*****
*Kringgg!*
Bunyi bel loceng yang kedengaran menandakan bahawa masuknya waktu rehat. Para pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas masing-masing untuk pergi makan bagi mengisi perut mereka yang berkeroncong kelaparan dan berbunyi.
"Weh! Dah rehat! Jom keluar! Kita makan Nasi Ayam, nak tak?"
"Nak! Nak! Jom lah, aku dah lapar ni."
"Tunggu jap! Aku nak join jugak!"
"Aku pon nak jugak! Dah lapar perut aku ni!"
"Hei, korang! Aku pon nak join!"
"Aku pun!"
Aira meletakkan telapak tangan kanannya ke bawah dagu sambil melihat ke arah grup rakan-rakan perempuan sekelasnya yang bercakap itu. 'Hah...Alangkah bagusnya kalau aku ada kawan ramai macam tu...Mesti meriah dan bahagia hidup aku.'
"Okey, jom semua! Kita pergi ke kantin!! Target kita, mak cik kantin sekolah dan Nasi Ayam!"
"Jom!!!"
Aira hanya melihat rakan-rakannya berlalu pergi tanpa mereka bertanya sedikit pun terhadapnya. Timbul perasaan yang sedih, mendadak hadir di hatinya. Kemudian dia melihat rakan-rakan sekelasnya yang lelaki. Mereka kelihatan bangun daripada tempat duduk masing-masing.
"Bro, kau nak makan kat kantin tak? Atau kau nak beli makanan dekat koperasi je?"
"Aku nak pergi koperasi je."
"Aku nak ikut kau jugak lah, aku okay je dekat mana-mana pun."
"Jap, aku pun nak pergi gak!"
"Wei, tunggu aku!"
Mereka hilang daripada pandangan mata Aira selepas mereka berbicara. Aira hanya mengeluh sambil memandang ke arah mejanya. "Hah..Apa lagi yang aku harapkan dari mereka? Aku rasa mereka takkan ajak aku pergi makan jugak kut. Aku je yang harap lebih. Hahaha.."
Dia memandang ke arah jam tangannya yang berwarna biru hitam itu.
"Alamak! Dah pukul 10:04 minit! Baik aku pergi makan cepat!
Aira berkata demikian sambil mengeluarkan bekal makanan yang dibuatnya di rumah. Dia bergegas keluar daripada kelas sambil membawa tupperware berwarna kuning itu di tangannya.
*****
"Huft! Akhirnya aku sampai kat sini!"
Sebaik tiba di tempat yang sedikit berselindung daripada pandangan orang, Aira terus merebahkan dirinya di atas rumput hijau yang lembut itu.
Kawasan Pokok Bunga Anggerik Merpati. Kawasan ni memang popular tapi tak ramai sangat pelajar yang datang walaupun pokok di sini amatlah cantik. Kerana kawasan ini sedikit terselindung daripada orang. Contohnya, masa aku mula-mula jumpa tempat ni, ada seorang guru tu lalu depan aku, tapi dia tak perasan pun aku duduk dekat situ. Selepas tu, tempat ni jadi kawasan favourite aku bila tiba waktu rehat. Boleh baring-baring. Selain itu, pokok ini berdekatan dengan Taman Bunga Ilmu, jadi terdapat banyak bunga-bunga cantik dan lawa di sekitarnya. Memang pemandangan kat sini super amazing! Oleh kerana Taman Bunga Ilmu menggunakan rumput hijau yang lembut, maka dekat kawasan Pokok Anggerik Merpati juga menggunakan rumput hijau tersebut. Boleh dikatakan sedap untuk tidur jugaklah.
Aira mendongak kepalanya ke atas dan memandang bunga Pokok Anggerik Merpati yang berwarna putih itu. Dia termenung apabila melihat bunga yang berkembang dengan mekar itu.
Dia bergumam tanpa dia sedari.
"Hmm..sedihnya hidup aku...Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..Aku tak reti nak bercakap..Dahlah aku ni bukannya orang yang suka buat lawak. Aku ni orang biasa je sampai orang anggap aku orang yang pendiam...Bukan salah aku kalau aku senyap...Aku cuma tak tahu nak cakap apa-apa...."
Tiba-Tiba...terdengar suara daripada atas pokok itu. "Hai! Tengok ape tu?"
Aira tersentak dan berpaling. Mukanya bertukar terkejut apabila terdengar suara daripada pokok itu. Banyak andaian yang hadir di fikirannya. 'Hah? Takkan pokok ni yang bercakap takdi? Tak mungkin! Aku ni dah gila ke ape??'
Dalam keadaan yang kebingungan, dia memandang ke arah pokok tersebut. Kelihatan dahan-dahan pokok berbunyi dan daun-daun berterbangan jatuh ke atas muka Aira. Dahan-dahan tersebut berbunyi seperti terdapat sesuatu yang berat di atasnya.
*Kreak!*
*Bam!!!*
Terdengar suara dahan pokok yang patah dan jatuh diikuti dengan suara lelaki yang sedang menjerit kuat.
"Ahhhh!!! Tepi! Tepi! Aku tak boleh nak landing ni!"
Mata Aira terbuntang besar apabila dia melihat di atasnya seorang pelajar lelaki sedang jatuh daripada pokok. 'Oh tidak! Jangan jatuh atas aku!! Jangann!!!!'
Secara tidak langsung, badan Aira automatik bergerak dengan pantas ke arah kanan. Malangnya, kakinya tidak sempat beralih. Mata Aira membulat memandang pelajar lelaki tersebut yang jatuh laju ke arahnya sambil berbisik. "Alamak! Mati aku!"
"Aduh!!!!!"
"Aaahhh!!!!"
*Gedebuk!*
Pelajar lelaki itu jatuh dan tersandai di atas rumput yang menghijau itu tetapi badannya terjatuh di atas kaki kiri Aira.
Aira menjerit kesakitan sambil memegang kakinya. "Aduh! Kaki aku sakittt!!!"
Pelajar lelaki yang tidak diketahui namanya itu menepuk-nepuk belakang seluarnya sambil cuba untuk bantu dia.
Dengan berwajah panik, dia bertanya dengan nada yang laju. "Weh! Kau okay ke tak ni? Sorry lah, takdi badan aku tak seimbang! Aku tak sangka boleh jatuh atas kau! Selama aku panjat pokok, aku tak pernah jatuh! Ni first time aku panjat pokok ni, aku tak tahu dahannya tak kuat! Apa-apa pun, aku betul-betul mintak maaf!"
Dia melihat ke arah Aira dengan keadaan kelam-kabut. Sambil cuba melihat ke arah kaki Aira. Matanya terpaku apabila melihat darah merah yang segar mengalir keluar daripada kaki Aira yang terluka. Dia sempat berfikir. 'Berat sangat ke aku ni?'