(Z's P.o.V)
Tidak lama kemudian.
Aku berjaya korek daripada dua orang perempuan ini beberapa maklumat berharga. Pertama, Leeya dan Lorelei, diorang berasal dari keluarga bangsawan penyihir yang sangat berprestij dan dihormati di kerajaan ini. Ayah Leeya dan juga ayah Lorelei adalah pembesar kerajaan yang memegang gelaran, Marquess. Tak silap akulah, Marquess itu ialah seorang bangsawan yang sangat berkuasa yang terletak di dalam carta aristokrat berkelas atasan, kaya-raya dan sangat berpengaruh. Ahli-ahli dari kalangan keluarga mereka juga memegang jawatan tinggi di dalam birokrasi pentadbiran kerajaan ini. Ini bermakna, mereka mempunyai banyak sumber, pengaruh dan faedah yang hanya menunggu untuk dipetik saja.
Oh ya, tak lupa juga. Diorang berdua ini juga ada gelaran kehormat Yang Amat Mulia Lady Apostle of Mahawangsa. Apa yang aku difahamkan. Mengikut ajaran agama diorang lah, gelaran Lady Apostle itu sendiri secara langsung menjadikan mereka berdua orang yang paling berkuasa di seluruh kerajaan ini selepas Kaisar, iaitu pemerintah kerajaan ini sendiri. Diorang boleh berhubung dan bertemu terus dengan Kaisar itu bila-bila masa saja. Dan itu mungkin aku jamin, ianya dapat memberikan lebih banyak akses langsung ke sumber-sumber dan faedah-faedah yang ada di kerajaan ini.
Hehehehe, menarik. Jika aku dapat memainkan strategi aku dengan bijaksana, aku mungkin boleh melekatkan banyak benang, tidak terhad kepada mereka ini saja. Malahan pemerintah semasa Empayar Agung Mahawangsa ini, Kaisar sendiri di bawah telunjuk jari aku. Yup, betul itu. Kalau aku dapat wujudkan underground network aku macam dekat Bumi itu. Banyak benda akan jadi mudah dan tanpa kekangan.
"33, 34, 35, 36, 37, 38. Dan 39 ekor labah-labah mati. Tango down.", Rimyuel mengira sambil dia menembak mati musuh dengan senapangnya itu.
"Ok, semua clear.", kata Rimyuel lagi sebelum melompat turun dari pokok.
"Cayalah Lord Rimyuel.", puji Lorelei pula.
"Korang berdua penat ke? Perlukan rehat?", tanya aku kepada Leeya dan Lorelei.
"Takpe milord, saya ok saja.", jawab Lorelei.
"Saya pun milord. Jomlah, kita sambung jalan.", jawab Leeya pula.
"Hmmm yelah, arah sini eh.", arah Rimyuel pula.
"Roger Komander.", jawab aku pula.
Kami terus berjalan meredah hutan berpaya dan dipenuhi kabus tebal ini, sehinggalah beberapa belas minit kemudian.
"Macam mana pula dengan Lord Z? Adakah Lord Z juga seorang Adventurer macam kami?", tanya Lorelei kepada aku.
"Hmmm, aku, lebih kuranglah.", jawab aku pula.
"Aku rasa aku dah nampak kompeni korang. Kurang sebatu saja lagi.", kata Rimyuel pula yang sedang berdiri di atas dahan pokok sambil matanya terus meninjau jauh kehadapan.
"Huh, akhirnya...haus, haus.....kaki saya rasa macam nak tercabut saja...", mengeluh Leeya yang berpeluh dan pancit kepenatan itu.
"Hahaha, kata tadi tak penat?", kata aku pula.
"Nak buat macam mana kan milord. Kalaulah Lord Avatar dia yang baik hati ini sudi untuk menggendong dia macam bayi. Tak adalah Leeya merasa penat berjalan.", kata Lorelei pula memerli Leeya dan aku dengan ketawa kecil.
"Hei, kau ini kan?!", marah Leeya menumbuk bahu Lorelei.
"Baiklah kawan-kawan. Sikit saja lagi....", kata aku sebelum Rimyuel mencelah.
"Hei, tunggu kejap.", katanya yang masih sedang meninjau dari atas pokok itu.
"Um, ada apa ya Lord Rimyuel? Labah-labah lagi ke?", tanya Lorelei.
"Kejap eh, ada benda yang kena dekat sana itu.", jawab Rimyuel.
"Huh, benda tak kena?", respon aku pula. Aku tak gemar intonasi Rimyuel sekarang.
"Diorang semua nampak macam tengah menyorok dari sesuatu?", jawabnya.
"What the f***?! Hei serius ini. Ada sekawan binatang lah tengah terbang berlegar-legar dekat udara, tepat atas diorang semua itu. Macam burung hering.", lapor Rimyuel.
"Hei, raksasa terbang apa kejadahnya pula itu eh?", kata Rimyuel kehairanan.
"Raksasa terbang?!", respon Leeya dan Lorelei juga tertanya-tanya.
"Huh, raksasa terbang apa pula kali ini?", soal aku juga. Balak apa pula sekarang?
"Entah lah. Binatang bersayap dengan empat kepala. Nampak macam raksasa yang kuat semacam saja?", kata Rimyuel pula.
"Oh tidak, tidak! Ini sangat tak baik! Kapten? Pasukan kita! Macam mana dengan mereka semua itu?!", Lorelei mulai risau.
"Entah, aku agaklah, diorang semua mesti tengah menyorok dalam gua dekat sana itu. Kalau aku diorang, itu benda pertama yang aku buat.", jawab Rimyuel.
"Lord Z, kita kena cepat bantu mereka semua itu sekarang! Maksud saya sekarang ini! Sebelum terlambat.", mohon Leeya yang risau lagikan panik kepada aku. Haduh, aku rasa singa ini mesti jenis yang suka bertindak terburu-buru tanpa berfikir dulu. Yelah, cantik, ayu, molek, comel, tapi tak sabar punya orang. Biasalah orang muda, memang macam ini.
"Betul itu milord. Kita mesti buat sesuatu segera.", kata Lorelei juga.
"Hei korang berdua ini pun. Sabarlah.", jawab aku kepada mereka.
"Dengar itu korang. Tindakkan tergesa-gesa hanya buatkan keadaan jadi makin buruk saja. Capeesh?", tegur Rimyuel setelah turun dari pokok itu kepada mereka berdua.
"Baiklah. Jadi, apa yang kita patut buat milord?", tanya Leeya pula.
"Apa kata Lord Rimyuel tembak mati saja semua raksasa itu dari sini dengan senjata magik jarak jauh Gungnir itu?", saran Lorelei sambil menunjuk ke arah senapang Rimyuel.
"Hei Rimyuel, tak silap aku lah. Kau ada senjata Anti-Materiel Rifle, kan?", kata aku memberikan cadangan kepada Rimyuel. Sebab, berdasarkan memori Archmagus sebelum ini. Aku tahu sedikit sebanyak tentang kuasa dan kebolehan Sentinel.
"Anti apa milord?", tanya Leeya dan Lorelei kehairanan.
"Yup, one shot one kill.", jawab aku pula.
"Nope, aku tak unlock lagi benda itu. Tak cukup Level. Maaf bro.", jawab Rimyuel.
"Huh (menarik nafas). Takpelah.", kata aku dengan agak kecewa.
Aku boleh terlupa pula satu benda penting ini. Level. Yup, Level. Selain sihir. Aku dan Rimyuel sebagai Avatar. Setiap Lord Avatar mempunyai satu set Active Skill mereka yang tersendiri. Contoh macam seperti Firearam Skills Rimyuel dan Rune Skills aku. Untuk membolehkan kami unlocked setiap Active Skills ini. Antara syaratnya ialah, sistem bangang ini memerlukan kami untuk mencapai jumlah Level Avatar tertentu, baru boleh unlocked.
Kerja kami sekarang ini akan jadi 10 bilion kali lebih senang dan mudah, kalaulah, kalaulah. Tak disebabkan atas alasan tak logik dan bangang? Boleh pula dia setkan Avatar kami ini untuk mula semula dari Level 1. Hei Aiwass, kau dengar tak?! Kalau aku jumpa kau lepas ini. Aku tenyeh-tenyeh kepala kau.
"Ada idea yang bernas?", tanya aku.
"Aku boleh saja cuba uruskan dengan senapang EBR ini? Tapi?", kata Rimyuel.
"Tapi apa milord?", tanya Lorelei pula.
"(Merungut). Milord?! Tolonglah! Kita tak boleh buang masa dekat sini!", desak Leeya sambil terus menarik lengan aku demi memaksa aku menggerakkan kaki aku sekarang.
"Huh, jangan risaulah kawan. Aku boleh uruskan. Aku sudah ada dua tiga pelan yang berbaloi untuk diuji.", kataku kepada mereka sebelum mula menggerakkan kaki.
"Huh, baguslah. Apa dia?", soal Rimyuel pula.
Namun aku hanya menjawabnya dengan satu senyuman sinis lagikan jahat.
"Seriuslah Z? Ikut kau lah.....", kata dia. Aku pasti yang dia faham benar apa benda yang sedang bermain di dalam benak fikiran aku sekarang ini.
"Cepatlah milord!", singa Leeya ini terus menarik lengan kanan aku, memaksa aku berjalan lebih laju bersamanya. Aku tak faham, apa pasal lah dia terkejar-kejar sangat.
"Huh, yelah, yelah.", aku merelakan saja dibawa pergi oleh dia.
Selang beberapa ketika kemudian.
Kami berempat telah tiba di tapak kem sementara pasukan ekspedisi Leeya dan Lorelei. Suasana sangat kelam dan sunyi serta dilitupi kabus tebal. Seluruh kawasan ini dipenuhi dengan aura kematian dan bau asid yang sangat kuat menusuk. Terdapat banyak mayat dan gumpalan daging askar yang telah meninggal di dalam keadaan yang lebur cair dan tidak dapat dicam langsung bersepah di semua arah. Aku merasa amat mual dan hampir saja termuntah melihat keadaan ini. Tidak berapa jauh di atas udara, lima ekor makhluk itu sedang terbang berlegar-legar.
"Oh, Tuhanku, apa yang berlaku di sini!?...", jerit Leeya dengan kuat sebelum aku cepat-cepat menutup mulutnya daripada membuat bising sambil menuding jari telunjuk aku ke arah raksasa-raksasa terbang itu.
Aduhai, otak dia masih tak faham lagi ke? Apa yang sebenarnya berlaku dekat sini? Tindakan melulunya itu hampir saja menyebabkan diri dia terbunuh. Huh aduhai, dungu betul lah singa yang cantik ini.
Kepala-kepala dari salah seekor daripada raksasa terbang itu dengan telah menoleh ke arah kami. Nasib baik, entah kenapa raksasa itu tak sedar, ke rabun tak nampak kelibat kami.
"Hssshhhhh, senyap lah.", bisik aku dengan suara yang perlahan kepada Leeya, lalu menariknya ke belakang pokok untuk bersembunyi. Otak dia akhirnya faham dengan apa yang telah berlaku sebenarnya disini. Tidak jauh dari kami, kelihatan empat orang lelaki sedang bersembunyi di sebalik mulut gua. Dengan senyap, kami berempat bergerak sepantas yang kami boleh menuju ke arah mereka tanpa menarik apa-apa perhatian.
"Kapten Haas?", sapa Leeya kepada salah seorang kesatria itu dengan suara perlahan.
"Hssshhhhh, cepat kesini.", arah Kapten Haas kepada kami berempat.
"Kapten Henry.", sapa Lorelei pula kepada seorang lagi kesatria yang ada.
"Duduk diam-diam dekat sini, jangan buat bising sama sekali, faham?", kata Kapten Henry kepada kami. Sementara itu, dengan jelas seorang askar di sebelahnya itu, sedang terus membaca doanya berulang kali sambil terketar-ketar ketakutan.
"Syukurlah, Lady Leeya, Lady Lorelei. Milady berdua tak apa-apa ke?", tanya Kapten Haas kepada Leeya dan Lorelei dengan muka yang risau.
"Kami baik-baik saja, terima kasih.", kata Leeya.
"Baiklah, kita tunggu saja dekat sini sampai semua raksasa terbang itu berambus pergi daripada sini. Ingat, jangan tarik perhatian mereka.", kata Kapten Henry pula.
"Seriuslah, apa kebendanya binatang-binatang terbang itu?", tanya Rimyuel pula.
"Apa yang jadi sebenarnya ini Kapten?", tanya Lorelei pula. Betul itu, apa kejadahnya makhluk terbang lima ekor itu sampai boleh jadi macam ini.
"Apa yang jadi?! Raksasa-raksasa terbang itu. Mereka itu Death Hydra.", kata Kapten Henry kepada kami.
Tunggu kejap, Hydra. Seriuslah Hydra, seperti Lernaean Hydra dalam 12 Labour of Hercules dalam mitos Yunani itu ke? Waktu kecil, The Last Witch of The Century, maksud aku nenek aku sendiri pernah memberitahu aku tentang makhluk Hydra dan bagaimana untuk mengalahkan mereka.
"Death Hydra? Death Hydra?! Maksud Kapten raksasa kelas Legend itu ke?", tanya Leeya dan Lorelei ketakutan.
"Death Hydra? Apa itu?", tanya Rimyuel pula.
"Betul, Death Hydra. Raksasa Undead kelas Legend. Makhluk jelmaan dari Dark Magic. Raksasa penunggu hutan berpuaka ini yang telah ditakuti oleh kami sejak bergenerasi lamanya. Kalau kita potong satu kepalanya. Dua kepala lagi akan tumbuh.", Kapten Henry menerangkan kepada kami.
Aku masih bingung lagi. 5 ekor Hydra itu terus berlegar-legar di atas kami, kenapa sebenarnya? Adakah diorang semua ini tunggu sesuatu? Nampak jelas yang sesuatu tak kena. Kalaulah aku raksasa terbang itu, diorang semua ini sekarang jugalah akan jadi lauk makan malam aku. Apa yang semua Hydra itu tunggu? 5 ekor Hydra itu, otak diorang berfungsi ke tak. Ke diorang itu buta macam kelawar dan bangang macam burung dodo.
"Lord Rimyuel, Lord Z. Death Hydra itu, mereka benar-benar masalah besar. Seperti lima buah mimpi buruk kematian yang terbang. Tolong, tolonglah selamatkan kami semua.", rayu Lorelei kepada aku dan Rimyuel.
Aku dapat melihat berdozen-dozen muka yang sedang terduduk menggigir ketakutan dan berpeluk tubuh saja di dalam gua ini. Tak ubah macam kawanan tikus. Tak ada jalan lain untuk mereka semua cabut lari dari sini tanpa nyawa mereka diragut oleh 5 ekor Hydra itu.
"Ya, sabar eh.", jawab Rimyuel untuk menenangkan Lorelei itu.
Aku bertanyakan satu soalan terakhir untuk mengesahkan teori aku.
"Saya pun tak pasti. Apa yang kami pasti, jika kita buat sebarang bunyi yang kuat atau mereka melihat adanya sesiapa pun yang bergerak mencuba untuk melarikan diri dari sini. Mereka langsung meleburkan kita hingga mati dengan serangan racun berasid mereka sama seperti mereka-mereka di sana itu.", jelasnya kepada kami.
Bagus, penjelasannya dapat membuktikan hipotesis aku. Hydra itu, entah bagaimana mereka sukar melihat objek yang pegun.
Sambil diorang asyik berdebat apa yang perlu dilakukan. Tanpa diorang itu semua, kecuali lah Rimyuel saja yang perasan. Dengan senyap aku mula bergerak.
"Throne.", aku mengaktifkan kuasa cincin Miracle Ring Throne aku ini buat kali pertama sambil aku bersembunyi di sebalik pokok. Ianya membuatkan mata aku menyala untuk sesaat dengan cahaya putih.
Dengan menggunakan kuasa Miracle Ring Throne ini, aku mempunyai kuasa mengawal dan memanipulasi aspek cahaya itu sendiri. Dengan pantas aku mengubah seluruh tubuh aku bersama-sama dengan pakaian aku ini menjadi halimunan sepenuhnya untuk jangka masa yang singkat. Dengan itu, aku mula bermain permainan Lampu Merah, Lampu Hijau dengan raksasa-raksasa sialan itu dengan menggunakan 'cheat code' aku ini.
Aku menggunakan nasib malang aku sendiri terhadap raksasa-raksasa itu. Perlahan-lahan, aku berjaya mendorong lima ekor Hydra tersebut ke arah aku.
Sementara itu.
"Sebenarnya, saya tidak tahu sama ada apa-apa yang kita ada sekarang ini akan cukup berkesan untuk membunuh semua raksasa seperti itu. Belum sempat kita cuba apa-apa pun, kita akan mati lebur.", jelas Kapten Haas kepada Rimyuel, Leeya dan Lorelei.
"Hei Kapten, tengok sana itu. Raksasa-raksasa itu. Ada sesuatu yang menyerang mereka.", beritahu salah seorang askar yang turut berlindung dengan mereka. Dari jauh, seseorang, iaitu aku, sedang melancarkan serangan Holy Blaster aku ke arah setiap ekor Hydra tersebut. Aku berusaha mengumpan lima Hydra itu supaya menjauhi mereka.
"Hei! Siapalah yang cukup gila menyerang Death Hydra itu?", tanya Kapten Henry.
"Ehhhh, tunggu kejap. Di mana Lord Z pergi? Lord Z?", tanya Leeya dan Lorelei sambil mata mereka terus mencari aku. Akan tetapi, mereka sudah terlambat kerana aku sudah pergi jauh daripada mereka untuk menguruskan 5 ekor cicak terbang yang ada banyak kepala tersebut.
"Dia dekat sana itu.", kata Rimyuel kepada mereka sambil terus memerhatikan aku. Betul, aku kini berada beberapa ratus meter berdiri sendirian di tengah-tengah padang yang luas lagi terbuka ini. Semua orang termasuk 5 ekor Hydra tersebut dapat melihat aku dengan jelas sedang berdiri di sini.
"Woiiiiii!!!!!! korang!!!!!! ya korang lima ekor makhluk cicak yang amat hodoh gila! Sinilah!", aku menjerit dengan sekuat hati untuk menarik perhatian mereka. Sambil juga aku terus menembak sihir Octa-Cast, Orb of Light kepada mereka.
"Siapa, siapa pula Mage itu? Adakah dia sudah gila? Sewel ke orang itu? Entahlah, cuma harap dia mati dalam keadaan aman.", ada di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang aku sesama mereka.
"Oh Tuhan, tidak! tidak Lord Z! Apa yang dia buat dekat sana!?", kata Leeya tatkala otaknya mula panik. Semua orang boleh melihat apa yang tertulis di wajahnya sekarang. Dia mahu bangun dan kemudian berlari meluru ke arah aku dalam keadaan panik dan menjerit seperti orang bodoh untuk cuba menghalang aku. Tetapi, belum sempat dia melakukan semua itu, Rimyuel sempat menarik tangan Leeya untuk menghentikan niatnya. Rimyuel dengan tegas memaksa dia duduk semula di tempatnya.
"Duduk dekat sini Leeya.", paksa Rimyuel kepada Leeya dengan muka yang serius sambil menggenggam kuat pergelangan tangan kiri Leeya itu dengan tangan kanannya.
"Lady Leeya, tolonglah tahan diri milady itu.", pujuk Kapten Haas kepadanya.
"Lord Rimyuel tolong, tolong lepaskan tangan saya.", Leeya cuba membebaskan genggaman Rimyuel terhadap pergelangan tangan kirinya tersebut tetapi sia-sia. Rimyuel terus menggenggam kuat pergelangan tangan kiri Leeya itu.
Rimyuel tahu dan faham, bahawa dia tidak boleh melepaskan Leeya atau tindakkan dungu Leeya akan merosakkan seluruh rancanganku. Rimyuel meminta mereka semua untuk terus kekal dan duduk diam-diam.
"Saya tahu itu, tetapi Lord Rimyuel….", kata Lorelei cuba memujuk Rimyuel. Tetapi, untuk buat mereka percaya dan faham bahawa Rimyuel betul-betul serius sekarang, Rimyuel pun lantas mengacukan pistol Gungnir nya ke arah muka Leeya.
"Aku ulang buat kali terakhir. Duduk diam-diam dekat sini Leeya. Jangan sampai aku tembak kau?", tegas Rimyuel. Orang lain juga tak berani berbuat apa-apa untuk menghalang aku dan hanya mampu memerhati saja apa yang berlaku dengan rasa takut.
"Hei! Dekat sinilah!!!!! Marilah main dengan aku bangang-bangang sekalian!!!!", aku terus menjerit sebelum menyerang mereka sekali lagi dengan pusingan kelima Octa-Cast, Orb of Light. Semua lima ekor Hydra tersebut terbang dengan penuh amarah ke arah aku. Bagus, semuanya berjalan mengikut pelan aku. Tapi, ada satu masalah sikit.
"Shit? Lepas 12 pusingan Octa-Cast, Orb of Light pun masih tak ada satu calar pun dekat HP kau orang. Yup, rasanya aku perlukan lebih daripada sihir lemah ini untuk goreng kau orang semua extra krispi.", kata aku kepada lima ekor Hydra tersebut.
Betul itu, setiap ekor Hydra itu, seluruh badan mereka dilindungi oleh satu aura gelap istimewa. Aura gelap ini memberikan mereka keupayaan untuk membatalkan sebarang jenis Damage daripada serangan sihir yang diterima. Lima kemungkinan mustahil untuk mana-mana ahli sihir biasa. Tetapi bukan untuk aku. Bukan untuk seorang Lord Archmagus.
DEATH HYDRA [LEVEL 50] [SUMMON] [CLASS: LEGEND]
HP: 360,000,000,000
MP: 720,000,000
Yami Protection Against Magic [Tier-7].
[Imun terhadap segala serangan sihir kelas (Tier-6 dan kebawah) serta status efek negatif yang diakibatkan olehnya.]
"Hah, hanya satu cara untuk tahu.", kata aku sendiri sambil tersenyum. Berpatah balik hanyalah untuk dummy saja. Hydra-hydra itu melepaskan raungan mengerikan pada aku. Tak tahulah aku, mungkin itu cara makhluk-makhluk cicak terbang ini untuk cakap 'bersedialah kau untuk mampus, Elf bodoh!' kepada aku.
"Tolonglah Lord Rimyuel, lepaskan saya?", Leeya merayu dengan wajah risau.
Aku menjerit macam orang gila sambil terus menyerang mereka dengan sihir aku.
20 kepala Hydra dengan rupa bengis mereka memandang aku. Sihir-sihirku langsung tak dapat mencalarkan bahagian kepak mereka pun.
Dengan rasa marah yang membuak-buak terhadap aku, setiap kepala dari setiap hydra tersebut dengan serentak melepaskan amukkan mereka di dalam bentuk serangan semburan asap hijau yang beracun. 20 siri serangan sihir, Toxic Smog meluru deras kepada aku.
"Oh f***?", kata aku dan Rimyuel serentak.
"Shit! Serangan Racun jenis AOE dan DOT.", kata Rimyuel sambil terus memerhati keadaan di sebalik pintu gua tersebut.
"Lord Z! Tidak!!!!!", Lorelei dan Leeya menjerit apabila aku dibanjiri oleh serangan itu. Wap kabus yang berasid dan beracun tersebut dengan cepat melenyapkan segala-galanya di dalam radius 50 meter sekeliling aku, termasuklah jubah dan juga cawat aku. Udara di sekeliling aku juga bertukar menjadi racun yang mematikan dan menghakis apabila tersentuh. Tidak ada sehelai rumput atau sebiji batu pun di sekitar aku yang terselamat.
Dengan cepatnya wap kabus itu pudar. Segala-galanya di atas tanah telah lesap kecuali lah diri aku dan juga Miracle Ring di jari aku ini.
"Lord Z, mustahil lah!?", kata Lorelei yang terkejut itu.
"Mhmm, me..menarik sangat. Walaupun lepas kena 20 biji serangan bom kimia itu pun? Tak ada apa-apa kesan? Apa benda lah Cheat yang kau pakai ini sebenarnya eh?", kata Rimyuel kehairanan sambil memerhatikan aku.
Dia betul. Aku langsung tak terima sebarang Damage, dan segala efek serangan sihir Toxic Smog itu telah dibatalkan sebelum ianya sempat melakukan apa-apa pun kepada aku sama sekali.
"Lord Z, macam tak percaya sajalah.", kata Leeya pula.
"Tak mungkin, itu bukan satu gurauan kan? Serangan Sihir sekuat itu pun langsung tak berkesan dekat dia. Macam mana dia lakukannya Lord Rimyuel?", tanya Lorelei kepada Rimyuel.
"Lord Z. Lelaki Elf itu ialah Lord Avatar Lady Leeya kan? Adakah dia itu seorang dewa?", tanya Kapten Haas kepada mereka bertiga.
"Entahlah, aku pun tak tahu apa-apa.", jawab Rimyuel kepada mereka. Sementara itu, hydra tersebut memutuskan untuk mencubanya lagi buat kali kedua.
"Hei, hei, boleh berhenti tak? Berhenti fogging akulah cicak tak guna!", aku menjerit kepada lima ekor Hydra itu. Sebab ini langsung tak ada gunanya. Lima ekor Hydra bangang ini boleh saja terus fogging aku, sepanjang malam, kalau diorang suka. Tetapi masih, tiada apa-apa pun yang akan terjadi dekat aku ini. Sudah tentulah, semuanya berkat satu Personal Ability tertentu yang aku dapat daripada Miracle Ring Throne ini sejak awal lagi. Ianya adalah satu set "Exclusive Perk, Divinity". Inilah rempah-ratus rahsia di dalam adunan resepi keabadian arwah atuk aku itu. Apa yang membuatkan membunuh orang tua itu 99% perkara yang mustahil.
"Ya Tuhan. Untuk sesaat, aku fikir jantung aku sudah berhenti berdegup.", kata Leeya sambil dia menarik nafas lega.
"Yalah, aku tak tahu macam mana Lord Z buat semua itu. Tetapi itu, semua itu sangat sangat awesome.", kata Lorelei pula.
"Apa dia!? Bahagian mana agaknya ya yang buat kau fikir semua itu awesome huh !?", marah Leeya kepada sepupunya sambil menuding jarinya kepada aku. Sementara itu, bagi aku pula. Aku benci benda macam ini jadi.
"Tidak!!!!!!!! Tidak, pakaian aku! Kurang ajar korang semua!", aku menjerit dengan marah kepada lima ekor Hydra tersebut. Oh, berani diorang buat aku terlanjang untuk kali kedua. Berani diorang malukan dan mencalarkan imej serta maruah aku sebagai seorang lelaki budiman di depan semua orang termasuklah Leeya itu.
Huh baiklah, korang lima ekor sudah buat benda ini jadi dendam yang peribadi.
"Z! Kita tunggu apa lagi Z. Jom bunuh bangsat-bangsat sialan ini! Kita bunuh diorang semua!", aku mendengar suara bisikan karin aku di dalam kepala aku ini. Hanya untuk kali ini saja, kami berdua berada di halaman persetujuan yang sama.
"Sial lah, aku benci semua benda ini! Aku bunuh korang semua!", api kemarahan aku berkobar-kobar sambil menggenggam kedua-dua penumbuk aku. Aku telah pun bersiap sedia bagi melepaskan senjata nuklear yang aku ada terhadap lima ekor Hydra yang bangsat itu.
Dan disebabkan emosi aku berasa panas dan tegang sekarang. Secara tidak sengaja aku teraktifkan Energy Burst aku sendiri. Lalu terlepas keluarlah satu ribut aura tenaga putih yang sangat kuat dari badan aku ini ke persekitaran. Akibatnya, tanah bergegar ketakutan serta tiupan angin sejuk yang deras dapat dirasai.
"Apakah!? Apahal tiba-tiba lelaki itu boleh ada jumlah Tenaga Magik yang tak masuk akal macam ini? Siapa dia sebenarnya!?", tanya beberapa orang askar sesama mereka sambil mereka semua terus saja memerhatikan aku.
"Oh Tuhan, gelombang tenaga magik sedasyat ini. Lord Z?", kata Lorelei.
"Yelah, apa sebenarnya yang berlaku dengan Lord Z?", tanya Leeya pula. Ini belum apa-apa lagi, aku baru nak lepaskan geram sikit saja. Dan diorang semua langsung panik dan kelam-kabut macam satu gunung berapi sedang nak meletup saja.
"Eh, ini mesti output Energy Burst dia.", jawab Rimyuel kepada mereka.
"Energy Burst, pada tahap segila macam ini?", tanya Leeya dan Lorelei lagi.
"Aha. Dia dah aktifkan Mod Nuklear dia.", jawab Rimyuel pula.
"Mod Nuklear? Adakah itu perkara buruk?", tanya Leeya lagi dengan risau.
"Untuk lima ekor binatang haram jadah itu.", jawab Rimyuel lagi.
"Cincin Pertama, Throne,", aku aktifkan kuasa Meta Codex, Miracle Ring Throne. Lantas, dua biji mata aku dan juga cincin Throne itu sendiri bersinar putih terang. Aku dapat merasakannya, kuasa hebat yang tidak pernah aku miliki sebelum ini. Ianya sedang mengalir dari cincin Throne ini ke setiap fiber dan sel di dalam badan aku.
"Apa yang dia rancang untuk lakukan sebenarnya itu?", tanya Kapten Haas pula.
"Korang tengok saja lah.", balas Rimyuel pula.
"Semua tenaga magik itu. Takkanlah. Jangan beritahu saya… Grand Scale Magic?", kata Kapten Henry.
"Lelaki itu. Dia mahu menggunakan sebuah Grand Scale Magic?", tanya Kapten Haas pula yang penuh kehairanan.
"Maaf lah, tapi aku sudah fed up malam ini!", kata aku. Aku perlu melepaskan semua dan setiap kemarahan yang aku perap malam ini terhadap lima ekor makhluk malang ini.
"Mata untuk mata. Cahaya keadilan untuk kejahatan. Throne, Octa-Cast, Great Beam of Light.", aku melaungkan dengan kuat mantera sihir aku.
Yup, yup, tolong, jangan nak sibuk persoalkan aku sekarang ini. Aku tahu yang aku boleh saja terus guna sihir ini tanpa perlu bersusah payah pun untuk baca manteranya. Yelah, aku hanya rajin buat semua benda ini pun untuk keseronokkan saja, dan juga untuk nampak cool, hahahaha.
Sejumlah 16 bentuk lingkaran oktagram sihir berwarna putih berkilau yang terapung di udara telah muncul di atas bahu kiri dan kanan saya. Setiap bentuk lingkaran oktagram ini mempunyai saiz jejari 10 meter. Sambil mataku juga telah pun Locked and Loaded kesemua lima ekor sasaran aku tersebut.
"Yippee ki yay, motherf*****!", ucapan terakhir aku kepada 5 ekor Hydra itu.
Dengan serentak, kesemua oktagram putih itu menembakkan 16 buah pancaran laser tenaga putih bersaiz ultra yang kuat, 50 darjah ke atas menuju terus ke arah setiap ekor sasaran aku tersebut. Sebelum membentuk lapan garisan lurus yang panjangnya lebih seratus kilometer menembusi ke arah langit malam. Kesemua Hydra tersebut langsung dihancurkan menjadi debu, dan cahayanya telah menerangi seluruh kawasan hutan selama beberapa saat.
"Hahahahaha, huh, barulah rasa lega sekarang.", kata aku yang berpuas hati melihat hasil eksperimen aku yang berjaya ini. Kuasa Miracle Ring Throne ini ternyata mampu untuk mengubah properti sesuatu sihir yang aku gunakan menjadi Meta Codex aku sendiri.
"Hei, semua orang! Yuhooo!!!! Tak payah sembunyi macam itik lagi! Semua S.O.B itu dah tak adalah!", kata aku dengan suara yang lantang kepada mereka untuk memberitahu mereka bahawa semuanya sudah aman damai sekarang.
Kesimpulannya, Miracle Ring Throne aku ini adalah satu set Cheat Codes.
"Ya Tuhan, macam itu saja dia lenyapkan lima ekor Death Hydra tersebut. Macam tak percaya saja. Siapa orang itu sebenarnya? Seorang lagi Lord Avatar mungkin?", ada di antara mereka mula bertanya sesama sendiri.
Mereka semua memandang aku tetapi aku buat selamba saja sambil berjalan kembali ke arah Leeya dan Lorelei itu.
<😊Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk tinggalkan jejak COMMENT anda dibawah. Segala sokongan dan komen yang membina sangat membantu menaikkan semangat Author. 😊>
Lampiran.
Toxic Smog [CD: 20] [MP Cost: 105,000,000] [DOT/ AOE]
[Salah satu sihir elemen tanah Tier-7. Gabungan Poison Mist dan Acid Bomb. Asid pekat, menghakis dan beracun dalam bentuk wap kabus. Ianya mampu untuk membunuh mana-mana makhluk hidup yang cukup malang untuk bersentuhan dengannya dan juga boleh mencairkan hampir apa sahaja dengan pantas. Ianya akan memberikan status Toxic Debuff dan sejumlah (105,000) (+2,800% jumlah Magic Power) sebagai AOE Poison Damage kepada semua musuh di dalam radius serangannya.]
[Selagi mana Toxic Debuff masih aktif pada mereka. Mereka akan menerima set tambahan sejumlah (15,000) (+400% jumlah Magic Power) sebagai DOT Poison Damage setiap (0.3 saat), (15,000) (+400% jumlah Magic Power) sebagai DOT Corrosion Damage setiap (0.3 saat) serta penalti (-50 %) terhadap jumlah HP Regen.]
[(Medium) Chance untuk mengakibatkan status Instant Death kepada setiap sasaran dengan Resistance (Low-Tier).]
*Note for dummies: DOT (Damage Over Time), AOE (Area of Effect).
MIRACLE RING: FIRST RING, THRONE.
[Rank: Tier-9]
[Specialty: Photokinesis/ Ruler Authority]
[Range: Any]
[Target: Self]
[Salah satu entiti paling tua dan paling agung daripada semua ciptaan. Angel adalah Divine Race, Celestial Being yang sangat berkuasa yang diciptakan daripada Cahaya oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Fajar Waktu. Mereka adalah penduduk, utusan, penjaga dan tentera yang berkhidmat untuk Kerajaan Syurga dan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dicipta daripada Cahaya itu sendiri, Angel mempunyai kuasa untuk memanipulasi aspek cahaya mengikut kehendak mereka. Mereka mempunyai undang-undang dan hierarki syurgawi mereka tersendiri.]
[Salah seorang daripada mereka ialah Seraphim Gadrael, seorang High-Angel yang sangat istimewa. Dia diutuskan ke Lower Realm, ke sebuah dunia yang baru saja lahir dengan tugas penting. Selama berjuta-juta tahun, Seraphim Gadrael dan tentera Angelnya tanpa henti mengawasi dunia itu di dalam diam, menyaksikan peristiwa besar yang tidak terkira banyaknya dan kerja semula sehingga ianya telah dipenuhi dengan banyak kehidupan dan keajaiban. Sehingga makhluk yang berakal memegang kuasa atas dunia itu.]
[Sehinggalah suatu hari, sesuatu telah pun berubah dalam dirinya. Seraphim Gadrael telah memperolehi sesuatu yang tidak sepatutnya dia miliki, iaitu hati. Dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita, seorang puteri raja dari dunia itu. Ini bukanlah sebarang cinta; ini adalah hubungan cinta yang dilarang keras oleh Hukum Syurga dan dengan itu, telah melanggar Undang-undang Penciptaan Tuhan itu sendiri. Hasil cinta mereka, lahirlah seorang anak kacukan. Anak hasil hubungan di antara seorang High-Angel dan Light Elf, sebahagian Celestial, sebahagian Mortal. Entiti ini dikatakan boleh berkembang jauh lebih kuat dan lebih berkuasa daripada ayahnya. Namanya ialah Raphael yang lebih dikenali sebagai The Angel Prince.]
Great Beam of Light [CD: 240] [MP Cost: 50,000,000,000 (Initial)/ 12,500,000,000 (Additional +1 sec)] [Anti-Personnel/ Anti-Army]
[Salah satu sihir elemen Cahaya Tier-8. Seratus kali lebih kuat daripada sihir Beam of Light yang biasa. Ianya, dikenali secara meluas sebagai Sihir Skala Besar, Meriam Tenaga Cahaya Putih Pemusnah. Pengguna menciptakan sebentuk besar lingkaran oktagram putih terapung. Lingkaran oktagram ini akan menembakkan satu pancaran jet fokus laser tenaga putih selama 5 (+ masa tambahan) saat ke hadapan dalam satu garisan lurus yang sangat panjang. Setiap 0.2 saat, ianya akan mengakibatkan sejumlah 100,000 (+3,000% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage kepada semua musuh di sepanjang laluannya serta juga mengurangkan jumlah Movement Speed, Attack Speed dan juga Magic Defense mereka sebanyak (-40%) selama 2 saat.]
Throne: Octa-Cast, Great Beam of Light.
[CD: 180]
[Kos MP: 8,000,000,000,000 (Initial)]
[Kos MP Extra: 2,000,000,000,000 (per +1 saat)]
[Meta-Codex/ Energy Burst/ Anti-Army/ Anti-Personnel]
[Range: >20,000]
[Rank: Tier-9]
[Apabila digunakan bersama dengan Octo-Cast, Energy Burst dan Meta Codex, Miracle Ring Throne, serangan Meta Codex ini sebaliknya akan menghasilkan jumlah maksimum 16 bentuk lingkaran oktagram dengan 10 kali saiz jejari asal. Setiap oktagram ini akan menembakkan satu pancaran jet fokus laser tenaga putih selama 5 (+ masa tambahan) saat ke hadapan dalam satu garisan lurus yang sangat panjang. Setiap 0.2 saat, ianya akan mengakibatkan sejumlah 1,000,000 (+18,000% jumlah Magic Power) sebagai AOE Holy Damage kepada semua musuh sepanjang laluannya, serta mengurangkan jumlah Movement Speed, Attack Speed dan Magic Defense mereka sebanyak (-160%) selama 2 saat.]
Divinity
[Tier-9]
[Exclusive Perk]
[Divinity ialah satu kayu ukur untuk menentukan sama ada seseorang itu ada aptitud Celestial Being ataupun tak. Berbeza pula dengan True Celestial, mereka ini adalah darah kacukkan, sebahagian Celestial, sebahagian Mortal. Semakin tinggi nilai Divinity mereka itu, semakin hampir mereka itu untuk menjadi seorang Celestial. Pada peringkat High-Tier, mereka ini dikenali sebagai Demigod ataupun Godkin.]
[Ayahnya adalah seorang Celestial Being, High-Angel of The Heaven, Seraphim Gadrael dan ibunya pula adalah seorang puteri raja Light Elf. Dilahirkan sebahagian Celestial, sebahagian Mortal. Archmagus adalah seorang Demi-Seraphim dengan kuasa yang diluar batasan alam ini.]
[Sebagai seorang Demi-Seraphim, Archmagus mewarisi kuasa ayahnya. Ini termasuklah:]
[Divine Immortality. Archmagus mempunyai jangka hayat yang tidak terhingga, tidak menua dari semasa ke semasa, kebal terhadap penyakit, stamina dan healing factor luar biasa serta dia tidak boleh dibunuh atau mati dengan sebarang cara konvensional.]
[Divine Immunity. Keupayaan pasif Archmagus untuk serta-merta membatalkan semua jenis serangan Magik (Elemen, Curse, Poison, Mental, Spiritual, Demonic, Holy dan Petrification), berserta Damage dan efek Debuff nya. Asalkan Rank serangan Magik itu serta Intel penggunanya tidak melebihi (Tier-10).]
[Divine Blood. Archmagus juga mendapat bonus kekal sebanyak (1,000,000) jumlah Damage Plus. Serta peningkatan sebanyak (+400%) terhadap jumlah Max MP, Healing Factor, Mana Regen, Magic Power, Magic Defense dan juga Resistance miliknya.]