Chereads / Destiny 00. / Chapter 6 - The Crimson Gunman.

Chapter 6 - The Crimson Gunman.

(3rd Person P.o.V)

 

Runtuhan Istana Isolde, di tengah-tengah Raid Zone, Tanah Perkuburan Gergasi Tua.

 

Sejam sebelum ketibaan Z. Sebuah kristal batu kuning yang membawa seorang lagi Lord Avatar telah jatuh mendarat di tengah kawasan runtuhan ini.

 

Beberapa jam kemudian.

 

"Baiklah kalau macam itu. Good luck dengan kehidupan baru kau Lord Rimyuel. Ok, ciao.", kata-kata terakhir Aiwass kepada Rimyuel itu. Sebelum kepompong kristal yang membungkusnya itu retak dengan kelajuan pantas menjadi kepingan-kepingan yang kecil dan membebaskannya keluar.

 

"Hei tunggu, Aiwass! Sekurang-kurangnya bagilah aku seluar dengan baju. Hei!!!!!! Ini tak kelakar langsung tahu!!!!", Rimyuel menjerit pada Aiwass tetapi tiada respon daripada Aiwass.

 

Seperti Z, Rimyuel juga merupakan seorang lelaki bangsa Light Elf, dengan ketinggian 1.88 meter dengan badan tegap serta berambut hitam.

 

"Fu** you!", Rimyuel menjerit lagi kepada Aiwass. Dia sedang berdiri di dalam kawah berapi yang disebabkan oleh batu kristalnya sendiri ketika mendarat beberapa jam yang lalu. Rimyuel, yang dalam keadaan berbogel dengan lekas bergerak keluar dari kawah berapi yang marak menyala itu tanpa sebarang kesan terbakar.

 

"Hah, aku dekat alam mana ini eh?", dia bertanya pada diri sendiri. Sambil dia terus meninjau kawasan sekelilingnya dan mencari sesuatu.

 

Rimyuel kini betul-betul di tengah-tengah puncak bukit. Di sekeliling kawasan bukit jelas kelihatan bongkah-bongkah batu, semak belukar, dinding dan tiang-tiang batu tinggalan runtuhan istana lama.

 

Rimyuel dengan mudah memanjat ke atas satu-satunya menara yang masih berdiri di atas runtuhan istana itu. Di bahagian atas menara, dia menjumpai tiga buah kotak besi berkunci yang sudah tua dan berkarat. Dia segera memaksa buka setiap kotak tersebut dengan kuasa magiknya.

 

"Ah shit. Aku mengharapkan benda yang lebih menarik daripada sampah-sampah ini. Apa-apa pun. Terima kasih eh." kata Rimyuel. Kotak-kotak tersebut mengandungi beberapa helai bendera dan kain rentang lama yang masih dalam keadaan terjaga. Tanpa sebarang pilihan, dengan idea improvisasinya. Rimyuel meluangkan masa untuk menjadikan satu bendera sebagai cawat dan satu kain rentang yang agak besar sebagai jubah sementara.

 

"Ramai benar zombie ini. Ini memang satu tanah kubur yang disumpah eh.", Rimyuel terus meninjau lebih jauh dan luas seluruh kawasan ini dari atas menara itu dengan bantuan pengelihatan istimewanya.

 

Runtuhan di atas bukit ini dikelilingi oleh tanah perkuburan gergasi sejauh mata memandang. Dan ini bukanlah tanah perkuburan semata-mata. Dia baru sahaja sedar bahawa seluruh kawasan perkuburan ini adalah Raid Zone seperti Hutan Pohon Kabus. Dihantui oleh banyak sekali makhluk mayat-mayat hidup yang terdiri daripada tulang dan daging busuk yang merayap di merata-rata tempat.

 

"Huh, nak buat macam mana eh? Nampak gayanya kalau aku nak keluar dari sini, aku perlu guna cara yang bising.", kata Rimyuel sebelum melompat turun ke tanah. Dengan segera dia mencari celah untuk keluar dari kawasan tanah perkuburan ini. Kelihatan banyak kelibat zombie berkeliaran di sana-sini.

 

"Ok, masa untuk buat kerja. Skill, Create Pistol!", Rimyuel segera menggunakan skill Avatarnya. Sepucuk pistol telah muncul di tangan kanannya.

 

Sekumpulan zombie yang sedang berlegar-legar di kawasan itu telah pun mengesan kehadiran Rimyuel. Kumpulan zombie ini kelihatan sangat lapar dan seperti haiwan liar yang ganas, mereka mula mengejar Rimyuel.

 

BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG!

 

Banyak bunyi tembakan dan jeritan zombie boleh didengari. Daging dan tulang busuk yang hancur mula bertimbun di mana-mana di atas tanah. Pertunjukan senjata api pada malam ini baru sahaja bermula.

 

Berbekalkan gaya pertarungan Gun Kata yang ganas, digabungkan dengan kelincahan superhuman dan refleks motor superhuman nya. Dia benar-benar seperti terminator berhati batu di tengah-tengah medan perang. Tidak sampai seminit, sedozen undead dengan cepat ditembak mati oleh pistol tanpa belas kasihannya ini.

 

LESSER ZOMBIE [LEVEL 5] [RAID MONSTER]

HP: 400

 

 

 

 

LESSER SKELETON [LEVEL 5] [RAID MONSTER]

HP: 400

 

 

Kemudian, banyak undead yang bersaiz gergasi juga mula merangkak keluar dari dalam tanah perkuburan itu.

 

"Bagus, Undead yang lagi besar!?", kata Rimyuel. Kini, sekumpulan Giant Skeleton telah muncul dari tanah dan mereka ini cuba untuk mendapatkan Rimyuel. Berbeza seperti undead yang berada di sekeliling, setiap Giant Skeleton ini. Mereka jauh lebih agresif, penuh kemarahan dan bergerak sangat pantas seperti sekawan besar gorila yang gila.

 

"Makan ini. Fiery Bomb!", Rimyuel menggunakan sihir apinya. Serta-merta nyalaan sebiji bola api bersaiz sebiji bola keranjang yang panas terbakar muncul di atas tapak tangan kirinya. Lantas dia melontarkan bola api terus ke arah gerombolan Giant Skeleton itu. Satu letupan besar berlaku, dan melahap setiap musuh yang bernasib malang menjadi abu.

< 😊Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk VOTE dan tinggalkan COMMENT anda dibawah. Segala komen yang membina amat membantu. 😊>

 

Lampiran:

 

Firearm Skill: Create Pistol

[CD: 15] [Kos MP: 60,000 (Initial)] [Kos MP: 50,000 (Reloading)] [Summon/ Damage][Ammo: 20 (Reloading: 1.0 saat)] [Level: 1/10]

[Dengan menggunakan kebolehan Projection Magic nya, Sentinel boleh menyeru sehingga (3) pucuk pistol model FN Five Seven. Setiap pistol ini boleh menembakkan sehingga (20) butir peluru 5.7mm Holy Fire sebelum ia perlu di 'reload' semula. Setiap tembakkannya akan mengakibatkan sejumlah 500 (+20% jumlah Physical Attack) (+80% jumlah Magic Power) sebagai Holy Burning Damage (ianya boleh menjadi Critical Damage).]

 

 

Fiery Bomb [CD: 10] [MP Cost: 30,000] [AOE] [Radius Letupan: 3]

[Salah satu sihir elemen api Tier-4. Pengguna menghasilkan sfera api yang marak, lalu melemparkannya ke arah musuh. Apabila ia mengenai sasaran, ianya akan meletup dan serta-merta membakar semua musuh yang berada di dalam radius letupannya. Memberikan semua musuh sejumlah 600 (+60% jumlah Magic Power) sebagai Burning Damage setiap 0.5 saat selama 3.0 saat.]