Flashbacks
"Akademi?"
"Ya. Peraturan tetap raja dimana setiap isi rumah dalam sebuah keluarga itu perlu mewakili waris lelaki keluarga untuk dihantar ke Akademi Latihan Muda bagi menjalani latihan di situ."
"Kenapa?"
"Kenapa yang kamu tanya?"
"Ayah tahu apa yang saya maksudkan..."
Untuk seketika suasana di bilik kerja itu diam tidak berbunyi taktala Darra dan Duke Elijah saling berhadapan di kerusi dalam ruangan tersebut.
Darra duduk tegak dan tidak memberi sebarang reaksi di wajahnya sedangkan dia sedang terkejut dan tidak menerima idea untuk ke akademi dimana kebanyakannya pelajarnya adalah lelaki. Dan ayahnya ini buat keputusan begitu saja tanpa berfikir!
"Aku dah uruskan apa yang patut untuk kau di sana nanti. Jadi kau hanya perlu jadi pelajar yang baik dan jangan memalukan aku!"
Itu aje la tahunya. Pesan. Pesan. Pesan! Sudah tiada perkara lain agaknya yang hendak dituturkan setiap kali mereka berdua bersua muka begini. Muak dia mendengarnya.
"Bagaimana nanti jika identiti saya terdedah!?Ayah tak fikir apa kesan dan akibatnya nanti?Pada saya?Pada ayah?Pada keluarga ini?"
"Boleh tak dalam sekali tu kau ni kalau diberitahu terus patuh jangan banyak soalnya!?Bengang la aku."
Berketik rahang Darra kerananya. "Mudah berkata dari lakukannya. Cuba kalau ayah berada di tempat saya sekarang dan jalani apa yang saya jalani selama 19 tahun!Agaknya ayah akan katakan apa?"
"Darrius Emmerson!!"
"Salah. Darra Emerson. Itu nama saya. Dan berhenti perlakukan saya seperti saya berusia 12 tahun. Ayah sepatutnya tahu, saya ni sekarang seorang Wanita. Fizik saya... pertuturan dan suara saya ni dengan mudah dapat dikenalpasti...sampai bila nak saya terus menerus jadi lelaki seperti ni?Apa dia?Akademi untuk lelaki!Ayah dah hilang akal ke?"
"Selagi raja tak berikan aku pangkat dan kuasa yang aku inginkan. Selagi tu kau akan jadi lelaki!Kalau boleh sampai aku mati, kau adalah anak lelaki aku!Faham tu!"
End of flashbacks
Knock!
Knock!
Pintu pedati terbuka sesaat kemudian. Kelindan kuda berdiri di bawah memandang ke dalam pedati dimana tuan mudanya duduk termenung memandang keluar jendela.
"Tuan muda Darrius..kita telah tiba."maklum kelindan itu.
Menung Darra tersentak. Dia menurunkan tangan ke dagu dengan perlahan sebelum memalingkan kepala ke arah pintu.
Keluhan berat di lepaskan.
Dah sampai ke?
Haih...
Darra tunduk dari situ semasa turun pedati. Dan bila kakinya menginjak tanah, mata terus terarah pada pemandangan sekeliling akademi di hadapannya. Di mana-mana dia boleh lihat penuntut akademi sedang ke hulu dan hilir sekitar laman dan luar bangunan gergasi itu.
Here goes nothing.
Akademi Latihan Muda adalah sebuah institut Pendidikan buat lelaki yang berumur 19 tahun menjalani persediaan untuk menjadi pegawai diraja. Institut ini ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu oleh raja terdahulu.
Menurut baginda akademi ini akan mendedahkan para pemuda dengan pelbagai ilmu untuk membantu mereka menjadi seorang yang berguna buat negara dan rakyat. Semakin cemerlang rekod yang diperoleh, semakin tinggi peluang untuk terpilih menjadi calon pegawai diraja. Sama ada seorang Pembesar, ketua dalam peperangan, Menteri dan banyak lagi peluang pangkat bakal diberikan.
Dan untuk peroleh rekod yang cemerlang ianya bukan mudah! Hal ini kerana terlalu ramai calon yang berkebolehan serta cemerlang. Hendak menjadi yang terbaik, seorang penuntut itu perlu lakukan 200% lebih dari penuntut lain.
"Darrius Emmerson?"
Satu panggilan dari arah kiri kedengaran.
Darra memalingkan kepala ke kiri sebelum bertentang mata dengan seorang penuntut lelaki beruniform akademi berwarna putih keemasan. Sedang tersenyum kepadanya.
"Hai. Selamat datang ke Akademi Latihan Muda. Saya adalah Marvin Quinn. Pengiring untuk awak." penuntut itu dekati Darra lalu perhatikan kelindan tadi sedang meletakkan peti kayu tepi Darra.
Mata Darra meneliti dingin lelaki lampai di depannya sebelum memberi anggukan kecil.
"Selamat berkenalan.Saya Darrius Emmerson."tidak kiralah berapa kali dia tutur nama itu, Darra tetap berasa asing dengannya. Seakan dia hidup atas identiti orang lain. Ianya sungguh tidak menyelesaikan.
"Saya dimaklumkan awak akan sampai pada hari ini. Saya harap perjalanan awak lancar. Mari saya iring awak masuk ke dalam. Dekan Lorenzo sedia menunggu di pejabat."
Tanpa menunggu atau berkata banyak, Darra tunduk hendak mencapai peti tadi, Namun belum sempat dia mahu mencapainya, Marvin terlebih dahulu mengangkat peti itu untuknya. Buatkan Darra tersentak namuan dia membiarkannya.
"Saya dengar banyak kisah tentang awak Darrius. Tak sangka ya khabar angin tu memang benar.."ujar Marvin dengan beria.
Khabar angin?
Mata kanan Darra mengecil semasa dia perhatikan tingkah ceria lelaki di tepinya ketika itu. Dia berasa skeptikal sedikit. Pil apa yang lelaki ini telah ambil?Kenapa ceria sangat?Buat dia pening kepala aje la.
"Khabar angin tentang apa?"
Marvin menoleh. Mata hazel itu merenung wajah Darra dengan senyuman meleret di bibir. "Banyak... kalau nak disenaraikan...kita mungkin takkan sempat selesaikan urusan pada hari ini.."beritahunya.
Dah tu yang diungkit kenapa?Buat orang tertanya-tanya je!Darra pandang muka ceria Marvin dalam-dalam. Memangnya khabar angin apa?Khabar angin dia ni seorang Wanita ke?
Setibanya mereka di dalam bangunan tersebut, Darra disapa dengan pemandangan sejumlah penuntut lelaki yang ramai depan matanya. Dimana-mana kelibat penuntut lelaki dapat dilihat. Ada yang duduk berkumpulan di sebuah meja berbual akan sesuatu, selain itu ada juga sedang berjalan menuruni tangga membaca sesuatu dalam kertas, ada juga yang jalan berdua sambil bergelak ketawa. Ada juga yang berpakaian sukan berjalan dengan set memanah dipinggang. Dan ada juga yang jalan melewati depan Marvin.
Menelan air liur gemuruh Darra waktu itu.
Peluh cemas mula membasahi tapak tangannya.
Kalau dah ramai-ramai begini, makin susah dia hendak samarkan identitinya!
"Awak okay Darrius?"Marvin berdiri depan Darra menghadang kesibukan itu serta merta dari terus dipandang olehnya. Begitu hampir dengan muka Darra.
Apabila Darramengalihkan pandangnya, terundur kepala Darra saat itu kerana jarak tersebut. Dekat sangat ni!"Saya okay." jawabnya teragak-agak.
Marvin pun tersenyum semakin lebar.
"Jangan risau. Untuk beberapa hari ni, saya akan jadi teman awak untuk biasakan diri dengan persekitaran tempat ni kalau awak berasa kekok sekarang."tambah Marvin dengan mesra.
Kenapa?Kenapa lelaki ni mesra sangat?Buat dia rasa terganggu aje la dengan layanan Marvin. Dan Darra mengangguk. Dia bingung sebenarnya. Ini adalah kali pertama dalam hidupnya berada di tempat asing selain kediaman Master Freddie dan Kediaman Tanner. Tambah-tambah pula ini kali pertama dia berada di satu tempat dimana semuanya lelaki. Selama ini ayahnya cukup tegas dalam pengawalan had sosialnya. Hanya Pearl dan manusia menyakitkan hati bernama Alfareeze itu saja yang sering dia temui.
Rasa seperti hendak larikan diri pun ada!
"Marv!Kau dengan siapa tu?"
"Comelnya!"
"Ohhh...ini ke budak baru tu?"
Bila ada yang menegur, masa itulah kesemua kepala toleh ke arah depan tangga dimana Darra serta Marvin sedang berada.
"Sekejap!"
"WOW!Anak Duke Elijah ke ni!?"
"Patutlah macam kenal...serupa betul macam bapak dia kan?"
Darra dekat sebelah Marvin buat muka taktala melihat empat lelaki berborak pada masa yang sama saat cuba mendekat ke arahnya. Hendak pegang seakan dirinya ini manusia pertama yang mereka temui.
Marvin pandang setiap seorang di situ. "Bawa bertenang semua. Kau orang akan buat dia gugup."pesannya.
"Tak sangka ya..khabar angin tu betul..."
Telinga Darra tergerak bila dengar kenyataan yang sama. Dia kerling ke penuntut lelaki berambut hitam dengan tahi lalat sebutir di hujung hidung sebelah kanan tangga.
"Khabar angin apa?"tanya Darra.
"Yang kau ada rupa paras pretty face...ramai yang kata anak Duke Elijah terlalu cantik untuk seorang lelaki...tak tahu pulak kau orangnya pun kecil bila jumpa depan mata"
Saat ada tangan yang naik hendak menyentuh Darra, waktu itulah Marvin gerak ke tepi. Menghadang Darra dari jarak gapaian mereka.
"Sorry guys. Dekan Lorenzo sedang menunggu. Kalau tak kisah boleh tak kau orang beri laluan untuk kita orang gerak?"senyum Marvin kepada mereka sambil itu.
Sementara Darra waktu itu kaku memandang belakang badan Marvin. Riak wajahnya tenang tapi jantung dalam dada waktu itu berdetak rancak bagai gendang dipalu. Cakap tu bercakap, tak perlu sampai tangan pun nak ikut sekali bergerak!
"Nanti beritahu dia masuk kelas mana..!"
"Bye Darrius!Jumpa lagi!"
"Serius itu anak Duke Elijah?"
"Betul ke dia berkawan baik dengan cik muda kesayangan kita Pearl Chang?"
Marvin toleh ke Darra. "Maaf tentang tadi. Mereka memang begini. Marilah."
Mereka yang menghalang laluan itupun gerak ke tepi. Memberi laluan kepada Darra dan Marvin untuk mendaki tangga.
Waktu Darra berjalan, dia diam termenung memandang ke depan. Sedikit pun tidak menghiraukan mata yang terarah kepadanya. Dia terlalu gusar pedulikan apa yang berlaku di sekeliling waktu itu.
Marvin mengerling ke tepi muka Darra. Dalam diam dia perhatikan wajah dingin tiada reaksi itu untuk seketika sebelum kembali memandang ke depan.
Selepas berjalan untuk seketika dan melewati banyak koridor, ,Darra kini berdiri di hadapan sebuah meja dimana seorang lelaki berambut perang keemasan sedang duduk. Dan Darra sangat mengenali lelaki tersebut kerana sering melihat orang itu keluar masuk ke kediaman keluarganya.
"Selamat datang Darrius. Akhirnya dapat juga saya sambut kamu ke sini."senyum Dekan Lorenzo dengan senyuman sama seperti Marvin apabila mereka tersenyum.
Darra memberi tundukkan kecil dengan tangan di atas dada kiri. "Terima kasih tuan."
Dekan Lorenzo tersenyum senang. "Jangan begitu. Duke Elijah merupakan seorang yang amat saya hormati. Jadi kamu tidak perlu terlalu formal."
Tidak memberi sebarang respon Darra diam di situ.
"Seperti yang kamu ketahui, kamu telah dijemput untuk menjalani latihan di akademi ini. Kehadiran kamu ke sini sangat penting kerana kejayaan dan kegagalan kamu akan menentukan masa depan kamu sendiri. Sama ada diterima menjadi pegawai raja atau tidak, kamu juga berada di sini untuk mempunyai hubungan diplomatic dengan anak-anak keluarga berpengaruh dari negeri luar."terang Dekan Lorenzo.
Marvin di samping Darra berdiri tegak dengan kedua belah tangan di belakang badan. Mendabik dada bidangnya dengan gagah saat mendengar kata-kata dekan akademi mereka itu.
. "Akhir sekali, kamu akan ditempatkan di asrama Utama iaitu di Menara King Arthur. Marvin akan iring kamu ke situ nanti. Jika ada sebarang masalah, kamu boleh rujuk terus kepada Marvin."
"Baik tuan."akur Darra perlahan.
"Dan kamu Marvin...pastikan Tuan Muda Darrius selesakan diri."
"Baik ayah."sambut Marvin.
Dan Darra yang dengar terus memalingkan kepala ke Marvin. Ayah?
"Kalau begitu kamu berdua boleh bubar. Semoga berjaya tuan muda Darrius."
Masih terpinga-pinga Darra sambut ucapan itu dengan angukkan kecil lantas berpusing ke arah pintu sewaktu Marvin mengiringinya keluar.
"Dekan tadi adalahayah kau??"
Marvin tersenyum. "Terkejut?"
Darra berdengus kecil. "Tak adalah terkejut sangat...cuma tak sangka selama ini aku fikirkan Dekan Lorenzo tidak mempunyai anak kerana beliau kurang berborak mengenai keluarga beliau."
"Ya...saya anak lelaki sulung dalam tiga adik beradik. Dua lagi perempuan. Mereka semua masih kecil lagi. Disebabkan ayah suka berahsia dan tertutup, tak ramai tahu mengenai kami.."jelas Marvin semasa memandang bawah kaki sewaktu mereka menuruni anak tangga.
"Kenapa??"Darra pandang tepi muka Marvin berkerut kening tidak faham.
"Sebab ayah saya tak nak orang luar cuba mengambil kesempatan ke atas kami. Kan orang di luar sana suka gunakan anak-anak sebagai bahan perantaraan untuk kesenangan mereka..demi melindungi kami, ayah tidak suka mengungkit kehidupan anak-anaknya kepada orang luar.."
Walaupun kata-kata itu ditutur perlahan, entah kenapa Darra yang mendengarnya seakan kata-kata tersebut menampar tepat ke mukanya. Padu dan sakit! Dia menelan air liur dengan susah payah.
"Bertuah kau kerana dikurniakan ayah sebaik Dekan Lorenzo.."ucap Darra dengan senyuman nipis di bibir. Sedangkan dirinya ini sudah tiada bezanya dengan objek!
Marvin berdengus kecil saat dia pandang ke Darra. Dia tatap tepi wajah berhidung muncung itu dalam-dalam.