Darra pandang tidak berkedip.
Mulutnya sedikit terbuka.
Ada sesuatu tidak kena.
Ya!Ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang baru saja disampaikan tadi.
Di hadapan laluan masuk bilik Majlis Pelajar, kelihatan beberapa orang ahli majlis pelajar ke hulu dan hilir sekitar ruangan melakukan sesuatu sewaktu Darra berdiri di hadapan Ricardo sambil ditemani oleh Marvin di sisi.
Sehelai kertas kulit brownish dengan tulisan mata pena pelepah yang kemas, dipegang erat dengan tangan kecil Darra.
"Kenapa banyak-banyak kelas...Putera Eilian juga rakan sekelas aku?"gerutu Darra dengan muka tidak sukanya.
"Kerana tahap pendidikan tuan muda setara dengan putera mahkota. Sebab itu tuan muda diletakkan bersama dengan Putera Eilian dan yang lain."jelas Ricardo apabila seorang pelajar lelaki muncul dengan timbunan buku yang siap diikat kemas dengan tali guni di tepi.
"Nampaknya awak dapat kelas sama dimana Lord Alfareeze mengajar...dia dalam matapelajaran memanah dan berkuda."tunduk Marvin saat tunduk akan coretan dalam jadual di kertas Darra tadi.
Darra berkerut kening bila Marvin menyebut nama musuhnya itu. Rasanya hari pertama dia di sini dimulakan dengan hari yang malang gara-gara jadual kelasnya ini. Tidak Eilian! Alfareeze.Ugh!Semua ini adalah disaster!
"Dan ini adalah buku yang diperlukan sepanjang kelas nanti."beritahu Ricardo saat mencapai buku dari tangan pelajar lelaki sebelahnya.
Tanpa disuruh Marvin terus menurut. Dia bantu Darra untuk mengambil buku-buku tebal lagikan berat itu. Dia pegang ikatan tali pada buku itu.
"Boleh saya tukar?"Darra menjatuhkan tangannya tidak bersemangat ke sisi semasa dongak memandang Ricardo. Tak nak sekelas dengan makeluk menyakitkan hati seperti mereka tu. Buat hari dia moody je la.
"Kenapa?Tuan muda enggan berada di kelas ini?"
Duh!Dah terang lagikan bersuluh. Dah jelas ditanyakan lagi. "Kau rasa?"boleh tak jangan tanya soalan yang boleh mengundang marah?Mestilah....ditanya lagi buat apa?
"Dekan Lorenzo yang menetapkan setiap pelajar di sini. Saya tiada kuasa hendak mengubahnya. Jika tuan muda mahu berpindah kelas dan bertukar tenaga pengajar, tuan muda perlu membuat permohonan formal dari dekan sendiri."jelas Ricardo.
Darra berdengus. Masih tidak boleh terima kenyataan yang kelas dia akan bersama dengan Putera Eilian dan Alfareeze. Pasti dua orang itu tidak akan membiarkan hari dia lancar selepas ini. "Tidak apa. Ini pun dah mencukupi. Terima kasih."
Marvin tersenyum. Dia lirik ke Ricardo yang waktu itu sedang menatap Darra.
"Kalau begitu mari kita gerak ke kelas. Lewat pula nanti masuk kelas."ajak Marvin.
"Ugh..!Benci betul semua ni la."keluh Darra dengan perlahan sewaktu berpusing dan mengekori langkah Marvin di hadapan.
Sementara Ricardo yang perhatikan langkah dua orang menghilang dari muka pintu berpaling sesaat kemudian. Dia atur langkah ke arah bilik di sebelah kanan ruangan tersebut dan masuk ke dalam. Berdiri saja Ricardo di depan pintu, matanya terarah pada lelaki beruniform khas atas kerusi swift roll warna putih pula.
"Macam mana?"lelaki berkaca mata sambil memegang buku sebelah tangan itu bersuara.
"Seperti yang tuanku minta, telahpun saya aturkan kelas Tuan Muda Darrius serta jadualnya."beritahu Ricardo.
Hujung bibir Putera Eilian terherot ke kanan.
"Bagus. Lepas ni baru anak duke tu akan sedar diri, dia tu di tahap mana. Berlagak nak jadi setara dengan aku?Berangan!"ejeknya. "Dalam kelas tu nanti Darrius pasti takkan dapat saingi mereka yang lebih hebat dan lebih pandai dari dia..."
Ricardo mengedipkan mata. Dia tidak mengatakan apa-apa selain meneliti air muka bengang Putera Eilian waktu itu. "Kenapa tuanku bencikan tuan muda Darrius?Memangnya dia lakukan apa sehingga tuanku begini?"
Mata Putera Eilian gerak dari membaca tulisan dalam buku itu naik ke muka Ricardo. "Kenapa?Kau tak suka aku perlakukan Darrius dengan kasar macam ni??"
"Bukan begitu maksud saya-"
"Pandang muka dia tu buat aku jengkel...tengok sikap tenang dia buat aku marah. Apa lagi bila dengar suara dia buatkan darah aku menyirap...apa aku tahu dia tak boleh lebih baik dari aku..."pintas Putera Eilian dengan renungan tajam.
Hanya kerana berasa iri hati?Tak masuk akal betul semua alasan itu. Tidak mengatakan apa-apa lagi Ricardo terus mendiamkan diri.
Di hadapan sebuah kelas, berdirinya Darra seorang diri dengan buku tebal di dalam tangan. Sebentar tadi Ricardo baru sahaja menghantar dia ke situ sebelum beredar untuk ke kelas sendiri. Seakan kerdil dibuat pintu gergasi kelas itu, gadis berambut pendek pangkal leher dengan anak rambut tersemat ke kanan menutupi kening, dia kejung di situ kerana berasa teragak-agak.
Kenapa Darra teragak-agak?
Sudah tentu la kerana Darra tahu apa yang sedang menunggu dirinya disebalik pintu itu. Otak geliga dia jelas memberitahu kenapa dirinya ditempat dalam kelas sama dimana Putera Eilian belajar. Malah Darra sangat jelas yang dirinya bakal menjadi target mereka semua nanti!
Duke Elijah ini serba sempurna orangnya. Dari ahli keluarga sehinggalah keperibadian lelaki itu langsung tiada cacat celanya. Termasuk la profile yang dimiliki oleh Darra sebagai anak dalam keluarga mereka. Oleh itu orang luar yang berasa tergugat dengan kedudukan yang dimiliki oleh Duke Elijah akan target Darra sebagai sasaran mereka untuk mencari kelemahan yang boleh mempengaruhi nama baik Duke Elijah. Jadi tidak hairan la bagaimana pelbagai khabar angin tersebar mengenai Duke Elijah.
Krit~~!
Pintu ditolak ke dalam.
Dan Darra melangkah masuk dengan derap kaki perlahan.
Perkara pertama yang menyapa deria Darra waktu itu, betapa penuhnya ruangan itu dengan haruman gentleman yang membuatkan darah dia berderau seram sejuk.
Masuk saja Darra ke situ, kesemua kepala berpaling ke depan pintu. Mereka semua pandang dengan serentak akan kemunculan julung kali Darra.
Clap!
Clap!
Clap!
"Wahhh...selamat datang!"
"Kita sekelas rupanya!"
"Ini ke anak Duke Elijah yang semua sibuk perkatakan?"
"Wohoo!Budak baru!"
Mereka semua masing-masing bersuara silih ganti.
Darra dengan riak dingin di wajah beri tundukkan kecil kepada mereka semua sebagai sapaan. Namun tidak bersuara. Sambil itu matanya liar mencari tempat kosong untuk dia duduki.
"Meja sebelah kanan ni kosong, sila la duduk."seorang pelajar lelaki aju tangan ke sebuah meja sewaktu memandang Darra. Dia tersenyum hingga matanya ikut tersenyum.
Tanpa mengatakan apa-apa Darra terus menurut. Namun baru saja dia hendak menarik kerusi, dia tersedar satu perkara. Menyebabkan Darra berhenti lalu menoleh ke pelajar yang sama. Wajah itu dia pandang seketika sebelum imej lelaki bercermin mata yang memberi dia nota semalam untuk menemui Putera Eilian terlintas dalam kepala. Tapi kali ini lelaki tersebut tidak mengenakan cermin mata.
Hmm..?
"Kenapa tak duduk?"tanya pelajar lelaki yang duduk di meja belakang iaitu di tepi Darra.
"Duduk sajalah...takkan malu pulak?"seloroh pelajar lelaki yang Darra katakan bercermin mata pula.
Bersama renungan kosong, Darra pun hadapkan badan ke pelajar lelaki yang mengajukan dia tempat duduk. Memang sah ada yang tidak kena!"Pencahayaan di tempat duduk ini tidak sesuai dengan penglihatan aku. Kalau tak apa, boleh kita tukar tempat duduk?"saja dia buat alasan tu sebab nak tahu apa udang sebalik batu mereka untuk budak baru seperti Darra
Terkedu pelajar lelaki itu.
"Kenapa aku pulak?"
"Tak nak tukar?"tanya Darra merenung tepat ke mata itu. "Patut ke aku yang paksa kau untuk tukar tempat duduk?"
Untuk beberapa saat pelajar lelaki itu berlawan tatapan dengan Darra. Namun akhirnya Darra yang menang setelah pelajar lelaki itu bangun kemudian tukar tempat duduknya dengan kerusi tadi.
Selesai saja Darra selesakan diri,Darra dapati pelajar lelaki yang tadi masih berdiri. Dia lirik akan kerusi dan pelajar itu silih berganti. Lalu meneliti suasana di dalam kelas itu pula. Jelas sangat keadaan ceria dan bersemangat tadi dah berubah menjadi lengang semacam.
"Kenapa tak duduk?"hujung bibir Darra terjungkit sedikit. Tadi sendiri yang beria suruh dia duduk, sekarang apa jadi?
Seperti orang yang telah kalah, pelajar lelaki tersebut menarik kerusi ke belakang. Lalu mendedahkan permukaan tempat duduk kerusi yang sudah dipalit dengan cecair kuning likat seakan madu. Dan ianya tak lain tak bukan adalah gam kuat.
Peka dengan hal itu, Darra terus menarik sengih sinis. "Kau orang patut lakukan hal itu dengan lebih baik lagi sekiranya cuba hendak membuli aku..."selorohnya dengan perlahan.
Semua di dalam kelas tersebut menjadi bungkam. Masing-masing pandang ke belakang kepala Darra dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Mereka begitu terkejut kerana tidak menyangka Darra dapat mengesan taktik mereka sesaat selepas masuk ke kelas itu.
"Kau tukar aje la kerusi kau tu Bian.."aju pelajar lelaki lain di sekitarnya.
Bian, pelajar lelaki yang mahu mengenakan Darra dengan gam pada tempat duduk kerusi itu sudah malu yang bukan kepalang. Dia cengkam kuat kerusi itu menahan diri.
"Macam mana kau tahu?"Bian toleh memandang Darra. Keningnya mencerlung tajam.
Darra tidak menjawab. Dia menjungkit bahu tidak tahu. Berkelakuan seakan tiada apa-apa yang berlaku. Dia boleh agak ada sesuatu yang tidak kena. tapi tak sangka pula yang mereka benar-benar lakukannya. Haih....Nampaknya masa akan datang akan lebih sukar daripada yang ini.
Seperti tahu-tahu, Putera Eilian masuk ke dalam kelas. Dengan langkah majestik dan aura dirajanya, lelaki tersebut bertentang mata dengan Darra sebelum mengerling ke Bian.
Darra perasan akan hal itu. Dan dia serta merta tahu bahawa Bian telah diarahkan oleh Putera Eilian untuk meletakkan gam pada kerusi yang sepatutnya dia duduki.
"Selamat pagi tuanku..."sapa mereka semua dengan serentak dan berdiri untuk menyambut kehadiran Putera Eilian ke situ.
Namun tidak Darra, dia sekadar sandar dan duduk di kerusi berkelakuan seakan lelaki itu langsung tidak wujud.
Mungkin semua orang mahu mendekati Putera Eilian dan buatkan lelaki itu menyukai mereka. Tapi tidak Darra!
"Selamat pagi semua..."sapa Putera Eilian dengan senyuman mesranya. "Duduk la tak perlu berdiri."ujar dia.
Fake!Itu yang terlintas dalam fikiran Darra taktala melihat tingkah talam dua muka Putera Eilian itu. Buatkan dia teringin sangat hendak ketawa masa itu jugak.
"Nampaknya kita ada kawan baru.."senyum Putera Eilian kepada Darra.
Meremang rasa bila Darra tatap senyuman palsu itu. Dia hampir hendak mencarut pada masa itu juga. Tapi tidak malah dia balas sapaan itu dengan julingan mata tidak suka.
Putera Eilian menarik sengih jahatnya bila lihat wajah ketat Darra. Suka lihat anak duke berlagak itu menderita.
Tidak lama kemudian, master yang mengajar pada matapelajaran pertama pun masuk ke kelas. Dikenali sebagai Master Sinna. Seorang Wanita bersanggul kemas dan bertubuh genit. Mempunyai sepasang mata yang sama dengan warna rambutnya iaitu coklat gelap. Aura serius dan tegas terpancar di wajah dan tatapan beliau. Dan kelas itu adalah kelas Ekonomi.
Bukan setakat pelajarnya saja, rupa-rupanya master sendiri jadikan Darra sebagai target mereka. Dari awal kelas bermula sehingga hendak tamat, Darra tidak henti-henti di arahkan untuk menjawab soalan itu dan ini. Sedangkan ramai saja pelajar dalam kelas itu. Tapi hanya Darra saja yang di target.
Mujurlah semua soalan yang diajukan itu dapat dijawab dengan mudah oleh Darra tanpa sedikitpun kesilapan. Gadis itu hanya menayangkan sikap tenang dan bersahajanya setiap kali dipenjuru oleh master dengan soalan-soalan sukar dan tidak dijangka.
"Oh-oh Bian...nampaknya ada yang bakal merampas kedudukan kau sebagai pelajar terbaik dalam kelas ni"bisik pelajar lelaki di meja belakang semasa menyondong sedikit ke depan untuk bercakap dengan Bian.
Sambil membuat muka tidak puas hati, Bian tepis tangan yang ada di bahunya itu lantas menyilang tangan ke dada kerana geram.
Darra dengar akan bisikan itu, Namun dia tidak menoleh mahupun mengerling ke arah mereka. Dia dalam diam berfikir bila semua ini akan selesai?