Chereads / Destiny 00. / Chapter 2 - The Song of Arrival, Part 2.

Chapter 2 - The Song of Arrival, Part 2.

(3rd Person P.o.V)

 

33 Julai 1557, Kalendar Imperial.

 

Providence of Epirus, Empayar Teokrasi Alvenheim (Kerajaan Bangsa Light Elf).

 

Epirus adalah salah sebuah wilayah kekuasaan suku Light Elf, Mac Caelum. Di dalam kawasan wilayah tersebut, iaitu di sebuah kawasan kota petempatan yang terletak 60 Batu berhampiran perbatasan Penghujung Garisan Besar Io. Tidak jauh daripada kawasan ini juga terdapatnya sebuah Altar Suci, Helios Temple of The Sun Lord.

 

Waktu sekarang telah menunjukkan jam 6 pagi. Kelihatan petempatan tersebut telah diserang secara mengejut gelombang besar Demon Locust, iaitu sejenis raksasa berbentuk belalang-humanoid berwarna biru, dengan tinggi lebih 2 meter terbang menyerang di dalam kawanan yang sangat, sangat banyak.

 

Mujur seluruh kota bernasib baik kerana pada masa kejadian penyerangan itu, seorang Lord Avatar telah turun. Dia sempat membantu pasukan pertahanan dan juga seluruh penduduk petempatan kota tersebut melawan gelombang Demon Locust tersebut.

 

Sebuah keajaiban sedang berlaku di atas petempatan tersebut. Walaupun waktu tersebut sepatutnya masih pagi subuh lagi, namun seluruh kawasan petempatan itu sedang dan masih diterangi oleh sinaran cahaya mentari yang memancar terik. Ibarat satu kawasan tersebut sedang berada dalam waktu tengah hari sejak sejam yang lalu.

 

Dapat diperhatikan juga bilangan mayat Demon Locust yang sangat banyak bersepah di sana-sini. Dengan setiap mayat Demon Locust itu mempunyai anak-anak panah yang disaluti oleh bahang api berwarna kuning keemasan masih terpacak dan masih lagi menyala terang bagi membakar tubuh mereka yang sudah tidak bernyawa tersebut.

 

Dapat dilihat juga banyak unit pertahanan Light Elf telah berkumpul di atas segenap penjuru tembok kota tersebut. Sambil mereka sedang sedaya upaya menembak jatuh setiap ekor Demon Locust yang terbang menghampiri kota dengan hujanan pelbagai sihir dan anak-anak panah sakti. Sementara para penduduk yang terdiri daripada wanita, warga emas, anak-anak kecil dan mereka yang tidak berdaya pula berlindung di dalam citadel kota.

 

Di suatu sudut penjuru tembok kota itu juga, berdirinya susuk seorang pemuda Light Elf yang berambut mohawk hijau kekuningan dan berjubah putih keemasan. Sambil ditemani oleh seorang gadis Light Elf dan juga sedozen kesatria pemanah. Dia tanpa henti dari tadi menembakkan dengan sangat pantas anak-anak panah yang disaluti oleh kuasa api kuning keemasan dengan Longbow emas miliknya itu. Setiap anak panah berapi yang dilancarkan olehnya itu terbang dengan laju seperti peluru berpandu menuju ke arah sasaran masing-masing. Setiap mangsa yang telah mati ditusuk oleh anak panah berapinya yang sangat panas tersebut jatuh berguguran seperti daun-daun kering di atas tanah.

 

 

Providence of Lechia, Utara Alvenheim.

 

Di sebuah kawasan di Garisan Scandinavia yang menghadap Laut Freiyjord. Waktu sekarang sudah masuk tengah hari. Kelihatan beribu-ribu unit infantri Light Elf sedang sengit bertarung mempertahankan suatu sudut bahagian tembok dinding Garisan Scandinavia itu daripada dicerobohi oleh bilangan Gog (Demon Melata) yang amat banyak.

 

Kumpulan unit infantri tersebut sedang diketui oleh seorang pahlawan wanita Light Elf yang sangat cantik dengan berambut kuning keemasan. Memakai Headband besi bersayap helang, lengkap dengan sejenis set baju perisai emas putih yang menonjol lagikan berkilat serta bersenjatakan sejenis Kite Shield dan sejenis pedang sakti.

 

Berkat kehadiran individu tersebut yang berada di posisi paling hadapan secara solo, menari tanpa henti dengan pedang dan perisainya itu telah berjaya membunuh cukup banyak Demon yang mahu menjadikan dia lauk makan siang. Tidak kisah sama ada musuh-musuh berhampirannya mencuba untuk menyelamatkan diri ataupun tidak daripada amukkannya itu. Mereka semua tetap akan dihajar sehingga mati oleh tarian akrobatik maut pedang dan perisai dia yang sangat pantas itu.

 

Dengan garang, setiap tebasan pedangnya tersebut dengan mudah mencantas beberapa ekor Gog layak nya semudah menebas semak-samun.

 

Kelihatan juga banyak infantri Light Elf yang lain sedang berkumpul di atas tembok dinding tersebut. Mereka semua secara berjemaah berteriakkan sesuatu dengan amat lantang sambil asyik melihat individu tersebut bertarung.

 

"Lihat! Dewi Pahlawan kita membantai semua Demon terkutuk itu! Lady Valkryia!", teriak seorang Kesatria Light Elf berbaju perisai emas putih di hadapan orang-orangnya.

 

"Lady Valkryia, Lady Valkryia, Lady Valkryia, Lady Valkryia!!!!!!!!!", sorak mereka semua tersebut dengan sangat lantang dan menggegarkan suasana.

 

Di samping itu juga, tidak jauh daripada kawasan pertarungan mereka itu. terdapat juga seorang penyihir wanita Light Elf yang berambut cyan serta memakai kot sejuk sedang meluncur laju dengan sebuah papan luncur yang terapung di atas udara di tengah medan perang yang penuh dengan musuh itu. Sambil membekukan dengan segera setiap Gog yang ada menjadi bongkah ais dengan tembakkan sinaran pembeku daripada telapak tangannya tersebut. Kelihatan juga letusan-letusan ceracak-ceracak ais batu berduri tajam yang telah menusuk sebilangan musuh-musuhnya itu seperti sate terhasil di sekelilingnya.

 

 

Bandar Besar Karnak, Kerajaan Hwt-Ra-Atem (Kerajaan Bangsa Dark Elf).

 

Mentari sedang berada pada puncaknya. Di tengah kawasan wilayah inilah terletaknya sebuah Kuil Altar, Temple of The Wind Lord. Tidak jauh daripada kawasan itu, kelihatan dua pemuda Dark Elf sedang berganding bahu menentang beberapa ekor cacing yang sangat panjang dan bersaiz sebesar bangunan. Cara setiap ekor cacing gergasi tersebut bergerak meredah dataran berpasir itu semudah paus pembunuh yang berenang di dalam air.

 

Dapat diperhatikan bahawa individu pertama yang berambut hitam itu sedang mengawal enam puting beliung dari angin dan pasir sambil terapung di udara. Manakala, individu kedua pula yang berpakaian serba putih keemasan sedang berdiri di atas sebuah patung Golem Sphinx setinggi 50 kaki. Sambil Golem Sphinx itu pula membelasah salah seekor cacing gergasi tersebut seperti seekor singa yang ganas.

 

 

Kawa, Kerajaan Hwt-Ra-Atem.

 

Berhampiran Kota Kawa ini, terdapatnya sebuah runtuhan istana lama berhampiran sebuah perkampungan oasis Dark Elf. Kelihatan kelibat beberapa dozen penyamun padang pasir yang bengis serta bersenjatakan tombak, parang dan menunggang kuda sedang mengepung lalu cuba untuk merompak kampung ini.

 

Namun, kumpulan penyamun ini sedang dipukul mundur oleh seorang seorang pahlawan Dark Elf yang berbadan sasa serta bersenjatakan dua bilah scimitar. Walaupun dengan jumlah yang ramai, para penyamun itu langsung tidak dapat menyentuh apatah lagi melukakan seorang pahlawan tersebut kerana kelincahan sepantas angin itu.

 

 

34 Julai 1557, Kalendar Imperial.

 

Banjaran Himalaya, Midgard Union (Kerajaan Bangsa Beastman).

 

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Di sebuah kawasan lebih kurang 2000 meter di atas Gunung Sagarmatha, terdapat sebuah Altar Suci yang disembunyikan oleh salji lebat. Iaitu Iron Monastery of Shang-ri La. Beberapa jam yang lalu, kelihatan sebuah kapsul batu berwarna merah telah jatuh terhempas di tengah kawasan yang terpencil dan juga hampir tidak berpenghuni ini.

 

Tidak jauh daripada kawasan ini, terdapat individu dengan rupa seekor manusia-monyet berbulu emas tanpa sebarang pakaian sedang bergerak sangat lincah dengan wajah penuh ketakutan sedang menuruni kawasan gunung ini menuju ke sebuah petempatan berhampirannya. Sambil di belakangnya terdapat beberapa ekor raksasa mawas berbulu putih, Yeti sedang giat mengejarnya.

 

Pada masa yang sama juga. Tidak begitu jauh daripada kawasan kaki gunung tersebut. Terdapat sebuah hutan besar yang penuh dengan Pokok Pine gergasi berwarna putih seperti salji. Ini adalah sebuah Raid Zone, Wandering Witch White Forest. Di tengah hutan tersebut, kelihatan berdozen-dozen entiti hantu terbang yang berambut panjang kusut masai, berpakaian putih koyak rabak, iaitu Kuntilanak. Para Kuntilanak itu sedang terbang mengejar dan menyerang seseorang sambil mengilai.

 

Individu yang sedang diserang oleh jemaah Kuntilanak tersebut adalah seorang Werewolf berwarna kelabu biru, berbadan sasa dengan tinggi hampir tiga meter dan berwajah bengis dengan mata menyala hijau kebiruan. Ibarat telah mengganggu seekor binatang buas yang gila daripada tidur nyenyaknya. Para kuntilanak tersebut telah tersalah memilih mangsa mereka. Ini kerana merekalah yang sedang menjadi mangsa amukkan dan satu persatu dicabik-cabik seperti kain buruk oleh kuku-kuku tajam Werewolf tersebut. Sambil juga kedengaran lolongan serigala.

 

Sungai Jahnavi, Midgard Union.

 

Berhampiran lembah sungai ini, terletaknya sebuah kota yang dikelilingi hutan rimba bernama Patnapali. Iaitu salah sebuah bandar perdagangan pesat dan kaya dengan hasil bumi. Majoriti penduduknya adalah puak Manusia-Harimau dan Manusia-Kucing.

 

Tidak jauh daripada bandar itu, kelihatan dua individu sedang berganding bahu bertarung menentang seekor raksasa berkelas Legend, berbentuk seekor babi hutan gergasi berwarna coklat yang boleh terbang. Iaitu Calydonia Boar di sebuah ladang buah-buahan yang sedang marak terbakar dek serangan semburan nafas berapi oleh raksasa babi hutan terbang itu. Hampir seluruh kawasan itu termasuk rumah-rumah, ladang mahupun pokok telah hangus terbakar dan kelihatan juga beberapa dozen mayat askar yang mati rentung di atas tanah.

 

Individu pertama adalah seorang Tigerman berbadan belang hitam jingga yang sasa setinggi lebih dua meter. Fighter Tigerman ini bersenjatakan dua bilah kapak batu yang bergerigi tajam dan memakai baju perisai dan helmet dari gangsa.

 

Sementara Tigerman tersebut sedang bersemuka secara langsung dan menarik perhatian raksasa babi terbang itu kearahnya. Individu kedua pula, iaitu seorang Marksman Catwoman berbulu biru putih yang berjubah labuh sedang giat fokus melancarkan serangan hujan anak-anak panah ke arah raksasa babi tersebut daripada jarak yang selamat. Catwoman ini bersenjatakan dua laras busur silang istimewa yang dipasang pada lengan kiri dan kanan nya tersebut.

 

Kelihatan dengan gabungan satu tembakkan super kuat anak panah dari Catwoman tersebut dan juga hempasan kapak daripada ketinggian 100 meter lebih oleh Tigerman itu telah membuatkan musuh mereka itu jatuh terhempas dengan impak letupan yang kuat ke atas tanah.

 

 

Teluk Hakata, Negara Edo Yamato (Kerajaan Bangsa Manusia)

 

Suasana waktu petang di perairan teluk yang biasanya aman damai dipenuhi dengan nelayan yang sibuk mencari hasil laut kini telah menjadi haru-biru. Kawasan persisiran pantai teluk tersebut sedang dibanjiri dengan serangan makhluk berupa ketam batu humanoid, yang mereka gelarkan Abyss Bog. Setiap ekor Abyss Bog ini berukuran dua meter tinggi, bersenjatakan lengan penyepit ketam mereka yang besar dan bergerak di dalam satu kumpulan besar yang jumlahnya beribu-ribu ekor.

 

Kedatangan para Abyss Bog itu disambut dengan mesra oleh beratus-ratus orang Samurai yang bersenjatakan pedang katana, tombak serta busur dan anak panah. Mereka sedaya upaya memberikan tentangan sesengit mungkin terhadap para Abyss Bog tersebut. Tetapi malangnya mereka kalah teruk dari segi bilangan musuh yang ternyata sangat ramai dan sedang diambang kekalahan. Kelihatan sebahagian dari para Samurai yang sudah tewas itu menjadi kudapan petang bagi Abyss Bog yang kelaparan itu.

 

Namun, takdir menyebelahi mereka semua, para Samurai yang sepatutnya akan menemui kekalahan itu telah diselamatkan oleh seseorang perwira misteri. Seorang Ninja berpakaian serba hitam dan bersenjatakan sebilah katana kuasa bebayang telah muncul secara mengejut membantu pasukan pertahanan tersebut.

 

Dengan skil hayunan katana kuasa bebayang superhuman dan kelajuan pergerakkan seperti bayangan supersonik itu telah mencincang habis sedozen lebih musuh dengan satu serangan sahaja. Kemudiannya, Ninja Hitam tersebut melempar pula beberapa biji bom asap pemedih mata tepat ke arah beberapa ekor Abyss Bog yang cuba untuk menjadikan seorang Samurai yang tidak berdaya itu lauk mereka. Lalu segera menghabiskan riwayat musuh-musuhnya itu dengan satu serangan tebasan supersonik bayangan hitam.

 

"Cepat berambus dari sini. Cepat!!!!" arah Ninja Hitam tersebut dengan nada yang keras. Ninja Hitam itu tidak datang berseorangan. Dia belakangnya itu terdapat pasukan bantuan terdiri daripada seribu orang Samurai lengkap berbaju perisai hitam yang sedang menunggang kuda sambil membawa banner puak 'Fuuma'.

 

Tanpa membuang sesaat pun, Ninja Hitam tersebut meneruskan kerjanya membasmi setiap Abyss Bog yang ada. Sambil kedengaran juga bunyi letupan-letupan kuat terhasil di sepenjang kawasan persisiran pantai itu yang turut berjaya meragut banyak nyawa Abyss Bog yang ada.

 

Manakala, tidak begitu jauh dari persisiran pantai kawasan teluk tersebut, terdapat pula bayangan sebuah kapal tempur yang amat besar diselubungi oleh kabus yang agak tebal. Kelihatan susuk tubuh seseorang sedang berdiri di atas salah sebatang tiang layar kapal tersebut. Sambil kapal tempur berkabus tebal itu sedang giat menghujani gerombolan Abyss Bog yang cuba berenang menghampiri tepian pantai teluk tersebut dengan berdas-das tembakkan artileri dari meriam-meriam tenaga magik miliknya itu.

 

Tanpa disangka-sangka, telah muncul pula seekor Giant Abyss Bog dengan ukuran lebih 30 meter tinggi. Ianya langsung menghentam kuat bahagian belakang kapal tempur tersebut. Sebagai serangan balas, meriam-meriam yang ada pada kapal tempur itu mula menukar sasaran mereka lalu membedil pula badan Giant Abyss Bog itu.

 

 

35 Julai 1557, Kalendar Imperial. Hari ketiga.

 

 Tiga buah objek yang turun daripada langit telah dilihat jatuh terhempas di sekitar kawasan terpencil di dalam Empayar Mahawangsa. Objek pertama, iaitu sebuah kapsul batu kuning telah jatuh terhempas jauh di dalam Hutan Paya Mandrake, iaitu sebuah Raid Zone yang terletak lebih kurang 130 League arah barat daya Inderapura.

 

 13 jam kemudian, sebuah lagi objek kapsul batu kuning telah jatuh terhempas, kali ini di timur Inderapura. Ianya telah jatuh terhempas jauh di dalam sebuah lagi Raid Zone, Perkuburan Besar Gergasi Purba dan di tengah bekas runtuhan istana purba yang terletak di atas sebuah bukit, Runtuhan Istana Isolde.

 

 Tidak berhenti disitu. Sejam kemudian, sebuah lagi objek kapsul batu putih juga telah jatuh di timur Inderapura. Lebih kurang 6 League dari kawasan kapsul batu kuning kedua telah jatuh sebelum ini. Ianya telah jatuh di dalam sebuah tasik besar yang terletak jauh di dalam Hutan Pohon Kabus, iaitu sebuah lagi Raid Zone.