Wajah Chu Qiao secerah jed putih; kulitnya licin dan lembut, jelas menunjukkan tanda-tanda kesejukan di luar. Yan Xun menggunakan jari-jemarinya untuk memanaskan gadis itu yang menyebabkan dia tergamam dan terus pipinya menjadi merah dek malu, lantas menolak tangan pemuda itu akibat berasa tidak selesa. Dia mengerutkan dahinya dan berkata, "Apa yang kau buat ini?"
"Ini." Yan Xun menunjukkan tangannya yang dipenuhi dengan butir-butir nasi yang masih melekap pada hujung jari. Dia ketawa dan berkata, "Ah Chu, kau mesti lapar sangat di luar sana. Aku rasa aku perlu bayar pampasan untuk segala yang kau dah buat."
Apabila Chu Qiao ingin membuka mulutnya untuk membalas kata Yan Xun, dia ternampak jari-jemari milik Yan Xun yang pucat dan juga hujung kelingkingnya yang telah dipotong.
Renungan mata Chu Qiao terus bertukar dingin. Semasa dia menelan sesuap nasi, dia mengangkat wajahnya dan berkata serius, "Kalau kita berjaya kali ini, Wei Jing takkan mendapat apa-apa kuasa lagi."
Suasana di dalam bilik itu serta-merta menjadi senyap tiba-tiba. Yan Xun melihat sebelah muka Chu Qiao dan lantas menghulurkan tangannya untuk menepuk bahu gadis itu. "Ah Chu, jangan fikir banyak sangat."
"Yan Xun, aku takkan bertindak melulu. Aku akan lakukan apa yang aku boleh." Chu Qiao tiba-tiba kedengaran bosan sebelum merendahkan suaranya dan berkata, "Kita dah tunggu bertahun-tahun, aku takkan hilang kesabaran aku sekarang ini."
Cahaya petang yang panas menyinari melalui tingkap dan lantas menyelubungi mereka dalam cahaya yang hangat. Nampaknya musim bunga akan datang tidak lama lagi, masa berlalu dan anak-anak kecil itu kini telah menjadi dewasa. Matahari bersinar terang di luar. Terdapat beberapa perkara yang telah berubah, namun ada juga perkara yang dimakan umur seperti wain, menjadi semakin matang dengan masa.
"Ah Chu, sejak kau dah kembali ke sini, janganlah beredar cepat sangat. Rehat dulu dengan secukupnya."
Chu Qiao mengangkat wajahnya. Walaupun dia masih muda, tetapi dia telah menjadi seorang wanita yang cantik. Keningnya diraih dan dilengkungkan tinggi yang merupakan sesuatu yang luar biasa dalam kalangan wanita-wanita dihormati kerana dia nampaknya mempunyai kecilikkan dan juga kesungguhan yang lebih. Dia menundukkan wajahnya dan merehatkan dahi ke dada Yan Xun sambil berbisik, "Baiklah."
Yan Xun menghulurkan lengannya untuk mendakap gadis itu dan menepuk-nepuk belakang badan gadis itu dengan lembut sambil berkata, "Musim bunga akan tiba bila kita sampai ke Yan Bei. Aku akan bawa kau ke dataran Huo Lei untuk menangkap kuda-kuda liar."
"Okay." Suara Chu Qiao kedengaran jengkel apabila dia berkata, "Kita akan lakukan perkara itu."
Masa berlalu dengan perlahan, bahu Yan Xun mula terasa lenguh namun Chu Qiao masih terdiam sepi buat masa yang lama. Pemuda itu menundukkan pandangannya untuk melihat sepasang bulu mata panjang yang berbayang di atas wajahnya. Dia kelihatan lebih cantik di bawah cahaya mentari.
"Ah Chu?" Gumam Yan Xun, namun tiada tindak balas dari Chu Qiao. Dia tertawa kecil, "Dia boleh tertidur dalam posisi ini." Dia lantas berdiri dan lantas mengendong gadis itu yang langsung tidak bergelut walaupun dengan kecerdasan minda gadis itu kerana mengetahui dia berada di dalam keadaan yang selamat.
Apabila mereka keluar dari bilik bacaan, Ah Jing serta-merta melangkah ke dalam penglihatan dan Yan Xun merenungnya tajam, lantas membuatkan pengawal itu dan juga beberapa orang hamba lagi untuk berundur dari putera mahkota itu, tidak berani untuk berbuat sebarang bunyi. Mereka merenung Yan Xun yang sedang mendukung Chu Qiao yang masih berpakaian seperti seorang lelaki itu ke dalam bilik tidur.
Setelah seketika, Putera Yan melangkah keluar dari bilik tersebut dan terus didekati Ah Jing.
"Apa yang terjadi?"
"Mereka diserang semasa dalam perjalanan pulang. Cik mengetuai kumpulannya untuk meluru ke sini dengan menggunakan jalan lain dari Lu Ye. Dia takut yang Tuanku akan berasa risau; jadi dia tidak berhenti dari menunggang kuda selama tiga hari… Saya risau yang dia terlalu letih."
Yan Xun merapatkan keningnya sambil menggumam, "Mereka di mana?"
"Mereka sekarang berada 80 batu barat dari Bandar Zhen Huang, di Pekan Liang Shan. Orang-orang kita sedang memerhati mereka. Tuanku, Tuanku hendak mengambil tindakan ke?"
"Ya." Yan Xun mengangguk semasa dia melangkah ke arah bilik bacaan dengan tenang.
"Jadi…" Ah Jing berasa ragu-ragu kerana masih berfikir. Dia bertanya, "Bagaimana dengan pedagang-pedagang batu yang bertugas untuk menjaga makam yang Cik bawa ke mari?"
Yan Xun berfikir panjang sebelum berkata, "Semenjak mereka dah tak berguna untuk kita sekarang, hapuskan mereka juga."
"Baiklah, Tuanku."
Angin sejuk meniup dari arah Pergunungan Xuan Lang. Yan Xun meraih kepalanya dan ternampak seekor burung tanpa bulu yang berterbangan merentasi angin utara. Ia nampaknya tertarik dengan aroma semerbak yang datang dari tubuhnya dan lantas ia mengelilingi atas kepala Yan Xun tanpa sebarang rasa takut, berkicau rasa ingin tahu sambil mengepakkan sayapnya.
Ah Jing kelihatan bingung, namun terus berteriak dengan penuh teruja, "Ini burung Cang Wu! Tuanku, ini mungkin burung Cang Wu yang dah sesat. Burung ini tak berasa takut dengan manusia dan sangat bernilai. Ada ramai orang yang cuba menjinakkannya! Tapi, ini kali pertama saya lihat burung Cang Wu sekecil ini."
"Ya ke?" Yan Xun membalas ringan. Dia menghulurkan tangannya dan meraih keningnya ke arah burung itu yang masih berterbangan di atas kepalanya. Burung kecil itu berkicauan dan kelihatan seperti dia berminat dan setelah beberapa kepakan sayap, ia mendarat di atas hujung jari Yan Xun, mematuk tapak tangan pemuda itu dengan paruhnya yang kecil dan berwarna kuning terang. Mata merah dan bertenaga burung itu berkeliaran dengan penuh mesra.
Ah Jing terperanjat, dan sebelum dia dapat menarik nafas pantas tidak percaya, sebuah bunyi retakan yang lantang dapat didengari. Burung kecil yang berharga itu tidak mempunyai masa untuk menjerit pun apabila Yan Xun menggengam tangannya dengan kuat sebelum ia terjatuh ke tanah berdebap ke atas tanah.
"Senang sangat kau tertipu. Kalau aku tak bunuh kau, orang lain pasti akan lakukannya. Kau hanya menunggu mati saja." Jubah hitam milik pemuda itu berkibaran di belakangnya. Dengan postur badan yang lurus, dia menghilang di dalam astaka. Hembusan angin kencang menyebabkan sejumlah salji untuk bergumpal dan lantas menimbusi mayat burung itu di dalam lapisan salji tebal.
Malam sudahpun larut apabila gadis itu terjaga dari tidurnya. Terdapat susu panas di atas dapur kecil di atas meja. Chu Qiao lantas menuangkan susu tersebut ke dalam cawan kecil dan meneguknya, sekaligus merasakan kehangatan yang terus mengalir ke dalam diri. Bulan pada malam itu sangat besar dan berjaya menerangi langit malam, menyinari perkarangan Ying Ge. Gadis tersebut membuka tingkap bersama cahaya bulan yang terus menyinari ke dalam bilik tersebut. Dia terduduk di atas bangku dengan kedua belah sikunya yang sedang berehat di atas jendela, bernafas perlahan.
Dia telah melihat perkarangan ini berulang kali, namun dia masih tidak dapat membezakan sama ada pemandangan di hadapan matanya ini hanyalah sekadar mimpi atau kehidupan lampaunya itu semata-mata sebuah ilusi. Dalam sekelip mata, dia telah berada di dalam dunia ini untuk lapan tahun, dan banyak perkara yang telah diubah dalam tahun-tahun itu, termasuklah cara pemikiran seseorang, kepercayaannya, keinginannya, dan kesungguhannya untuk mencapai apa yang diingini.
Terdapat dua batang kayu balak yang tinggi di dalam laman yang telah didirikan lebih dari tujuh tahun. Walaupun dalam kegelapan malam sebegini, masih boleh dilihat kesan pedang yang telah ditusuk ke dalam kayu balak itu di bawah cahaya bulan ini. Inilah tempat di mana Yan Xun dan dirinya telah berlatih teknik mempertahankan diri mereka. Semasa tahun-tahun awalan, mereka langsung tidak berani untuk berlatih di siang hari dan mereka akan menyelinap keluar ke perkarangan ini pada setiap malam, saling melindungi antara satu sama lain. Setiap seorang akan mengambil masa untuk berlatih seni mempertahankan diri campuran antarabangsa yang telah didemonstrasikan Chu Qiao. Setiap kali salah seorang pekerja istana bergerak berdekatan dengan kawasan teresebut, mereka akan menahan nafas mereka akibat risau sehinggalah pekerja-pekerja tersebut hilang dari pandangan.
Di dalam bilik pemanas terpencil di barat, pasti akan ada dua set tilam yang telah disediakan. Pada masa tersebut, mereka tidak mempunyai sesiapa untuk dipercayai jadi dua anak kecil ini akan tidur di dalam bilik yang sama dengan sebilah pisau yang tersemat di dalam genggaman. Apabila seorang daripada mereka tertidur, seorang lagi harus terjaga, dengan benang halus yang diikat di antara kedua belah pintu dan jika salah seorang mereka bergerak sedikit, mereka berdua pasti akan terbangun dari tilam dengan pisau yang masih berada di tangan.
Di atas rak di dalam bilik bacaan, terdapat sebuah pasu antik yang dipenuhi dengan ubat-ubatan yang telah disiapsediakan untuk hal-hal yang bakal menjelang. Walaupun mereka tidak menggunakan ubat-ubatan tersebut dengan kerap, namun ia telah menjadi satu tabiat buat mereka. Penyepit dan sudu yang digunakan haruslah diperbuat daripada perak. Mereka juga telah memelihara beberapa ekor arnab di mana setiap kali sebelum mereka menjamah makanan yang dihidangkan, mereka akan memberikan arnab-arnab tersebut merasa makanan mereka. Setelah sehari atau dua hari arnab tersebut diberi makan, barulah mereka akan menjamah makanan yang telah diberikan kepada haiwan itu. Mereka tidah pernah berasa makanan yang masih hangat semasa beberapa tahun pertama mereka berada di situ.
Tidak kiralah sama ada ia di tengah-tengah musim panas mahupun beku pada musim sejuk, mereka sentiasa akan berbaju perisai lembut di bawah baju dan jubah mereka dengan senjata yang sentiasa akan berada di sisi. Masa berlalu dengan sangat perlahan, namun tidak kira betapa susahnya kehidupan yang sedang dilalui, mereka masih berada di samping masing-masing dan juga telah membesar bersama-sama. Harapan menjadi lebih terang, masa hadapan mereka tidak kelihatan terlalu gelap dan jangkaan mereka yang menggunung itu menjadi lebih tinggi dan lebih tinggi mengikut masa.
Chu Qiao tersengih ringan. Secara tidak langsung, ini boleh dianggap sebagai sebuah keinginan. Setelah beberapa tahun, setelah pembunuhan demi pembunuhan, setelah rancangan licik demi rancangan licik, barulah dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang asing yang ingin melarikan diri dari dunia ini. Bahkan setelah dia menjejakkan kaki ke dalam bandar diraja ini, nasib mereka telah terikat antara satu sama lain.
Chu Qiao tidak dapat menahan dirinya dari memandang ke arah langit utara di mana terletaknya Pergunungan Hui Hui dan juga Dataran Huo Lei yang Yan Xun asyik diterangkan Yan Xun dengan jelas berulang kali. Prairi Yan Bei yang mereka rindukan itu juga berada di situ. Bayangan inilah yang telah membuatkan mereka terus kuat untuk menghadapi malam-malam yang sejuk membeku, saat-saat yang menghinakan, dan juga saat-saat di mana mereka diselubungi perasaan benci yang membuak-buak. Mereka telah berjaya melalui semua itu.
Dia mengambil helaan nafas yang dalam sebelum menutup tingkap bilik sebelum bergerak ke arah meja dan membentangkan sehelai carta, lantas menundukkan kepala untuk mengkajinya dengan penuh teliti.
Pintu bilik berkeliang-keliut dibuka perlahan apabila seorang lelaki yang memakai jubah kapas putih bersulamkan gambar unta di kolarnya memasuki bilik tersebut. Dia kelihatan kemas dan segak.
Chu Qiao tersenyum lebar namun tidak berdiri. Dia lantas menyapanya, "Sudah lambat sangat ini, kenapa kau masih terjaga?"
Yan Xun sedang membawa sekotak hidangan semasa memasuki bilik tersebut dan dia lantas membuka penutup kotak tersebut, berkata, "Kau tidur sehingga tengah malam dan terlepas waktu makan malam, kau tak lapar ke?"
Perut Chu Qiao terus berkeroncong setelah Yan Xun menghabiskan ayatnya. Gadis itu terus mengusap perutnya dan tersipu malu. "Aku baik-baik saja sebelum kau cakap mengenai itu. Perut aku dah mula memberontak."
"Cuba makan sedikit dulu, dan tengok jika hidangan ini sesuai dengan selera kau."
"Okay," kata Chu Qiao sambil meletakkan pen dan kertas ke atas meja, dan lantas berdiri untuk mengambil kotak hidangan itu. Melihat ke dalam bekal itu, dia berteriak, "Wah! Ladu buah pear!"
"Ya. Aku tahu kau suka, jadi aku suruh hamba-hamba untuk sediakan. Ia disimpan beku untuk beberapa hari kerana menunggu kehadiran kau. Ini baru saja dimasak."
"Hehe." Mata gadis itu menjadi lebih sepet apabila dia tersenyum gembira. "Yan Xun, setiap kali aku makan hidangan ini, aku terasa seperti aku berada di rumah." Dia mengunyah ladu sambil Yan Xun sedang menuangkan segelas cawan susu rusa untuk gadis itu, merenung cara Chu Qiao makan. Cahaya bulan menyinari melalui tingkap ke dalam bilik, dengan api yang bergemeretak di sudut bilik, keadaan bagaikan ia sudah tenang dan aman.
"Ah Chu." Melihat Chu Qiao telah menghabiskan hidangannya, Yan Xun terus menghulurkan sehelai sapu tangan putih kepadanya untuk mengesat kotoran berminyak di hujung bibirnya sambil pemuda itu berkata serius, "Pedagang-pedagang batu yang kau bawa ke sini…"
"Yan Xun, kau buat apa kau patut, kau tak perlu beritahu aku apa-apa." Sebelum membenarkan Yan Xun menghabiskan ayatnya, Chu Qiao memotong, "Aku tak berfikir dengan lebih mendalam tentang hal ini, dan aku tak cukup kejam untuk membunuh mereka. Tapi, kehadiran mereka hanya akan membawa permasalahan pada masa akan datang. Bila kita tak mempunyai sebarang kuasa untuk berhadapan dengan ketua-ketua terhormat di dalam istana, ia suatu keputusan yang bodoh untuk membiarkan bukti-bukti sebegitu masih berkeliaran di sini. Sebab mengapa aku bawa pedagang-pedagang itu ke mari adalah kerana aku hendak kau buat keputusan itu untuk aku dan kerana itulah kau tak perlu terangkannya kepada aku."
Yan Xun tersenyum lebar dan anak matanya terus berubah menjadi lebih lembut. "Aku hanya tidak mahu berselindung daripada kau."
"Betul itu." Kata Chu Qiao sambil ketawa, "Kita dah berjanji untuk tak sembunyikan apa antara satu sama lain. Persembunyian fakta hanya akan menyebabkan salah faham dan perpecahan antara kita, tak kiralah apa niat sebenarnya. Kita tak boleh lakukan kesilapan sebegitu."
"Hehe," Yan Xun ketawa kecil. "Baiklah, jadi tolong bagitahu aku tentang perjalanan kau ke Pergunungan Nan Ji kali ini, termasuklah segala butiran kecil, daripada awal hingga akhir."