Chereads / Renjer Malam / Chapter 47 - Sebab Menukar Senjata

Chapter 47 - Sebab Menukar Senjata

Reaksi gnoll adjutan itu pantas dari orang biasa satu level tetapi Marvin lebih pantas dari itu!

Selepas menyeberangi ke dunia ini, kelebihan terbesar Marvin berbanding pemilik kelas lain ialah pengawalan ke atas tubuh badan sendiri!

Jiwa yang sangat kental menyebabkan dia sedar apa yang berlaku di setiap inci tubuh badannya.

Dia mampu melakukan mengawal tubuh badan sesuka hati dengan hanya berfikir. Walaupun pengawalan ini menghabiskan stamina dan mungkin menyebabkan kecederaan kepada otot dan tulang, tapi dia tidak mempunyai masa untuk berasa ragu-ragu ketika bertempur.

Dia menarik tali permintaan sambil badan ke belakang, kakinya terus mencengkam tangan kiri gnoll adjutan itu.

Pisau belati jatuh dari genggaman gnoll itu. Marvin terus menikam kerambit kembarnya di bahagian rusuk dubuk itu!

"Roar!"

Dubuk itu terus mengaum kesakitan, badan dubuk itu menggigil. Gnoll adjutan terus menjadi pucat ketakutan dan mula hilang keseimbangan badan.

Marvin berdiri di kedua-dua kerambitnya, tangan kirinya terus mencapai Pisau Belatik Jed Kingfisher di pinggang!

"Woosh!"

Sepantas kilat!

[Cutthroat]!

Menggunakan cutthroat secara berdepan akan mengurangkan kadar peratusan berjaya kemahiran itu!

Gnoll adjutan itu mencuba sebaik mungkin untuk mengelak. Dia menggerakkan kepalanya untuk membiarkan serangan tersebut terkena perisai di leher!

Tetapi semuanya sia-sia!

Kemahiran armor break oleh Pisau Belati Jed Kingfisher mempunyai kuasa penembusan perisai yang hebat sehingga menyebabkan ia terus memotong besi kecil yang melindungi leher gnoll adjutan itu.

Darah memancut. Salur tekak gnoll adjutan itu telah terbelah dan banyak darah memancut terkena Marvin.

Dia nampak seperti syaitan, satu kaki memijak mayat gnoll adjutan manakala satu lagi di dubuk yang masih meronta-ronta!

"Wuwuwu…"

Dubuk mutasi yang ganas itu menangis ketakutan.

Ia ditindas oleh aura Marvin!

Bagi manusia yang mempunyai persepsi rendah, aura mungkin sesuatu yang halus. Tetapi bagi raksasa mereka mampu membezakan seseorang itu kuat atau tidak berdasarkan naluri mereka.

Dubuk mutasi itu takut dengan kekuatan Marvin yang menakutkan dan terus melutut di tanah.

Marvin menarik balik kerambit kembarnya dari rusuk dubuk itu dan menyimpan pisau belatinya.

Badan dubuk itu menggigil dan terus mati.

Kawasan di sekitar mayat dubuk itu terus menjadi lengang.

Semua gnoll mula berundur. Mereka mengepung Marvin di tengah sambil mengenggam erat senjata mereka. Tetapi mata mereka penuh dengan ketakutan.

Semangat gnoll mula menjadi sangat rendah.

Dan mereka terus menjadi riuh-rendah; Kekuatan Marvin yang menakjubkan membuat mereka takut!

Gnoll adjutan itu orang kedua paling kuat selepas gnoll Penyihir dalam puak gnoll.

Kematiannya dalam pertempuran merupakan tamparan hebat kepada pihak gnoll.

Biasanya jika perkara seperti ini berlaku di dalam pertempuran, kebanyakan gnoll sudah cabut lari.

Gnoll memang tak boleh diharap!

Tetapi tidak gnoll ini!

Kerana mereka masih mempunyai ketua lagi.

Penyihir gnoll!

"Lembah White River akan dapat kepada kita semua jika Penyihir gnoll dapat dihapuskan."

"Penyihir gnoll itu sangat licik tetapi dia telah menggunakan patung tanah sebelum ini, dan pasti itu adalah tubuh sebenar dia."

"Bukan saja Penyihir mempunyai stor mana lebih rendah dari Ahli Sihir, tetapi penyihir ini dapat melatih banyak dubuk mutasi. Ini pasti berkaitan magik darah."

Marvin mengenggam erat kerambit kembarnya sambil merenung tajam ke arah gnoll Penyihir yang tengah berang di tengah kelompok gnoll itu.

Pihak satu lagi juga merenung tajam tanpa mengalah.

Eye of Pain, Patung Tanah, Taming Dubuk Mutasi…

Orang ini sepatutnya tiada lagi kemahiran yang hebat.

Marvin mengagak dengan agak tepat.

Mengikut keputusan dari kemahiran Inspect, orang itu ialah Penyihir level 6 dan baru capai pangkat ke-2. Karisma Penyihir gnoll sepatutnya tidak berapa tinggi. Marvin meneka musuhnya hanya mampu pelajari tiga kemahiran jampi hebat saja.

Bagi jampi mudah, Marvin tidak terlalu risau.

Selepas berfikir panjang, Marvin mula mara ke arah Penyihir Gnoll!

Penyihir gnoll memang tidak ada lagi Lingkaran Sihir ke-2 yang boleh digunakan.

Sebagai Penyihir level 6, dia mampu pelajari Lingkaran Sihir ke-2, tetapi dia hanya pelajari [Patung Tanah] dan [Wild Animal Taming] saja.

Kedua-dua Lingkaran Sihir ke-2 ini tidak mempunyai kuasa serangan sebenar tetapi bagus untuk membesarkan jajahan puak mereka.

Tetapi kuasa pertempurannya sangat teruk!

Dia mula jadi panik apabila Marvin meluru ke arahnya!

Dia terus menerus menggunakan kemahiran Communicator untuk memaksa gnoll lain menghalang kemaraan Marvin.

Tetapi dia pula mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa sebab.

Statusnya memang teruk dan kakinya juga pendek; dia tidak mampu lari dari dewa maut ini!

Rancangannya hanya untuk menyorok di dalam gnoll yang ramai dan menggunakan Lingkaran Sihir Pertama untuk membunuh renjer itu!

Tapi sayangnya, rancangan dia pasti akan gagal.

Ini kerana sebelum Joey si pemanah melarikan diri, dia telah meletakkan tanda yang sangat ketara di atas Penyihir Gnoll!

Tanda ini melekat di kepalanya dan tidak boleh dihilangkan!

Marvin sangat berterima kasih dengan tanda ini, jika tidak dia perlu menghabiskan masa mencari gnoll Penyihir di dalam kumpulan gnoll tersebut.

Penyihir itu agak pendek. Jika dia melutut… Memang tidak akan dapat dicari!

Tetapi dengan tanda itu menunjuk dia di mana, Marvin mara dengan aura Pembunuh Dewa. Lebih dari sepuluh gnoll mati dalam sekelip mata.

Akhirnya, dia tiba berhampiran gnoll Penyihir itu!

Tidak ramai lagi gnoll yang menjadi halangan di depan Penyihir itu.

Berhadapan dengan Marvin yang membunuh secara efisien, pasukan gnoll itu tumbang buat pertama kali.

Walaupun gnoll Penyihir mengarah mereka menggunakan [Communicator], mereka masih diam terkaku!

Ini sebab Marvin telah menyebabkan mereka dalam [Fear]!

Gnoll penyihir terus geram. Dia terus menunjukkan tangan kepada Marvin!

Tetapi dengan tidak disangka, Marvin yang sebelum ini berlari laju terus memperlahankan kelajuan. Dia mengelak ke sisi dengan berguling seperti dapat mengagak apa yang Penyihir ingin lakukan.

Satu cakaran terus keluar dari tanah di posisi asal Marvin dan tidak mengenai apa-apa.

Kelajuan jampi Penyihir sangat laju!

Tambahan lagi untuk Lingkaran Sihir Pertama.

Ais yang berbentuk seperti cakar ini sangat bagus digunakan ketika menyerang hendap. Pantas dan kejam serta mempunyai efek membeku. Ini merupakan jampi kegemaran oleh banyak Penyihir!

Orang biasa pasti mempunyai masalah untuk cuba mengelak ia.

Tetapi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng dapat mengelak!

Gnoll itu mula berpeluh. Manusia ini sangat luar biasa. Pangkat pertama yang diberi selepas menggunakan Inspect pasti salah!

Ini pasti pakar pangkat ke-2 yang menghampiri pangkat ke-3!

Tetapi apa dia boleh buat sekarang… Dia hanya mampu menguatkan laungan dan terus menggunakan baki Lingkaran Sihir Pertama yang ada.

Tetapi sebenarnya, nasib saja apabila Marvin berguling.

Nasib baik dia sempat perlahankan kelajuan.

Disebabkan ketangkasan dia sangat tinggi dan persepsi masih sama, dia tidak menjangka cakar ais itu!

Sebab dia perlahankan kelajuan sebenarnya dia perasan kerambit kembarnya telah bengkok!

"Celaka betul senjata biasa ini!"

Feinan tidak mempunyai status ketahanan kelengkapan, tetapi item dan senjata sebenarnya akan makin rosak, tumpul atau habis jika digunakan selalu.

Jika tidak diselenggara selalu, pasti akan menjadi sampah saja nanti.

Kerambit ini bukan barang yang bagus sebenarnya, namun Marvin rasa ia hanya masih sesuai untuk membelah orang.

Tetapi ketika menuju untuk menyerang, Marvin telah membunuh gnoll yang agak banyak. Kerambit Marvin telah rosak sehingga bengkok kerana tidak dapat menahan impak serangan yang Marvin gunakan.

Dia memperlahankan kelajuan untuk menukar senjata.

Dia dapat rasakan sesuatu tidak kena di depan selepas memperlahankan kelajuan, sebab itu dia berguling dan mengelak cakar ais itu.

"Nasib baik, nasib baik…" bisik Marvin.

Luck juga memainkan peranan ketika bertempur.

Dia mengambil kesempatan untuk melontar kerambitnya ke arah Penyihir gnoll itu.

Marvin tidak fokus kepada accuracy, sebaliknya dia telah menakutkan Penyihir Gnoll supaya melompat. Dia hanya fikir orang itu gunakan kemahiran [Throwing Knife] dan lantas dia menggunakan [Leap] untuk mengelak.

Apabila gnoll itu mendapat tahu kerambit yang dilontar adalah satu barang yang lain dan mengeluarkan pisau belati dari konc kosongnya.

Dia hampir pengsan!

Semua orang di dalam kem tergamam.

"Kenapa dia tukar senjata?!

Pengembara berasa ragu-ragu.

Gru menggunakan [Sweep] kepada tiga gnoll yang mengacau sebelum merenung pantas berkata dengan ragu-ragu, "Mungkin senjata dia sudah rosak?

Mereka semua rasa rasu-ragu.

Okay yang mahir seperti Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng biasanya tidak menggunakan senjata biasa. Macam mana boleh rosak pula?

Tetapi mereka tidak lagi perlu mencari jawapan kerana Marvin hampir tiba dengan Penyihir dan berada beza 10 tapak saja.

Penyihir gnoll itu mula mengetap gigi dan terus mara ke depan dengan mendepakan kedua-dua tangan.

Satu cecair berwarna hijau mula terbentuk di langit!

Dan jampi [Acid Spray].