Pada waktu pagi di kawasan hutan berdekatan istana.
Satu kelibat melalui hutan itu.
"Whoosh!"
Satu benda dilemparkan dari tangan Marvin!
"Tuff!"
Semua benda dilemparkan itu mengena tanda bulatan di pokok besar dalam kawasan hutan itu.
Walaupun ada sesetengah yang mengenai sasaran tetapi ada yang hanya terkena di hujung bulatan.
Marvin berhenti selepas melemparkan satu set damak sekali nafas dan dengan teliti melihat log pertempuran.
"Walaupun damak merupakan senjata tersembunyi paling mudah dikuasai, tetapi ketepatan aku masih rendah."
"Ketepatan ada kaitan dengan kekuatan. Walaupun ketangkasan aku agak bagus. Aku jarang guna senjata jarak jauh. Semua senjata tersembunyi perlu latihan supaya boleh digunakan dengan berkesan."
"Tapi aku boleh cecah 30 SP jika kekalkan latihan seperti ini buat seketika."
Marvin melihat kemahiran [Hidden Weapons – Dart (24)] di dalam senarai kemahiran dan terus tergamam.
Benda yang paling bernilai yang dia dapat ketika di Scarlet Monastery ialah ubat Kekuatan Naga. Tetapi buku – Pengenalan kepada senjata tersembunyi – juga agak bagus. Marvin telah pelajari tiga kemahiran dari situ.
Tiga kemahiran tersebut ialah:
[Hidden Weapons – Dart (24)]
[Hidden Weapons – Throwing Knife (5)]
[Hidden Weapons – Flying needle (5)]
Selain daripada damak, Marvin akan kehilangan ketepatan jika menggunakan senjata tersembunyi lain walaupun menggunakan kemahiran yang ada.
Ini hasil daripada Marvin menggunakan kemahiran bangsawan [Quick Study]. Bakat dia untuk dalam menggunakan senjata tersembunyi agak sederhana. Sebab itu dia memilih kemahiran yang paling mudah untuk dipelajari.
Disebabkan dia serba salah untuk menggunakan nilai kemahiran kepada senjata tersembunyi, Marvin terpaksa berlatih menggunakan damak setiap pagi.
Tiga puluh set yang mengandungi 20 damak setiap satu set setiap hari. Dua puluh set pada waktu pagi dan baki 10 set pada waktu lewat petang.
Nilai kemahiran damak Marvin meningkat naik dengan pantas kerana kesukaran dan masa yang digunakan untuk berlatih. Lagipun dia mempunyai ketangkasan yang bagus.
Tetapi senjata tersembunyi merupakan senjata jarak jauh dan kemajuan dia masih kekurangan dari segi ketepatan.
Orang seperti Marvin yang suka "Satu serangan, Satu Terbunuh" tidak puas hati dengan keadaan ini.
Selain dari berlatih menggunakan damak, kekuatan Marvin juga telah meningkat kerana membunuh gnoll yang banyak sebelum ini.
Pada pertempuran merampas semula Lembah White River, Marvin memperoleh 2194 pengalaman pertempuran termasuk dengan membunuh Roh Bumi.
Dia telah mencapai renjer level 5 dan telah memenuhi syarat untuk naik level. Tetapi untuk menjadi renjer level 6, dia perlukan 4800 exp.
Ini sangat jelas membunuh gnoll tidak cukup untuk memenuhi kehendak peningkatan levelnya.
Selepas berfikir seketika, dia menggunakan 1000 exp pertempuran kepada [Shadow Steps].
Sama juga seperti [Cutthroat]: disebabkan Marvin selalu menggunakan aksi ini di dalam pertempuran, dia boleh menggunakan exp pertempuran untuk menjadikan kemahiran ini kepada kemahiran individu.
Shadow Steps dan Cutthroat membentuk kombo istimewa pembunuh hendap bayang, kedua kuat dari Desperate Strike.
Selepas Marvin menggunakan 1000 exp, kemahiran baru muncul di senarai kemahiran:
[Shadow Steps (30)]
Kadar ketepatan penggunaan Shadow Steps tidak setinggi Cutthroat ialah biasa. Walaupun Marvin telah berlatih menggunakan gerak kaki ini semasa bermain permainan video, tetapi kadar ketepatan tidak seperti cutthroat, oleh itu mustahil untuk dia meniru kemahiran ini sepenuhnya. Tetapi nilai 30 mata cukup untuk menggunakan kemahiran Shadow Steps ini.
Sekarang Marvin mampu gunakan [Stealth] atau [Hide] + [Shadow Steps] + [Cutthroat], iaitu kombo kemahiran pembunuh hendap yang sangat hebat.
Kombo kemahiran ini membuatkan abiliti menyerang hendap dia tidak kurang hebatnya berbanding kelas pilihan jalan pembunuh hendap oleh pencuri. Dan abiliti bertempur jarak dekat dia lebih hebat dari renjer biasa. Ditambah pula dengan pengalaman bertempur, walaupun tidak menggunakan ubat Kekuatan Naga, Marvin yakin mampu berlawan dengan mana-mana pemilik pangkat ke-2.
"Tuff!""Tuff!""Tuff!" Damak terus menerus dilempar.
Masa terus berlalu dan semua damak di tangan telah habis dilempar.
Banyak damak yang tercucuk di semua bulatan yang ada di pokok besar.
Ini latihan terakhir buat hari ini.
Marvin mengambil semua damak semula dan berlari masuk ke istana menggunakan pintu tepi.
…
Hari ini ialah hari keempat selepas mendapat semula Lembah White River.
Seperti yang Marvin jangkakan, kesatria berdisiplin yang dihalau tidak datang mencari pasal lagi. Dan orang-orang yang mempunyai niat jahat terkejut dengan kejantanan ditunjuk oleh Marvin. Tiada tanda pergerakan dari mereka buat masa ini.
Marvin tahu jika mereka ada rancangan, mereka hanya mampu melaksanakan secara senyap.
Ini era sebelum Bencana Besar, era pemerintahan persekutuan ahli sihir. Selain dari berjaga-jaga dengan kemungkinan serangan hendap, hal-hal lain tidak menjadi masalah.
Selepas gnoll dihapuskan sepenuhnya, suasana di Lembah White River kembali seperti dahulu.
Anna telah mengetuai separuh garison dan bekerja tungkus lumus, melawat setiap rumah di Kampung Green, Kampung Fog, Tasik Coiling Water dan tempat lain. Mereka mengundang semua netizen yang menjadi pelarian kerana takut dengan gnoll untuk kembali semula.
Penukang dan pekerja mahir membawa anak mereka kembali kepada bandar di dalam istana.
Keadaan terkini Lembah White River tidak berbeza dengan wilayah lain. Pusat pemerintahan mestilah ada pemerintah dan netizen.
Marvin dan Anna tinggal di bahagian istana paling dalam dengan ahli garison mengawal di luar.
Semua penukang dan pekerja mahir tinggal di luar istana di dalam bandar. Mereka melatih anak mereka untuk mewarisi pekerjaan ibu bapa dan menjadi tukang jahit atau tukang batu.
Petani pula tinggal di luar dinding. Terdapat juga penjenayah kecil dan mereka ini selalunya ialah pencuri yang licik.
Jika melihat dari atas, kawasan bandar istana Marvin dikelilingi tebing curam dengan gugusan pokok di sekitarnya.
Terdapat satu jambatan batu di selatan dengan terusan buatan manusia di bawahnya. Terusan itu membawa air dari White River. Air di dalam itu sangat dalam dan terdapat cerucuk di dalamnya menunjuk ke atas.
Sesiapa yang terjatuh pasti akan ditimpa nasib malang.
Rumah petani terletak paling hujung di bandar istana. Jarak di antara satu rumah petani dengan yang lain agak jauh kerana mereka baru bermula semula. Ia agak sukar untuk bercucuk tanam di kawasan tanah gersang kecuali pokok gandum dan bendi.
White River yang jauh kelihatan seperti sungai mengalir ke Lembah White River yang tanahnya tidak berapa subur ini.
Lombong di utara boleh dilihat dari atas dinding istana.
Lembah White River terletak di barat lombong utara dan terdapat dermaga tinggal.
Inilah Lembah White River.
Wilayah yang tidak berapa subur.
Tetapi Marvin akan pertahankan seumur hidupnya.
Matahari mula terbit dan rakyat mula bekerja.
Nasib baik Marvin sempat menghalau gnoll tepat pada masanya. Jika tidak, mereka terlambat untuk bercucuk tanam pada musim panas. Jika itu berlaku, masalah kekurangan makanan akan menjadi lebih teruk.
"Masa untuk bekerja."
Marvin bersarapan, bersiap dan pergi ke bilik membacanya.
Anna sudah tunggu di dalam.
Selepas menawan semula Lembah White River, Marvin telah mengabulkan permintaan tuan asal tubuh ini dan serpihan jiwa yang terakhir terus hilang.
Tetapi sumpah kepada pemuda itu tidak berubah.
Dia akan pertahankan kawasan ini. Dia sangat yakin mampu untuk lakukannya!
Selepas menerima 1000 exp am, menu cabaran terus menjadi kosong.
Ini membuatkan Marvin sedikit terkejut tetapi isu ini bukan perkara yang penting untuk difikirkan sekarang.
…
"Kesuntukan makanan? Macam mana aku nak selesaikan isu ini," Marvin berkata dengan lembut kepada Anna.
Dia berbincang dengan Anna situasi wilayah sambil menulis dekri dengan bulu ayam.
Banyak dokumen yang perlu diuruskan untuk membina semula Lembah White River.
Tetapi Marvin dapat uruskan dengan lancar. Walaupun dia bukan orang yang bekerja dalam bidang pengurusan di hayat yang lalu, dia tetap cerdik. Lembah White River yang tidak besar ini juga terpaksa menghadapi penjenayah dan juga pelancong dengan niat tidak baik.
Dia menyampaikan lima dekri dengan sekali lafaz.
Dekri Pertama. Dekri pengambilan garison Lembah White River. Lelaki tidak kira umur di mana-mana kampung wilayah Lembah White River mencuba untuk menjadi garison. Ini akan dipantau oleh Andre.
Marvin berniat untuk menambah ahli garison; dua puluh orang sangat sedikit. Untuk memantau dua ribu orang di Lembah White River, garison perlukan sekurang-kurangnya lima puluh orang.
Marvin tidak kesuntukan wang. Dia telah membawa yang yang cukup yang dapat dari kawasan scarlet monastery dan cukup untuk membayar gaji garison bertahun-tahun.
Dekri ke-2. Rakyat digalakkan untuk membela haiwan ternakan sendiri. Marvin dapat tahu kawasan selatan padang rumput di Lembah White River sesuai untuk menternak haiwan ternakan. Ia tidak dibangunkan sebelum ini kerana ancaman gnoll dan haiwan luar. Tetapi sekarang Marvin ingin meluaskan kapasiti askarnya supaya mampu melindungi kawasan itu juga. Setiap rumah yang menternak haiwan sendiri akan mendapat elaun.
Dekri ke-3. Pengambilan penukang, pekerja mahir dan juga peniaga. Mereka akan memberi tenaga kepada wilayah ini.
Dekri ke-4. Juga dekri pengambilan, tetapi untuk pemilik kelas terutama sekali yang mempunyai pengalaman askar. Marvin perlukan orang yang mempunyai kualiti menjadi ketua dan mengetuai ahli garison baru. Dekri pengambilan ini memberikan ganjaran yang lumayan sehingga Gru dan yang lain tertarik.
Dekri ke-5. Dekri membaik pulih. Marvin berharap petani dan segelintir penukang akan hantar orang untuk memulihkan dermaga tinggal di Lembah White River.
Anna rasakan dekri ini merupakan projek kejuruteraan yang mengambil masa lama dan tidak patut dilakukan.
Tetapi Marvin ada sebab tersendiri. Dibawah desakan Marvin, lima dekri ini disiarkan.
Rakyat Lembah White River terkejut seketika. Pemerintah sudah lama tidak membuat tindakan seperti ini.
…
Ini perasaan yang baik.
Marvin dapat rasakan perubahan.
Keesokan hari, ketika dia berdiri di atas dinding, dia dapat melihat rakyat keluar masuk dengan semangat yang luar biasa.
Ini membuatkan dirinya rasa puas hati. Ini pencapaian yang berlainan berbanding ketika melancarkan serangan maut.
Bunyi serunai dapat didengar dari jauh.
Marvin cuba fokus. Bunyi itu datang dari kincir angin yang terletak di bekas kedai roti bandar ini.
Bunyi rentak ini agak lazim didengar, Marvin cuba mengingat kembali nama lagu ini dari memori paling dalam.
– Kebangkitan Lembah White River –
Bau yang harum datang dari kedai roti itu, yang terletak berdekatan sungai seperti kristal dan perak itu.
Marvin menarik nafas dengan dalam.
Sungguh merdu.
…
Tetapi tidak lama kemudian, suara tapak kaki berlari dari belakangnya kedengaran!
Suara Anna yang resah terus berkata:
"Tuan Muda Marvin! Sesuatu yang buruk dah berlaku!"
"Tuan Muda Wayne telah disumpah oleh seseorang dari Akademi Magore. Dia sekarang terlantar di kantil tidak sedarkan diri!"
Marvin toleh ke belakang sambil mengenggam penumbuk.