Chereads / Renjer Malam / Chapter 49 - Martabat Pemerintah!

Chapter 49 - Martabat Pemerintah!

Menangkap Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?

Kata-kata kesatria itu menimbulkan keadaan huru hara di dinding.

Bandar River Shore menghantar Kesatria Berdisiplin?

Ini memang mengarut?

Kesatria Berdisiplin merupakan askar di bawah arahan ketua rejimen ahli sihir. Mereka lebih kuat dari pasukan pengawal.

Anggota Kesatria Berdisiplin tidak melebihi dua puluh orang dan setiap dari mereka merupakan pemilik pangkat ke-2 tinggi.

Menghantar tiga orang ke sini?

Nampak tujuan mereka bukan untuk menangkap pengikut jahat.

Semua ahli dari pasukan Bramble terkejut. Gru menatap tajam Cat.

Cat nampak tenang dan tersengih.

Ketika Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng mengugut, dia terpaksa akur dan dengar. Walaupun dengan perlindungan daripada Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng, dia juga mendapat perlindungan pihak lagi satu yang kedudukan dia juga agak tinggi.

Dia bersedia untuk bertaruh!

Dia tidak ingin terbabit di dalam pergelutan orang atasan Bandar River Shore tetapi dengan memberi maklumat, dia akan mendapat habuan yang lumayan. Kenapa dia tidak berbuat demikian?

Jika Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng cuba melawan ialah perbuatan yang lawak. Walaupun Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng agak hebat, tetapi bolehkah dia menghadapi tiga orang kesatria berdisiplin ini?

Mustahil!

Selepas berfikir seperti ini, dia tidak dapat menahan diri menunjukkan muka yang puas hati.

Matanya mula berkelip-kelip.

Mana Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?

Bukankah dia baru saja berdiri di sini, macam mana dia boleh hilang?

Tanpa menunggu reaksi Cat, suara yang perlahan tetapi tegas bergema dari dalam istana.

"Kesatria Berdisiplin? Adakah kesatria berdisiplin memang tiada kerja sekarang?"

"Ketika Lembah White River aku dijajah oleh gnoll, di mana kamu semua?"

"Mana sumpah taat setia kamu terhadap persekutuan ahli sihir pergi?"

"Lembah White River wilayah aku. Kau menceroboh dan cuba fikir untuk tangkap orang lagi? Ini kesalahan yang besar dari segi undang-undang persekutuan ahli sihir!"

"Tindakan kamu telah membuatkan aku murka! Aku tidak tahu siapa yang arahkan kamu untuk lakukan perkara ini. Tapi sekarang pergi kau berambus dari wilayah aku!"

Ayat demi ayat keluar dan setiap kata-kata menjadi lebih kasar dari sebelumnya.

Pemuda yang rupanya pucat, kurus dan lemah itu mula muncul di atas dinding istana. Dia seperti baru pulih dari kecederaan yang teruk.

Pemuda itu mungkin boleh jatuh jika ada angin bertiup menolaknya.

Tetapi, dia berdiri dengan tegak. Kesatria di bawah dapat mendengar suaranya dengan jelas dan nyata!

Muka mereka terus berubah!

"Ampun Lord!"

"Ampun Lord!"

"Ampun Lord, bila kau tiba!?"

Mereka ingat Marvin masih lagi ada di Bandar River Shore untuk nantikan berita baik dari mereka.

Tetapi mereka tidak jangkakan yang Marvin sudah sampai dan berada di dalam istana!

Cat melihat Marvin yang baru saja tiba dan mencarut dengan nasib malang dialaminya.

"Pemuda bangsawan ini sangat cerdik!"

"Dia sudah mengikut kita dari belakang sejak awal lagi. Dia mungkin masuk ke istana pada malam semalam dengan bantuan Anna dan yang lain!

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng pula mungkin sudah diberitahu untuk melarikan diri!

"Habis aku kali ini!"

Verne menutup muka. Orang yang mempunyai minda cerdik sepertinya tahu apa kesudahan yang bakal berlaku!

Marvin seorang bangsawan yang tidak banyak harta.

Tetapi bangsawan tetap ialah bangsawan.

Dia menjadi papa kerdana di Bandar River Shore kerana kehilangan wilayahnya. Samseng dan juga orang kasino pun berani membuli dia.

Majlis Perbandaran juga berani mempermainkan dirinya. "Kau tak mampu pertahankan wilayah kau, walaupun kau seorang bangsawan, apa yang kau boleh buat?"

"Bandar River Shore bukan wilayah kau dan kau tidak punya kuasa di sini."

Tetapi lain cerita jika dia berada di Lembah White River.

Ini wilayah Marvin.

Marvin mempunyai kuasa pemerintahan paling tinggi di tanah ini. Kuasa ini diberi oleh persekutuan ahli sihir.

Sebarang keputusan untuk menentang keputusan pemerintah ialah sama seperti mencari pasal dengan persekutuan ahli sihir selatan!

Tiada siapa yang ingin melakukan perkara seperti ini!

Walaupun taraf kesatria berdisiplin agak tinggi di Bandar River Shore, mereka tetap tidak berani buat begitu.

Lembah White River dan Bandar River Shore tidak mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Lembah White River merupakan wilayah bebas. Walaupun ada notis tangkapan dari Lord Bandar River Shore, Marvin boleh memilih untuk tidak ambil kisah!

Ini kerana wilayah ini milik datuknya, seorang ahli sihir level tinggi. Persekutuan Ahli Sihir selatan akan mengikut kuasa pemerintahan Marvin!

Disebabkan ahli sihir paling berkuasa, buat masa ini, tidak ramai orang yang cuba mencari pasal jika tiada habuan yang besar.

Tiga kesatria berdisiplin itu terkedu.

Orang yang mengarah mereka telah memandang rendah pemuda baron Lembah White River ini.

Pemuda itu memang lemah seperti khabar angin yang didengar tetapi dia juga seorang yang sangat tegas!

Mereka cuba mengelak untuk melakukan kesalahan dengan memasuki tanpa kebenaran dari Marvin.

Cuba untuk menangkap seseorang dari Lembah White River? Tanpa kebenaran Marvin, ini perkara yang mustahil!

Tiga kesatria itu memandang satu sama lain dengan pasrah dan juga marah.

Mereka tiada jalan lain. Walaupun pintu istana masih tutup, mereka boleh gunakan kekuatan mereka untuk pecah masuh. Lagipun mereka boleh bertindak bersama pasukan Lynx.

Tetapi mereka kecut perut!

Inilah martabat seorang bangsawan!

Ia datang dari pemerintahan era ahli sihir!

Marvin boleh menggunakan kuasa ini untuk menakutkan orang kerana Bencana Besar masih belum tiba lagi!

Ketiga-tiga kesatria berdisiplin itu senyap seketika sebelum menjerit, "Baron Marvin, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng merupakan penjenayah yang sangat berbahaya…"

Dia terus dipotong oleh Marvin, "Aku tidak nampak notis tangkapan rasmi dari Majlis Perbandaran River Shore!"

Aku hanya nampak notis tangkapan dari orang tidak bernama di guild-guild besar saja. Bukankah notis tangkapan seperti ini boleh dikeluarkan oleh mereka yang kaya, betul tak? Apa yang aku dapat lihat, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng telah membuatkan ada sesetengah keluarga orang kaya benci kepadanya."

"Tapi aku tidak hairan dengan perkara ini. Kau boleh tangkap dia di tempat lain tetapi ini wilayah aku. Dia boleh masuk seperti netizen, peniaga atau pengukir yang lain."

Selepas berhenti bercakap, Marvin berpura-pura batuk dan berkata dengan suara tegas, "Berambus!"

"Kami baru hapuskan gnoll dan banyak lagi kerja perlu dibuat."

"Ketika aku di bawah, Bandar River Shore tidak membantu aku langsung."

"Mulai dari sekarang, Lembah White River tidak akan menerima sebarang duta rasmi dari Bandar River Shore!"

Kata-kata ini membuatkan semua orang terkejut beruk!

Mahupun Anna juga terperanjat!

Kata-kata Marvin seolah-olah memutuskan hubungan diplomasi di antara mereka dan Bandar River Shore!

Ini bukan perkara main-main. Lembah White River selalu mengimport makanan dari Bandar River Shore setiap tahun!

Bagaimana mereka mahu selesaikan isu kekurangan makanan selepas memutuskan hubungan diplomasi? Bagaimana pula mereka ingin selesaikan masalah perdagangan pula?

Ini merupakan isu besar.

"Lord…" Anna seperti ingin berkata sesuatu.

Marvin melambai tangan dan berpura-pura sangat marah, "Aku telah buat keputusan."

"Aku pergi berehat dulu."

"Jika tiga kesatria itu masih belum beredar, aku akan gunakan [Medal Sembilan Bulan] untuk meminta bantuan pengadil persekutuan ahli sihir."

Dia terus beredar selepas bercakap.

Semua orang terus terkedu.

Semua pengembara menunjukkan perasaan yang berbeza. Gru nampak tenang kerana dia dapat rasakan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng masih di dalam istana.

Dengan sikap Baron Marvin yang tegas, ketiga-tiga kesatria itu tidak berani pecah masuk.

Selepas mendengar Marvin sanggup untuk menggunakan [Medal Sembilan Bulan] raut wajah mereka terus menjadi pucat lesu. Mereka terus beredar tanpa berkata apa-apa.

Mereka tiada jalan lain dan hanya mampu melaporkan saja.

Hati ketiga-tiga kesatria penuh dengan rasa marah membara. Mereka berfikir tugas ini sangat mudah. Siapa sangka bangsawan itu sangat keras kepala.

Mereka tidak menjangka keputusan menjadi seperti ini.

Tetapi selepas mereka berfikir balik, pemuda bangsawan itu telah dibuli dengan teruk semasa berada di Bandar River Shore. Berdendam dan bergaduh dengan penguatkuasa undang-undang bukan perkara yang mengejutkan.

"Sebab misi telah selesai, pasukan kami minta diri dulu."

Muka Verne terus muram apabila melihat senyuman Anna.

Dia tidak pasti sama ada Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tahu dia yang membocorkan maklumat. Tetapi untuk terus berada di dalam istana merupakan idea yang tidak bagus.

Balik semula ke Bandar River Shore ialah idea yang lebih baik.

"Jika Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tahu aku yang buat…"

Selepas berfikir seperti ini, Verne terus rasa seram sejuk di belakang. Dia telah melihat bagaimana Marvin menghadapi enam puluh gnoll dan penyihir seorang diri semalam.

Walaupun pasukan dia dilengkapi dengan kelengkapan yang bagus, ia tidak dapat dibandingkan dengan apa yang Marvin telah buat.

Memang betul dia tidak tahu yang Marvin telah makan ubat; dia agak yang Marvin menyorokkan kekuatannya selama ini.

"Kamu semua dijemput untuk datang bila-bila masa ke Lembah White River sebagai tetamu."

Anna tersenyum dan membiarkan pasukan Lynx pergi.

Ini merupakan idea Marvin. Walaupun dia tidak tahu sepenuhnya rancangan Marvin, tapi dia menurut saja apa yang Marvin beritahunya.

Lagipun, selepas dia pulih dari penyakit teruknya, Tuan Muda Marvin tidak pernah membuat keputusan yang silap.

Pasukan Lynx meninggalkan istana.

Malam tiba. keadaan di istana nampak sejuk dan sunyi. Lagipun, selain dari garison, hanya ada beberapa orang yang tinggal.

Kebanyakkan netizen masih lagi di luar bandar. Anna akan menghantar orang menyampaikan berita esok untuk meminta netizen pulang semula.

Pada masa itu, proses membaik pulih Lembah White River akan bermula.

Di dalam bilik bacaan Marvin pada waktu tengah malam, kepten pasukan Bramble itu nampak resah dan risau duduk di depan meja.

Marvin yang nampak kurus dan lemah itu berpura-pura terkejut. "Betulkah apa yang kau kata? Sir Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng telah pergi?"

"Dia kata cara untuk sembuhkan wabak penyakit anak perempuan kau ada di dalam bilik bacaan aku?"

Gru mengangguk. Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang berkata demikian. Dia masih ingat dengan sangat jelas.

"Ah, kalau macam itu bagus. Aku akan mencari jika terjumpa buku mengenai [Racun Kemerduan Malam]. Jangan risau; Mengikut apa yang kau cakap, anak perempuan kau masih ada masa lagi. Aku harap aku akan jumpa buku yang berkaitan dalam tempoh tersebut."

"Terima kasih Sir Baron!" Gru menunjukkan wajah berterima kasih.

Dia beredar dari bilik itu.

Tidak lama kemudian, Anna masuk dari pintu tepi dan bertanya dengan perlahan, "Kenapa kau tak pulihkan anak dia?"

Marvin tersenyum, "Aku akan pulihkan."

"Tetapi bukan sekarang."

Sekarang bukan masa yang sesuai. Ini kerana Racun Kemerduan Malam merupakan eksperimen dewa plague. Menyembuhkan terlalu awal akan menarik perhatian dewa plague.

Marvin tidak takutkan dewa, tetapi dia bukan orang yang tidak berakal untuk menjadikan situasi dia sekarang menjadi lebih teruk.

Tambahan lagi banyak perkara yang dia perlu selesaikan sekarang.

Pertama sekali dia perlu selesaikan isu kekurangan makanan.f