(Z's P.o.V)
Hutan Pohon Kabus. Kurang dari sejam yang lalu.
Dimanakah aku berhenti tadi. Oh ya, setelah aku berjaya menghapuskan Ghoul Spider Queen bersama konco-konco labah-labahnya tersebut. Aku segera membebaskan perempuan yang tidak sedarkan diri ini daripada kain bungkusan bebenang suteranya.
Selepas itu, hanya dengan bercawatkan kain bungkusan sutera yang aku jumpa. Aku langsung membawa gadis ini pergi bersamaku dan berambus dari kawasan berbahaya ini. Sehinggalah aku tiba di sebuah aliran sungai besar yang agak deras.
"Aku rasa ini tempat yang selamat. Sabar ya Cik.", kata aku. Apa lagi, aku pun segera memasang beberapa medan sihir pengawasan yang halimunan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawasi parameter seluruh kawasan ini.
"Huh Cik, tolonglah, bertahan ya.", kataku sambil meletakkan dia dengan perlahan-lahan duduk bersandar di sebatang pokok yang ada di tepi sungai. Sebilah pedang sakti yang aku jumpa semasa di dalam perjalanan ke sini tadi aku letakkan bersandar di sebelah kiri dia. Aku rasa ini mesti senjata dia. Sebab jejaknya masih baru juga.
Aku jelas dapat merasakan yang racun di dalam badan dia sedang mendidihkan dia, mengubah dia menjadi sup dari dalam tatkala aku menyentuh dahi dan pipinya dengan tangan kanan aku. Bukan itu saja, paru-parunya dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas dan degupan jantungnya semakin lama semakin perlahan. Aku perlu buat sesuatu sekarang.
Tanpa berkata apa-apa, lantas aku menggunakan satu sihir penyembuhan Tier-7 ke atas gadis ini.
Sambil juga tapak tangan kanan aku terus menyentuh dahinya bagi membekalkan dia sebahagian kecil Mana aku untuk memastikan badannya stabil supaya sihir penyembuhan aku dapat melakukan tugasnya dengan sempurna. Suhu badan dia yang panas mendidih sekarang mula surut perlahan-lahan, petanda baik.
"Hei, kau akan baik-baik saja. Aku janji.", kataku kepadanya. Entah kenapa, apabila melihat dia sekarang, hati aku yang dingin dan liar ini tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan aman damai. Sejujurnya, inilah pertama kali hati aku merasa begini melihat perempuan.
Sudah tentu, kerana status aku pada masa lalu, aku telah melihat banyak perempuan dunia moden yang cantik di Bumi itu. Tetapi yelah, atas 1001 sebab yang tersendiri, aku tak berkenan 99% daripada mereka dan hanya menganggap mereka itu seperti kenalan yang lalu lalang saja. kebanyakkan mereka sekadar alas bedak mekap dan pembedahan plastik saja.
Tetapi, perempuan yang seorang ini, kecantikan dan kecomelannya berada di tahap yang lain. Ceh, nampaknya kematian telah pun mengubah persepsi aku tentang sesuatu. Huh, aku hanya berharap selepas ini, aku agak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dia. Mungkin, aku dan dia ini, kami boleh jadi kawan.
Setengah jam kemudian, Dia akhirnya mula terjaga. Sekarang aku pula boleh menarik nafas lega. Dia kelihatan sangat comel dan ayu.
"Aura ini, nyaman...", katanya dengan suara perlahan sambil cuba membuka matanya. Aku akan cuba menyapanya sebaik mungkin.
"Huh, baguslah Cik dah sedar. Tolong jangan...", kata aku kepadanya. Tetapi sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku pun. Dia tiba-tiba menjerit macam orang kena histeria.
"Apa…..hei, bertenang…ouch (mengerang kesakitan).", sebelum aku sempat berkata apa-apa. Dengan nalurinya yang sepantas kilat, dan seperti guruh, dia menyerang aku dengan bukan hanya satu, tetapi dua kali serangan Low blow mengejut lagikan kuat.
Ah sial, aku jelas merasakan yang dua biji telur aku yang tak bersalah ini menjerit dan meraung kesakitan tatkala ditendang kasut besi berbucu tajamnya itu seperti sepak takraw.
"F*** aku….", kataku sebelum jatuh ke atas tanah. Kesakitan dan rasa malu yang aku rasa sekarang ini takkan dapat ditanggung oleh sebahagian besar lelaki. Aku rasa aku akan mati dekat sini untuk kali kedua. Dan kali ini, mati sebab mandul.
Padan muka aku. Aku telah terpijak ekor singa betina yang sedang tidur. Perempuan ini tak ubah macam singa apabila sedang mengamuk. Dengan api kemarahan di matanya, dia segera berdiri lalu menyambar pedang magiknya tersebut.
"Magic Sword, Holy Silver Longsword, diaktifkan.", dia pantas menggunakan sejenis sihir terhadap pedangnya itu. Alamak, itu petanda tak baik.
"Ampun, tolonglah.....dengar...dulu...aku...", aku yang sedang mengerang kesakitan mencuba berdamai dengannya bagi menyelamatkan diriku. Tatkala aku masih lagi tersungkur lagikan berdaya di atas tanah ini.
"Kurang ajar punya Undead Warlock hentai! Apa yang kau cuba nak buat dekat aku huh!?", dia menjerit sambil mengacukan bilah pedangnya ke arah kepala aku.
Singa yang mengamuk ini betul-betul nak sembelih aku. Tolong, tolonglah jadikan aku sebagai tawanan ke. Tolong kasihani aku.
"Tolong, kau salah faham ini!", aku cuba untuk memberikan penjelasan. Malangnya, singa ini semakin bertambah mengamuk dan mula menyerang aku.
"Ya ampun, apakah salah aku kali ini!?", tanya aku kepada diri sendiri. Jawapannya sudah terang lagikan bersuluh.
"Salah faham apanya hah!? Kau culik dan cuba rogol aku. Lepas itu sumpah aku jadi hamba Undead kau kan!?", teriak dia sambil terus-menerus dia melibas pedangnya berkali-kali terhadap aku dengan penuh amarah.
"Tak, tolong. Berhenti!", rayu aku. Perempuan ini sudah terencat akal ke apa. Boleh pula sekarang ini kau tuduh aku ini nak rogol kau!? Apa kejadah ini huh. Tahu tak!? Aku baru saja selamatkan nyawa kau tadi. Aku hanya nak membantu!
"Mampuslah kau Undead Warlock perogol sialan! Mampus!", teriak dia lagi. Singa ini betul-betul nak cincang aku sampai lumat. Nasib baik saja aku dapat mengelak setiap tebasan pedang dia itu. Aku hanya ada satu peluang saja lagi.
"TUNGGU! TUNGGU! Aku baru tolong kau tadi! LUPA KE!? AKULAH YANG SELAMATKAN KAU TADI! INGAT TAK!?", dengan sepenuh nafas aku menjerit sekuat hati. Tiba-tiba, otak dia mula buffering seketika dan serangan dia terhenti. Huh nasib baiklah, aku dapat mendengar pedangnya terjatuh lalu terpacak ke tanah tepat di bahu kanan aku.
Aku menarik nafas lega. Aku rasa mesti dia sedang ingat segala-galanya. Bagaimana diri dia diselamatkan oleh seorang lelaki, iaitu aku sendiri dari dijadikan santapan labah-labah sebelum ini. Sebelum dia tak sedarkan diri.
"Kau ingat tak sekarang!? Orang yang telah selamatkan kau sebelum ini, orang yang sama dekat sini, AKU! Tolong dengar!", dengan suara yang lantang aku memarahinya.
"Oh Tuhanku, oh Tuhanku. Saya, saya betul-betul minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolonglah, maafkan saya. Saya betul-betul tak sedar orang itu Encik sendiri. Maafkan saya.", singa ini meminta maaf dengan nada yang penuh rasa menyesal.
Tetapi aku langsung tak mengendahkannya dan juga tak bagi respon apa-apa. Masih lagi merasa kesakitan yang amat, aku terus terbaring tanpa bergerak sedikit pun di atas tanah. Saya minta maaf kepala banana kau. Aku dah tolong kau, boleh pula kau rembat bebola aku yang tak bersalah ini. Kurang ajar punya perempuan.
"Um encik, awak ok ke? Sakit lagi ke?", dia cuba menyapa aku yang masih lagi kaku di atas tanah itu.
"Hei, hei. Untuk seminit saja. Jangan kacau aku?", respon aku pula.
Untuk rekodlah. Aku benci benda ini. Ini adalah salah satu sumpahan aku. Setiap kali aku tolong orang yang tak dikenali. Lepas itu, kayu balak akan menimpa aku. Ah lantaklah. Apa yang penting sekarang, aku kena kekalkan poker face aku dan bertenang.
Aku tolong perempuan ini bukan percuma tahu. Dan sekarang ini, sebagai balasan, aku perlu memerah setiap titisan manfaat yang boleh dari dia ini sebagai bayaran ganti rugi. Sesuatu yang biasa aku buat, hehehehehe.
"Ok, pertama sekali. Maaf ya. Aku ini adalah Elf, bukannya raksasa Undead Warlock ke apa jadah itu. Nombor dua, tolonglah, aku tak ada niat jahat ataupun cuba untuk rogol kau! Ketiga, semua benda yang tak senonoh dalam kepala kau itu, aku tak nak buat pun. Keempat, aku baru saja sembuhkan kau lepas aku selamatkan kau. Terakhir, lain kali, tolonglah jangan salah faham dan dengar dulu apa orang lain nak cakap. Aku nak tolong kau saja! Itu saja. Hei, kau faham huh!?", kataku kepadanya dengan nada yang tegas.
"Ya encik, saya faham. Saya mohon maaf dan sangat menyesal atas perbuatan saya terhadap awak. Dan terima kasih sebab tolong selamatkan nyawa saya tadi wahai Encik Elf yang baik hati.", dengan lemah-lembut sambil tertunduk sedih dan malu dia meminta maaf. Bagus, akhirnya kami dapat berbincang dengan cara baik.
"Huh, tak apalah. Sila abaikan saja.", kata aku pula lalu pusing menghadap arah lain. Aku rasa bersalah juga, sebab telah melepaskan geram aku terhadap dia.
"Encik Elf?", dia cuba menyapa aku.
"Ahem, apa-apapun. Boleh tak aku minta kau untuk pusingkan badan kau menghadap arah lain?", minta aku pula. Sejujurnya, aku rasa malu dan bodoh sekarang ini.
"Takkanlah kau nak tengok seorang lelaki tak pakai apa-apa duduk depan kau, betul tak?", kata aku lagi. Tanpa banyak bunyi dan kerana malu, dia langsung melakukan apa yang aku minta dan duduk menghadap sungai. Kami sekarang sedang duduk bersandar di sebatang pokok tadi.
"Um Encik Elf, boleh saya tanya tak?", dia mula mengajukan soalan kepada aku.
"Yup? Tanya saja lah.", balas aku pula.
"Apa yang Encik Elf buat malam-malam dekat sini? Tanpa memakai apa-apa pun?", tanya dia kepada aku. Alamak, malu pula aku nak jawab.
"Itu, itu panjang ceritanya....", jawab aku untuk berdalih.
"Adakah Encik Elf tinggal di kawasan ini?", tanya dia lagi.
"Tak adalah. Aku baru saja sampai dekat sini. Jatuh terhempas sebenarnya.....", jawab aku pula. Aku pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
"Tunggu kejap, apa maksud Encik Elf itu?", tanya dia pula dengan rasa curiga.
"Huh, takpelah. Kau itu pula Cik. Apa yang kau buat sendirian dalam hutan ini? Kau sesat jalan ke apa?", tanya aku pula. Akan tetapi tidak dijawab oleh dia. Aku perasan bahawa dia tiba-tiba tak senang duduk. Seperti orang yang kehilangan sesuatu. Aku rasa aku tahu.
"Aduhai, ya Tuhan. Takkanlah aku tercicirkan benda itu pula?", rungut dia dengan muka yang kelam-kabut sambil terus mencari-cari benda itu.
"Ahem, Cik. Aku rasa kau cari benda ini kan. Aku sempat kutip tadi. Nah, ambil balik benda ini.", kata aku sambil membuka skrin menu Sistem Avatar aku ini sambil dilihat oleh dia. Lalu aku mengeluarkan semula kalung cincin itu dari dalam Inventory Box aku sebelum memulangkan semula kepada dia.
"Cincin-cincin aku. Macam, macam mana Encik lakukan semua benda itu?", tanya dia dengan muka yang terpegun tetapi masih penuh curiga.
"Adalah, magik.", jawab aku.
Belum cukup dengan itu, Miracle Ring Throne yang aku pakai di jari telunjuk kanan ini bersama dengan lima bentuk cincin di kalung emas yang sedang dia pegang itu mula bercahaya dengan sendirinya, macam mentol-mentol lampu putih. Lantas ini membuatkan dia semakin terkejut sebelum menarik tangan kanan aku bagi melihat Miracle Ring Throne aku dengan lebih dekat lagi.
Aku rasa dia mesti sudah hampir sangat untuk selesaikan teka-teki aku sekarang.
"Oh Tuhanku, tak mungkin? Cincin di jari Encik itu? Dengan lima bentuk cincin saya ini? Bentuknya sangatlah seiras. Dan aura suci mereka juga saling terhubung antara satu sama lain. Macam mana? Mana Encik dapat cincin itu?", soal dia lebih lanjut kepada aku.
Suasana yang dingin kini lantas berubah.
"Takkanlah, Miracle Ring yang lain? Encik, saya cukup pasti yang cincin Encik itu juga ialah Miracle Ring. Sama macam saya punya ini?", jelas dia pula dengan wajah kagum.
"Yup betul. Ini juga adalah Miracle Ring. Ada apa yang tak kena ke?", balas aku pula. Aku saja nak uji dia ini. Yelah, untuk pastikan yang dia ini tak sepenuhnya dungu.
"Maha suci Tuhan. Saya tak bermimpi kan? Adakah orang di depan saya sekarang ini Lord Avatar, Shitenshi Yang Agung, Lord Archmagus itu sendiri?", tanya dia dengan wajah penuh takjub sambil memandang tepat ke mata aku.
"Yup. Aku Lord Archmagus.", jawab aku kembali.
ID NAME: P4RZ1V4LZ
ID NUMBER: USA-M06-G01-745-CHW
ID LEVEL: 49
[HP: 3,880,000,000,000]
[MP: 19,400,000,000,000,000,000,000]
AVATAR: RAPHAEL THE ARCHMAGUS [MAGE/ SUPPORT]
GENDER: MALE
RACE: ANGEL-LIGHT ELF