Chereads / Destiny 00. / Chapter 10 - Angel Prince & Demon Hunter 1.

Chapter 10 - Angel Prince & Demon Hunter 1.

(Z's POV)

 

"Syukur, syukurlah kepada Tuhan. Doa dan mimpi saya telah termakbul pada malam ini.", kata dia sambil melutut dan menitiskan air mata kesyukuran di hadapan aku setelah mendengar jawapan aku.

 

"Saya, kami semua telah lama menantikan kedatangan Yang Agung, Lord Archmagus untuk sekali lagi menyelamatkan dunia kami. Wahai Lord Archmagus yang berkuasa, terima kasih atas kebaikan Yang Agung menyelamatkan nyawa saya tadi. Saya sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Yang Agung, Lord Archmagus.", dia berkata kepada aku dengan senyuman kegembiraan di wajahnya. Sambil dia menatap dekat muka aku dan juga memegang kuat kedua-dua belah tangan aku. Langsung membuatkan aku gementar dan berasa tak selesa. Aduhai, singa yang hampir mencincang aku waktu tadi ini, boleh pula sekarang dia berubah sifat menjadi seorang gadis ayu yang bersopan-santun dan lemah-lembut selepas tahu aku siapa. Terkejutnya aku.

 

"Heh, takde hal lah Cik.", kataku padanya sambil aku menghadap ke arah lain kerana malu. Lalu dia segera bersujud pula. Makin tak selesa aku dibuatnya.

 

"Saya dengan rendah hati meminta ampun di atas segala kekasaran saya tadi terhadap Yang Agung, Lord Archmagus.", kata dia dengan rasa bersalah sambil meletakkan dahinya di atas tanah untuk meminta maaf dihadapan aku. Huh, nak buat macam mana, sebab ini bukan salah dia sepenuhnya pun. Huh, apa-apa pun, aku perlu cakap sesuatu untuk baiki semula keadaan ini.

 

Ingat aku, bertenang, tarik nafas, jangan gelabah. Kekalkan Poker Face aku ini.

 

"Ahem Cik, tak ada apa yang perlu dimaafkan pun. Aku tak makan hati. Jadi jangan risau ya.", kata aku cuba memujuk dia. Huh, bukannya apa, aku tak sampai hati nak rosakkan saat-saat gembira dia sekarang.

 

"Terima kasih Yang Agung. Terima kasih banyak-banyak.", katanya kepada aku.

 

"Yup, sebelum aku terlupa. Aku Parzivalz.", aku mula mengadakan sesi Ice Breaking dengan dia. Dia ini mesti Apostle yang Aiwass itu suruh aku jaga. Mungkin? Kena pastikan.

 

"Parzivalz. Itu nama Yang Agung ya, Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz…...", dia berulang kali menyebut nama aku untuk menghafalnya.

 

"Yup, itu nama aku. Cik boleh panggil saja aku 'Z'. Semua orang panggil aku macam itu.", kata aku kepada dia.

 

"Baiklah. Kalau begitu, saya panggil Lord Z, Lord Z saja lah. Boleh tak Lord Z?", jawab dia kepada aku dengan senyuman. Huh, aku macam tak percaya sahaja, singa yang garang dan nyaris saja bunuh aku tadi adalah perempuan ayu yang sama sekarang ini.

 

"Yup, dan Cik ini pula?", aku cuba bertanya nama dia pula. Sambil menghulurkan tangan kanan aku kepada dia sebagai tanda selamat berkenalan.

 

Namun, deria magik aku tiba-tiba saja menyala. Sesuatu, tak, seseorang baru sahaja melanggar masuk ke dalam medan sihir pengesan berbentuk grid laser halimunan yang telah aku pasang tadi untuk mengawasi perimeter kami. Huh sialan, kacau daun betul lah. Tolong lah bagi aku peluang untuk berehat dan jangan musnahkan detik perbualan manis aku dengan dia ini.

 

"Selamat berkenalan Lord Z. Nama saya pula Leeya, maaf maksud saya The….", dia mula memperkenalkan dirinya. Tetapi, langsung aku potong di tengah jalan.

 

"Um, ada apa ya Lord Z?", dia bertanya kepada aku. Huh, firasat aku tentang nasib malang selalu saja betul dan aku bencikannya. Sangat-sangat bencikannya.

 

Seseorang cuba melakukan serangan hendap terhadap kami sekarang.

 

"Hssshhhhh, ada sesuatu yang datang....", kataku dengan muka yang cemas. Sambil cepat-cepat aku bangun berdiri. Biji mata aku terus mengimbas ke semua arah untuk mencari kelibat musuh. Tetapi aku agak terlambat. Sebab Si Penyerang Hendap ini telah pun mengunci aku di dalam garis bidik senjata mereka dan bersedia untuk menarik picu.

 

Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran. Sedar saja, dahiku telah pun ditembusi oleh sebutir peluru magik yang hanya Tuhan saja yang tahu datangnya daripada mana.

 

Kerana momentum kuat yang dihasilkan oleh peluru itu sendiri telah menolak kuat aku ke belakang lalu aku jatuh tersungkur ke atas tanah.

 

"Lord Z!!!!!", dengan panik Leeya melatah kuat. Tembakkan Headshot maut ini jelas bertujuan untuk terus membunuh aku di tempat ini. Sesiapa pun yang menarik picu senjata ini, aku boleh katakan yang dia ini bukanlah seorang amatur. Dia orang ini mesti paling tidak pun Penembak Professional dengan bakat sebenar dan tak teragak-agak untuk membunuh kami berdua dengan sekelip mata saja.

 

Berbeza dengan makhluk-makluk yang aku sudah hapuskan tadi. Peluru magik ini. Ini bukanlah sekadar serangan magik yang biasa. Sebab peluru ini bukan sejenis mantera sihir pun. Aku agak terkejut. Ternyata peluru ini boleh melukakan aku, ataupun lebih teruk lagi, mungkin meragut nyawa aku disini. Penyerang ini, dia ini bukannya lawan yang sebarangan. Dia ada potensi untuk bunuh aku.

 

"Ah, Shit...", kata aku sambil mengerang kesakitan. Dahi aku dibasahi darah aku sendiri. Tetapi, tak mereka ketahui, bahawa aku telah pun bersedia lebih awal untuk situasi macam ini. Jangan lupa tahu, aku ada beberapa lapisan Enochia Shield yang sentiasa aktif melindungi aku. Nasib baik juga. Skill Enochia Shield ini adalah topi keledar, jaket dan baju perisai aku.

 

Namun malangnya, Enochia Shield aku ini tidak dapat menghilangkan rasa sakit yang amat sangat akibat kena Headshot ini. Aduh, apakah nasib badan aku kali ini huh? Walaupun secara teknikalnya HP aku masih lagi seratus peratus penuh tanpa menerima apa-apa Damage pun. Namun, secara teknikalnya juga, kepala aku masih rasa sakit.

 

Leeya cuba untuk menghampiri dan membantu aku. Tetapi aku segera memberikan isyarat bagi menghalang dia. Sambil diri aku cuba untuk bangun perlahan-lahan. Disebabkan dia ini jugalah aku tak boleh melakukan teknik berpura-pura untuk mati.

 

Hahahaha, yup, aku patut bagi kredit untuk mereka. Tetapi penyerang ini, mereka perlu melakukan lebih daripada ini untuk membunuh aku. Masalah sekarang ini, aku tak tahu dengan tepat dekat mana diorang ini berada.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

(3RD Person P.o.V)

 

"Kau menyorok belakang pokok!", arah Z sambil memberikan isyarat dengan tangan kanan kepada Leeya meminta Leeya untuk lekas pergi bersembunyi.

 

"Jangan bergerak!", kata Z lagi kepadanya. Satu das lagi tembakan telah dilepaskan dan lantas melubangi telapak tangan kanan Z itu.

 

"Gahh, ah…..", kata Z yang kesakitan itu sambil memaksa tubuhnya untuk bangun.

 

Manakala, kurang 800 meter daripada kawasan mereka berdua itu. Terdapat Rimyuel yang bersenjatakan Designated Marksman Rifle semi-automatik, model Mk14 EBR dengan Suppressor tetapi tanpa skop. Dia sedang membongkok di atas pokok sambil menghalakan muncung senapangnya itu tepat ke arah Z.

 

Dan di sisi lain juga, beberapa ratus meter di hadapan Rimyuel itu, terdapat Lorelei yang bergerak perlahan-lahan menuju ke arah Z dan Leeya itu. Tetapi tanpa dia sedari, kaki Lorelei dengan tak sengajanya telah pun terlanggar semakin banyak jaringan grid laser yang halimunan dari sihir-sihir pengawasan Z yang sedang bertebaran di batang-batang pokok dan juga di atas tanah itu.

 

"What the heck!?", kata Rimyuel yang terkejut melihat bahawa sasarannya masih lagi selamat walaupun setelah dahinya itu dilubangi oleh tembakkan dari senapangnya. Mengikut perkiraannya, sepatutnya kepala dan juga tangan sasarannya itu sudah hancur bersepai. Dapat dilihat dahi Z yang berlubang dan berdarah itu telah pun pulih seperti asal hanya dalam waktu yang sangat singkat saja.

 

"Flüstern reloading...... Reloading complete.", kata senjata Rimyuel itu. Muncung senapangnya kini menghala ke arah dada Z.

 

"Mampus.", kata Rimyuel. Lalu, dengan segera Rimyuel menembakkan lagi baki lapan biji peluru, yang masing-masing tepat menembusi dan melubangi dada Z itu sehingga magazine senapangnya kosong.

 

Setelah peluru senapangnya diisi kembali, dia sambung semula menembak Z di dada.

 

"Lord Z!!!!!!!!", jerit Leeya sambil hanya mampu melihat dada Z yang penuh dengan lubang berdarah kerana telah berkali-kali ditembak oleh Rimyuel daripada jauh itu.

 

"Sumpahlah, sudah kena headshot plus ditembak 48 kali dekat dada pun? Dia ini.... Menarik sangat.", kata Rimyuel sambil senjata Gungnir nya kembali semula ke bentuk pistol asalnya.

 

"Dia ini Mutant ke apa?", kata Rimyuel sebelum dia mengorak langkahnya maju ke hadapan. Melihat Rimyuel sudah pun bergerak mara dengan melompat dari pokok ke pokok. Lorelei juga mula mempercepatkan langkahnya ke arah Leeya.

 

"Lord Z, Lord Z! Lord Z!? Tolong cakap sesuatu kepada saya!", jerit Leeya yang berada berada di belakang pokok itu dengan wajah yang risau dan panik kepada Z.

 

"Ya, ya, aku ok. Cik, tolong perlahankan suara kau boleh tak?", tegur Z kepadanya. Sambil kelihatan semua lubang-lubang berdarah di dadanya telah pulih.

 

"Sial, aku ingatkan sudah jadi arwah. Tenang aku, tenang. Ini bukannya apa-apa pun. Nyawa aku masih belum dapat ditamatkan lagi.", kata hati Z kepada dirinya. Sambil dia juga menggagahkan diri untuk berdiri. Walaupun semua kecederaannya itu sudah pulih, namun badannya masih lagi merasa azab pedih sakitnya ditembak bertubi-tubi.

 

"Lord Z, kita mesti buat sesuatu!", kata Leeya memberikan cadangan.

 

"Huh ya, ya, aku tahu.", jawab Z kepadanya.

 

"Benarkan saya untuk tolong. Saya boleh bertarung juga.", minta Leeya.

 

"Tak payah. Kau duduk saja diam-diam dekat situ.", arah Z pula.

 

"Skill, Kreissäge.", pada masa yang sama juga, sambil bergerak dengan sangat lincah, Rimyuel menggunakan salah satu Skill nya yang lain.

 

Sebelum Z dan Leeya sempat melakukan apa-apa pun. Tiba-tiba, mereka berdua jelas dapat mendengar bunyi bising yang terhasil dari tembakan bertubi-tubi yang telah dilepaskan oleh senjata api Rimyuel.

 

Kelihatan Rimyuel sedang bersembunyi di sebalik sebatang pokok di dalam jarak hanya 100 meter daripada mereka berdua itu. Sambil dia sedang giat menembak ke arah Z menggunakan selaras Light Machine Gun, model FN Mag.

 

"Oh f***, shit, shit, shit...", dengan sedaya upayanya Z cuba mengelak hujanan peluru tersebut dengan meluru ke arah kawasan tengah sungai berhampirannya sepantas yang dia boleh. Akan tetapi, sejumlah besar peluru itu berjaya mengenai tubuhnya.

 

"Mhmm, berjalan atas air. Huh, boleh tahan juga dia itu eh.", kata Rimyuel sambil matanya terus memerhati segala pergerakkan Z itu. Sambil jarinya juga terus menarik picu mesingan nya itu.

 

Serangan ini hanyalah bertujuan bagi menghalau dan memaksa Z supaya menjauhi Leeya. Supaya dapat memberi peluang yang selamat kepada Lorelei untuk meluru ke arah Leeya, lalu membawa Leeya cabut lari bersamanya dari situ.

 

"Mari tengok berapa lama kau mampu bertahan.", kata Rimyuel lagi.

 

"Octa-Cast, Penta Luminus Shield!", Z menggunakan sihirnya sambil menghalakan kedua-dua belah tangannya ke hadapan. Serta-merta, terbentuklah lapan bentuk perisai dari kuasa cahaya yang lutsinar berbentuk bintang bucu lima yang bersaiz besar dihadapannya. Lapan bentuk perisai lutsinar itu telah bertidak sebagai penghadang kukuh bagi melindungi dia dari dihujani oleh derasan peluru hasil serangan tanpa ampun dari mesingan Rimyuel itu.

 

"Heh, apa korang ingat semudah ini saja ke nak tumbangkan aku.", kata Z.

 

"Lorelei, pergi sekarang!", kata Rimyuel memberi arahan kepada Lorelei. Sambil dia terus menembakkan mesingan FN Mag tersebut tanpa henti untuk terus menghalang Z dari mendekati Leeya semula.

 

Apabila dia menyedari yang Leeya pula mencuba untuk menggerakkan kakinya pergi ke arah Z. Rimyuel, dengan suara yang lantang mengeluarkan amaran kepada Leeya. Dengan menggunakan kebolehan Projection Magic, Rimyuel dapat menguatkan suaranya. Ianya tak ubah seperti sebuah pembesar suara.

 

"Cik Leeya! Cik Leeya! Dapat dengar suara aku tak!? Cepat jauhkan diri kau dari Undead Warlock itu! Aku ulang! Cik Leeya, tolong jauhkan diri kau dari Undead Warlock itu!", dengan tegas suara Rimyuel kepada Leeya. Z dan Leeya menjadi bingung sebentar setelah mendengar amaran tiba-tiba daripada Rimyuel itu.

 

"Undead Warlock!? Aku!? Hei, apa pula yang kau mengarut ini huh!?", jerit Z sambil dia terus mengekalkan wujud dua buah Luminus Shield nya itu. Otaknya menimbal untuk mentafsir apa sebenarnya maksud amaran itu.

 

"Hei! Siapa, siapa tu!? Tunjukkan diri kau sekarang!?", marah Leeya kembali kepada suara Rimyuel itu.

 

"Tunggu kejap, aku, Undead Warlock!? Huh sudah. Sama saja macam perempuan itu waktu tadi. Penyerang hendap ini, diorang juga masak-masak ingat yang aku ini raksasa ke apa!? Aduhai, tolong, tolonglah wei! Apalah sebenarnya yang tak kena dengan otak semua orang yang hidup dekat dunia ini huh!?", kata Z dalam di dalam benak fikirannya.

 

"Hoi bangang! Tunggu kejap. Aku rasa kita semua ada salah faham yang sangat besar sekarang ini!", jerit Z, cuba berdalih dengan Rimyuel.

 

"Salah faham apanya!? Sekarang mampuslah kau dekat sini raksasa perogol!", balas Rimyuel kepada Z.

 

"Hei! Tolong berhenti serang dia! Berhenti!", rayu Leeya untuk cuba berdalih dengan Rimyuel, tetapi langsung diabaikan. Rimyuel terus menumpukan serangan tanpa hentinya ke atas Z.

 

Kemudian, disebabkan betapa kuatnya bunyi arus sungai ditambah pula dengan bunyi pergaduhan antara Rimyuel dan Z itu, Leeya baru perasan bahawa Lorelei sedang berlari ke arahnya sambil terus menjerit namanya sejak tadi.

 

"Leeya! Leeya! Leeya! Hoi Leeya!", Lorelei terus menjerit namanya tatkala terpaksa menahan rasa sakit kakinya untuk berlari bagi mendapatkan Leeya itu.

 

"Tunggu, itu Lorelei ke? Hei Lorelei, Lorelei! Aku dekat sini!!!", jerit Leeya sebagai respon kepada Lorelei.

 

"Hoi Leeya, datang ke sini, cepatlah!", ajak Lorelei dengan suara yang kuat.

 

"Huh, huh, huh (nafas tercungap-cungap), Leeya, syukur…syukur…..syukurlah kau selamat.", kata Lorelei dengan suara yang penuh kerisauan. Lalu dia segera memeluk erat sepupunya. Dengan wajah Lorelei yang hendak menitiskan air mata.

 

"Hei Lorelei. Ya ampun, kenapa ini? Kau nampak sangat letih, dan risau. Kaki kau itu, kenapa ya?", tanya Leeya dengan nada risau kepada Lorelei.

 

"Kenapa!? Kau itu!? Kau, kau tak apa-apa ke Leeya!?", tanya Lorelei dengan cemas ketika dia mula memeriksa keadaan sepupunya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

 

"Aku baik-baik saja.", jawab Leeya kepadanya.

 

"Kau ada rasa sakit tak dekat mana-mana tak?", tanya Lorelei untuk kali yang kedua.

 

"Aku sudah bagi tahukan. Aku ok saja. Terima kasih sebab bertanya.", balas Leeya. Kerana geram mendengar jawapan sepupunya itu, Lorelei cepat-cepat mengambil sebatang dahan kayu berhampiran kaki Leeya itu.

 

"Habis itu? Apa yang kau fikir sebenarnya huh, bodoh!? Kau sudah tak betul ke!? Tak ke kau pernah terfikir!? Betapa punya risaunya aku sekarang ini huh!? Kalau apa-apa yang buruk jadi dekat kau!? Kau langsung tak pernah fikir ke betapa sedihnya semua orang kalau jadi apa-apa dekat kau huh!? Bodoh punya perempuan, apa pasal kau diam, jawablah!?", kata Lorelei dengan nada yang sangat marah kepada Leeya itu. Sambil tangannya tidak berhenti memukul Leeya dengan dahan kau itu untuk melepaskan kekecewaannya.

 

"Tolong berhenti, sakit, sakit, sakit. Ampunkan aku.", kata Leeya merayu agar Lorelei berhenti memukulnya.

 

"Aku belum habis lagilah bitch! Rasakan ini!", Lorelei terus memukul sepupunya.

 

"Tolong, ampun wei. Ya, aku faham, aku fahamlah. Aku betul-betul minta maaf sebab buat kau risau Lorelei. Betul-betul.", balas Leeya. Lorelei akhirnya berhenti dan menarik satu nafas untuk bertenang.

 

Sementara itu.

 

"Heh? Aku ingatkan musuh ke apa, rupanya perempuan itu kawan dia lah. Habis itu, mamat yang seekor lagi ini, siapa pula!?", kata hati Z pada dirinya sendiri. Fokusnya telah beralih ke arah Leeya dan Lorelei tersebut. Dan secara tak sengaja, Z telah pun merendahkan kewaspadaan dan tumpuannya kerana dirasakan semua ini sudah tamat.

 

"Hoi bangang! Tengok apa itu!?", jerit Rimyuel kepada Z. Rimyuel sudah pun berdiri di atas air sungai, kira-kira 20 meter di hadapan Z. Dia bersiap sedia menembakkan pelancar RPG7 nya ke arah Z.

 

"Oh, shit?", kata Z. Sebelum dirinya diletupkan oleh RPG7 itu. Empat biji roket api terbang dengan sangat laju terus ke arah Z. Lalu menghentam kuat perisai Luminus nya.

 

BOOM, BOOM, BOOM, BOOM!

 

Kerana telah mencapai had, lapan bentuk perisai Luminus tersebut gagal menghalang empat ledakan roket-roket itu. Dengan itu, hancur berderai seperti serpihan-serpihan kaca. Impak kuat hasil ledakan tersebut menggegarkan dan memekakkan suasana kawasan sekitar mereka untuk seketika. Gelombangnya dapat dirasai oleh Leeya dan Lorelei hingga ke paras tulang mereka.

 

"Ya Tuhanku. Serangan sihir apa itu?", tanya Leeya yang terkejut tentang serangan RPG7 Rimyuel tersebut.

 

"Kita berjaya hapuskan dia tak Lord Sentinel?", tanya Lorelei dengan suara lantang kepada Rimyuel.

 

"Tunggu, kau kata Lord Sentinel, Lord Sentinel!?", tanya Leeya kepada Lorelei.

 

Tetapi, sebelum mereka sempat menjawab soalan masing-masing. Dari dasar sungai, Z telah menggunakan sihirnya dengan menembakkan beberapa siri serangan Beam of Light ke arah Rimyuel yang sedang berdiri di permukaan air. Tetapi gagal untuk mengenai sesiapa.

 

"What the hell?!", respon Rimyuel dengan rasa cuak walaupun telah mengelak semua serangan Z tersebut. Dengan pantas, sepucuk lagi pistol dikeluarkan oleh Rimyuel.

 

"Lord Sentinel huh, patutlah rasa macam déjà vu.", kata hati Z. Sambil dia teringat satu memori milik Archmagus sebelum ini akan salah satu arwah sahabatnya, Avgrund.

 

"Sekarang ini CHECK bagi kau, Lord Sentinel.", kata Z lagi. Z sedang bersembunyi kira-kira 30 kaki di dasar air sungai yang deras itu.

 

"Lorelei, aku tak rasa kita berjaya.", balas Rimyuel kepada soalan Lorelei tadi.

 

"Kalau macam itu, tolong habiskan dia sekarang.", balas Lorelei kepada Rimyuel.

 

"Hei, aku tengah cuba lah ini!", marah Rimyuel kembali kepada Lorelei. Sambil dia terus menembak dua pucuk pistolnya tanpa henti secara rawak ke arah air sungai yang sedang mengalir deras tersebut. Dengan harapan pelurunya dapat mengenai Z yang masih berada di dalam dasar air. Tetapi ianya hampir tidak berkesan.

 

"Hei Lorelei, korang cepat bla dari sini!", arah Rimyuel kepada mereka dengan tegas.

 

"Baiklah. Jom Leeya.", jawab Lorelei pula. Lalu dia menarik tangan Leeya.

 

"Aku tak nak!", balas Leeya pula untuk melawan.

 

"Hei, kau tak belajar fizik ke Sentinel? Peluru bergerak jauh lebih perlahan dalam air sejuk.", kata hati Z kepada Rimyuel. Sebelum dia melancarkan empat biji bebola dari kuasa cahaya ke atas.

 

"Masa untuk aku buat serangan balas.", kata Z. Akibat telah menerima sejumlah besar Damage daripada serangan Rimyuel sebentar tadi, bar HP milik Z kini telah berkurang.

 

"Leeya, jangan degil. Cepat ikut aku!", desak Lorelei sambil menarik paksa tangan Leeya itu.

 

"Tak naklah, lepaskan aku!", Leeya cuba untuk melawan.

 

"Lord Sentinel, tolong berhenti. Jangan lawan dia lagi!", jerit Leeya kepada Rimyuel.

 

"Tunggu apa lagi, cepat bla dari sini!", marah Rimyuel pula. Lorelei cuba menariknya untuk pergi dari kawasan itu. Namun Leeya, dia tetap berdegil dan mencuba melepaskan diri untuk menghentikan Rimyuel.

 

"Hei Leeya, kau sudah kena pukau ke dengan Si Undead Jahat itu!?", marah Lorelei kepada Leeya.

 

"Bukanlah. Korang dah salah faham. Dia bukannya Undead yang jahat!", kata Leeya untuk menjelaskan semuanya kepada Lorelei.

 

Belum sempat pun Rimyuel melakukan langkah seterusnya, sebiji bola Flashbang dari sihir Z meletup di hadapan mukanya. Lantas mengganggu pendengaran dan penglihatannya serta menjadikan kepala Rimyuel biul untuk beberapa saat.

 

Lantas memberikan Z celah. Z cepat-cepat meluncur keluar dari air sungai yang deras itu dan bersedia untuk meledakan Rimyuel dengan sihirnya.

 

"Giliran aku sekarang.", kata Z, ketika dia mula menembakkan serangan sihir Octa-Cast, Beam of Light ke arah Rimyuel yang tidak bersedia itu. Serangan sihir yang sama yang telah membinasakan Ghoul Spider Queen bersama satu kampung labah-labahnya sebelum ini.

 

"Oh, f***.", kata Rimyuel sebelum dia diserang oleh sihir Z itu. 8 daripada 16 laser sinaran tenaga cahaya itu tepat mengenai Rimyuel di bahagian lengan kiri dan juga kaki kiri nya. Tetapi Rimyuel telah berjaya mengelak baki 8 laser tersebut di saat akhir berkat reaksi superhuman nya dan juga keupayaan mata Hawkeye.

 

"Lord Sentinel, tidak!", jerit Lorelei yang melihat Rimyuel telah terkena serangan tembakkan laser-laser dari Z tersebut. Lengan kiri dan kaki kiri Rimyuel terbakar teruk serta hampir saja terputus.

 

"Gah..... Holy Damage!?", kata Rimyuel kehairanan dan kesakitan. Namun, semua itu masih belum cukup lagi untuk menghentikan Rimyuel. Pistol yang dipegang di tangan kiri dia telah hancur dek tembakkan laser Z. Mujur saja tangannya tidak menerima nasib sama.

 

"Shit, lajunya dia ini.", kata Z. Sambil dia menyediakan satu lagi pusingan serangan sihir Octa- Cast, Beam of Light. Tanpa membuang masa, dia menembak 16 Beam of Light serentak ke arah Rimyuel.

 

"What the heck, aku tengah lawan Superman ke!? Macam mana dia ini boleh guna serangan sihir elemen Cahaya sekuat ini!? Apa benda dia sebenarnya eh!?", soal hati Rimyuel tentang Z itu kepada dirinya sendiri. Setiap sinaran laser putih itu dapat membelah batu-batan serta pokok-pokok yang ada semudah memotong kertas.

 

"Lord Sentinel, awas!", Lorelei memberi amaran awal kepada Rimyuel. Akan tetapi, kerana Rimyuel asalnya adalah musuh yang lincah dan ditambah pula dengan kemampuan Hawkeye nya. Dengan mudah dia dapat mengelak setiap tembakkan laser yang disasarkan ke arahnya tersebut.

 

"Hahahahaha. Hei, tak kenalah!", kata Rimyuel sambil ketawa kepada Z.

 

"Ah shit, aku lupa yang Sentinel ada skill Hawkeye.", kata hati Z pula. Reaksi serta gerak tubuh Rimyuel hampir 10 kali lebih pantas dari dia.

 

"Hahahaha, noob. Kau tembak apa itu!?", ejek Rimyuel sebelum menyerang balas Z.

 

"Hahahaha, tak kisah pun berapa kuatnya serangan magik kau. Tak guna juga kalau kau asyik tersasar saja, bangang!", perli Rimyuel kepada Z. Sambil dia terus bergerak pantas dan lincah seperti pelesit mengelak setiap serangan laser dari Z tersebut.

 

"Perlahan sangat! Skill, Burst Shot!", perli Rimyuel lagi kepada Z. Lantas Rimyuel pun menyerang balas Z lagi dengan salah satu skill senjatanya.

 

"Yup, aku faham. Kau agak lincah Lord Sentinel.", balas Z kepadanya.

 

"Noob, kau itu yang perlahan sangat.", jawab Rimyuel kepada Z itu.

 

"Shit, apa boleh buat eh. Aku kena habiskan dia dengan Trump Card aku, Gungnir.", bisik hati Rimyuel kepada dirinya. Dia merancang untuk menggunakan Meta Codex nya, satu das tembakkan maut untuk menghabiskan riwayat lawannya.

 

"Cepatlah Lord Sentinel! Habiskan dia!", sorak Lorelei pula. Dari jarak yang selamat, dia dan juga Leeya sedang menatap pertarungan tersebut di sebalik pokok.

 

"Jangan!", jerit Leeya pula.

 

"Makan ini. Hexa Cast, Fiery Bomb!", Rimyuel lantas melemparkan enam biji bom api tepat ke arah Z. Namun, Z tidak cuba mengelaknya.

 

Bom-bom api itu segera meletupkan Z. Tidak berhenti di situ saja.

 

"Game Over. Skill, Quick Accel.", dalam sekelip mata, Rimyuel serta-merta muncul tepat di belakang Z. Akan tetapi.

 

"Dan juga, entahlah? Senang diramal.", kata Z kepada Rimyuel. Sambil dia sudah pun memejamkan matanya beberapa saat sebelum Rimyuel mengacukan pistol tepat beberapa inci saja di belakang kepalanya itu.

 

"Oh f***!", Rimyuel baru saja sedar, tetapi dia sudah terlambat.

 

Sebiji bola cahaya kecil, iaitu sihir Tier-1, Flashbang terapung di belakang kepala Z sendiri langsung meletup tepat di depan muka Rimyuel. Flashbang itu langsung membuatkan Rimyuel biul serta juga menjejaskan pendengaran dan penglihatannya untuk beberapa saat.

 

Tanpa membazir sesaat pun dan menuruti saja nalurinya, Z sudah mula merendahkan badannya dengan pantas untuk mengelak muncung pistol Rimyuel tersebut. Memandangkan pada masa yang sama jugalah dia sudah memfokuskan sejumlah besar Tenaga Magik (Mana) pada penumbuk kirinya menunggu detik yang tepat untuk menyerang balas lawannya itu.

 

"Gung.....nir!", walaupun dengan keadaan sulit itu, Rimyuel masih mampu menarik picu, lalu melepaskan satu das tembakan maut tersebut.

 

Sayangnya, peluru itu hanya berjaya meragut beberapa helai rambut Z saja sebelum terbang lurus menjunam masuk ke dalam air sungai tanpa mengambil nyawa sesiapa pun. Z selamat berkat naluri tempurnya dan jangkaan awalnya.

 

"Checkmate!", segera memanfaatkan peluang terhidang ini, Z dengan sepantas yang dia mampu memusingkan badannya ke belakang menghadap bahagian tengah Rimyuel. Manakala, lengan kanannya menepis kuat ke atas kedua-dua lengan Rimyuel untuk mencipta titik buta dan menjatuhkan pistol Gungnir dari genggaman tangan Rimyuel tersebut.

 

"Fajin!", kata Z. Dengan penumbuk kirinya, dia menghadiahkan satu tumbukan gaya Bajiquan berkuasa magik yang pantas dan kuat. Tepat di bahagian tengah badan Rimyuel itu. Daya tumbukkan itu telah pun menghancurkan sternum Rimyuel secara langsung dan juga mematahkan hampir kesemua tulang rusuknya. Sebelum menyebabkan organ-organ Rimyuel mengalami pendarahan dalaman.

 

"Uwaekk…", Rimyuel termuntahkan darahnya sendiri di tempat kejadian sebelum dia terpelanting kira-kira 10 meter ke belakang. Lalu terhempas pula merempuh sebatang pokok yang besar.

 

"Oh Tuhanku, apakah!?", kata Leeya yang terkejut melihat apa yang telah terjadi itu. Sudahlah begitu, pokok itu langsung patah dan tumbang menimpa badan Rimyuel.

 

"Oh tidak, tidak, Lord Rimyuel!", Lorelei mula panik.

 

"Huhhhh, Game Over.", kata Z sebelum dia menarik nafas lega.

 

"Apa kejadahnya…..Tak mungkinlah….Dia dapat elak Trump Card aku dalam jarak Point Blank!? What the fuck!?", tanya hati Rimyuel kepada dirinya sendiri.

 

"(Muntah darah) uwaekkkk…tuh. Aku rasa aku salah kira peluang aku tadi. Lorelei, cepat....pergi dari sini...", kata Rimyuel yang terlentang dan mengelupur penuh kesakitan yang amat itu, sambil muntah darah menghadap ke tanah. Bar HP nya kini pada paras merah.

 

Sementara Lorelei pula hanya mampu terperanjat saja melihat keadaan Lord Avatar nya yang sudah sekarat itu.

 

"Asal kau berhenti? Kau habis minyak ke!?", tanya Rimyuel kepada Z sambil cuba menggagahkan diri untuk bangun tetapi jatuh semula ke atas tanah. Tetapi Z buat tak dengar sahaja dengan soalannya itu. Z mula perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

 

"Hei bangang! Dengar sini! Aku tak nak.....", Z mencuba untuk berbincang dengan Rimyuel sekali lagi sebelum mereka boleh menyambung semula pertempuran ini. Tetapi kali ini telah dipotong pula oleh Lorelei.

 

"Tak guna kau!", jerit Lorelei yang naik minyak kepada Z.

 

"Lorelei, jangan!", Leeya cuba menghalangnya tetapi tak berjaya. Lorelei yang sudah naik minyak itu pantas meluru ke arah Z.

 

"Aduh, apa pula kali ini?", ngeluh Z pula.

 

"Hei, sial kau, sial kau Undead Warlock! Berani kau sakitkan Lord Rimyuel dan cuba buat benda yang menjijikkan dekat sepupu aku!", maki hamun Lorelei kepada Z.

 

"Aik? Tunggu kejap. Kau kata Rimyuel!?", tanya Z dengan wajah yang terkejut besar kepada Lorelei. Tetapi Lorelei mengabaikannya dan mula menyerang Z dengan sihirnya.

 

"Quad-Cast, Dark Orb!", teriak Lorelei yang menyerang bertubi-tubi dengan sihirnya.

 

"Huh, rasanya kau patut ajar diorang semua ini sebab berani cari pasal dengan kau Z. Yelah, bermula dengan perempuan yang ini dulu.", sesuatu memberikan idea kepada Z.

 

"Jangan Lorelei! Jangan...masuk campur!", marah Rimyuel kepada Lorelei itu untuk menghalangnya, tetapi tidak diendahkan olehnya. Dengan api kemarahan, Lorelei menembak sihirnya banyak kali ke arah Z tersebut. Banyak letupan berlaku.

 

"Berhenti Lorelei, berhenti!", marah Leeya kepada sepupunya.

 

"Sial kau! Aku bunuh kau! Aku bunuh kau! Word of Shadow, Santau!", teriak Lorelei lalu dia menggunakan mantera Witchcraft nya terhadap Z. Lantas, satu bulatan sihir hitam muncul tepat di bawah kaki Z. Maka keluarlah satu pusaran yang penuh dengan jarum hitam menelan Z tersebut.

 

Tanpa berbuat apa-apa, Z hanya berdiri diam saja dan membenarkan dirinya terkena semua serangan sihir Lorelei tersebut.

 

Sehinggalah Lorelei kepenatan sangat dan Mana nya juga kering kontang.

 

"Apa, apa…. mustahil!?", kata Leeya yang tidak percaya melihat Lorelei yang telah memerah seluruh keringat magiknya. Tetapi semua itu tidak dapat melukakan Z langsung.

 

"Biar betul?! Dia kebal dari magik ke apa?", kata Rimyuel pula.

 

"Hei, dah habis ke? Kau gembira, seronok sekarang!?", marah Z kepada Lorelei itu.

 

"Tak, tak mungkin, walau mantera Witchcraft terkuat aku pun. Kenapa, kenapa semua magik aku langsung tak berkesan dekat dia. Apa sebenarnya yang terjadi ini!?", tanya Lorelei yang hanya terduduk di atas tanah itu dengan muka yang tidak percaya kerana semua sihirnya terbukti tidak berguna untuk melawan Z. Kerana Mana nya kosong, badannya juga kaku dan tak berdaya untuk bergerak pun.

 

"Heh.", Z hanya mampu ketawa sahaja mendengar keluhannya.

 

"Maaf, maaf. Alahai, semua magik kau itu. Memang itu saja ke benda terbaik yang kau boleh buat? Hahaha, benda kelakar tahu. Magik kau itu langsung tak berkesan dekat aku. Tidak dalam 10 Billion tahun sekalipun.", Z mengejek Lorelei dengan muka sadisnya.

 

"Huh, ambil lah ini sebagai hadiah saguhati kau.", kata Z lagi kepada Lorelei. Dengan senyuman jahatnya. Nampaknya Z sedang merancang untuk meledakkan Lorelei dengan satu tembakkan Holy Blaster dari jari telunjuk kanannya. Lorelei hanya terduduk pasrah sahaja di hadapan Z tanpa boleh bergerak pun.

 

"Hei! Kau jangan berani apa-apakan dia!", Rimyuel yang tak berdaya hanya mampu untuk melihat semua itu saja.

 

"Tolonglah, tolonglah, jangan!", teriak Leeya pula kepada Z.

Bersambung............

<😊Terima kasih atas segala sokongan anda. 😊>

Lampiran.

Firearm Skill: Flüstern

[CD: 40]

[Kos MP: 460,000 (Initial)]

[Kos MP: 345,000 (Reloading)]

[Anti-Personnel]

[Ammo: 10 (Reloading: 3.0 saat)]

[Level: 4/10]

[Gungnir]

[Gungnir berubah bentuk menjadi selaras Designated Marksman Rifle, model Mk 14 EBR yang dilengkapi dengan Suppressor dan Skop 8X boleh tanggal. Range Basic Attack Sentinel juga bertukar kepada Gungnir (Flüstern).]

[Setiap das tembakkan peluru 7.62mm Holy Fire akan mengakibatkan sejumlah 1,800 (+130% jumlah Physical Attack) (+330% Jumlah Magic Power) sebagai Holy Physical Damage kepada sasarannya (Ianya boleh menjadi Critical Damage).]

 

 

 

Firearm Skill: Kreissage

[CD: 90]

[Kos MP: 40,000,000 (Initial)]

[Kos MP: 30,000,000 (Reloading)]

[Anti-Personnel]

[Ammo: 500 (Reloading: 5.0 saat)]

[Level: 1/10]

[Gungnir]

[Gungnir berubah bentuk menjadi selaras LMG, model FN Mag. Range Basic Attack Sentinel juga bertukar kepada Gungnir (Kreissage).]

[Setiap das tembakkan peluru 7.62mm Holy Fire akan mengakibatkan sejumlah 1,000 (+150% jumlah Physical Attack) (+250% Jumlah Magic Power) sebagai Holy Physical Damage kepada sasarannya (Ianya boleh menjadi Critical Damage).]

[Gungnir (Kreissage) hanya menikmati sehingga (40%) jumlah Physical Lifesteal dan Manasteal sahaja.]

 

 

 

 

Firearm Skill: Panzerschreck

[CD: 70]

[Kos MP: 720,000,000]

[Anti-Tank]

[Radius Letupan: 5]

[Jarak Max: 1,100]

[Ammo: 4]

[Level: 3/10]

[Gungnir berubah bentuk menjadi selaras pelancar RPG 7. Pelancar RPG 7 ini boleh melancarkan sebanyak (4) biji roket dari Holy Fire. Setiap biji roket ini akan mengakibatkan sejumlah (34,000) (+220% jumlah Physical Attack) (+880% jumlah Magic Power) sebagai Holy Physical Damage yang Ignore (50%) jumlah Physical Armor targetnya.]

[Apabila ianya mengenai sasaran ataupun telah terbang pada jarak maksimum, setiap roket berapi ini akan meledak dan mengakibatkan sejumlah lagi (22,000) (+360% jumlah Damage awal yang dihasilkan) (+11% jumlah HP Target yang hilang) sebagai Holy Burning Damage yang Ignore (50%) jumlah Magic Defense kepada semua target. Serta penalti terhadap jumlah Physical Armor dan Magic Defense mereka sebanyak (-3,600,000) selama (5) saat.]

[Segala Damage oleh Panzerschreck ini boleh menjadi Critical Damage.]

[Segala Damage oleh serangan ini juga akan Ignore (100%) jumlah Shield yang dimiliki oleh semua target.]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hawkeye

[Tier-8++]

[Extra Perk]

[Salah satu Magan (Mata Sakti). Kebolehan pengelihatan teleskopik superhuman. Ianya salah satu kebolehan khusus bagi kelas Marksman untuk pertarungan jarak jauh.]

[Pemilik Hawkeye boleh melaraskan matanya untuk terus memerhati dan menembak sasaran yang bergerak dengan sangat pantas di dalam lingkungan jarak yang tersangatlah jauh dengan ketepatan yang sangat jitu.]

[Enhanced Perception. Penglihatan mereka juga boleh membaca trajektori apa-apa objek yang bergerak dengan sangat pantas. Dan juga membaca sekecil mana pun pergerakan otot.]

[Night Vision. Para pengguna Hawkeye juga boleh menyesuaikan penglihatan mata mereka untuk melihat di dalam keadaan cahaya yang malap.]

[Anti-Concealing Detection. Keupayaan ini hanya tersedia untuk kemahiran Hawkeye pada gred High-Tier. Mereka boleh melihat sebarang objek halimunan yang disembunyikan oleh apa-apa jenis sihir ataupun Skill (Mid-Tier dan ke bawah).]

[Advanced Telescopic Sight. Pemilik Hawkeye seperti Sentinel boleh meningkatkan prestasi jarak pengelihatan mereka dengan bantuan Telescopic Sight dari senjata peribadi Meta Codex mereka tersebut.]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beam of Light [CD: 30] [MP Cost: 5,000,000] [Burst/ Damage/ AOE]

[Sihir elemen cahaya Tier-6. Pengguna menciptakan sebiji bola putih yang terapung. Bola ini akan menembakkan satu pancaran fokus laser tenaga putih selama 3 saat ke hadapan dalam satu garisan lurus. Setiap 0.3 saat, Beam of Light akan mengakibatkan sejumlah 6,000 (+250% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage kepada semua musuh di sepanjang laluannya serta mengurangkan jumlah Movement Speed dan juga Attack Speed mereka sebanyak (-20%) selama 1 saat.]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Octa-Cast: Sihir ini sebaliknya menghasilkan sejumlah maksimum 16 biji bebola putih. Setiap biji bola putih akan memakan sejumlah 40,000,000 MP. Setiap bola putih akan dan terus menembak pancaran fokus laser tenaga putih selama (7.8) saat selagi masih aktif dalam garisan lurus. Setiap laser Beam of Light akan mengakibatkan sejumlah 48,000 (+1,375% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage kepada semua musuh setiap 0.3 saat serta mengurangkan jumlah Movement Speed dan juga Attack Speed mereka sebanyak (-65%) selama 1 saat.]

 

 

 

Firearm Skill: Burst Shot

[CD: 8]

[Kos MP: 210,000]

[Burst]

[Range: 500]

[Ammo: 7]

[Level: 1/10]

[Gungnir]

[Sentinel segera meng reload pistol Gungnir (Deagle) lalu menembakkan serentak kesemua pelurunya itu. Setiap butir peluru tersebut akan mengakibatkan sejumlah 2,000 (+50% jumlah Physical Attack) (+200% jumlah Magic Power) sebagai Holy Burning Damage. Serta memberikan penalti sebanyak (-5,000) terhadap jumlah Magic Defense target selama 3 saat.]

 

 

 

 

Firearm Skill: Quick Accel

[CD: 12]

[Kos MP: 200,000]

[Blink/ Buff]

[Blink Radius: 20]

[Level: 1/10]

[Sentinel dengan segera Flicker ke arah yang dikehendaki.]

[Selepas itu, Sentinel mendapat bonus sebanyak (+100%) lebih Damage bagi setiap serangan berikutnya serta bonus (+50%) terhadap Movement Speed miliknya selama (3) saat.]

 

 

 

Dark Orb [CD: 3] [MP Cost: 8,000] [Damage]

[Salah satu sihir peringkat Low-Tier bagi elemen Gelap. Pengguna membentuk bola daripada tenaga gelap lalu melancarkannya ke arah sasaran. Apabila mengenai sasaran, ianya akan meletup, menyebabkan sejumlah 200 (+100% jumlah Magic Power) sebagai Magic Damage kepada musuh.]

 

 

 

Word of Shadow, Santau [CD: 25] [MP Cost: 6,000,000] [DOT]

[Salah satu mantera Witchcraft peringkat Tier-6. Pengguna menyeru sebuah pusaran jarum hitam yang panas mendidih untuk menyumpah semua musuh di dalam radius kawasan yang telah ditetapkan selama 3 saat. Ianya akan mengakibatkan sejumlah 6,000 (+240% jumlah Magic Power) sebagai Curse Damage (Radius Bulatan: 5 meter) setiap 0.3 saat disamping juga memberikan status efek Cursed Debuff pada semua sasarannya. Selagi mana status efek Cursed Debuff ini masih aktif, mereka akan menerima set tambahan sebanyak (3,000) (+180% jumlah Magic Power) sebagai DOT Curse Damage setiap (0.5 saat), dan juga penalti (-40%) terhadap jumlah Physical Armor, Magic Defense dan Resistance mereka.]