Di dalam sebuah tasik yang terletak entah di mana.
Disebalik kegelapan lautan tanpa dasar ini, aku mendengar sayupan satu suara. Ianya suara ibuku yang sedang mengejutkan aku daripada tidur nyenyakku ini.
"Mak, mak. Itu mak ke!?", teriak aku. Langsung membuatkan aku terjaga daripada tidurku ini. Ternyata itu hanya sekadar mainan mimpi sahaja.
Sedar saja aku dari tidur, terdapat satu suara bingit yang jelas sedang terpekik-pekik memanggil nama aku. Suara siapa lagi, Si Aiwass itu lah. Perlahan-lahan aku membukakan kelopak mataku ini.
"(Menguap) ngantuknya....", kata aku sambil menguap panjang.
"Parzivalz, kau dengar aku ke tak!? Sila respon! Parzivalz, bangun Parzivalz! Kau dengar aku tak!? Sila respon cepat!?", itulah benda pertama yang aku dengar. Nada suara seperti suara budak perempuan yang belum baligh. Suara Si Aiwass ini tak ubah macam penggera kebakaran yang sejak dari tadi tak henti-henti berteriak di tepi telinga aku.
"Yelah, yelah, aku dah bangun dah ini. Boleh matikan tak alarm kau itu!?", balas aku kepada Aiwass itu sambil menahan rasa geram dihati.
"Aduhai, kau ini pun. Buat risau aku sahaja orang muda. Huh, baguslah kalau kau dah bangun Parzivalz.", kata suara Aiwass yang merasa sangat lega mendengar respon aku.
Alamak, ini tak kelakar langsung, sedar-sedar saja aku. Yang satu badan aku ini telah dan sedang terperangkap dalam sebuah bongkah kristal putih yang besar.
"Hoi, woi, woi!!! Apa kejadahnya semua ini hah!? Aiwass! Apasal lah pula aku boleh tersumbat dalam batu ini woi!?", marah aku kepada Aiwass tak guna itu.
Sambil dengan cemas aku menumbuk dan menendang dinding batu kristal yang keras ini untuk cuba membebaskan diriku.
"Hei, cepat lepaskan aku! Kau cuba tanam aku hidup-hidup ke apa ini!?", soalku lagi dengan perasaan cemas tak tentu pasal.
"Bertenang Parzivalz. Bawa bertenang.", kata suara Aiwass itu kepada aku.
"Kau sekarang di dalam keadaan yang selamat. Cuba bertenang dan dengar dulu apa yang aku nak jelaskan ini, boleh kan?", minta Aiwass kepadaku. Aku segera menghirup satu nafas untuk bertenang dan meminta penjelasan daripadanya.
"Bagus. Baiklah Parzivalz, kau sekarang telah pun mendarat dengan selamat di atas Dunia Andromeda. Pesanan aku yang terakhir Parzivalz. Sebagai Lord Avatar, jangan lupa tujuan utama hidup baru kau di sini. Apa-apapun, selamat maju jaya dengan hidup baru kau di dunia ini. Dan jaga diri kau itu baik-baik penyihir muda.", Aiwass membebel kepada aku.
"Hei Aiwass, kau tak perlu membazir air liur untuk mengingatkan aku tentang semua itu. Aku tahu apa yang aku perlu buat.", jawab aku dengan yakin dan tegas.
"Jawapan yang bagus penyihir muda. Kau mengingatkan aku kepada atuk kau.", puji suara Aiwass yang berpuas hati. Tapi ini bukanlah perkara yang patut aku risaukan sekarang ini. Benda yang buat aku pelik sekarang ini, mata aku dapat lihat dengan jelas. Di sebalik kepompong batu kristal batu aku yang sedang membungkus aku sekarang ini. Sekeliling kawasan tempat aku mendarat ini dipenuhi dengan air. Air di mana-mana. Ok, pelik ini? sekali lagi, Meter panik aku terus naik mendidih.
"Hei, hei Aiwass, nanti kejap. Dekat celah mana pula kau campak aku ini huh? Dalam lautan ke apa!?", tanya aku kepada suara Aiwass itu. Sambil kepompong batu kristal aku ini kelihatan mula retak sedikit demi sedikit.
Ah shit, ini petanda yang tak bagus. Sangat tak bagus.
"Opsie, hahahaha. Aku rasa mungkin aku terbuat sikit kesilapan teknikal sewaktu aku melancarkan kau ke dunia ini. Kau sekarang berada di tengah dasar sebuah tasik. Maaf lah ya penyihir muda.", jawab Aiwass sambil ketawa kecil kepada aku.
"Bongok kau Aiwass! Sikit kesilapan teknikal kepala hotak kau bangang!?", aku terus memarahi Aiwass itu. Perlahan-lahan, air mulai masuk melalui celah-celah retakkan batu ke dalam kepompong kristal aku ini.
"Maaf Lord Parzivalz. Good luck dengan hidup baru kau. Ciao.", kata-kata terakhir Aiwass sebelum dia offline dan talian diputuskan.
"Woiii Aiwass, nanti dulu! Aku belum habis lagi dengan kau!", marah aku kepadanya namun tiada sebarang respon. Kurang seminit sebelum kepompong ini hancur berkecai, aku sempat menarik satu nafas yang panjang. Daripada kedalaman lebih 300 meter yang sangat gelap ini, aku akhirnya telah menetas seperti seekor berudu.
Apa lagi, dengan segeralah aku mendayung kedua-dua belah kaki dan lengan aku berenang menuju ke permukaan air. Huh, nasib baiklah aku ini seorang penyelam skuba yang berkemahiran. Jadi, berenang dan menyelam pada kedalaman ini bukanlah asing lagi bagi diri aku, walaupun tanpa apa-apa bantuan alatan moden. Akan tetapi, ini bukan masanya untuk bersenang-senang dan berbangga, sebab badi nasib malang aku baru sahaja bermula.
Ternyata disini bukanlah sebuah tasik yang aman damai rupanya. Terdapat beberapa benda yang tersembunyi di sebalik air tasik ini sedang mengintai dengan senyap dan menanti peluang bagi melancarkan serangan mengejut terhadap mangsa yang tidak bersedia.
Aku boleh bagi satu contoh yang mudah. Macam mana dengan dengan belut elektrik. Bukan sekadar belut elektrik yang biasa, tetapi yang ini ialah seekor belut lutsinar sepanjang lima meter yang mampu menggunakan magik elemen Petir untuk menggoreng mangsanya di dalam air ini. Dan ianya sangat aggresif. Apalah kejadah punya ikan.
Huh, adakah aku sebut seekor belut, maaf ya. Maksud aku, lebih dua dozen ekor belut elektrik yang tengah serang aku sekarang ini. Sial betul lah. Entah secara tiba-tiba, belut-belut ini langsung mengepung lalu menyerang aku bertali arus dengan serangan magik kuasa Petir, sebelum aku sempat sampai ke permukaan air pun. Nampak gayanya, belut-belut ini betul-betul lapar dan nak jadikan aku KFC Dinner Plate mereka.
SPECTRE EEL [LEVEL 14] [RAID MONSTER]
HP: 84,000
"(Nafas tercungap-cungap) huh, huh, kurang ajar punya belut!", kataku dengan nafas yang tak cukup ini setelah timbul di permukaan air.
Berhampiran aku, terdapat juga bangkai-bangkai terapung di atas air, iaitu belut-belut yang baru sahaja aku bunuh sebentar tadi. Belut-belut malang ini salah pilih mangsa.
Dengan segera, aku berenang menuju ke tebing sebelum sesuatu yang lain pula mula cari pasal dengan aku. Dengan keadaan badan yang basah kuyup, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke sebatang pokok berhampiran. Sambil kedua-dua biji mata aku ini kekal waspada terhadap kawasan sekitarku yang sunyi sepi dan sangat seram.
"Ah sudah? Kemana pula hilangnya sut menyelam skuba aku!?", tanya aku dengan perasaan yang kebingungan. Alah bodohnya, aku baru perasan yang sekarang ini aku sedang berjalan di dalam keadaan berbogel tanpa apa-apa pakaian.
Seingat akulah, kali terakhir sebelum Si Aiwass itu campak aku ke dunia ini. Aku masih lagi lengkap berpakaian sut menyelam skuba aku itu. Bagus, sangatlah bagus, sekarang aku mirip seekor beruk putih bertelinga tajam yang terlanjang bulat. Duduk terdampar di bawah pokok di tengah-tengah hutan belantara.
Aku cuba untuk menghubungi Aiwass berkali-kali, namun langsung tiada satu hapak pun respon daripadanya. Memang bos yang bagus, selepas dia campak aku entah dekat celah hutan belantara mana dah. Dia terus putuskan semua talian komunikasi dengan aku, macam itu saja. Aku mengambil masa untuk berehat sebentar di bawah pokok ini sambil mengatur langkah aku yang seterusnya.
"Come on Z, ingat semua latihan kau dulu.", bisik hati aku.
Sebuah tasik yang besar di hadapan aku dan sebuah hutan tebal dengan pokok-pokok yang besar dan tinggi di belakang aku. Sekali pandang, seluruh kawasan hutan ini kelihatan senyap, terlalu senyap. Firasat aku jelas mengatakan kalau satu tasik ini sudah penuh dengan marabahaya, pasti juga satu hutan ini. Mungkin sesuatu yang lebih menyusahkan dari belut-belut elektrik tadi sedang menanti aku di sebalik bayang-bayang hutan ini.
Oh ya, mungkin ada satu dua benda di dalam sistem aku yang mungkin dapat tolong aku sekarang. Paling tidak pun seperti carta navigasi ke, untuk memudahkan sikit kerja aku mencari arah bagi meredah kawasan hutan yang bahaya ini. Kalau tak terpaksalah aku guna cara orang lama.
"Yup, idea yang bernas. Satu cara untuk tahu. Mari kita tengok. MENU.", monolog aku sebelum memberikan input arahan kepada Sistem Avatar di dalam kepala aku ini.
Seingat akulah, semua ini mirip dengan teknologi VR ataupun AR di bumi. Biasanya, aku perlu pakai alat G-Box untuk akses sistem ini. Tapi sekarang aku boleh akses sistem ini sesuka hati, bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa alat itu, disebabkan sistem canggih ini telah pun dipasang di dalam otak aku. Lantas, sebuah jendela skrin hologram yang terapung bersaiz 50 cm panjang × 25 cm tinggi muncul di hadapan aku.
Jujur aku katakan. Sistem Avatar ini sangat mirip seperti kebanyakkan permainan VRMMORPG yang aku selalu mainkan dulu. Ianya berkongsi ciri-ciri UI yang hampir sama.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
ID NAME: P4RZ1V4LZ
ID NUMBER: USA-M06-G01-745-CHW
ID LEVEL: 19 (EXP: 900,000 / 1,048,576)
[HP: 2,080,000,000,000]
[MP: 10,400,000,000,000,000,000,000]
AVATAR: RAPHAEL THE ARCHMAGUS [MAGE/ SUPPORT]
GENDER: MALE
RACE: ANGEL-LIGHT ELF
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Tahniah. Anda telah mengalahkan Spectre Eel (Level 14) × (30). Anda telah menerima 600,000 + (120,000) + (180,000) jumlah EXP.", kata satu notifikasi yang tertera di bahagian atas jendela sistem aku ini.
"EXP huh. Ini dunia game ke apa?", monolog aku sambil ketawa kecil. Rasa sedikit ganjil dan kelakar juga melihat dunia ini menggunakan konsep permainan video macam ini.
Tanpa membazir masa, aku segera membuka sistem navigasi lalu memilih Local Area Map untuk melihat dekat ceruk mana aku sebenarnya sedang berada.
"Ah bagus sangat, aku dekat tengah-tengah Raid Zone huh? Dan pekan yang paling dekat pun. Hmmmmm, arah sana (arah barat).", kata aku. Hmmm susah ini, sudah lah nak tempuh keluar dari hutan belantara ini pun satu kerja yang agak mencabar. Lepastu pula nak kena marathon pergi pekan ini. Huh, rasa boleh semput aku malam ini.
"Huh, daripada aku duduk lama-lama. Baik aku angkat kaki bla cepat.", kata aku lalu bangun dan mula menggerakkan kedua-dua belah kaki aku. Yup, prioriti utama aku sekarang adalah untuk mencari jalan keluar daripada sini. Lepas itu, menuju ke pekan berhampiran. Haraplah ada orang yang cukup baik dan bersimpati mahu tolong aku dekat pekan itu nanti.
Kerana aku leka memikirkan semua itu semasa berjalan, tiba-tiba saja kaki aku pula tersandung sebuah objek yang keras dan berduri tajam. Langsung aku jatuh tergolek seperti kayu balak. Lalu aku terjerumus ke dalam sebuah lubang berlumpur yang melekit.
"(Meludah, meludah). Ahhh, shit lah!", marah aku setelah meludahkan lumpur yang termasuk ke dalam mulut aku ini. Huh sudah, habis satu badan aku kotor dilitupi oleh lumpur yang melekit-lekit ini. Huh, sekarang aku tak jauh beza dengan orang minyak.
Namun, lumpur ini bukanlah apa yang patut aku risaukan sekarang. Sebab telinga panjang elf aku telah mendengar jelas, ada sesuatu sedang merangkak sambil mengeluarkan bunyi-bunyi mendesis yang ganjil tidak jauh daripada aku. Aku bergegas keluar daripada lubang lumpur ini. Mata aku liar mencari, apa sebenarnya bunyi itu.
"Aduhai, apa benda itu!?", bisik hati aku dengan perasaan seram sejuk. Sudahlah satu kawasan hutan ini dilitupi dengan kabus.
Tulah aku, main-main lagi. Sampai aku baru sahaja perasan sesuatu yang sangat tak menyenang dengan jumlah yang banyak berada dekat dengan aku. Dapat aku lihat samar-samar, di sebalik kegelapan dan kabus hutan ini. Banyak lembaga hitam sedang tergantung tinggi di atas dahan-dahan pada setiap pokok berhampiran aku.
Aduh, petanda buruk yang aku telah terlibat di dalam masalah. Namun, aku tak dapat melihat dengan jelas apa benda sebenarnya semua lembaga hitam itu, disebabkan kegelapan malam dan juga kabus hutan sialan ini. Aku perlukan satu sumber pencahayaan yang terang sekarang ini.
"Bongoklah aku ini pun. Apahal lah aku boleh terlupa pula satu benda ini? Aku kan Archmagus!", marah aku kepada diri sendiri setelah menampar dahi sendiri. Inilah salah satu masalah terbesar bagi diri aku. Kekadang, boleh pulalah aku terlupa yang aku memang sudah ada benda yang diperlukan sejak awal lagi. Cuma aku lupa nak gunakan sahaja.
Haish, lembabnya lah aku ini. Dalam kes ini, aku kan Archmagus, seorang penyihir. Sudah pastilah aku ada banyak mantera sihir yang sangat berkuasa dalam tangan aku. Apa yang aku perlu buat adalah mengungkapkan mantera sihir itu sahaja. Kerja senang.
"Mari cuba yang ini dulu. Flashlight.", aku menggunakan satu sihir peringkat Tier-1. Dengan segera sebiji sfera putih bersaiz sebiji bola golf yang terang-benderang telah terhasil di depan aku. Menyinari seluruh kawasan ini seperti sebuah lampu limpah. Kerja yang bagus.
Namun semua yang aku nampak sekarang ini langsung tak menyenangkan hati aku. Lembaga-lembaga itu, semua itu adalah labah-labah humanoid. Labah-labah itu berada di segenap penjuru di atas pokok, semuanya tergantung songsang, bersedia untuk menyerang aku.
"Alamak. Tolonglah! Aku benci betul bila benda ini berlaku!", aku mengeluh. Tidak cukup dengan itu saja, semakin banyak lagi labah-labah yang memunculkan diri mereka, kali ini merangkak keluar daripada dalam tanah pula.
Sedar ataupun tidak, mereka telah pun mengepung aku dari segenap arah. Sudah jelas lagikan nyata, satu kaum labah-labah ini juga sangat lapar dan berhajat untuk jadikan aku sebagai lauk makan malam mereka.
GHOUL SPIDERLING [LEVEL 8] [RAID MONSTER]
HP: 8,800
-----------------------------------------------------------------------------------------------