Chereads / Destiny 00. / Chapter 12 - Heading Back.

Chapter 12 - Heading Back.

(Z's P.o.V)

Selepas selesai membersihkan diri aku. Kami berempat sudah bersedia untuk berjalan pergi dari tempat ini.

"Hmmmm, tengoklah satu sungai yang indah ini sekarang sudah jadi apa?", kata aku kepada diri sendiri. Satu kawasan ini nyaris hancur disebabkan aku dan Rimyuel. Melihat hasil kemusnahan yang disebabkan oleh pertempuran aku melawan Rimyuel tadi. Aku perlu lebih berhati-hati tentang persekitaran aku dengan juga pilihan mantera sihir yang aku mahu gunakan lepas ini. Mana tidaknya, satu pancaran laser sihir Beam of Light aku saja sudah mempunyai kuasa pemusnah yang setara dengan satu tembakkan laser mata Superman itu. Nyaris saja aku terbunuh Rimyuel waktu tadi. Nasib baiklah dia selamat.

"Hei Rimyuel, aku sudah hantar jemputan untuk satu Party dengan kau. Terimalah.", minta aku kepada Rimyuel sambil sibuk membelek-belek menu sistem Avatar aku.

Sama seperti permainan MMORPG. Asasnya, fungsi Party ini membenarkan seorang pemain untuk bergabung tenaga dengan pemain yang lain untuk membentuk satu skuad yang boleh terdiri dari 2 hinggalah 10 orang pemain. Bagi tujuan menjalankan misi, mengalahkan Raid Boss dan sebagainya. Perkara yang paling bagus tentang fungsi Party ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan diri. Tetapi juga, setiap ahli Party akan mendapat jumlah EXP yang sama apabila mereka berjaya mengalahkan musuh. Sangat berbaloi.

"Ok sudah.", jawab Rimyuel setelah menekan butang Terima di skrin menunya itu.

"Wow Lord Z. Lord Z kelihatan sungguh berbezalah dari sebelum ini.", puji Singa ini pula kepada aku.

"Oh, iya ke. Terima kasih.", kata aku. Nampak gayanya Singa ini cuba untuk berbaik-baik dengan aku. Hmmm, baguslah. Aku pun nak juga sambung berkenalan dengan dia.

"Hei korang, buat apa lagi itu, cepatlah!", tegas Rimyuel kepada kami berdua.

"Huh itu dia dah marah kita. Jom gerak.", ajak aku kepada Singa ini.

Dengan Rimyuel bertindak sebagai jurupandu dan peninjau kami, kami mula berjalan pulang menuju ke arah rombongan ekspedisi yang sudah bersedia menunggu kepulangan kami. Dengan menggunakan laluan yang paling cepat dan selamat untuk mengelakkan sebarang interaksi dengan penunggu-penunggu hutan yang tidak diingini.

"Berlindung semua, aku boleh uruskan ini.", kata Rimyuel kepada kami sambil dia memerhati di atas sebuah batu besar. Dengan pantas dia menembak mati setiap Ghoul Spider sedang tergantung di atas pokok menunggu mangsanya dengan senapang Mk14 EBR miliknya. Manakala aku, Leeya dan Lorelei bersembunyi saja di sebalik batu itu.

"Semua tango down. Cepat gerak.", arah Rimyuel kepada kami.

"Syukurlah, tak salah aku ini sudah masuk kali ketiga kita hampir termasuk ke dalam perangkap labah-labah tak guna itu. Nasib baik ada Lord Rimyuel. Kalau nak harapkan Leeya yang kelam-kabut ini. Habislah kita semua.", kata Lorelei sambil memerli sepupunya itu.

"Hei, apa kau kata!?", marah Leeya pula.

"Cik, perlahankan sikit suara kau itu.", tegur aku pula.

"Tapi betul lah, tak dapat disangkal lagi. Dengan senjata magik di tangannya itu, Lord Sentinel memanglah seorang penyihir berbahaya dan luar biasa.", kata Leeya pula.

"Mestilah, Demon Hunter of The West yang hebat di dalam legenda itu. Demon Lord yang paling kuat pun terketar-ketir mendengar nama Lord Sentinel.", kata Lorelei pula. Wow, ternyata moyang Rimyuel itu seorang penyihir dan pahlawan yang badass gila masa zaman Perang Hebat beribu-ribu tahun dulu. Mana tak nya, sampai boleh terkenal seantero dunia.

"Lord Z, Lord. Milord kawan rapat Lord Rimyuel. Mesti Lord Z tahu banyak tentang Lord Rimyuel. Boleh tolong kongsikan tak, siapa sebenarnya Lord Rimyuel ini?", minta Lorelei kepada aku.

"Mhmm, yup betul. Aku memang ada sejarah dengan Rimyuel. Apa yang boleh aku bagi tahulah. Rimyuel dia seorang askar komando dan pakar menembak bertaraf dunia. Dekat tangan dia, apa saja boleh jadi senjata mematikan.", jelas aku kepada mereka berdua.

"Askar komando?", tanya Leeya pula.

"Wow, bunyinya sangat awesome. Mesti Lord Rimyuel seorang Pahlawan dan Mage yang sangat hebat.", puji Lorelei pula.

"Yup, yang terbaik dari yang terbaik.", jawab aku pula.

"Tak ya juga, hampir lupa pula kau.", kata aku yang teringat suatu perkara ini.

"Ada apa ya Lord Z?", tanya Leeya pula.

"Aku cuma nak tahu nama korang berdua saja, boleh tak?", tanya aku.

Sebenarnya, aku hanya mahu mula membina persahabatan yang baik dengan diorang ini untuk manfaat masa depan, terutamanya dengan Si Singa yang cantik molek ini.

Yelah, sekiranyalah diorang mampu membuktikan diri diorang ini adalah orang yang cukup berguna dan boleh dipercayai. Aku mungkin akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama dengan diorang. Kalau tak, huh, bye-bye lah jawabnya.

"Oh yelah, kami pun belum secara rasmi memperkenalkan diri.", jawab Leeya pula.

"Saya dulu. Selamat berkenalan Lord Z. Nama saya ialah Lorelei Von Adelfeld. Anak perempuan bagi Marquess Donatello Von Adelfeld. Saya telah dilantik oleh Semangat Agung Suci, Lord Aiwass sebagai Lady Apostle of Mahawangsa bagi Lord Sentinel.", kata Lorelei memperkenalkan dirinya kepada aku.

"Huh Lady Apostle? Maksudnya kau ini ialah salah satu Insan Istimewa dari dunia ini yang Si Aiwass itu pilih untuk jadi sidekick Rimyuel, betul tak?", soal aku pula.

"Minta maaflah Lord, saya kurang mengerti apa maksud soalan Lord Z itu. Tapi betul, Semangat Agung, Lord Aiwass telah memilih saya dan juga adik sepupu saya ini sebagai Lady Apostle sejak 10 tahun yang lepas.", jelas Lorelei lagi.

Oh ok, nampaknya semua benda yang Lorelei ini cakap sama persis macam apa yang Aiwass itu cakap sebelum ini. Sekarang, satu perkara saja lagi untuk aku pastikan.

"Yup, selamat berkenalan juga Lady Lorelei. Diharap kau dapatlah maafkan apa saja kekasaran aku tadi.", kata aku sambil menghulurkan tangan kanan untuk berjabat salam.

"Saya juga Lord Z. Ini satu penghormatan terbesar dapat berjumpa dengan seorang lagi Lord Avatar sehebat Lord Z. Saya dengan rendah hati berharap kita dapat bekerjasama di masa hadapan nanti.", balas Lorelei pula dengan sekuntum senyuman. Perempuan berambut Auburn cerah yang diikat sangat rapi dan memakai baju perisai sakti ini boleh tahan juga ayu dan cantiknya. Tapi jika aku perhatikan untuk kali kedua. Berbeza dengan Leeya, sebahagian 'cantik' Lorelei itu, terutama di bahagian dadanya adalah disebabkan sejenis sihir. Jujur aku kata, ini bukannya pertama kali pun aku jumpa perempuan yang guna kaedah yang macam ini untuk 'menyerlahkan' kejelitaan mereka. Lorelei, dia macam rubah. Dia mungkin boleh tipu mata Rimyuel ke orang lain. Tapi bukan di hadapan mata aku.

"Ahem, saya pula.", Leeya mencelah perbualan kami.

"Salam pengenalan Lord Z. Nama saya Theresia Von Adelfeld. Anak sulung kepada Marquess Michelangelo Von Adelfeld.", kata Leeya memperkenalkan dirinya.

Yup, sangkaan aku betul. Dia ini adalah Theresia Von Adelfeld. Orang yang Aiwass minta aku suruh cari itu.

"Oh, jadi kau lah Theresia Von Adelfeld itu kan? Aiwass ada cerita dekat aku. Orang yang Aiwass itu pilih sebagai sidekick. Maaf, maksud aku Lady Apostle aku.", kata aku pula.

"Lord Z sudah tahu tentang saya? Ini satu penghormatan kepada diri saya.", jawab Leeya pula. Mestilah, Aiwass dah bagi aku resume pasal diri kau.

"Yup, lebih kuranglah. Senang dapat bertemu dengan kau Theresia. Diharap kau sudi untuk maafkan aku.", kata aku dengan senyuman sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengannya.

"Sa...saya juga. Panggil saja saya Leeya.", balas Leeya pula sambil berjabat salam dengan aku. Heh, malu-malu kucing pula singa ini.

"Mhmm Apostle kau eh Z? Boleh tahan juga.", sampuk Rimyuel pula sambil mata dia merenung atas bawah, atas bawah Leeya dengan lebih dekat.

"Yup, lebih kuranglah. Apostle kau pun boleh tahan juga, hehehehe.", balas aku pula sambil tersengih terus melihat Leeya dan Lorelei itu.

"Hei, boleh tak berhenti tenung kami macam itu!? Tak suka tahu!", marah Leeya pula kepada aku dan Rimyuel.

"Tulah, seram sejuk pula dibuatnya.", balas Lorelei pula.

"Huh, yelah. Maaf.", jawab aku dan Rimyuel pula.

"Ok, soalan seterusnya pula. Cincin-cincin dekat rantai leher kau itu. Dekat mana kau dapat?", tanya aku kepada Leeya.

Aku perlu pastikan satu lagi perkara. Sebab lima bentuk cincin dia itu mempunyai aura tenaga magik yang sama dengan cincin aku ini.

"Leeya, kau lupa ke nak bagi Artifak itu dekat Lord Avatar kau itu tadi ke!?", marah Lorelei kepada Leeya.

"Ish kau ini, tentulah aku ingat. Aku baru saja nak bagi benda ini tadi dekat Lord Z. Sebelum kau dan Lord Avatar kau itu rosakkannya, tahu tak?!", marah Leeya pula.

"Jadi, apa kau tunggu lagi?! Bagilah sekarang, cincin-cincin itu!", suruh Lorelei pula.

"Sibuk lah kau, aku tahulah!", balas Leeya pula.

"Hoi, perlahankan sikit suara itu.", tegur Rimyuel kepada mereka berdua.

"Maaf.", jawab mereka berdua. Lantas kami bertiga bersembunyi di sebalik sebatang pokok mati yang telah tumbang.

Sementara Rimyuel pula dengan pantas menguruskan semua musuh yang ada dengan senapang Mk14 EBR miliknya.

"Ok clear. Jangan buat bising dan cepat bergerak.", arah Rimyuel kepada kami.

"Lord Z. Saya rasa Lord Z perlukan semula...", kata Leeya kepada aku dengan niatnya ingin memberikan kalungan cecincinnya itu. Namun segera aku potong.

"Hei Leeya, aku tak rasa sekarang masa yang sesuai. Mungkin lepas ini boleh tak?", minta aku pula kepadanya.

Dengan intonasi yang perlahan, kami terus berborak panjang.

"Saya berharap sesangat yang Lord Z dapat menunjukkan kepada saya betapa kuatnya kuasa magik Lord Archmagus seperti dalam legenda itu.", kata Leeya kepada aku.

"Heh, jadi kau rasa aku ini masih tak cukup kuat untuk memenuhi standard kau ke Lady Leeya? Untuk rekodlah, aku baru saja belasah Lord Sentinel sepupu kau yang lembik itu separuh mati. Ingat tak?", balas aku pula dengan senyuman sinis kepadanya.

"Hei! Lord Sentinel saya tak lembiklah! Hphm!", marah Lorelei sebelum dia berjalan menjauhi kami berdua dan pergi mendapatkan Rimyuel.

"Oh maaf-maaf Lady Lorelei. Janganlah merajuk. Aku gurau sajalah.", kata aku pula.

"Mana ada Lord Z, sudah tentulah saya yakin. Lord Z adalah Lord Archmagus, Mage, Master Mage yang sangat berkuasa seperti yang semua orang katakan.", jawab Leeya.

"Tapi, saya dan Lorelei. Kami sebagai Lady Apostle telah diajarkan supaya kami perlu tahu dan memahami sebanyak mungkin tentang sejauh mana kuasa dan keupayaan Lord Avatar kami. Boleh kan milord?", jelas dan minta Leeya lagi.

"Oh, entahlah. Aku tak ada jawapan yang tepat untuk persoalan kau itu sekarang ini. Sebab ianya rumit.", jawab aku pula.

Di hadapan kami sekarang terdapat sebatang sungai berlumpur yang besar mengalir dari puncak bukit. Bau sungai berlumpur ini, bau busuknya macam sampah mereput.

"Biar kita orang seberang dulu. Mari Lorelei.", kata Rimyuel.

Lalu, Rimyuel pun mendukung dan membawa Lorelei pergi bersamanya.

"Tapi ada satu benda pasti yang aku boleh bagi tahu kau.", kata aku lagi.

"Apa bendanya itu Lord Z?", tanya Leeya.

"Apabila tiba saatnya nanti. Tak kisahlah berapa kuat pun musuh yang ada. Walaupun kebarangkalian itu menghampiri angka kosong. Aku dengan Rimyuel, kita orang akan tetap terus berjuang dengan semua yang kita orang ada.", jawab aku sambil menghulur tangan.

Lalu aku pun segera mendukungnya dan kami selamat menyeberangi sebatang sungai berlumpur dengan satu loncatan sahaja.

"Yup, sebagai Avatar, kau boleh bergantung kepada aku untuk berlawan. Jadi, kau tak perlu risau tentang semua benda itu, faham?", kataku sambil memandang tepat ke dalam mata nya sambil memberikan senyuman yang menenangkan. Untuk memberitahu dia bahawa aku betul-betul maksudkan semua benda yang aku cakap tadi.

"Um, terima kasih Lord Z.", kata Leeya yang sedikit tersipu malu itu.

"Ok, giliran aku pula. Kalau kau sudi, aku pun nak tahu juga pasal Apostle aku ini. Boleh tak?", tanya aku pula.

Bersambung........