Chereads / Renjer Malam / Chapter 46 - Renjer Tiada Tandingan!

Chapter 46 - Renjer Tiada Tandingan!

Marvin berdiri bersendirian di bawah kaki bukit.

Gnoll datang seumpama ombak.

Walaupun mereka masih belum sampai lagi, tetapi dia dapat merasa angin yang bertiup. Jika Marvin orang biasa, dia sudah lama melutut, ketakutan!

Tetapi bukan Marvin.

Dia berdiri tegak seperti terumbu karang di lautan.

"Bang!"

Kakinya memijak kepala patung tanah. Kepala Penyihir gnoll dari tanah itu berkecai dipijak!

Di bawah topeng, Marvin menarik nafas dengan dalam. Dengan menggunakan kepantasan yang menakjubkan, dia mengeluarkan botol tanpa tanda dalam sekelip mata.

Ia penuh dengan ubat.

"Gulp gulp!"

Dia meminum sedikit dari botol itu sepantas kilat. Gerakan dia sangat pantas dan tersorok menyebabkan manusia yang berada di kem tidak perasan.

Mereka hanya melihat Marvin sengetkan kepala seperti mengeluarkan sesuatu.

Tetapi gnoll semua dapat melihat dengan jelas.

Dan mereka tidak ambil kisah.

Ubat sahaja.

Apa yang mampu ia buat?

Mereka ada ramai dan manusia itu… Dia seorang saja, tak lebih dari itu.

Gnoll adjutan yang menunggang dubuk mutasi itu mengaum dan semua gnoll yang teruja terus meluru turun.

Menggunakan momentum turun ke bawah membuatkan mereka nampak lebih menakutkan!

Tetapi, Marvin hanya mengeluarkan kedua-dua kerambit selepas meminum ubat.

"Walaupun aku tidak ingin guna ketika ini, aku tidak ada pilihan lain."

"Nasib baik ubat ini cukup untuk digunakan empat kali. Jika tidak memang membazir."

"Gnoll yang bangang dan bengap, masa untuk tamatkan semua!"

Darah Marvin mula mendidih.

Mari! Lagi banyak lagi bagus!

Sebab lagi banyak gnoll bermaksud lagi banyak mayat mereka nanti!

Selepas berfikir jauh, dia menambah kekuatan di bahagian bawah badan dan terus berlari pecut. Dia nampak seperti anak panah terlepas dari busur menghala ke arah askar gnoll.

Kem manusia terus menjadi riuh rendah!

Orang itu tidak merancang untuk melarikan diri, dia rupanya merancang untuk tembus ke dalam dengan membunuh!

Apa yang dia fikirkan? Pangkat ke-3 Pendeta Berlian Mulia?

Pelawan pangkat ke-2 juga tidak sanggup melakukan perkara seperti itu.

Ini berhadapan dengan semua askar gnoll. Berlawan di medan pertempuran tidak sama seperti bertarung!

Serangan dari gnoll yang rambang juga mampu membunuh pakar pengembara di medan pertempuran.

Pengembara tidak percaya kepada keajaiban. Mereka hanya percaya pada apa yang dilihat dengan mata sendiri.

Mereka mengabaikan apa yang Anna cakap. Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang mula menjadi terkenal akan mati. Memang sayang sekali.

"Kapten, kita patut berundur…"

Salah satu ahli dari pasukan Lynx berbisik.

Tetapi dia terus senyap tiba-tiba.

Kerana apa yang dilihatnya kini memang mengejutkan.

Marvin yang bertempur dengan askar gnoll bukan seperti dibayangkan, sebaliknya mereka fikir dia akan tumbang kerana kuantiti gnoll yang ramai.

Tetapi sebaliknya berlaku, dia membunuh dan mara ke depan!

Tindakan Marvin sangat lancar. Darah memancut ketika dia menyerang dengan kedua-dua kerambitnya. Tetapi apa yang membuatkan mereka tergamam ketika dia menghunus buat pertama kali, dua kepala gnoll yang datang menyerang terus terputus dari badan dan terbang di udara.

Kepala mereka terbang!

Dua gnoll ini tidak ditetak hancur. Mayat mereka juga terbang seperti layang-layang dan menghempas kepada pasukan gnoll menyebabkan keadaan menjadi huru hara.

Kawasan yang kosong mula terbentuk di dalam pasukan askar gnoll.

Dan Marvin sendiri masih menendang tanah untuk mara ke depan!

Dia seperti puting beliung yang melanda pasukan askar gnoll!

Kedua-dua kerambitnya dihunus dengan efisien untuk membelah gnoll sehingga nyawa mereka melayang seperti membelah sayur.

Setiap hunusan akan menyebabkan satu gnoll mati. Dia seperti iblis. Pedang gnoll dan juga anak panah langsung tidak terkena pada dia.

Kepantasan dan reaksinya telah sampai ke tahap yang sangat menakjubkan!

Apa yang lebih menakutkan, kekuatan dia untuk menghancurkan gnoll sepenuhnya!

Mungkin hanya Gru saja yang mampu buat sebegitu di dalam kumpulan pengembara!

Tetapi sebagai seorang Renjer, Marvin mampu lakukan.

Pengembara semua tergamam. Mereka tidak tahu untuk berkata apa.

"Celaka! Adakah dia masih seorang Renjer?" Mata Verne menjadi merah dan tidak dapat menahan diri untuk mencarut!

"Orang itu memang gila!"

Tetapi jika Marvin berada di situ ketika ini, dia akan berkata dengan muka tidak bersalah:

"Aku memang seorang Renjer, Renjer yang tiada tandingan!"

Jika pada ketika ini ada orang memberitahu Verne yang Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng adalah Naga yang menggunakan teknik bertukar wajah lanjutan kepada manusia, dia pasti akan percaya orang itu.

"Eh!" Marvin menjerit.

Keupayaan dia untuk melancarkan gabungan serangan dengan kerambit berkembar telah sampai ke tahap dia tidak perlu fokus dan mengikut naluri saja.

Kerana setiap hunusan bukan saja akan membunuh gnoll hingga mati, tetapi akan membelah mereka sehingga mereka terbang ke udara!

Kekuatan dia hampir sama seperti pelawan pangkat ke-2 dan kelajuan serangan dia sudah sama seperti pangkat ke-2 pembunuh hendap!

Ini memang efek luar biasa dari [Kekuatan Naga].

Tingkap atributnya telah berubah.

Kekuatan +6! Hampir sampai 17!

Ketangkasan +4! Gelaran [Pakar Medan Pertempuran Sengit] digunakan! Mencapai sehingga 25 nilai mata!

25 ketangkasan akan memberikan had melepasi kelebihan istimewa, [Uncanny Dodge]!

[Uncanny Dodge]: Anda sangat laju sehingga nampak seperti ilusi. Pemanah tak mampu untuk mensasar pada anda. Musuh jarak dekat Accuracy -3!

Jangan memandang rendah kepada "Accuracy -3" ini. Tambahan pula gnoll memang mempunyai ketepatan yang rendah, menyebabkan serangan mereka tidak kena pada Marvin.

Marvin nampak seperti hantu di tengah pasukan askar gnoll, muncul dan menghilangkan diri secara rawak dan mengambil nyawa mereka.

Dia nampak seperti pelawan sebenar, setiap tetakan dari kerambitnya seperti memotong tembikai!

Tetapi pelawan tidak mempunyai kepantasan serangan seperti itu!

Gru anggarkan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng mampu melancarkan tiga serangan dibandingkan dengan dirinya melancar satu serangan saja.

Hanya dengan kekuatan yang luar biasa saja dia mampu berlawan sendiri dengan enam puluh gnoll dan Penyihir!

Bagi pengembara yang menyekat kemaraan gnoll, otak mereka fokus kepada pertempuran Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng.

Anna kata tiada masalah dan ini akan jadi pertunjukan yang menarik.

Renjer mampu berlawan seperti ini?

Mereka tidak mungkin akan melihat perkara seperti ini sepanjang hidup mereka!

Terdetik di dalam hati mereka. "Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng mampu mengubah situasi yang berlaku dengan kekuatan dia seorang!"

Marvin telah membunuh satu per tiga dari askar gnoll dalam masa seminit!

Lebih dari 20! Mati dengan serangan yang efisien!

Dan Marvin tidak menerima sebarang kecederaan!

Pencapaian seperti ini memang tiada siapa akan percaya!

"Hey… Ivan, kau juga renjer betul tak?"

Salah satu ahli pasukan Bramble tidak dapat menahan diri dari mengusik ahli yang lain di sebelahnya. Orang itu terkumat kamit berkata, "Aku memang… seorang renjer."

"Tetapi kau pasti Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng seorang renjer juga?"

Semua orang masih senyap.

Pengembara level rendah ini tidak pernah lagi bertemu dengan ubat kualiti tinggi seperti Kekuatan Naga. Lagipun Marvin terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri ketika mencuri barang ini di biara.

Bagi ahli garison pula, mereka tidak berfikir banyak mengenai ini, tetapi keadaan ini meningkatkan semangat mereka!

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng telah membantu mereka untuk membalas dendam membunuh pembunuh Tuan Lama iaitu Miller. Sekarang mereka sangat yakin yang dia akan bawa mereka ke jalan kemenangan.

Di dalam medan pertempuran, Marvin bergerak seperti angin, lebih laju dari pergerakan dubuk mutasi.

Penyihir gnoll yang melihat keadaan ini terus terkedu.

Dia menjerit beberapa kali dan adjutan yang menaiki dubuk mutasi mengeluarkan belantan kayu untuk mara ke depan.

"Cari maut? Biar aku selesaikan yang besar dulu."

'Ubat ini hanya bertahan selama 10 minit, sebab itu menghapuskan kumpulan gnoll ini tidak menjadi isu!" Sengih Marvin.

Dia berlari sehingga nampak badan dia seperti terbang.

"Bang! Bang!"

Dia melompat tinggi dan memijak dua kepala gnoll yang tidak bersedia, membetulkan badan sekelip mata.

Ini sebab Marvin suka dengan kelas ini!

Apabila ketangkasan telah capai level tinggi, dia akan bergerak seperti watak dalam novel wuxia.

Dia tidak memberikan perhatian sangat kepada pelawan gnoll.

Badan dia meluncur di udara seketika sebelum dia mencampak sesuatu dari tangan kanannya!

Tali Permintaan!

Marvin membaca jampi dan tali permintaan terus melilit tangan kanan adjutan!

Marvin terus menarik dengan kuat!

Tenaga adjutan agak bagus, mampu berada di posisi stabil lagi dengan bantuan dubuk mutasi.

Tetapi ini tak penting!

Marvin mula membaca jampi satu lagi dan tali itu terus mengecut. Dia mengelak dua anak panah dan terus menerpa ke gnoll adjutan itu!

Adjutan itu juga sangat bijak. Kerana tangan kanan terikat oleh tali permintaan, dia melepaskan tali kekang di tangan kanan dan mengeluarkan pisau belati dari pinggangnya sebelum menikam dengan kejam kepada Marvin!