Pertempuran telah bermula. Gnoll memulakan langkah pertama untuk menyerang.
Apabila fajar menyingsing, enam dubuk mutasi terus mara. Kemudian gnoll juga ikut datang seperti ombak.
Jika orang biasa melihat keadaan ini, mereka terus akan rasa kecut perut.
Walaupun gnoll tidak mempunyai kekuatan yang kuat, tetapi jumlah mereka mampu mengatasi apa saja.
Tanpa askar dari Bandar River Shore, agak sukar untuk menghadapi semua gnoll dengan hanya ahli garison dari Lembah White River.
Semua orang menyorok di belakang benteng dan menahan nafas melihatnya.
Terdapat bukit di sebelah kiri dan hutan di sebelah kanan, memudahkan mereka untuk bertahan.
Pemuda garison mula mengenggam erat senjata mereka dan bersedia untuk sebarang serangan mengejut dari gnoll.
Kali terakhir mereka mengalami situasi seperti ini, Marvin telah arahkan mereka untuk berundur kerana jumlah mereka yang ramai.
Tetapi tidak untuk kali ini!
Cuma ini cara saja untuk mereka merampas kembali tanah air mereka!
…
"Aku perlukan sedikit masa!"
Selepas mendengar permintaan dari Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng, Joey si pemanah itu tidak menolak sebaliknya berkata dengan jujur.
Semua pengembara yang berpengalaman tahu apa yang perlu dibuat ketika bertempur.
Walaupun mereka telah sepakat untuk biarkan Marvin uruskan Penyihir gnoll itu, tetapi dia hanya seorang sahaja. Jika dia tidak dapat mencari sasaran Penyihir yang menyorok itu, pertempuran ini akan jadi lebih rumit.
Joey memang agak menakjubkan. Jika tidak pasti dia tidak akan jadi terkenal di Bandar River Shore dengan bergantung dengan diri sendiri sahaja.
Keistimewaan jarak jauh dia bukan saja berguna menyekat mereka yang menggunakan [Stealth], tetapi sangat berguna ketika meninjau!
Walaupun keadaan masih tak berapa cerah, dia akhirnya dapat mencari gnoll yang pendek itu!
Gnoll pendek yang lain dari lain itu berdiri di bukit kawasan tenggara. Terdapat beberapa pengawal melindunginya.
Mereka tidak menyerang bersama yang lain dan hanya berdiri tegak di situ.
Bagi gnoll yang lain pula, mereka berpecah kepada tiga bahagian dan mengekalkan jarak antara satu sama lain ketika mara kem manusia.
"Nampak seperti gnoll ini tahu beberapa taktik askar!" Fikir Marvin. "Lelaki itu nampaknya mempunyai kebijaksanaan agak tinggi."
Biasanya ketika gnoll menyerang, mereka sangat berterabur. Tetapi mereka nampak teratur di bawah arahan Penyihir Gnoll.
Nampak agak sukar untuk uruskan kali ini.
Selepas Joey menunjuk, Marvin juga menjumpai di mana Penyihir itu.
Asalkan dia dapat membunuh gnoll itu, pertempuran ini akan menjadi lebih mudah.
Tetapi masih ada masalah lagi.
Mereka berada sangat jauh di antara satu sama lain. Marvin menyorok di kem manakala Penyihir itu berada jauh di bukit kawasan tenggara.
Dan dia juga masih ada pengawal.
Stealth memang tak boleh digunakan. Ini kerana Penyihir mempunyai [Eye of Pain]. Sebab itu sesiapa yang menggunakan Stealth akan berada dalam masalah.
"Joey, bantu aku!" Marvin berfikir keras dan memanggil Pemanah itu.
Pemanah itu terus pergi ke sisi Marvin.
Dia bergerak dengan berhati-hati tanpa gnoll perasan.
"Aku akan pergi bunuh Penyihir gnoll itu."
"Tetapi aku perlukan bantuan kau. Pertama sekali kita perlu menuju ke mereka dari arah belakang."
"Kau boleh guna Stealth?" Tak kisah, kita tak perlu berada terlalu dekat. Eye of Pain ada had jarak." Marvin dengan cepat menerangkan strategi dia.
Selepas mendengar rancangan tersebut, Joey berfikir sejenak dan rasa rancangan ini boleh dilakukan.
Marvin melambai kepada Anna, dan mereka berdua terus menggunakan [Stealth] dan terus pergi keluar dari arah timur kem.
…
Dubuk mutasi yang datang menyerang akan tiba tidak lama lagi.
"Adakah perempuan Anna itu terkaku ketakutan?"
"Masa sudah tiba tetapi dia masih tidak memanggil kita?"
Di dalam lombong, Cat melihat situasi yang berlaku dan tidak dapat mengawal diri untuk bertindak.
Semua orang dalam pasukan Lynx juga mula rasa resah.
Di mata mereka, garison Lembah White River tidak akan dapat bertahan dari diserang.
Jika mereka tumbang, mereka juga akan ditimpa malapetaka.
Mereka patut dihantar untuk membunuh gnoll dengan sekali lafaz.
Kenapa Anna masih tidak memberi arahan lagi?
Ini membuatkan mereka berasa keliru.
Tetapi Gru, kapten pasukan satu lagi nampak lebih tenang.
Dia memerhatikan situasi yang berlaku sambil memegang pedang besarnya. Dia hanya berkata satu ayat sahaja kepada ahli kumpulannya yang resah:
"Tunggu sekejap lagi."
Ahli kumpulan Bramble terus menjadi lebih tenang.
Setelah mengalami berbagai pertempuran, mereka percaya kepada ayat kapten mereka.
Selepas kapten mereka suruh tunggu seketika, perkara ini tidak menjadi isu.
Tetapi mereka juga ada rasa ingin tahu. Ketika orang dari Lembah White River membina benteng semalam, terdapat beberapa dari mereka hilang buat seketika. Apa yang mereka buat menjadi misteri.
Bagaimana mereka ingin menghentikan dubuk yang hebat itu?
…
Persoalan mereka terus terjawab.
Ketika dubuk hampir tiba di benteng, Andre yang melihat situasi yang berlaku terus menjerit, "Potong cepat!"
"Slam!""Slam!"
Beberapa bunyi kedengaran datang dari dalam hutan!
Semua orang terpegun melihat di sisi.
Pada masa itu, pengembara yang memerhatikan dengan resah tidak tahu bila ia bermula. Dua pokok besar di pintu masuk lombong terdapat tali yang terikat.
Tali itu diikat di pokok besar lain.
Andre hanya memberi arahan kepada dua ahli garison yang menyorok di semak untuk memotong tali tersebut.
"Snap!"
Dan dua pokok besar itu mula tumbang!
Apa yang mengejutkan, ia tumbang menghala ke kawasan pertempuran!
Dubuk mutasi ini terus terkejut dan cuba memperlahankan kelajuan mereka tetapi kelajuan mereka terlalu pantas. Bagaimana mereka boleh untuk berhenti mengejut dengan mudah?!
Selepas dua nafas, dua pokok besar itu terus jatuh ke tanah dengan bunyi yang kuat!
"Rumble!"
Debu berterbangan.
Tanah pula bergegar!
…
"Macam tu rupanya!"
"Dua pokok itu telah dipotong lebih awal dan tidak tumbang kerana ada tali yang mengikat ia. Kumpulan gnoll itu tak memberi perhatian. Padan muka mereka."
"Orang yang memikirkan strategi ini memang genius."
Mata Verne bersinar ketika memuji.
Pengembara yang lain juga turut berasa kagum. Bagi mereka, membunuh musuh tanpa berlawan ialah perkara yang paling indah di dalam dunia.
…
Pokok besar yang tumbang menakutkan gnoll!
Teriakan boleh kedengaran dari dubuk mutasi yang mara di posisi paling hadapan dihempap dari pokok tersebut.
Dubuk yang di belakang sedikit tidak dapat berhenti tepat pada masa dan kepalanya terus pecah kerana terhantuk kepada pokok.
Malangnya, dubuk mutasi yang lain bernasib baik. Mereka sempat memperlahankan kelajuan dan melompat melangkaui pokok besar itu!
Tetapi pada masa itu, ahli garison melontar obor api!
Obor api itu terus jatuh dari atas pokok. Dahan pokok yang penuh dengan minyak pain terus terbakar!
Dua dinding api terus terbentuk di antara kem dan juga gnoll.
Dua dubuk mutasi yang melompat melangkau pokok itu terus terbakar.
Dua yang lain tidak berani mara ke depan.
Kumpulan gnoll pula lagi takut. Meraka buntu untuk buat apa selepas ini.
Di pihak manusia pula, mereka terus bersemangat kerana kejayaan yang dialami!
Anna terus mengangkat senjata dan menjerit, "Gru! Verne!"
"Bergerak!"
Kedua-dua kapten terus keluar dari arah lombong.
Dua dubuk mutasi yang terselamat dari dinding api seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau… Mereka dikepung dan dibunuh oleh pengembara pula!
Situasi sudah berubah!
…
Di luar lombong, taktik memotong pokok dan membakar ia oleh ahli garison Lembah White River menarik perhatian Penyihir Gnoll itu.
Wajah terkejut dapat dilihat di muka Penyihir gnoll yang pendek dan kurus itu.
Dia tak sangkat musuh mereka akan menggunakan strategi seperti ini untuk menghentikan serangan.
Dia menjerit beberapa kali, mengambil kesempatan dengan kemahiran sifat bangsa [Communicator] untuk memberi arahan baru kepada gnoll.
Kemahiran [Communicator] merupakan kemahiran sifat bangsa yang sukar dikuasai. Ia membantu Penyihir gnoll untuk memberikan arahan dengan lebih pantas.
Abaikan dinding api. Pergi dengan berpusing dari dinding api. Serang habis-habisan!
Ini arahan dia keluarkan!
Di bawah arahan Penyihir gnoll, banyak gnoll yang menjumpai jalan lain dan cuba untuk mengelak dari dinding api menuju dari arah timur untuk menyerang kem musuh semula.
Tetapi pada masa itu, dua orang yang dalam Stealth berhenti 80 meter dari bukit.
"Hampir sampai." Marvin berbisik. "Jika kita dekat lagi, dia pasti akan perasan. Harap kau dapat jalankan tugas dengan baik."
Pemanah Joey dengan senyap mengeluarkan busurnya dan berkata dengan muka yang serius:
"Aku cuba buat yang terbaik."