Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 13 - Episode 13 : Kedatangan Mengejut

Chapter 13 - Episode 13 : Kedatangan Mengejut

Flop!

Sepasang korset hitam jatuh ke atas lantai selepas yang memakainya tanggalkan ia begitu saja. Diikuti menendang tanggal kasut dengan malas ke lantai. Membiarkan kaki beralas stoking saja memijak lantai marmar di bawah.

Darra melepaskan nafas lega yang panjang sebelum mengusap sekitar tulang rusuk dan dada untuk hilangkan rasa sakit selepas seharian dalam corset.

Tahu perasaan dimana berasa lega bila rasa panas berpeluh bertemu dengan deru angin yang sejuk? Itulah yang Darra rasakan. Mata dia terpejam sambil berkerut kening dek kelegaan kerana akhirnya dapat juga dia berhenti dari terus mengenakan pakaian ketat di dadanya. Bukan aje setakat ketat dan tidak selesa malah panas dan melecet kerana bahagian keras corset itu bergesel dengan kulitnya. Buatkan kulitnya sering terluka.

          "Aku kena hantar surat pada Nanny Clara supaya jahitkan corset baru yang tak sakitkan tulang rusuk nanti.."bebel Darra sendirian sambil membuka butang kemeja tiga dari atas sebelum gerak ke jendela. Berdiri saja dia depan jendela itu, daun pintu jendela di tolak keluar. membenarkan angin untuk masuk ke dalam bilik tidurnya.

Swoosh~~

Angin terus bertiup menyapa Darra. Gadis itu diam menikmati momen tersebut.

Satu hari ini jadualnya sangat padat. Mujurlah semua matapelajaran yang dipelajari pada hari ini telah pun dia kuasai awal semasa belajar di rumah bersama dengan Master Freddie. Jadi tak adalah susah mana untuk kejar silibus mereka.

Apa yang jadi masalahnya sekarang adalah, semua orang kalau boleh nak lihat dirinya gagal dan menjadi pelajar paling tercorot di sini. Bukan setakat Bian dan Putera Eilian yang sengaja hendak susahkan Darra, malah master yang mengajar di sini.

Hal ini membuatkan Darra berasa terima kasih pada ayahnya kerana lelaki itu buatkan dia belajar di rumah dan tidak bergaul dengan mana-mana anak lelaki dari keluarga berada di luar sana!

Tiba-tiba pula dia homesick!

      "Ugh...."Darra tunduk memicit dahi saat memejamkan kepala. Kalau tiga tahun dia kena hadap semua ni, mahunya botak kepala dibuatnya. Pearl lagi menambah tekanannya sekarang ini!

        "Wow!Bilik persendirian.!"

Bagai hendak luruh jantung dari tangkainya, kepala Darra tersentak memandang ke depan sebelum dia berpusing ke belakang kerana suara itu.

Dari mana-?

         "Dekan Lorenzo betul-betul tunjuk kesetiaan dia pada ayah kau sampaikan dia beri bilik khas untuk kau ya Darrius..." Alfareeze gerak menutup pintu bilik dan mula berjalan ke dalam dengan bersahaja.

Secara refleks Darra tunduk memandang ke lantai. Melihat korset yang terbiar serta pakaian dia yang sedikit terdedah. Terlalu bingung dan kejung dia langsung tidak bergerak dari depan jendela itu dan hanya berdiri di situ bersama riak poker face. Kalau menggelabah makin jelas la keadaannya.

Tapi kenapa-

        "Apa yang kau buat dekat sini Alfa?" Darra perhatikan tingkah Alfareeze. Lelaki itu sedang melihat sekeliling bilik lantas ambil tempat di kerusi panjang menghadap jendela. Betul-betul terarah pada Darra yang sedang berdiri di situ.

         "Buat apa lagi?Sambut kedatangan sahabat baik aku ke akademi ni la.."senyum Alfareeze memandang muka dingin Darra. "Tak boleh?"

Eww!

        "Sejak bila kita dalam terma sebagai sahabat baik?Kali terakhir aku periksa, kau punca ayah aku kurung aku dalam rumah agam tu tak dapat ke mana-mana lagi.."

Alfareeze ketawa. Dia lirik penampilan Darra sebelum menarik sengih meleret.

        "Kita dah lama bersahabat baik Darrius. Kau aje yang taknak mengaku aku sebagai kawan kau..."

         "Jangan nak buat lawak Alfa. Kita tak pernah berkawan apalagi menjadi sahabat baik....apa yang membuatkan kau berfikir kita ni sahabat baik?"

          "Kenapa pulak tak boleh?"

          "Selain buat perangai menyakitkan hati dengan sikap berlagak bagus kau dan merendahkan diri aku...bahagian mana yang merujuk kau kawan baik aku?"

Alfareeze pandang lucu ke Darra. 

          "Hahha...Darrius. Kau expect apa dari aku?Kita berdua adalah lelaki. Takkan kau nak aku layan kau dengan romantik dan lemah lembut?Tak mungkin kan...normal la kalau aku bersikap menyakitkan hati pada kau..."

Mengerenyet mata kiri Darra kerana kenyataan Alfareeze. Dia dalam diam mengetap gigit.

           "Berhambus sekarang."

           "Hei!Be nice would you?"

           Be nice my ass!Darra mengetap gigi dengan erat. "Macam mana kau tahu aku duduk di sini?"

            "Malu bertanya sesat jalan Darrius. Lagipun bukannya besar mana akademi ni sampaikan mana kau menginap aku tak boleh nak tahu..."

           Apa masalah Alfareeze ni?Lelaki ni nak apa sebenarnya? "Dah tu apa kau buat dekat sini?Aku rasa aku dah pesan dekat kau awal hari tu kan. Jangan cari aku lagi...kenapa kau munculkan diri dekat sini jugak?"

Alfareeze berdengus kecil. Dia pandang mengejek akan Darra.

          "Nak cari gaduh dengan aku lagi la tu?"

          "Salah ke kalau kawan baik risaukan kawan dia sendiri?"Alfareeze menarik sengih meleret."Kau patut hargai kehadiran aku dekat sini Darrius."

Darra buat muka. Tak habis-habis lagi ke dengan statement 'kawan baik' lelaki ni? Suka hati label mereka ni bersahabat baik.

           "Aku dengar Putera Eilian letakkan kau dalam situasi dimana dia menjadi punca engkau di buli?Macam mana?Seronok tak kena buli?"

Merinding geram Darra bila lihat senyuman handsome Alfareeze waktu itu. Rasa seperti mahu disental saja senyuman itu dari wajah berlagak Alfareeze. Lagipun macam mana Alfareeze boleh tahu?Darra membuat muka menyampah sebelum gerak ke tepi dimana blazer akademinya berada.

          "Sibuk nak tahu ni, kau nak jadi salah seorang daripada mereka jugak ke?"

           "Nahh...aku tak perlu jadi seperti dia orang dekat sini. Ada imej yang aku perlu jaga sebagai tenaga pengajar di akademi ni." Alfareeze membetulkan pakaian dibadan dengan reaksi bangganya. "Kau tahu kan siapa aku dekat sini..."

Yalah!Imej la sangat. Jadi pelatih memanah dengan berkuda aje pun. Blazer di situ Darra capai lalu disarungkan ke badan. Hendak menutup dadanya yang tidak dikenakan korset. Risau pula kalau Alfareeze perasan.

           "Kemudian?Selain nak menyombong dekat sini, apa lagi yang kau perlukan dari aku?" Darra berdiri di tepi kerusi dimana Alfareeze sedang duduk.

           Sambil tersenyum menampakkan lekukan pada kedua belah pipi yang dalam, Alfareeze pandang lama wajah Darra. "Aku master kau dekat sini. Jadi aku harap kau berkelakuan selayaknya sebagai pelajar di sini...dengar tu?"

           "Kau nak aku hormat kau?"Darra skeptikal. "Engkau?"

            "Yalah...esok kau ada kelas dengan aku kan?Jadi aku datang sini nak beritahu, jangan kau buat perangai yang nak menyusahkan aku pulak nanti bila kelas tu."

Ingat dia ni apa?Budak kecil yang tak tahu beza baik dan buruk ke?Cakap macam dia ni suka buat masalah pulak...

Dalam-dalam Darra menarik nafas lalu dihembus panjang. Serius beritahu, dinding kesabaran dia semakin menipis. Berlagak tu memang tak boleh nak dikurang-kurangkan agaknya!

Nak cari pasal dengan dia yang sedia sakit hati ni ibarat orang gali kubur sendiri tau tak!

            "Jangan risau. Aku dah buat permohonan untuk tukar kelas kau. Jadi kau tak perlu risau tentang sikap aku ni...sebab aku memang takkan ada masa nak buat perangai dalam kelas kau tu..."beritahu Darra yang sebenarnya tidak benar pun. Dia mana la ada masa nak tukar kelas bagai memandangkan baru hari pertama masuk kelas. Kalau dia mahupun mungkin selepas dia tukar uniform nanti baru boleh tukar master.

Air muka Alfareeze berubah. Hilang terus reaksi berlagaknya tadi.

         "Tukar?"renungan Alfareeze menjadi gelap.

         "Yalah...kalau kau tak suka aku ada dalam kelas kau, inikan lagi aku yang tak sudi belajar bersama master seperti kau.."

         "Kenapa?"

Kening Darra mencerlung tajam. Dia pandang tidak faham akan Alfareeze apabila lelaki itu menatapnya semacam. Kenapa ditanya?Kan dia dah beritahu apa alasannya.

          "Apa yang kenapa?"

          "Kenapa kau tukar?"

Lahh...tadi bukan main cakap seperti tidak mahu dia berada dalam kelas, ni kenapa lain pula reaksinya?

Apa yang tidak kena dengan Alfareeze ni?Muka macam baru kena reject pun ada. Dia cuma sengaja buat cerita aje pun. Bukannya betul-betul.

         "Suka hati aku la nak tukar ke tidak. Rugi ke buat kau?"

Untuk seketika Alfareeze tenung tatapan berkerut Darra tanpa mengatakan apa-apa.

Bila Darra bertentang mata dengan Alfareeze dan lelaki itu seakan marah, dia jadi tidak senang berdiri di situ. Dah kenapa Alfa ni?

         "Dari kau pandang aku macam ni...baik kau keluar dari bilik aku sekarang. Dan jangan sesekali munculkan diri macam ni tanpa beritahu. Jangan buat aku yang tak sukakan kau ni makin bencikan kau Alfa."tegur Darra hendak hilangkan rasa gugup dibalik tatapan Alfareeze.

Selepas seketika mengatakan apa-apa Alfareeze bangun dari situ lantas berdiri menghadap Darra.

        "Kau tahu...tak semua orang boleh hadap sikap berlagak kau ni Darrius. Antara ramai-ramai orang siapa aje yang sudi berada di sisi kau tanpa ambil kesempatan ke atas kau. Beritahu aku?"

         "Kau tengok muka aku...nampak aku kisah ke?"getus Darra semasa dongak sedikit ke atas hendak memandang Alfareeze yang kelihatan tidak puas hati. "Kau cakap tu pandang-pandang. Nak kata aku berlagak... kau tu dua kali ganda berlagak dari aku. Kalau kau tak suka hadap perangai aku, jangan hadap. Pejam aje mata tu tak payah pandang aku. Keluar sekarang!"

Tidak semena Alfareeze berdengus kecil. Dia seakan mahu ketawa tetapi hanya memandang lucu akan wajah marah Darra. Sebenarnya dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa sakit hati bila dengar kenyataan tadi. Paling menghairankan, dia tak boleh berhenti dari fikir tentang 'budak lelaki' di depannya ini. Tidak kira la sebenci mana sekalipun perasaannya!

         "Keluar la!Menungkan apa lagi!Hari aku dah cukup letih. Kau jangan tambahkannya lagi. Keluar!"

          Alfareeze meluruskan pakaiannya dengan marah. "Darrius...Darrius...kau dan ego kau, berpisah tiada. Okay la kalau macam tu. Aku ucapkan semoga berjaya. Aku harap kau boleh harungi semua cubaan Putera Eilian yang cuba lakukan pada kau sepanjang masa kau dekat sini!"ucapnya.

          "Simpan sendiri wish kau tu untuk diri sendiri!Tak perlu sibukkan diri dengan urusan aku!"getus Darra dengan perlahan.

Tanpa mengatakan apa-apa lagi, Alfareeze pun mengatur langkahnya ke arah pintu keluar sejuruh itu.

Klik!

Tertutup saja pintu biliknya, Darra jatuh terduduk di kerusi tempat Alfa duduk sesaat kemudian. Nafas cemas yang dia simpan tadi lepas dengan laju. Mujurlah Alfa tak perasan tadi. Darra pandang ke arah corset yang ada di atas lantai. Mujurlah garment itu berwarna hitam. Jadi tak nampak sangat. Lain kali dia kena kunci pintu setiap kali nak tukar pakaian. Kalau kejadian ini berlaku sekali lagi, habis penyamarannya nanti.

Tapi kan...

Darra pandang ke arah pintu bilik dengan mata dikecilkan. Dia berasa curiga.

Kenapa.

Kenapa Alfareeze sibuk mengenai dirinya yang dibuli Putera Eilian?Bukan ke Alfareeze juga suka mengenakan dia? Sekarang sibuk nak risaukan tentang dia...?

Salah makan apa Alfareeze ni?