Wanita tersebut mencapai kotak emas pertama di mana kening lelaki di dalam kotak emas tersebut mempunyai kesan darah berwarna merah pekat yang banyak di sekitarnya. Matanya tertutup seolah-olah dia sedang lena dibuai mimpi dengan batang hidung tegak dengan bibir yang telah beku, bagaikan dia mempunyai sesuatu yang ingin dikatakan.
Merenung tubuh suaminya, jari-jemari wanita tersebut bermain-main di dalam kotak bagaikan dia sedang mencari lebihan suami yang tercinta. Tanpa mengeluarkan sebutir air mata pun, dia merenung suaminya sambil tersenyum manis, berkata, "Ini suami saya, keturunan raja feudal Yan Bei. Generasi ke-24 waris kepada Maharaja Pei Luo! Marsyal kepada bahagian utara empayar maharaja. Kedudukan tablet ke-576 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin! Raja Yan Bei- Yan Shicheng."
Salju turun ke atas bulu mata isteri si mati namun ia tidak mencair. Mukanya kelihatan pucat, namun suara kekal elegen. Dia merenung kepala suaminya yang telah terputus, seolah-olah kepala tersebut dapat membuka kepala dan membalas senyuman wanita tersebut dengan ajaib. Telapak tangan wanita itu membelai mukanya, dan lantas mendapati sebuah parut lama di cuping telinga raja Yan Bei yang semakin kepudaran.
"Kecederaan ini telah dilakukan oleh sebilah pedang di Pintu Gerbang You Wei Istana Sheng Jin, semasa zaman Cang Lang memberontak. Pada tahun itu, Maharaja menjadi mangsa kepada muslihat dan telah menelan Rumput Spektrum yang membuatkan dia kehilangan segala kekuatannya. Shicheng dan Jeneral Meng bertempur sehinga ke dalam istana melalui pintu gerbang timur dan barat untuk menyelamatkan baginda. Shicheng menjumpai Maharaja yang ketika itu hanyalah seorang Putera Mahkota. Dia membawa Maharaja yang sedang pengsan keluar dari istana sambil berhadapan dengan pasukan berkuda seramai 300 orang berseorangan. Dia telah menerima 20 tikaman pada seluruh tubuhnya, dan hanya mampu mula berjalan selepas separuh tahun terlantar di atas katil. Pada tahun itu dia hanya berumur 17 tahun.
"Di sini. Ini ditinggalkan semasa pertempuran di Kaki Pergunungan Kuda Putih," Wanita tersebut meletakkan jarinya yang halus pada sebuah parut merah yang jelas tertera, dan menyambung, "Pada tahun 756 dalam kalender Bai Cang, maharaja empayar telah melakukan sebuah ritual untuk menghormati kuil turun-temurun di Yao Sui di mana semua keluarga terhormat, tuan-tuan besar dan juga ahli diraja telah menghadirkan diri. Namun, raja Pu Jiang mengambil kesempatan ini untuk menghiruk-pikukkan suasana dengan mengkhianati empayar dan telah membuka laluan Kaki Pergunungan Barat kepada rakyat Quan Rong. 30 ribu askar Quan Rong mengepung Yao Shui, dan setelah Shicheng mendengar khabar ini, dia terus mengumpul pasukan tenteranya dan mula bergerak dari Yan Bei tanpa sebarang rehat selama 7 hari dan 7 malam berturut-turut. Krisis di Yao Shui dapat dielakkan disebabkan dia. Maharaja kalian bersumpah di puncak Pergunungan Kuda Putih di Yao Shui supaya empayar maharaja dan Yan Bei akan menjalinkan hubungan yang baik untuk beberapa generasi akan datang. Kebanyakan daripada kalian hadir semasa kejadian itu."
Para pegawai empayar maharaja yang berada di bawah pentas terkejut besar, isu lama yang cuba ditanam telah diungkit kembali, dan mereka telah diperagakan segala kesilapan yang mereka sedang lakukan kepada khalayak ramai. Mata mereka yang tua dan kabur itu melayarkan kejadian yang telah berlaku bertahun-tahun lalu. Matahari yang terbenam kelihatan pucat; bendera harimau milik Yan Bei berkibar megah, meraikan penghapusan orang-orang gasar Quan Orang. Pada masa itu, mereka semua masih muda dan menyertai sambutan tersebut dengan teruja, menepuk bahu pemuda tersebut dan berpesta dengan wain yang banyak.
"Di sini, kecederaan ini, Jeneral Meng, telah dilakukan oleh awak pada hari ke-16 pada bulan keempat di Dataran Huo Lei. Jeneral, awak berada di kemuncak kehidupan awak. Awak mahir dalam peperangan dan juga dapat membunuh tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Sudah semestinya awak dapat mengenal pasti pedang awak sendiri. Jadi, awak tak tahu sama ada kecederaan ini telah dilakukan oleh awak, atau sama ada mayat ini milik Yan Shicheng?"
Meng Tian berdiri sambil terlopong melihat wanita tersebut, mukanya bak batu.
"Saya pasti mayat ini milik suami saya, raja Yan Bei, Yan Shicheng, tanpa ragu-ragu." Wanita tersebut lantas menutup kotak emas itu dengan dentuman yang kuat setelah menghabiskan ayatnya dan berpaling sebelum melangkah ke kotak di sebelahnya.
"Ini anak saya, keturunan putera Yan Bei. Generasi ke-25 waris kepada Maharaja Pei Luo. Perwakilan kepada Bandar Utara empayar maharaja. Kedudukan tablet ke-577 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin. Putera pertama Yan Shicheng, raja Yan Bei- Yan Ting. Dia berusia 21 pada tahun ini. Dia menyertai pasukan tentera pada umur 13, bekerja keras dari kedudukan yang rendah. Dia telah dinaikkan pangkat sebanyak 24 kali dalam masa 8 tahun, dan telah menghalang 67 serangan dari rakyat Quan Rong, dan telah menerima banyak penghargaan dalam pertempuran, termasuklah tujuh anugerah daripada Istana Sheng Jin dan Majlis Ketua-Ketua Terhormat. Semasa berumur 18 tahun, dia telah dilantik sebagai duta kepada Bandar Guan Bai, mengetuai pasukan tentera dan berjaya untuk melindungi sempadan empayar maharaja. Pada hari ke-14 pada bulan keempat, dia telah dilanyak oleh ribu puluhan kuda sehingga sukar bagi sesiapa untuk mengenal pasti mayatnya."
"Ini anak saya, keturunan putera Yan Bei. Generasi ke-25 waris kepada Maharaja Pei Luo. Naib duta kepada Bandar Utara empayar maharaja. Kedudukan tablet ke-578 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin. Putera pertama Yan Shicheng, raja Yan Bei- Yan Xiao. Dia berusia 16 pada tahun ini. Dia menyertai pasukan tentera ketika umurnya berusia 13, mengikut ayahnya dari selatan ke utara dalam pertempuran. Dia juga telah menenangkan orang-orang gasar di sempadan utara sebanyak tiga kali dengan jayanya. Dia telah menerima 40 tikaman untuk rakyat Yan Bei. Pada hari ke-16 pada bulan keempat, dia telah dicacatkan dengan sebuah tarbil yang dilepaskan oleh pasukan tentera barat, tulang belakangnya patah, kedua belah kakinya hancur, dan dia mati disebabkan kehilangan terlalu banyak darah."
"Ini… Ini puteri saya." Wanita itu tersebak. Kepala di dalam kotak emas itu kelihatan pucat kehijauan dan bengkak, menandakan yang ia telah direndam di dalam air buat masa yang lama. Urat-urat keungunan boleh dilihat dengan jelas di tepi biji matanya dan juga lubang hidungnya. "Keturunan puteri Yan Bei. Generasi ke-25 waris kepada Maharaja Pei Luo. Kedudukan tablet ke-579 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin. Puteri pertama Yan Shicheng, raja Yan Bei- Yan Hongxiao. Pada hari ke-16 pada bulan keempat, dia cuba untuk bondanya yang telah diculik. Apabila dia memacu kudanya melepasi tasik, dia telah ditangkap dan dirogol beramai-ramai sehingga mati oleh Pasukan Tentera Medan Keempat, yang diketuai oleh Muhe Xitian. Mayatnya telah dicampak ke dalam tasik selepas itu."
Ribut salji yang menimbusi bumi semakin menebal pada ketika itu dan suara wanita berpakaian putih kedengaran lebih hiba dan nyaring, mukanya lebih pucat, jelas menunjukkan kesedihan hatinya. Semasa angin ribut bertambah kencang, sekumpulan burung-burung hering berterbangan ke dalam awan gelap bersama-sama.
"Mereka pahlawan Yan Bei. Mereka telah berkomplot dengan musuh untuk mengkhianati empayar. Mereka pegawai yang belot. Jeneral Meng, teruskan dengan hukuman bunuh!"
Lantas sebuah kawah gangsa telah dibawa naik ke atas platform, api yang bersemarak di dalam kawah itu bercahaya terang. Meng Tian, sambil mengerutkan dahinya, melaungkan, "Teruskan dengan hukuman bunuh!"
24 buah kotak dicampak ke dalam api di dalam kawah gangsa dengan serentak. Yan Xun mengeluarkan sebuah ngauman yang ganas dengan mata yang berapi-api, bersedia untuk berdiri dan menyerang.
Tentera maharaja dengan pantas menghalang laluan Yan Xun secara teratur, Chu Qiao menggenggam badan putera muda itu dengan erat, tidak lagi mampu menahan air matanya dari menitis. Pemuda di dalam dakapannya itu melutut di atas lantai lantas berteriak hampa, menghulurkan penumbuknya yang penuh berurat itu dan mula menumbuk lantai marmar di Dataran Jin Chi, langsung tidak menyedari darah yang mula mengalir dari penumbuknya itu. Tangisannya yang mememikkan itu kedengaran sayup dan mengerikan.
Ratu Yan Bei memusingkan badannya, merenung kawah gangsa yang sedang terbakar. Air mata yang ditahan sekian lama kini menitis sedih, tangannya dihulurkan dan membelai lembut luaran kawah yang panas. Dengan wajah yang pucat dan lesu, dia memalingkan badan dan mengerling ke arah putera terakhirnya yang berada di bawah platform sebelum memandang Meng Tian dan berkata dengan perlahan, "Abang Meng, saya hanya mempunyai seorang putera kini. Bagitahu dia supaya tak lupakan apa yang diperkatakan dulu."
Meng Tian menggigil dari atas hingga ke bawah. Setelah dipanggil 'Abang Meng', dia merasakan dia telah dibawa kembali ke 30 tahun yang lalu. Dia mampu untuk menahan segala emosi apabila wanita itu bercerita dengan sayu, namun panggilan tersebut telah menyebabkan kedua belah tangannya menggeletar tanpa henti. Dia mahu untuk meluru ke arah wanita tersebut dan berkata, "Bai Sheng…"
Tiba-tiba, wanita yang berpakaian putih itu berpusing dengan lemah-gemalai, dan menghentakkan kepalanya ke gangsa emas dengan ganas!
"Bai Sheng!"
"Ibu!"
Tarikan nafas kedengaran datang dari 10 ribu suara yang hadir di Dataran Jin Chi. Darah mengalir dengan pesat dari kepala wanita tersebut, tangannya yang tadi menggenggam kawah tersebut dengan erat kini terkulai layu di atas lantai.
"Cepat! Cepat! Panggil seorang doktor!" arah Meng Tian yang kepanikan kepada pengawal-pengawal di bawah. Dia mendakap wanita tersebut dengan erat, raut wajah yang tegas kini hilang.
"Ibu!" teriak Yan Xun yang sedang meluru ke atas Platform Jiu You, melonjak ke arah wanita dan merentap wanita itu dari dakapan jeneral.
Cuaca di sana bertambah teruk. Pokok-pokok tiada pilihan selain dari mengharapkan akar yang teguh untuk menghadapi ribut seteruk ini. Kilat sabung-menyabung di ufuk sambil angin utara yang kencang terus mengganas, salji yang tebal masih menurun. Wanita berpakaian putih tersebut membuka matanya perlahan dan merenung wajah pemuda ini dan lantas mengukir sebuah senyuman yang halus, namun aksi tersebut telah membuatkan lebih banyak darah yang mengalir dari bibirnya.
"Ibu!" tangis Yan Xun, tangannya bersentuhan darah segar di mana saja ia berada. Dia bertanya dengan penuh kecewa, "Kenapa? Kenapa ibu buat macam ni? Ayah dah tiada, Abang dah tiada, semua orang dah tiada lagi! Sekarang, ibu pun nak tinggalkan saya? Ibu! Kenapa?"
Air mata wanita itu mengalir perlahan ke pipi. Dengan penuh kepayahan, dia mengangkat kepalanya untuk menyentuh wajah anaknya. "Xun Er… berjanji dengan ibu yang kamu akan terus berusaha walaupun ia lebih susah dari mati. Jangan lupa. Kamu masih ada banyak benda untuk dicapai."
"Ibu!"
Raut wajah wanita tersebut terus menjadi layu, dia terkulai di atas lantai cendarik berwarna hitam itu. Bunga-bungaan di bajunya dilumuri darah seperti buah plum yang ranum, wajahnya pucat lesi. Dia tersenyum sedikit, suaranya sayup-sayup kedengaran, "Ibu selalu fikir yang tempat kegemaran ibu Tebing Air Jernih di Empayar Tang. Di situ tiada musim sejuk, tiada salji, tiada musim. Tapi, sekarang ibu tahu yang itu salah. Semua yang ibu sayang semuanya di Yan Bei. Sekarang ibu akan pergi dan cari ia kembali."
Dalam sekelip mata, dia kelihatan seperti dia dapat melihat langit yang cerah di atas kepulan tebal awan yang gelap. Dia dapat melihat tanah Yan Bei yang lapang, lelaki tersebut mempunyai mata yang bersinar dan sedang meluru ke arahnya dari kejauhan. Suara lelaki tersebut bergema di sekitar tanah lapang hingga ke pergunungan di perjauhan. "Ah Sheng…"
"Ah Sheng, saya nak awak dapat perkara-perkara yang terbaik saja. Perkara apa yang awak paling suka?" Lelaki tersebut terduduk tegak di atas kudanya sambil bertanya dengan ceria.
'Bodoh, saya dah dapat perkara yang terbaik lama dahulu: keluarga kita, anak-anak kita, dan Yan Bei kita.'
Lengannya terkulai lemah tidak bernyawa. Angin sejuk dari utara terus meniup ganas ke seluruh Zhen Huang, burung-burung hering yang berterbangan di udara mengikuti arah angin, bulu-bulu burung yang tercabut berterbangan di udara bersama salju yang dan akhirnya jatuh ke tanah bersama-sama.
"Ibu!" Pemuda itu mendakap tubuh layu milik ibunya dnegan erat, mata wanita tertutup rapat dalam tidur yang panjang.
Chu Qiao berdiri di sebelah Yan Xun, menggenggam jari-jemarinya dengan keras, darah mengalir turun dari wajah. Angin terus bertiup, mengusutkan rambut depan gadis kecil itu dan dia lantas mengangkat wajahnya, merenung tajam ke arah utara di mana terletaknya Istana Sheng Jin. Bangunan yang megah yang dapat dilihat dari kejauhan itu busuk dengan bau penindasan.
Pada hari tersebut, Chu Qiao dapat merasakan seperti dia telah ditikam terus di hati dengan duri yang tajam, dann lantas menggenggam tangannya dengan ketat, mengunci bibirnya tanpa menguturkan sepatah kata buat masa yang lama. Namun, dia mengerti dalam kesusahan dan keperitan ini, dia juga akan menjadi lebih tabah dan dengan masa yang cukup, dia akan mengutip hutang yang telah lama tertunggak!