Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 10 - Episode 10 : Orientasi

Chapter 10 - Episode 10 : Orientasi

Jadi pada paginya, Marvin mengejutkan Darra untuk bersiap bagi menghadiri kelas pertamanya pada hari itu.

Kekok juga Darra kerana dia satu-satunya pelajar yang berpakaian serba hitam kerana statusnya pelajar baru masuk ke situ. Nanti selepas beberapa tempoh barulah uniform sama pelajar lain kenakan diberikan kepada Darra.

         "Saya akan jelaskan kepada awak tentang jadual awak pada hari ini."beritahu Marvin sewaktu menyerahkan binder berwarna hitam berlogo mahkota dengan lingkaran tali emas kepada Darra.

Darra mencapai binder itu tanpa tahu apa-apa. Setelah dia buka muka pertama binder itu baru dia tahu kenapa Marvin menyerahkan binder itu kepadanya. Binder itu hanya sebuah buku catatan yang tertulis akan peraturan dan beberapa hal penting untuk pengetahuan Darra.

          "Awal pagi ini semua pelajar akan berhimpun di Dewan Guzman. Putera Mahkota Eilian yang akan mengetuai majlis. Dia juga akan sertakan ucapan buat pelajar baru masuk seperti awak. Kemudian baru sarapan dan setelah itu baru ke kelas masing-masing."

Mereka berdua melintasi kawasan berpusar yang dipagari tumbuhan renek sebelum melalui laluan berbatu kerikil dimana deretan pokok bunga pelbagai jenis berada.

Sensitif telinga bila nama itu disebut."Dewan Guzman?Adakah ia merujuk kepada Duke Marcel Guzman?"seloroh Darra berasa lucu mendengar nama orang tua tersebut. Entah kenapa setiap tempat dia pergi atau berada pasti ada kaitan dengan ayah kepada manusia paling menjengkelkan di muka bumi ini.

Marvin yang sedar akan situasi keluarga Duke Elijah dan Duke Marcel itu berdengus kecil kerana hendak ketawa.

         "Haha...iya tak ya kan. Awak jangan marah. Sebenarnya dewan tu dibina oleh Duke Marcel sempena kejayaan Lord Alfareeze mengharumkan nama baik akademi ini. Sebab itu dewan tu bernama Dewan Guzman. Lagipula Lord Alfareeze juga adalah tenaga pengajar di sini kalau awak nak tahu.."

Tsk!Darra mengetap bibir kerana menyampah.

Untung ada ayah yang penyayang perhatian seperti Duke Marcel ini.

Darra tidak memberi reaksi, dia tahu yang Lord Alfareeze selain menjadi komando dalam peperangan, lelaki tersebut juga merupakan pelatih dalam akademi ini. Lagipun waktu ini Darra terlalu fokus meneliti persekitaran yang indah depannya. Siapa sangka pemandangan sewaktu matahari terbit boleh disaksikan dengan jelas dalam laman akademi ini. Matahari terbit betul-betul menghadap mereka waktu itu.

         "Selain tu ketua majlis pelajar iaitu Ricardo Henson akan turut berada di situ untuk memberi taklimatnya sekali. Awak kena laporkan diri kepadanya bagi menerima lencana dan jadual dari dia lepas perhimpunan itu nanti."

Setibanya di depan pintu gerbang dua pintu, Marvin tunjuk ke kiri supaya Darra membelok ke tepi bersamanya. Darra pun ekori langkah Marvin. Masa itu kelihatan pelajar lelaki lain juga bergerak ke arah yang sama dimana mereka tuju waktu itu.

Darra yang mengenali siapa tiga orang yang dikenalkan oleh Marvin itu sama sekali tidak terkutik. Masakan tidak, siapa aje yang tidak mengenali waris Utama tiga buah keluarga berpengaruh dalam sistem pemerintah dalam negara ini.

Putera Eillian Fernly.

Ricardo Hennson.

Alfareez.

Maka tiba mereka berdua di Dewan Guzman. Semegah nama diberi semegah itulah isi dalam dewan tersebut. Enam buah chandelier diamond tergantung di atas siling, lantai dewan berjubin jernih dark cocoa. Jendela berbentuk diamond mengelilingi siling berbentuk kubah. Disertakan juga sebuah pentas berwarna putih di hadapan dewan.

Di situlah duduknya para pengajar dan pelatih. Menghadap barisan para pelajar yang duduk atas kerusi dalam dua barisan penuh berdepan mereka. Disitu kelihatan beberapa orang pelajar lelaki mengenakan uniform warna hitam seperti Darra. Jelas memberitahu bahawa mereka juga pelajar baru masuk.

         Apabila Darra selesakan diri di kerusi, Marvin disebelahnya tiba-tiba merapat lantas berbisik. "Selamat datang ke Dewan Guzman. Inilah dewan kebangaan akademi kami..."ujarnya sebelum ketawa. Berniat mahu menyakat Darra mengenangkan permusuhan Darra dengan keluarga itu.

          "Selamat datang la sangat..."getus Darra perlahan. Dia tidak terusik langsung dengan gurauan Marvin kerana Pearl juga biasa perlakukan dia begini mengenai Alfareeze.

Bersama renungan dinginnya Darra pandang ke depan pentas dimana Putera Mahkota sedang duduk berbual dengan Ricardo sebelum dia tidak sengaja terpandang akan lelaki yang berpakaian serba hitam kolar cekak leher dan bermantel sebelah bahu kanan berada.

Yalah..siapa lagi kalau bukan Alfa.

Kenapa di sini juga dia perlu menemui Lord Alfareeze?Lelaki itu benar-benar sudah tiada kerja sangat ke sampaikan tugas sebagai pelatih pun hendak disandang?Tak cukup ke gaji sebagai ketua batilion perang tu?

        "Hey Marvin..."tegur Darra memalingkan kepala ke sisi.

Elok Marvin sandar, lelaki itu terus duduk tegak dan sondong ke tepi. "Hm?Kenapa?"

        "Kalau dibandingkan dengan Alfa dan jugak Putera Eilian...siapa yang paling pelajar akademi ni patuh arahannya?"

         Marvin pandang ke depan. Dia pandang dua lelaki yang dimaksudkan itu silih berganti. "Hmm...kalau awak nak tahu ianya lebih kepada Ricardo. Kan Ricardo ketua majlis pelajar. Jadi apa-apa arahan yang diberikan oleh dia kepada ke semua pelajar akademi, termasuk Putera Eilin dan juga Alfareeze akan mereka patuhi tanpa sebarang bantahan."jelasnya.

Ricardo?Darra pandang Marvin kehairanan sebelum kembali memandang ke depan. Macam tak percaya aje, antara dua kuasa terbesar ini, lelaki yang bukan sesiapa adalah yang paling dipatuhi oleh pelajar akademi ni?Darra melihat ke arah pentas semula.

Namun tidak disangka pada masa Darra pandang waktu itu dia terlihat Putera Eilin sedang memandangnya, lalu Lord Alfareeze di barisan kerusi di belakang juga memandang Darra. Tetapi waktu itu Darra sedang memandang ke arah Ricardo. Mungkin perasan dirinya diperhatikan, barulah Ricardo gerakkan kepalanya ke Darra lantas bertentang mata dengannya.

Berasa terjerat sendiri dengan rahsia dia, Darra terus menjeling tidak puas hati dan memandang ke arah lain sambil berfikir akan keputusannya untuk terus di akademi ini sama ada tepat atau salah.

Apapun halnya nanti, rahsia dia sebagai seorang gadis perlu dijaga dengan rapi. Sekiranya hal ini ketahuan bukan setakat dirinya saja dalam masalah, ayahnya juga nanti.

           "Kenapa awak tanya tentang hal itu Darrius?Adakah awak berminat hendak menubuhkan sebuah kumpulan bagi menguatkan pengaruh di dalam akademi ini?"Marvin disebelah bertanya soalan maut itu dengan bersahaja.

Kening Darra berkerut sedikit dengan pertanyaan itu.

Apa dia tadi?

Tolonglah, nampak sangat ke muka dia ni terdesak mahukan kuasa dan pengaruh. Lagipun buat apalah dia susahkan diri mencari pengaruh di dalam akademi ini!?

          "Kalau aku berminat dalam hal tu, dah lama aku lakukannya sebelum aku masuk ke sini.."beritahu Darra dengan mendatar. "Ada lebih banyak potensi yang besar di luar sana kalau hendak dibandingkan dalam akademi ni. Dan orang paling berpengaruh dalam akademi ni adalah orang yang paling aku mahu elak dari bertembung."

          Marvin terus merangkul bahu Darra. "Apa kata awak bersekongkol dengan saya sahaja untuk menjadi kumpulan yang kuat dalam akademi. Yalah...kita berkawan dengan beberapa anak pegawai diraja dan saling membantu antara satu sama lain bagi memperoleh markah tertinggi nanti..." cadangnya.

Memang tidak la!

          "Maaf...aku tak berminat."lengan Marvin diturunkan Darra dengan malas. Kalau dia mahupun, tanpa mereka disini, dengan mudah dia peroleh pengaruh bagi mengukuhkan kedudukannya di dalam akademi latihan muda yang entah apa-apa ni. "Kau boleh sertainya bersama rakan sekongkol kau tu.."

           "Ayuhlah..bukannya akan rugikan sesiapa. Kalau awak bantu kami, kami bantu awak. Fair and square."

           "Kau memang jenisnya tak faham bahasa atau memang tak boleh nak faham bahasa bila orang berkata?"Darra berpaling ke tepi memandang jengkel akan Marvin dek rimas didesak lelaki itu.

           "Hahaha...relaks tuan muda Darrius. kalau saya tak mulakan langkah terlebih dahulu, mereka yang lain akan lakukan hal yang sama?Awak lupa sudah ke betapa ketatnya kawalan Duke Elijah terhadap awak dalam pergaulan dengan mana-mana anak lelaki keluarga bangsawan dalam negeri ini?Kehadiran awak di sini sangat dinanti"Marvin menyinggul tepi lengan Darra.

Darra sekadar memberi bombastic side eyes kepada Marvin selepas mendengar sindiran itu. Dia tidak kuasa hendak membidas kerana memang benar apa yang dinyatakan oleh lelaki itu. Ayahnya memang terkenal tentang kuasa dan pengaruh. Kalau boleh hendak dibawa mati terus!

Dan...dan, semasa Darra pandang ke depan semula, dia ternampak renungan tidak puas hati Putera Eilin sebelum terhenti tepat pada Lord Alfareeze. Mereka masing-masing seakan tidak puas hati ketika bertentang mata dengannya.

Yang mana Darra balas dengan jelingan mata 'ada aku kisah' kepada mereka.

Kalau mereka hendak lihat dia jatuh, maka Darra Emerson akan jatuhkan mereka terlebih dahulu.