(Z's P.o.V)
Aku mengerling tajam setiap daripada mereka sambil setenang mungkin menyusun langkah aku seterusnya untuk cabut lari daripada sini. Aku boleh uruskan perkara ini.
"Hei, dengar ini. Pergi dari sini korang semua, jangan ganggu aku. Dan aku janji, tak ada sesiapa pun yang akan terluka!", walaupun aku tahu ianya dungu, tapi aku telah mencuba memberikan mereka amaran awal.
Namun, balasan yang aku terima adalah bunyi-bunyi desiran dari labah-labah ini. Mungkin lelabah ini sedang seronok mentertawakan aku dengan cara mereka yang tersendiri. Ini diikuti pula dengan satu alunan suara jahat yang dibawa oleh angin bergema di seluruh hutan memberikan respons kepada amaran awal aku tadi.
"Hahahahaha. Jangan ganggu kau!? Kau adalah mangsa kami Elf. Mengapa pula kami harus melepaskan mangsa yang sangat sedap dari taring kami hah? Kami lapar, sangat-sangat lapar!!!", suara itu berkata kepada aku. Huh sudah, nampak sangat yang mereka ini memang tak boleh dibawa berbincang langsung.
"Anak-anak, tangkap Elf itu!", suara itu mengarahkan semua Ghoul Spiderling yang ada untuk maju dan mula menyerang aku. Setiap daripada mereka pantas meludahkan bebola berbisa dan benang-benang sutera melekit dari rahang mereka ke arah aku.
"Ah sudah?", dengan pantas dan tangkas juga aku membuka langkah bagi mengelak serangan-serangan mereka tersebut. Mengelak, ini adalah semudah satu permaianan kanak-kanak sahaja.
Aku sebagai seorang penyihir dan kini sebagai seorang Archmagus. Aku telah dilatih dengan keras menjadi efisien dari segi minda dan badan supaya tangkas, tajam dan cepat di dalam segala aspek pertempuran. Oleh atuk dan nenek aku sejak aku kecil lagi.
"Heh, korang semua yang mintakan? Nah, makan ini.", kata aku dengan sinis. Tanpa membuang masa lagi, aku dengan senang hatinya melancarkan serangan balas aku dengan menembakkan bertubi-tubi laser tenaga cahaya putih terhadap lelabah itu.
Serangan ini adalah Holy Blaster, iatu Range Basic Attack, serangan asas istimewa bagi Archmagus sendiri. Senang katalah, aku boleh tembak laser dari telapak tangan aku ini, seperti watak fiksyen Iron Man.
Dalam masa yang singkat, berpuluh-puluh ekor Spiderling telah diragut nyawanya dan berkecai bertaburan di atas tanah oleh serangan laser putih aku.
Mengalir seperti sungai yang tenang, tetapi menyerang seperti angin yang deras, aku terus melangkah maju kehadapan. Sambil tapak tangan kanan dan kiri aku tidak henti-henti menembak setiap labah-labah yang berani mendekati aku. Serta pada masa yang sama juga, tubuh aku mengelak serangan mereka yang datang dari berbagai arah.
Aku hanya mengikuti firasat hati saja. Sedar ataupun tak, mungkin aku sudah masuk agak jauh ke dalam wilayah mereka.
Kini, bukan hanya Ghoul Spiderling, tetapi juga ada Ghoul Spider, makhluk tarantula hitam sebesar sebuah kereta Volkswagen Beetle datang menyerang aku dengan jumlah yang banyak. Pertarungan kini menjadi sedikit mencabar. Sambil tulang empat kerat aku bertarung, otak aku juga terus menghitung angka korban yang aku perolehi.
GHOUL SPIDER [LEVEL 13] [RAID MONSTER]
HP: 39,000
"Heh, makin banyak!? Siaplah korang semua. Satu kaum korang aku jadikan A-ping goreng extra krispi.", sindir aku.
Walaupun sudah lebih 14 dozen ekor yang telah menemui ajal oleh tembakkan laser dari telapak tangan aku. Namun, semakin banyak lagilah jumlah mereka yang muncul tidak putus-putus daripada atas pokok dan juga daripada dalam tanah. Itu adalah berita buruk bagi situasi yang sedang aku hadapi sekarang.
Namun, berita baiknya pula ialah, setiap seekor dari lelabah ini mudah untuk aku bunuh dengan satu serangan asas sahaja. Serta, setiap ekor Ghoul Spiderling dan juga Ghoul Spider ini memberikan jumlah EXP yang agak lumayan juga sebenarnya untuk Raid Monster tahap lemah ini. Bolehlah, dari tak ada apa-apa habuan langsung.
Lagipula, Hutan Pohon Kabus ini juga sebuah Raid Zone dengan peringat kesulitan 3 Bintang (Sederhana). Ini boleh ditakrifkan sebagai peluang dan kawasan yang sangat baik bagi diri aku untuk farming sebanyak mungkin EXP daripada raksasa-raksasa lemah ini. Betul itu, supaya dapat menaikkan Level aku setinggi mungkin.
Memang juga situasi yang sempurna untuk aku bagi memaksimumkan sebaik mungkin faedah dan bonus aku perolehi daripada Passive Skill milik Archmagus ini, Celestial Arcanum.
Tanpa berfikir untuk berpatah balik. Aku terus bergerak maju ke arah yang sudah aku tentukan. Aku perlu mencari jalan keluar dari hutan berpuaka ini secepat mungkin.
Huh, semakin jauh aku redah, semakin banyak jugalah Ghoul Spiderling dan Ghoul Spider yang siap menunggu di tengah-tengah laluan aku.
"Hei, tak cukup lagi ke korang kena bantai?!", ucap aku dengan lantang sambil aku menyerang dengan tembakkan laser bertali arus terhadap sejumlah besar Ghoul Spider yang cuba menghalangi jalan aku.
"Jangan salahkan aku. Korang yang serang aku dulu.", kata aku lagi. Tanpaku sedari, aku sudah melangkah semakin dalam lagi ke wilayah mereka. Beberapa serangan bebola berbisa mereka juga telah mengenai aku. Namun, sangat malang bagi para lelabah ini.
"Hahahaha (ketawa), maaflah kawan. Semua serangan racun kau yang lemah itu, tak berkesan pada akulah. Hahahahaha.", aku mentertawakan mereka.
Betul, sebenarnya aku tidak perlu bersusah payah pun mengelak serangan-serangan berbisa mereka. Ringkasnya, cincin aku, Miracle Ring Throne inilah yang telah memberikan aku satu 'Kebolehan' yang tertentu. Ianya telah memberikan aku Imuniti terhadap hampir semua Status Negatif, iaitu Penyakit, Sumpahan, Serangan Mental, Petrification, Racun, Bisa dan Instant-Death.
Selain itu, Magic Defense dan juga Resistance aku sendiri berada pada tingkat Tier-9. Sama seperti belut-belut elektrik gergasi sebelum ini, serangan bebola berbisa labah-labah ini juga berasaskan Magik.
Minta maaflah sangat-sangat atas kekecewaan ini ya, tetapi tiada satu Magik pun yang boleh mengancam aku. Selagi mana Magic Power dan tingkat Tier Magik mereka tidak setanding ataupun melebihi tingkat Magic Defense dan Resistance aku sendiri. Kerana berkat kebolehan unik ini, semua serangan bebola magik beracun yang lemah ini, semua efek mereka langsung akan terbatal serta-merta, sebelum sempat mencalarkan badan aku pun.
Satu-satunya isu yang perlu aku risaukan sekarang ialah bebenang sutera dan jejaring melekit mereka. Benda-benda melekit ini secara fizikal boleh mengganggu, melambatkan aku dan berpotensi untuk melumpuhkan (Immobilize) seluruh badan aku jika aku tak berwaspada.
Oh ya, tak lupa juga serangan gigitan gigi taring besar mereka itu. Ianya secara fizikal mampu melukakan aku dan aku sedia paham, gigitan labah-labah sangat menyakitkan.
"Tahniah. Anda telah mengalahkan Ghoul Spiderling (Level 8) × (580). Anda telah menerima 203,000 + (40,600) + (1,177,400) jumlah EXP.", kata notifikasi pertama yang tertera di bahagian penjuru kanan atas jendela sistem aku ini.
"Tahniah. Anda telah mengalahkan Ghoul Spider (Level 13) × (117). Anda telah menerima 1,404,000 + (280,800) + (1,544,400) jumlah EXP.", kata notifikasi kedua pula yang tertera di bahagian penjuru kanan atas jendela sistem aku ini.
"Tahniah, anda kini telah mencapai LEVEL 21. Anda telah memperolehi satu set Personal Ability yang baharu. OCTA-CASTER (Unique Perk). Tolong semaknya!", tiba-tiba, satu lagi notifikasi muncul di tengah-tengah skrin menu aku.
Dengan pantas aku membacanya.
"Heh, hahahahaha. Bunyi macam hebat sangat.", kata aku dengan riak senyum muka yang sadis. Bukan apa tahu. Sebab sekarang ini, campur Octa-Caster ini sendiri, aku sudah ada dua skill yang tak ubah seperti Cheat Code.
"Huh, apa-apapun. Mari kita cuba mainan baru ini.", kata aku.
"Octa-Cast, Orb of Light. Fire in the hole!", aku melaungkan mantera sihir aku sambil menghalakan jari telunjuk kanan aku lurus ke arah gerombolan musuh di hadapan.
Kebiasaannya hanya sebiji, tetapi kali ini, 16 biji bebola putih terapung, setiap biji dengan saiz seperti bola golf muncul dalam formasi bulatan di sekeliling tangan kanan aku. Semuanya terbang seperti peluru berpandu ke arah musuh.
Anehnya, di tengah-tengah penerbangan, setiap bola putih itu berpecah pula kepada lapan bola putih baharu. Terdapat sejumlah 128 bola putih menghujani gerombolan musuh itu sekarang. Aku tak sangka pula efeknya akan jadi macam ini.
Setiap biji bebola itu meletup seperti bom tangan. Langsung memusnahkan berpuluh-puluh ekor labah-labah dengan sekelip mata sahaja.
"Wow, Tier-3. Hahahaha. Ini baru sikit!", puji aku. Ibarat membeli 1 item, percuma pula 128 item yang sama. Ini hanya baru sihir Low-Tier yang celah gigi. Bayangkan betapa dasyatnya mantera sihir High-Tier akan menjadi, jika aku menggunakannya bersama-sama dengan kebolehan magik Octa-Caster ini.
"Aku sukakannya. Hehehehehe.", kata aku kepada diri sendiri.
Aku kini menjadi agak bersemangat untuk mencubanya lagi dengan koleksi sihir yang ada di dalam tangan aku sekarang ini.
Dan yang paling seronoknya, aku masih mempunyai bekalan subjek ujian yang tiada had sekarang ini.
"Sangat sempurna. Malam pasti sangat menyeronokkan.", kata aku sambil ketawa kecil. Di sekeliling aku sekarang, terdapat beberapa ratus ekor labah-labah. Semuanya sedia untuk digoreng extra rangup.
"Sekarang, matilah korang semua. Octa-Cast, Holy Demolisher!", aku melaungkan mantera sihir aku. Kali ini, aku menggunakan pula mantera sihir Tier-6 yang paling aku tak suka di dalam senarai. Demi untuk mendapatkan lebih banyak data.
Serta-merta, sejumlah 16 tiang dari tenaga cahaya putih terang-benderang muncul dari langit. Seluruh kawasan menjadi sangat terang lagi menyilaukan untuk beberapa saat. Segala-galanya, di segenap lapan arah di dalam radius lingkungan beberapa meter di sekeliling aku. Wow, aku tarik balik kenyataan aku tadi. Benda sihir ini jauh lagi kuat dari aku duga.
Dengan segera, beratus-ratus ekor lelabah yang malang itu dan juga berpuluh-puluh batang pokok semuanya disapu bersih oleh serangan aku ini. Ibarat sebiji bom nuklear mikro yang baru sahaja meledak di tengah hutan ini.
"Hahahahaha. Aku boleh buat benda ini sepanjang malam. Sepanjang malam!", kata aku yang di dalam mod pembunuhan beramai-ramai. Memang sudah agak lama jugalah aku tidak merasa berseronok tahap macam ini.
"Lagi! Aku mahukan lebih banyak lagi korang semua! Marilah!", aku menyuarakan dengan kuat. Aku menyeru lebih ramai lagi musuh yang ada untuk keluar bermain.
Malangnya, apa yang aku lihat di sekeliling ini sekarang hanyalah tanah kosong dan tiada kesan musuh yang bergerak sama sekali.
"Ceh. Manalah korang semua ni huh!? Cepatlah keluar!", aku menjerit dengan kuat.
Sebenarnya, ini adalah salah satu bahagian terburuk diri aku yang aku benci. Ada sesuatu yang sangat hitam dan gelap berada di dalam diri aku. Ianya seperti nafsu syaitan yang diberikan dos steroid. Sebaik sahaja aku telah menikmati sepenuhnya sesuatu yang aku dahagakan, seperti makan ataupun bertarung. Ianya akan menjadi satu tugas yang mencabar untuk aku bagi menekan butang berhenti.
Itulah sebab utama aku perlu sentiasa mengawal diri dan kerap memakai poker face sepanjang masa.
Malangnya, sebelum aku boleh mula menyambung semula pembunuhan beramai-ramai ini. Entah bagaimana dan secara tiba-tiba, di dalam kepala aku terdengar jeritan kuat seorang perempuan yang di dalam ketakutan meminta pertolongan. Ini jelas adalah suara yang berbeza dari yang sebelumnya.
Aku tak mampu menjelaskannya pun, sebab kali terakhir aku periksa diriku. Aku tak berada dibawah pengaruh apa-apa efek mahupun status negatif. Pada mulanya, aku cuba untuk buat tak endah sahaja.
Akan tetapi, firasat aku menjerit kepada aku. Bahawa suara ini, walau siapapun ke apa pun dia ini. Dia dalam masalah besar dan memerlukan bantuan aku sekarang juga.
"Huh tolonglah. Apalah pula kali ini!?", ngeluh aku.
"Tolong, sesiapa tolong aku. Tolong selamatkan aku. Aku tak mahu mati sekarang ini. Tolong, selamatkan aku!", suara perempuan itu terus menjerit di dalam kepala aku. Seperti dia menghantar isyarat kecemasan tanpa henti terus ke otak aku.
Ini menyebabkan kepala aku bingit dan telah memaksa aku bagi menghentikan segera aktiviti pembunuhan beramai-ramai sepanjang malam ini.
"Selamatkan aku, sesiapa sahaja!!!", suara kesusahan tersebut terus menjerit di dalam kepala aku. Sambil mata aku terus memandang ke semua arah tercari-cari jikalau betul ada sesiapa pun berhampiran aku yang menghantar isyarat telepati ini.
"Woi! Siapa pula kau ini!? Bagi tahu aku dekat mana kau ini sebenarnya!?", aku cuba untuk berkomunikasi dengan suara telepati di dalam kepalaku ini tetapi tiada balasan.
Pada masa yang sama juga, Miracle Ring Throne aku serta-merta bersinar putih panas dengan sendirinya. Aku jelas merasakan bahawa aura cincin ini berkehendak dan sedang cuba menarik lengan aku dan memaksa aku untuk berjalan ke hadapan.
Entah bagaimana, ianya tahu di mana sebenarnya lokasi suara ini. Ianya sedang menyuruh aku untuk memecut laju untuk masuk jauh ke dalam hutan ini dan menuju ke arah suara ini dengan segera.
"Yup, sabar. Aku datang lah ini!", responku kepada suara misteri ini. Menggunakan kemahiran berlari parcourse yang aku miliki, lantas aku membuka langkah seribu, memecut sederas yang aku boleh.
Pada masa yang sama, aku terus mengelak sebarang halangan dan meletupkan mana-mana musuh cuba menghalang laluan aku. Tanpa disangka, diri aku dengan mudahnya telah berlari merentasi jarak lebih 5 batu jauh ke dalam Hutan Pohon Kabus ini kurang dari 3 minit sahaja tanpa rasa penat.
Berita buruk dan juga berita baik serentak. Akhirnya aku telah dibawa oleh Miracle Ring Throne ini tepat di hadapan sarang utama milik labah-labah durjana tersebut. Ianya jelas sebuah kawasan sebuah bandar tua yang telah lama ditinggalkan. Seluruh kawasan bandar ini dipenuhi dengan sarang yang melekit serta ramai penjaga berkeliaran di semua tempat.
Dengan menggunakan sejenis sihir halimunan, dengan senyap aku menceroboh masuk ke dalam kampung mereka ini.
"Yup, jackpot.", kata aku di dalam hati sambil kekal bersembunyi di suatu tempat di atas sebatang pokok.
Kelihatan satu bala tentera Ghoul Spider sedang berkumpul di pusat sarang ini. Aku kira 7,749 Ghoul Spiderling dan 6,344 Ghoul Spider. Dan aku percaya yang sedang berada di tengah-tengah kumpulan mereka, tak lain adalah permaisuri lelabah yang bersaiz besar.
Ianya seekor raksasa serangga dengan jasad berbentuk lelabah humanoid berambut hitam dan berkaki panjang. Mutasi antara perempuan dengan lelabah Black Widow rasanya.
Apa yang aku pasti, permaisuri mereka ini jauh lagi kuat berbanding anak-anak buahnya yang telah aku kalahkan tadi. Ianya boleh dikategorikan sebagai Boss-Monster, jadi aku perlu kekal berwaspada. Aku rasa yang mereka di sini sedang mengadakan pesta.
Yup, akhirnya, aku berjaya menemui sumber suara telepati yang memekik meminta tolong itu. Yang menghairankan aku, sesuatu memberitahu aku bahawa suara di kepala aku ini datangnya dari sejenis aura tenaga putih yang terpancar dari perempuan itu.
Oh ya, sebelum itu. Tidak terlalu jauh dari Ghoul Spider Queen itu. Aku juga melihat tiga ekor Ghoul Spider sedang giat mengheret tubuh seorang perempuan yang tak berdaya untuk dipersembahkan di hadapan permaisuri mereka itu.
Dengan mengaplikasikan sihir Life Detection Sight. Mata aku dapat melihat bahawa perempuan itu masih hidup dan bernafas. Akan tetapi, nyawanya berada di ambang bahaya. Kecuali kepalanya, seluruh tubuhnya dibungkus dengan bebenang sutera yang melekit.
Aku juga jelas merasakan bahawa aura tenaga putih ini adalah persis dan sama seperti Miracle Ring Throne aku daripada perempuan itu. Lebih tepat lagi, cincin-cincin di rantai leher dia tersebut. Yup, tak silap lagi. Miracle Ring.
Lantas timbul pula banyak persoalan di minda aku sekarang ini. Adakah perempuan ini sebenarnya individu yang Si Aiwass itu suruh aku cari?
"Hei, hei, bukan sekaranglah masanya. Aku ini, fokuslah.", aku memarahi diri aku sendiri. Sekarang, aku perlu selamatkan perempuan itu, sebelum semuanya terlambat.
Yup betul itu, sebelum dia jadi fruit punch bagi Ghoul Spider Queen durjana itu.
< 😊Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk VOTE dan tinggalkan COMMENT anda dibawah. Segala komen yang membina amat membantu. 😊>
Lampiran:
ID NAME: P4RZ1V4LZ
ID NUMBER: USA-M06-G01-745-CHW
ID LEVEL: 26 (EXP: 112,173,360 / 134,217,728)
[HP: 2,500,000,000,000]
[MP: 12,500,000,000,000,000,000,000]
AVATAR: RAPHAEL THE ARCHMAGUS [MAGE/ SUPPORT]
GENDER: MALE
RACE: ANGEL-LIGHT ELF
Passive Skill: Celestial Arcanum
[Sebagai penyihir teragung yang mewarisi kuasa High-Angel Seraphim, Archmagus akan mendapat extra EXP (+20%).]
[Setiap Ranged Basic Attack istimewanya, (Holy) Blaster akan memberikan 1,500 (+200% jumlah Magic Power) sebagai (Holy) Damage.]
[Setiap +1 kenaikkan Level, Archmagus memperolehi peningkatan kekal sebanyak (+3%) terhadap jumlah Max HP, jumlah Max MP serta jumlah Max Magic Power miliknya.]
Octa-Caster
[Tier-9]
[Unique Perk]
[Kebolehan Magik Lapan Dimensi yang sangat unik bagi Archmagus yang berasal daripada Miracle Ring Throne.]
[Archmagus boleh menggunakan dan terus mengekalkan sehingga (8) jumlah mantera sihir (terhad kepada Tier-9 dan ke bawah). Sama ada sihir yang sama ataupun yang berbeza secara serentak pada masa yang sama. Tanpa perlu menggunakan kaedah bacaan mantera lagi untuk mengaktifkan sihir tersebut.]
[Selain itu, semua mantera sihir yang digunakan oleh Archmagus adalah (1,800%) kali dan juga (+1) Level jauh lebih efektif daripada Level biasa.]
Orb of Light [CD: 4] [Kos MP: 5,000] [Damage]
[Sihir elemen Cahaya Tier-3. Pengguna menghasilkan sebiji bola terapung daripada tenaga suci, kemudian melancarkannya ke arah sasaran mereka. Apabila mengenai sasarannya, bola cahaya ini akan meletup. Lalu memberikan 300 (+80% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage kepada musuh.]
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Octa-Caster: Sihir ini sebaliknya akan menghasilkan sejumlah 16 biji bebola cahaya. Kos Mana bagi setiap biji bebola cahaya adalah (Kos MP: 40,000). Kemudian, setiap bola cahaya akan berpecah lagi kepada lapan biji bebola baru. Setiap letupan daripada bebola cahaya ini akan memberikan 2,400 (+440% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage kepada musuh.]
Holy Demolisher [CD: 360] [Kos MP: 8,000,000] [AOE] [AOE Radius: 10]
[Sihir elemen cahaya Tier-6. Pengguna memanggil sebatang tiang dari tenaga cahaya putih yang panas menyala dari atas untuk membakar semua musuh di dalam kawasan yang ditetapkan selama (3) saat. Semua benda yang berada di dalam radius lingkungan serangan ini akan menerima sejumlah 6,000 (+300% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage setiap (0.3) saat kepada semua musuh.]
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Octa-Caster: Sihir ini sebaliknya akan menghasilkan sejumlah 16 batang tiang cahaya. Kos Mana bagi setiap batang tiang cahaya adalah (Kos MP: 64,000,000). Semua benda yang berada di dalam radius lingkungan serangan ini akan menerima sejumlah 48,000 (+1,650% jumlah Magic Power) sebagai Holy Damage (AOE Radius: 80) setiap (0.3) saat kepada semua musuh selama (3) saat.]