Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 7 - Tetamu Tidak Diundang (1)

Chapter 7 - Tetamu Tidak Diundang (1)

Jun Wu Yao melihat Wu Xie berehat di katil dan dia tahu yang Wu Xie sudah menerima 'permintaannya'.

Nasibnya baik kerana sudah bebas. Memandangkan dia menerima rahmat dari syurga, dia pasti akan mendapatkan kembali apa yang hilang. Sebelum dia mula membalas dendam, dia perlu membina kekuatannya kembali. Pertemuan dengan gadis yang menarik ini mungkin dapat mengelaknya dari kebosanan. Gadis ini bukan seperti orang-orang lain yang membosankan. Jun Wu Yao pasti terhibur tinggal di sini.

Sepanjang beberapa hari ini, segala jenis ubatan yang jarang dijumpai dihantar ke bilik Jun Wu Xie. Tabib-tabib terbaik dari seluruh negara juga dipanggil untuk merawatnya.

Kalau diberi pilihan, Wu Xie pasti sudah merawat dirinya sendiri.

Melihat rawatan yang diberikan oleh tabib-tabib yang sudah beruban itu membuatkan Wu Xie merasa amat marah. Penipu! Mereka semua penipu!

Kalau dialah, kecederaan seperti ini mudah saja dirawat dalam masa 10 hari, tetapi "tabib-tabib" ini semua mengatakan tempoh penyembuhannya tidak kurang daripada satu bulan.

Memandangkan kecederaannya terlalu serius untuk dirawat sendiri, dia tidak punya pilihan selain bersabar selama sebulan.

Dalam tempoh itu, datuknya singgah melawatnya setiap hari untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Jun Wu Yao jarang datang melawat.

Sebaik dia cukup sembuh dan mampu berjalan sendiri, Jun Wu Yao muncul di pintu biliknya.

"Kamu nampak lebih sihat," Jun Wu Yao tertawa kecil sambil bersandar di pintu dan memberikan senyuman nakal.

"Saya nak salin pakaian," Jun Wu Xie memandangnya tanpa perasaan – pandangan yang hanya membawa satu maksud. Berambus.

Malangnya…ada orang tak faham bahasa.

Dia bukan sahaja tidak beredar, malah berjalan ke sisi Jun Wu Xie, mengangkat tangannya dan dengan lemah-lembut mendukung Wu Xie.

Kucing hitam kecil itu mengembangkan bulunya.

[Lepaskan tuan saya, binatang!]

Kucing itu menjerit dalam mindanya.

"Adik belum sembuh sepenuhnya, pasti sukar untuk kamu. Biasa saja kalau seorng abang membantu kamu dalam hal sebegini." Sebaik dia habis bercakap, Jun Wu Yao langsung tidak mengendahkan sepasang mata hitam yang memandangnya penuh kemarahan sambil dia membawa "adik" kesayangannya ke katil, memilih sepasang baju yang bersih untuk Jun Wu Xie dan mula menyalinkan bajunya.

"...…." Fikiran Jun Wu Xie buntu, dia duduk dalam keadaan terkejut sementara Jun Wu Yao membuka jubah luarnya.

Tidak kira pada masa lalu atau sekarang, selain dalam situasi perubatan, Jun Wu Xie tidak pernah sebegini rapat dengan lelaki.

Lelaki ini berbuat sesuka hatinya?

Jun Wu Xie memberikan pandangan maut sambil memuncungkan bibirnya.

Kucing itu satu-satunya makhluk yang berkelakuan normal dalam situasi ini. Lelaki itu mengambil kesempatan ke atas tuannya! Dan tuannya tidak bertindak balas? Ini bukan masanya untuk jadi bingung! TAMPAR DIA!!!!

...…..

Jun Wu Xie hanya terpegun tidak melawan sambil Jun Wu Yao menyalinkan pakaiannya.

Sikap Wu Xie yang tenang mengejutkan Wu Yao dan setelah siap menyalin pakaiannya, dia tersenyum mengusik ke arah Wu Jie sambil membawanya keluar.

"Kita nak ke mana?" Wu Xie akhirnya dapat bersuara. Dia melambai ke arah kucing itu yang kemudiannya melompat dan bertukar menjadi kabus hitam sebelum kembali kepada Wu Xie.

"Kita ada tetamu," balas Jun Wu Yao sambil memberikan senyuman yang menawan.