pada permulaan, dia mara ke arah pasukan askar dan membentuk ruang kosong di dalam. Kemudian dia memancung gnoll adjutan. Akhir sekali, dia mengambil kesempatan dalam keadaan huru hara untuk membunuh Penyihir gnoll.
Pencapaian ini sangat menakjubkan.
"Orang yang sangat luar biasa…"
"Pemuda bangsawan dari Lembah White River pasti tidak mampu untuk menjemput pakar seperti ini. Nampaknya Pembunuh Senjata Kember Bertopeng tidak menipu aku…"
Cat membunuh gnoll di satu sudut sambil melihat Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng.
Dia tiba-tiba berasa risau.
Kerana dua hari lepas, dia telah menghantar merpati pembawa utusan balik secara senyap-senyap.
Merpati itu terbang pulang ke Bandar River Shore.
Jika dia tidak salah menganggarkan masa, orang itu pasti akan menghantar pasukannya ke sini…
"Aku harap pemilik pangkat ke-2, sekurang-kurangnya dua orang atau lebih"
Kalau tidak, Cat akan menjadi kecut perut.
Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sangat ganas dan dia tidak mampu melawan, betul tak?
Tetapi perkara ini sudah sampai ke tahap ini. Dia tiada jalan lain. Sebab dia telah menyebelahi pihak itu, dia perlu mengambil risiko.
Menjadi pengembara untuk seumur hidup bukan tujuan hidupnya.
…
Majoriti pelawan gnoll telah dibunuh oleh manusia. Pihak gnoll mula menjadi seperti ayam yang lari untuk disembelih.
Mereka tidak laju, oleh itu hanya ada segelintir saja yang dapat melarikan diri.
Selepas peperangan selesai, Lembah White River berjaya dirampas semula!
Di bawah arahan Anna, semua orang berehat sebentar dan membakar mayat gnoll.
Kemudian mereka bergerak ke arah istana.
Kebanyakan gnoll di dalam istana tidak mempunyai kekuatan untuk berlawan.
Yang ada hanya orang tua dan kanak-kanak.
Pelawan mereka semua sudah dihapuskan. Dan ketua mereka telah dipancung oleh Marvin.
Hanya ada satu jalan keluar untuk mereka. Mati!
Dunia ini memang kejam.
Di dalam peperangan antarabangsa, mereka tidak akan meninggalkan sesiapa terselamat. Walaupun bayi baru lahir juga akan dipancung.
Ini lebih kejam dari apa yang berlaku ketika mengejar gnoll yang larikan diri.
Tetapi ini perkara yang biasa bagi pengembara.
Bagi garison pula, mereka telah hidup di dunia Feinan sejak lahir, sebab itu mereka tahu peraturan ini. Lagipun penjajahan gnoll telah menyebabkan ramai rakyat biasa terkorban.
Tiada sebab untuk mereka menunjuk sebarang sikap belas kasihan.
Lebih dari dua ratus gnoll diikat sebelum kepala mereka dipancung.
Mayat mereka dilonggok di bukit dan dibakar sepenuhnya sehingga menjadi api yang marak menerangi waktu malam. Hanya tinggal bara api saja menjelang waktu pagi.
"Kita menang!"
"Kita berjaya!"
"Kita sudah pulang!"
Ahli garison Lembah White River menangis kegembiraan sambil berdiri di atas dinding istana.
Walaupun istana dan kawasan sekitar rumah ladang masih kosong, mereka tahu netizen yang menjadi pelarian di gunung akan kembali semula apabila Lord memanggil mereka pulang!
Lembah White River akan pulih semula kepada keadaan asal!
Para pengembara yang sudah berehat pada waktu malam juga penuh semangat. Mereka berdiri di atas dinding sambil melayan angin bertiup sepoi-sepoi di waktu pagi.
Anna baru lepas membayar upah mereka dan tiada kemalangan nyawa yang berlaku. Misi ini sangat berbaloi.
Ganjaran misi tanpa kemalangan selalunya tidak banyak nilainya.
Tetapi kadar kemalangan misi ini hilang kerana jasa Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng.
Kecederaan paling serius yang ada datang dari ahli garison Lembah White River yang terseliuh kaki kerana tersadung kepala gnoll ketika mengejar gnoll dengan perasaan terlalu teruja.
Yang lain-lain hanya ada sakit otot, lebam dan cedera-cedera ringan saja.
Misi yang seronok, ganjaran lumayan dan tidak terlalu bahaya memang sukar ditemui oleh pengembara.
"Terima kasih banyak kerana membantu kami."
Anna berkata dengan muka tidak berperasaan, "Dengan rasmi aku umumkan kepada semua yang misi ini telah tamat. Kamu semua boleh beredar bila-bila masa."
"Kami mengalu-alu juga kedatangan kamu jika ingin terus tinggal. Tetapi kamu perlu patuh dengan peraturan Lembah White River."
Tiga pengembara solo itu terus beredar selepas menerima wang kerana mereka tidak berminat dengan Lembah White River.
Bagi dua pasukan itu pula, mereka memilih untuk tinggal.
Cat mengecilkan mata sambil merenung jauh seperti menunggu sesuatu.
Tidak lama kemudian, beberapa kelibat muncul dari jauh.
Itu beberapa orang kesatria!
"Dari mana kesatria ini datang?" Anna berkerut. "Andre!"
"Faham!"
Andre memberikan isyarat kepada salah seorang ahli garison.
Orang itu kemudian mengambil busur dan terus mensasar kepada kesatria yang menuju dan melancarkan tiga anak panah!
Mereka ini hanya mempunyai keupayaan yang biasa dalam memanah dan tidak sehebat Joey yang mahir dengan memanah jarak jauh. Tetapi masih bagus untuk memanah memberikan tanda amaran!
Kesatria itu mula perlahan dan tiba di kaki bukit istana selepas terima panahan tanda amaran.
Satu kesatria dari mereka berjalan kedepan dan menjerit, "Kami [Kesatria Berdisiplin] dari Bandar River Shore!"
"Kami datang untuk menangkap penjenayah dikehendaki [Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng]!"
"Kami harap kamu semua tidak akan menghalang kami untuk melaksakan undang-undang!"